HALAMAN UTAMA

Rabu Tanpa Kata 14 (Wordless Wednesday) Duit Raya



Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian,  Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Duit Hari Raya Daripada Kanada? Serius, Ini Betul!

Assalamualaikum, Alhamdulillah pukul 10:45 pagi tadi (29 Ogos 2011) posmen telah hantarkan satu surat daripada Kanada. Sudah dijangkakan surat apakah itu. Sememangnya berisi hasil usaha titik peluh sendiri. Duit Raya! Jauh daripada Kanada dipostkan 2 minggu lalu pada hari lahir aku. Baiklah bagaimana mahu mendapatkannya? Aku sering saja ingin berkongsi dengan rakan-rakan. Tetapi apakan daya, dunia maya, susah untuk dipercaya.

Bagi aku, rakan-rakan bukanlah untuk kita ambil kesempatan, tetapi untuk buat kebajikan. Apa yang aku kongsikan, insya-Allah ada kebaikkan. Tetapi jika tidak, aku sendiri tidak akan sarankan. Apa pun, bagaimana aku dapatkan 'duit raya' ini jauh daripada Eropah? Akan aku kongsikan. Insya-Allah anda boleh cuba sendiri nanti. Berikut adalah surat yang saya terima bersama dengan cek.






Surat ini menyatakan 'ucapan hari raya' sebagai penghargaan kerana penyertaan dalam Globaltestmarket :-


Jumlah nilai cek yang saya perolehi daripada mereka seabagi 'duit raya' :-


Seperti yang dikatakan aku dapat 'duit raya' daripada alamat Kanada. Ini Betul! Kerana surat tersebut beralamat daripada sana. Tetapi beribu pejabat di United States. Global Test Market adalah yang saya maksudkan. Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin tidak. Apa pun, sebelum itu saya ingin memaklumkan bahawa tempoh saya sudah sertai ahli syarikat ini lebih daripada dua tahun. Lama bukan? Sudah tentulah bukan mudah untuk mendapatkan hasilnya dan memerlukan kesabaran dan ketenangan dalam mendapatkan hasilnya.

Apa yang aku buat untuk dapatkan 'duit raya'? Aku cuma perlu jawab servei sahaja yang bernilai beberapa puluh setiap servei bergantung pada kelayakkan kita menjawab. Ada yang 65 mata, ada yang 35 mata dan bergantung pada kesukaran soal selidik tersebut. Biasalah ia akan mengambil sedikit masa untuk menjawab soalan tersebut. Tetapi menarik juga kerana kita boleh mengetahui secara tidak langsung produk-produk dalam pasaran dunia.

Pada awal bulan ini (Ogos 2011) aku telah mencapai mata 1000 untuk membolehkan ianya ditunaikan melalui cek dan dihantar kepada aku. Dan pada pertengahan Ogos 2011 cek dipostkan dan mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk sampai.


Dan nilainya sebanyak RM 146.07 tertulis pada cek tersebut. Jadi apa pun aku sediakan sedikit review untuk laman tersebut untuk anda rujuk dan cuba jika berminat. Aku tak akan dapat apa-apa pun jika anda mendaftar sebab aku sekadar mahu berkongsi sahaja.

Untuk makluman, syarikat ini adalah syarikat Global yang berada dalam lebih daripada 40 buah negara. Oleh sebab itu, Bahasa Melayu juga disediakan dalam urusan mereka.

Paparan GlobalTestMarket :-


Soal selidik mengenai anda juga perlu dilengkapkan untuk memaksimumkan penerimaan soal selidik :-


Ganjaran yang lepas boleh dilihat di sini :-


Untuk nasihat juga, anda perlu sering lihat pada kotak atau box SPAM di dalam email anda kerana bimbang anda terelepas soal selidik yang dihantar kepada anda yang kadang-kala termasuk ke dalam kotak SPAM. Sekian sahajalah perkongsian ringkas sebelum raya. Selamat mencuba dan selamat berjaya.





Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 13 (Wordless Wednesday) Papan Tanda


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.



Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Facebook BARU atau LAMA? atau berciri BARU?

Assalamualaikum. Hari ini selepas seminggu lebih guna dan tengok Facebook macam ada ciri-ciri baru, rasa seronok nak berkongsi dengan rakan pembaca. Baiklah saya tunjukkan beberapa ciri baru yang ada. Mungkin akan memberikan berita gembira atau mungkin juga sebagai satu berita yang kurang menyenangkan. Apa-apa pun, lihat dan fikir-fikirkan. Memang menarik. Ada beberapa perubahan juga dalam penampilannya yang saya dapat rasakan. Anda bagaimana?

Seperti di dalam gambar yang di bawah :-

Gambar yang dipost akan terpampang besar jika satu seperti di bawah :-



 Kalau gambar banyak, jadi macam ni pula susunan gambar pada Dinding/Wall anda :-




Gambar juga boleh dilihat di kotak "Status terkini anda" dengan letakkan saja cursr di status yang keluar dan akan dipaparkan mengenai apa yang berlaku atau apa yang ada sudah buat... seperti di bawah :-



Bar Facebook yang tidak bergerak apabila discrool ke bawah,
Kotak status terkini di sebelah kanan anda,
Kotak Chat di kanan bawah anda, seperti di bawah :-




Komen anda pada status juga boleh dilihat dan dikomen ketika paparan keluar apabila diletakkan cursor pada komen tersebut :-




Itu sahaja yang saya dapat kongsikan. Mungkin anda sudah lama guna. Tapi saya baru je dapat guna minggu lepas Facebook dengan ciri-ciri terkini atau baru ini. Suka atau tidak, anda tentukan tindakan anda sendiri. :)

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 12 (Wordless Wednesday) Orkid


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.



Sekian, Terima kasih.




MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Benarkah "1 Kampus.com" Komuniti Baru?

Assalamualaikum, 1 Kampus.com Komuniti baru untuk semua? Betulkah? Para pembaca sekalian, kini pelbagai laman web diwujudkan bagi membolehkan kita memilih di manakah tempat yang sesuai untuk mencari kelompok-kelompok yang diminati oleh keseluruhan masyarakat di Malaysia khasnya. Namun, apakah antara laman web yang kita sertai itu benar-benar memenuhi keperluan kita? Mungkin agak sukar. Saya percaya dan yakin kebanyakkan di antara kita inginkan sesuatu yang dapat memberikan manfaat kepada diri kita sendiri ketika melayari internet bukan?



Apa pun, saya di sini sekadar untuk berkongsikan mengenai 1 Kampus.com yang bertujuan tidak lainnya adalah untuk membentuk satu komuniti yang dapat berkongsi dan memberikan input kepada keseluruhan ahlinya. Anda boleh lihat secara lanjut mengenai 1 Kampus.com ini di bahagian maklumat lanjut laman tersebut. Difahamkan laman ini telah wujud sejak 2007 lagi yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai myfwen.com dan dijenamakan semula pada 2009 dengan Komuniti 1 Kampus tetapi kembali aktif pada 2010.


Jadi, anda boleh cuba menyertai laman web ini untuk melihat apa yang menarik dan pada saya ianya boleh berkembang dengan lebih maju jika mendapat penyertaan yang baik daripada anda. Apa pun andalah penentu keseronokkan Komuniti 1 Kampus.com ini. Jom singgah sebentar di :-

Facebook Like

dan di Twitter


dan juga kumpulan terbuka di Facebook



Jika anda mahu menyertai cuma perlu daftarkan menggunakan pendaftaran baru atau pun menggunakan connection daripada Facebook pun boleh. Apa yang dirasakan baik, kita kongsi sama-sama, apa yang kurang kita cadangkan bersama.

Sebelum tu, mintak jasa baik pembaca sekalian, like gambar ini ye... di Facebook. Terima kasih.



Untuk terus mendaftar boleh ke sini KLIK SAHAJA



atau pun melalui Facebook lebih mudah KLIK SAHAJA DI BAWAH


Jadi selepas anda mendaftar dan sahkan pendaftaran. Anda bolehlah melihat sendiri dan menilai sejauh mana keunikkan dan kemesraan komuniti 1 Kampus.com ini. Saya setakat ini masih lagi melihat apakah kemudahan dan aplikasi yang menarik yang disediakan kepada ahli-ahlinya. Dan yang penting sekali, ianya boleh disertai oleh semua lapisan peringkat umur, sama ada yang masih bersekolah yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat IPT dan juga yang sudah bekerja. 



Apa yang diutamakan ialah perkongsian yang baik di antara semua lapisan peringkat umur dalam pelbagai bidang. Insya-Allah. Ajak rakan-rakan anda jika anda fikirkan menarik. Insya-Allah komuniti ini akan lebih menarik dan lebih ceria dengan penyertaan anda.





Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Bagaimana nak download, jika keluar...

Assalamualaikum, hari ini saya ingin membantu anda untuk mendownload jika keluar benda pelik-pelik seperti yang di bawah. Ini salah satu perkhidmatan yang diberikan secara percuma dan anda hanya perlu SKIP sahaja halaman-halaman tersebut. Bagaimana? menyusahkan bukan? Jadi, untuk memudahkan kerja-kerja mendownload file, lihat sahaja langkah-langkah di bawah :-

1. Klik pada link download berwarna biru.


2. Tunggu sehingga 5 saat.




3. Tunggu sebentar sehingga '0 Seconds'.







4. Klik pada 'SKIP AD' untuk terus buka halaman download.







5. Paparan Download muncul dan klik sahaja. Masukkan kod jika diminta.



Semoga berjaya. Insya-Allah.



Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

HIV. Lelaki, Awas Tindakan Anda. (Bah 1)

Assalamualaikum, hari ini ada sesuatu yang menarik yang ingin saya kongsikan mengenai HIV. Saudara pembaca yang dihormati. Pernah dengar HIV kan? sudah tentu sudah (Jika belum lihat SINI). Jadi, saya ingin kongsikan mengenai suatu keadaan yang mana secara realitinya berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Kita bukan sahaja takut dengan penyakit HIV, tetapi juga kepada pesakitnya. Namun, kita tidak akan takut melainkan kita sendiri berhadapan dengan pesakit HIV, melihat kesengsaraan pesakit HIV secara dekat dan langsung, kita sendiri yang mendapat HIV atau kita sendiri yang akan  menguruskan pesakit HIV.

Tetapi,
1. Sejauh mana kita sedar dan tahu bagaimana HIV itu boleh diperolehi?
2. Mungkin juga kita yakin bahawa kita tidak akan mendapat HIV?
3. Adakah tindakan yang kita sering lakukan ini selamat selagi kita tidak berasa apa-apa yang pelik ke atas diri kita?
4. Tetapi, Apakah yang kita boleh buat jika mendapat HIV?

Masya-Allah, apa yang mungkin sudah biasa berlaku dalam masyarakat kita secara tersembunyi atau terbuka itulah yang menjadi penyumbangnya. Sangat bimbang jika ianya banyak berlaku dalam bangsa Melayu itu sendiri khususnya di negara Malaysia. Apabila zaman dan negara sudah mencecah setengah abad kemerdekaan dan kemajuan teknologi semakin pantas bergerak, pada saat itulah segala punca penyakit yang serius yang pada masa akan datang sedang menular dan menjadi barah dan parah.

Pada ketika itulah kita semua akan rasa tidak selesa dan sentiasa berada dalam ketakutan apabila setiap ruang yang kita pergi akan berjumpa dengan pesakit HIV. Ini tidak mustahilah akan berlaku jika, kita tidak sedar dan bertindak daripada sekarang.

Saudara pembaca sekalian, bukanlah kita mahu meminta keadaan ini berlaku, tetapi, ini sebagai suatu khidmat sosial kepada masyarakat untuk menerapkan kesedaran dan mencegah masyarakat agar tidak terus rosak dan secara tidak sedar telah menyuburkan barah yang sedang terjadi kini dan kesan kritikalnya akan dilihat pada masa yang akan datang.



Saya secara peribadinya amat takut untuk meneruskan kehidupan di zaman ini tatkala kemajuan teknologi bergerak maju dengan pantas dan sangat menggerunkan kini. Namun, setiap manusia yang hidup adalah khalifah Allah dan inilah tanggungjawab kita. Mahu atau tidak, berkerjalah kita seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kita seolah-olah akan mati esok hari. Kerana apa, kita hidup hanya untuk beribadah kepada Allah.

Ini sebahagian situasi penting yang mungkin berlaku setiap hari dalam negara kita.
Keadaan ini berlaku di Pusat Darah Negara (PDN) apabila sedang menderma darah. Anda lihat apakah yang akan menyebabkan HIV ini amat digeruni. Betapa serius dan bahayanya HIV ini kepada diri kita ialah apabila kita sendiri menghadapi dan mengalaminya.

- Seperti mana kes seorang lelaki melayu yang dinamakan sebagai HAMBA ALLAH sudah menderma darah di PDN. Namun, dalam pemeriksaan ke atas darah yang didermakannya itu mendapati bahawa beliau telah dijangkiti penyakit HIV seawal usianya 20-an pada tahun 2011.
- Bukan itu sahaja, ujian ke atas darah beliau juga didapati bahawa darahnya juga telah dijangkiti HIV jenis 1 (HIV type 1).
- Dan bukan itu sahaja, ujian darah juga menunjukkan bahawa beliau turut dijangkiti HIV jenis 2 (HIV type 2).
- Yang amat menyedihkan dan mengharukan lagi, beliau juga didapati mempunyai virus siflis pada peringkat 4 yang mana sudah berada pada tahap kritikal.
- Hamba Allah itu dilihat pulang dengan kesedihan dan apabila diperhatikan, beliau duduk termenung berseorangan di suatu sudut di luar PDN.
- Amat simpati tetapi, itulah hasil daripada tindakan beliau. Itulah fitrah, Allah tetap akan berikan apa yang diusahakan kita sama ada baik atau pun buruk. Kerana itu pilihan kita.
- Namun, jika kita lihat kesihatan beliau pada ketika itu adalah seperti normal sahaja dan kita sendiri pun tidak menyangka beliau mempunyai penyakit HIV. Hatta beliau sendiri pun terkejut dan tidak menyangka beliau mempunyai HIV. Inilah yang sangat membimbangkan kita.

Di sebalik fakta di atas, apa yang kita tahu mengenai kenyataan tersebut? Mengikut daripada apa yang dipelajari dan saya ketahui secara ringkasnya :-
- HIV mempunyai beberapa jenis (Type), HIV jenis 1 biasanya dihidapi di kawasan ASIA manakala HIV jenis 2 biasanya dihidapi oleh orang-orang di Afrika. (BERKAITAN)
- Penyakit Siflis akan menyerang dan akan memberikan kesan pada kemaluan lelaki.

Dan pengakuan juga mendapati dan boleh membuktikan punca HIV beliau ialah :-
- Mengaku bahawa melakukan hubungan seks songsang (homoseksual) dengan lelaki.
- Mengaku bahawa melakukan hubungan seks dengan lelaki berbangsa Afrika.
- Mengaku biasa melakukan hubungan seks dengan lelaki.


PERSOALAN PENTING, Apakah ini tidak berlaku dalam masyarakat kita atau kita tidak sedar atau kita tidak nampak atau kita buat-buat tak nampak atau kita sekadar tidak ambil kisah atau kita benar-benar tidak tahu menahu langsung?

Realiti masyarakat Melayu kini. Saya memberikan contoh untuk lelaki pada masa kini kerana bilangan lelaki kian sedikit berbanding perempuan. Oleh itu, antara yang saya pernah lihat secara kasar dalam perbincangan internet, artikel yang dikeluarkan dalam pelbagai laman blog, cerita-cerita benar dan juga berita-berita yang tersebar dan dikongsikan secara meluas. Amat menggerunkan tetapi inilah realitinya.

- Sememangnya wujud kanak-kanak lelaki yang berumur belasan tahun sudah biasa melakukan hubungan seks songsang seperti meliwat. Sama ada di sekolah atau di luar. Mungkin berpunca daripada sikap ingin tahu dan ingin mencuba. Pengaruh rakan-rakan sebaya dan pergaulan bebas juga punca. Sukar dibendung jika mereka suka sama suka. Mungkin ini banyak berlaku. Ini tidak mustahil kerana berita mengenainya pernah banyak juga dilaporkan.

- Wujudnya penderaan dan penganiayaan terhadap kanak-kanak lelaki sejak kecil lagi. Mungkin berlaku dan tidak mustahil kerana berita mengenainya pernah juga dilaporkan.

- Kanak-kanak lelaki didedahkan dengan bahan bacaan yang tidak sesuai yang boleh mendorong kepada melakukan aktiviti yang diluar tabi'i. Zaman teknologi teramat maju dan sangat menggerunkan. Sangat mudah diakses di mana-mana sahaja.

- Lelaki yang kecewa dengan hubungan dengan teman wanita. Perempuan juga adalah penyebabnya, namun lelakilah yang terlalu berharap sangat dan sebagai membalas dendam terhadap wanita dengan melakukan hubungan ini. Biasa dilaporkan dalam akhbar-akhbar dan artikel.

- Jalan mudah mendapatkan duit. Ada juga yang lebih rela mendapatkan duit daripada aktiviti maksiat ini. Amat menyedihkan kerana, ia menyumbang kepada kehancuran sistem masyarakat dan merosakkan akhlak dan menyuburkan perkara yang dilaknat Allah. Menyediakan ruang maksiat kepada orang lain.

- Lelaki yang berasakan nikmat dan terus-terusan melakukannya kerana tidak dibimbing keluarga atau pun keluarga yang mempunyai hubungan yang tidak baik. Merasakan aktiviti ini dapat menggembirakan hidupnya tanpa memikirkan maslah yang ada.

- Pendidikan agama yang lemah dan tidak mengamalkan secara menyeluruh suruhan agama dan memandang ringan hukum hakam agama. Tidak kisah halal, haram, dosa dan pahala.

- Penghayatan yang sangat lemah dan kurang berdoa dan kurang berusaha. Bukannya tiada orang yang memiliki dan mempelajari agama dengan mendalam terlibat. Ini juga berpunca tiada bimbingan dan dorongan kepada kebaikkan. Berita banyak juga melaporkan dalam media.

Banyak lagi situasi dan keadaan yang secara realitinya berlaku di Malaysia. Amat menyedikan dan membimbangkan jika tidak sedar akan tindak tanduk mereka itu adalah salah dan tidak diterima Allah. Mungkin ada yang benar dan sering berlaku, dan mungkin tidak benar dan jarang berlaku. Tetapi realitinya, anda yang nilaikan. (bersambung)


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 11 (Wordless Wednesday) Hasil Kitar Semula


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Perbandingan Agama? Mana nak dengar?

Assalamualaikum, hari ini, saya ingin berkongsikan suatu perkara yang mungkin sering diperkatakan oleh orang-orang bukan Islam dan juga orang-orang Islam. Mengenai perbandingan agama. Saya terdapat beberapa rakaman perbincangan yang boleh kita jadikan sebagai sumber ilmu pengetahuan daripada penceramah yang mahir dalam sesuatu perkara berkaitan dengan agama. Mungkin lebih banyak sumbernya di luar sana. Tetapi, saya ingin berkongsikan apa yang saya ada dan apa yang telah saya dengari mengenai apa yang sering dibincangakan oleh wakil-wakil agama dalam forum-forum, ceramah-ceramah dan juga perbincangan daripada sudut agama-agama yang berkaitan.

Antara tajuk yang diperbincangankan adalah seperti Sains Moden Mengikut Perspektif Agama, Kepercayaan Agama Mengikut Kitab Suci dan sebagainya yang berkaitan agama seperti Islam, Kristian, Hindu, dan Buddha. Perbincangan ini antara adalah untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai sesuatu agama dan juga mencari apakah yang sebenarnya diajarkan dalam agama tersebut. Kefahaman dalam memahami perbincangan ini akan dapat membawa kita ke jalan yang lebih pasti dengan keyakinan dalam hujah-hujah dan pembuktian yang diberikan.

Oleh yang demikian, saya kongsikan perbincangan-perbincangan yang saya ada dengan anda semua. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan faedah yang sangat berguna agar kita lebih memahami dan menghormati agama-agama lain. Insya-Allah.

Perbandingan Agama 6 Mei 2011 oleh Lim Jooi Soon - (Bah. 1 - Bah. 4)



Dialog Antara Agama - Kepercayaan Agama Mengikut Kitab Suci (Bah. 1 - Bah. 7)




Dialog Antara Agama - Sains Moden Mengikut Perspektif Agama (Bah. 1 - Bah. 5)



Soalan Biasa Ditanya Bukan Islam - Bro Shah Kirit Kakulal Govindji (Bah. 1 - Bah. 3)


Semoga anda mendapat kefahaman yang lebih mengenai perbandingan antara agama dan dapat memahami apakah yang diajarkan agama-agama tersebut kepada penganutnya. Insya-Allah. Saya akan mengemaskini daripada semasa ke semasa mengenai perbincangan yang saya perolehi kelak.


Sekian, Terima Kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 10 (Wordless Wednesday) Bersihkan Jiwa




Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Sakitkah Aku? : Pertukaran Fasa Intensif (Part 4)

Sambungan daripada Sakitkah Aku? : Pemeriksaan Lanjut... (Part 3)

Beberapa bulan telah pun berlalu, aku masih lagi mengambil ubat tibi pada fasa intensif pertama. Daripada ubat yang telah digabungkan kepadalah ubat yang berasingan. Jika ubat yang telah digabungkan hanya perlu ambil dalam bilangan yang sedikit kerana sudah digabungkan untuk beberapa jenis ubat. Alhamdulillah, aku tidak mengalami apa-apa masalah ketika mengambil ubat. Cuma sedikit kesan sampingan yang biasa dan terkawal. Tetapi, pada masa yang sama, setiap beberapa minggu kena ambil ubat di Klinik DOTS, itu memang mahu atau tidak, mesti ambil.

Sehinggalah aku perlu berjumpa dengan doktor lagi untuk pemeriksaan lanjut. Apabila sampai hujung fasa pertama, aku telah dikurangkan beberapa jenis ubat yang mana perlu diambil pada fasa pertama intensif. Ubat-ubat ini pun masih lagi jenis yang sama, cuma dosnya berbeza kerana telah dikurangkan.

Seperti biasalah, temujanji dengan doktor tidak boleh dielak untuk memastikan tahap kesihatan aku terkawal. Tetapi, setiap temujanji mesti lebih daripada tiga jam menunggu. Datanglah awal sebab beranggapan datang cepat, balik cepat. Rupa-rupanya, anggapan itu silap. Aku masih ingat lagi, dah banyak kali aku datang awal, tapi masa pendaftaran dalam kad tertulis pukul 11am, aku datang pukul 9am. Dah sah-sah cepat 2 jam. Apa lagi, jururawat tu pun bagi tau, lain kali kalau temujanji pukul 11am, datang pukul 11am, sebab tak payah nak tunggu lama-lama. Baru aku tahu, memang dia akan ikut masa dalam kad. Lepas ni, memang macam tu lah aku nak buat.

Seperti biasa, kadang-kala jumpa doktor yang ok, yang senyap, yang sibuk dan pelbagai lagi. Aku masuk banyak bilik doktor, dah jumpa pelbagai stail. Tapi aku tak tahulah, ini yang aku alami sendiri. Ada doktor, yang kita masuk, cuma tanya apa masalah atau soalan lain? lepas tu, tengok analisis kemudian kata ok, lepas tu boleh keluar. Ada pula yang tanya macam-macam, ada masalah atau tak, ada tak hari yang tak makan ubat dan macam-macam lagilah. Ada yang bagus, ada yang kurang bagus. Tapi majoritinya baguslah. Kalau tak, macam mana nak rawat pesakit. Yang muslim tu, ada jugalah yang mulakan dengan Basmallah sebelum buat sesuatu, alhamdulillah, yakin aku bila dia buat rawatan.



Tapi biasalah, kekadang, siap bakal-bakal doktor pun tengah dengar lecture dalam bilik hospital tu pun ada. Sebab nampak macam tengah nak exam agaknya diorang ni. Sebab bersungguh je dengar. Kekadang aku yang kat situ pun diorang dah macam tak nampak. Ya la, aku pon terfikir salah masuk bilik ke aku ni?. Macam-macam ragam doktor dan pesakit kalau masuk hospital ni.

Berbalik pertukaran intensif tadi, aku mula makan ubat fasa intensif kedua dan berterusan selama 8 minggu kalau tak salah. Kemudian, jumpa doktor untuk tengok X-Ray buat kali kedua dan kali ketiga ketika minggu untuk berhenti ambil ubat. Jadi, jumlah X-Ray aku dalam tempoh 6 bulan dah 3 kali X-Ray. Dan sehinggalah minggu terakhir, aku makan ubat, diberikan satu kad lagi untuk buat X-ray selepas 3 bulan berhenti makan ubat. Jadi pemantauan doktor secara keseluruhan lebih kurang 9 bulanlah.

Peringkat-peringkat pemeriksaan dah bagus, cuma masalahnya pesakit yang mahu menjalani rawatanlah. Kalau tak betul-betul, rasa malas untuk berjumpa dan mendapat nasihat doktor, susahlah sikit. Kalau tak ikut sekarang, akan datang lagi payah. Jadi, nantikan apa rumusan mengenai rawatan keseluruhan penyakit TIBI ini dan apakah kesudahan keseluruhan rawatan yang aku terima di hospital PPUM ni. Insya-Allah, aku akan kongsikan lagi sikit nanti. (bersambung)






Nuffnang