Assalamualaikum, stesen Petronas kehabisan stok payung? Setiap kali ada sebarang promosi, pasti kebanyakkan rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang yang ada untuk mendapatkannya. Termasuklah saya, di musim perayaan ini pastilah ramai yang bergerak dalam jarak yang jauh dan pasti akan mampu memperolehi payung ini untuk ditebus.
Kenapalah tak bersedia dengan sebarang kemungkinan kehabisan stok ni. Ribu-ribu tu pengguna di Malaysia. Mestilah tak cukup kalau beratus je stoknye setiap stesen.
Kenapalah tak bersedia dengan sebarang kemungkinan kehabisan stok ni. Ribu-ribu tu pengguna di Malaysia. Mestilah tak cukup kalau beratus je stoknye setiap stesen.
Sebagai pengguna kita mesti rasa tidak puas hati jika apa yang dijanjikan tidak ditunaikan. Oleh itu saya pun agak tak puas hati juga bila pergi ke beberapa stesen untuk penebusan mendapat jawapan stok tak sampai lagi dan stok dah habis. Jadi, saya mahu mendapatkan penjelasan pihak Petronas melalui Facebook PETRONAS Brands.
Ini jawapan yang diberikan.
- Hari Ini ( 4 ) Ogos 2014)
Kepada sesiapa yang mahu menebus payung bolehlah cuba dalam minggu ini dan minggu depan. Kalau tak dapat juga, memang nak kena Petronas ni. Apa pun tunggu saya cuba tebus dulu, kalau dapat, saya updated posting ini.
Kemaskini: 24 Ogos 2014
Akhirnya satu kad saya yang cukup 10 cop dapatlah tebus payung di PETRONAS Sri Gombak pada 21 Ogos 2014 lalu, nasib baik kali itu sebab tinggal 4 lagi baki payung masa tu. Waktu tu dalam jam 4 petang macam tu kalau tak salah. Tapi masih ada lagi kad yang saya tak dapat tebus lagi. Masih lagi memburu payung di stesen-stesen Petronas dengan membawa kad tu yang dah lusuh sebab dibawa ke hulu hilir.
Masih ada 3 minggu lagi atau lebih kurang 21 hari lagi ni. Rasanya ada 3 kali restok payung kot sebabnya katanya dalam setiap seminggu dia akan hantar. Kalau tak dapat tebus ni, sesiapa pun geram.
Inilah payungnya di atas ini.
KEMASKINI 1 Oktober 2014

Pelanggan yang dihormati,Berikutan sambutan hangat yang diberikan, tempoh penebusan bagi promosi “Miliki Payung Edisi Terhad Apabila Anda Berbelanja Di Stesen PETRONAS” telah DILANJUTKAN!Sekiranya anda telah mengumpul 10 cop setakat 15 September 2014, sila mendaftar di mana-mana stesen PETRONAS pilihan anda untuk penebusan payung. Pendaftaran dibuka dari 1 - 15 Oktober 2014.Kami akan menghubungi anda apabila payung anda sedia untuk diambil.Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan.Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mymesra.com.my/daftar
Semoga yang tak dapat, ada peluang untuk menebus payung. InshaAllah.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.