HALAMAN UTAMA

Apa Kata Ilmuan Mengenai Pelaburan Emas?

Assalamualaikum, emas kini menjadi buruan kebanyakkan orang. Namun, adakah kita faham dan mempunyai ilmu mengenai emas ini? Kita digalakkan menyimpan emas. Tapi mengapa emas? Secara mudahnya, jika kita menyimpan emas orang lain tidak akan tahu akan kekayaan yang kita miliki kerana emas yang disimpan tidak dapat dikira nilainya seperti wang yang disimpan di dalam bank kerana mempunyai nilai yang direkodkan.

Apa pun, marilah kita menambah pengetahuan mengenai emas ini dengan ilmu dan pengetahuan yang disampaikan oleh ilmuan dalam bidang muammalat yang disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman dalam Seminar Kewangan Islam di Masjid Negara mengenai pelaburan emas.



InshaAllah, bermanfaat untuk kita semua.


Semoga kita dapat menambah ilmu mengenai emas ini untuk kebaikkan ekonomi kita umat Islam khususnya dan negara kita Malaysia amnya. InshaAllah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Semak Kiblat Sebenar Pada 28 Mei 2013 dan 17 Julai 2013

Assalamualaikum, anda tahu bahawa kiblat anda tepat atau pun tidak? Anda tahu arah kiblat boleh disemak setiap dua tahun sekali? Anda tahu bila boleh buat semakan arah kiblat? Jika tidak, saya kongsikan semula, setiap tahun pada 28 Mei kita boleh semak semula kiblat di tempat kita sama ada tepat atau pun tidak.

Mengapa 28 Mei? Secara mudahnya, pada ketika itulah matahari berada tepat di atas Ka'bah dan kita boleh menentukan ketepatan arah kiblat kita pada waktu tersebut dengan kaedah yang telah ditetapkan. 

Untuk memudahkan perkongsian maklumat, saya nyatakan maklumat yang perlu diketahui anda seerti berikut:

----------------------------INFO PENTING--------------------------------
Perkara : Istiwa (Semak Arah Kiblat)
Tarikh : 28 Mei dan 16 Julai (Setiap Tahun)
Masa : 5:16PM (28 Mei) dan 5:28PM (16 Julai)
Apa Berlaku : Matahari tepat di ata Ka'bah pada masa itu.
----------------------------INFO PENTING--------------------------------




Jadi itulah maklumat ringkas yang perlu anda ketahui dan jika mahukan maklumat dan penerangan lanjut, anda boleh lihat entri saya sebelum ini di SEMAK KIBLAT ANDA dan jika mahukan panduan silalah Download panduan tersebut di PANDUAN MENYEMAK KIBLAT.

Semoga bermanfaat hendaknya.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 96 (Wordless Wednesday) Hitam Putih Berpasangan


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

GST 6% Sudah Dilaksanakan Di Giant?

Assalamualaikum, apabila selesai sahaja pilihanraya, semua pihak bertungkus lumus untuk melaksanakan semua janji yang telah dibuat ketika berkempen dahulu. Ada yang memberikan maklumat bahawa cukai pekhidmatan sudah pun dilaksanakan. Saya tidak ketinggalan melihat perlaksanaan ini dalam urusan seharian kita. Baik cukai ketika parking kenderaan, membeli makanan dan sebagainya.

Ada juga yang menyiarkan beberapa kenyataan yang dikatakan pengumuman perlaksanaan GST di beberapa tempat termasuklah di Giant. Jadi, saya pun cuba mendapatkan jawapan pihak Giant Malaysia mengenai perlaksanaan GST ini di cawangan mereka.

Sebelum itu, mungkin kita keliru atau salah faham di antara GST (Goverment Service Tax) dan (Good and Services Tax). Kedua-duanya boleh disebut GST. Tetapi penggunaannya dalam resit agak mengelirukan kita. Dan perlaksanaannya juga adalah berbeza dari segi barangan cukai yang dikenakan.

Untuk mudah faham, GST (Goverment Service Tax 6%) dikenakan ketika membeli barangan di kedai dan ianya tidaklah menyeluruh.

Manakala GST (Good and Services Tax 4%) dikenakan untuk segala jenis barangan dan perkhidmatan yang kita gunakan dan beli.

GST (Good and Services Tax 4%) belum dilaksanakan tetapi GST (Goverment Service Tax 6%) sudah lama dilaksanakan.

Boleh baca berkaitan PERLAKSANAAN GST GANTI SST atau download kenyataan tersebut di sini MAKLUMAT CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN

Berikut pula kenaikkan cukai daripada 5% kepada 6%.


INFO UNTUK UMUM – Cukai Perkhidmatan Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011
· Kadar cukai perkhidmatan dinaikkan dari 5% kepada 6%; dan· Cukai perkhidmatan akan dikenakan atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayarYang Berhormat Menteri Kewangan melalui Ucapan Bajet 2011 telah mengumumkan bahawa kadar cukai perkhidmatan atas semua perkhidmatan bercukai akan dinaikkan daripada 5% kepada 6% berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011 kecuali kad kredit dan kad caj. Pengenaan cukai baru ini hendaklah dikenakan kepada pelanggan hanya mulai 1 Januari, 2011.
Selain itu Yang Berhormat Menteri Kewangan juga telah mengumumkan bahawa cukai perkhidmatan akan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar yang juga akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011. Dengan ini Cukai perkhidmatan pada kadar 6% hanya akan dikenakan ke atas yuran langganan bulanan perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar berkenaan mulai 1 Januari, 2011. (Rujuk Lampiran 15 dan 16 Ucapan Bajet 2011)
Perundangan (Peraturan dan Perintah) berkaitan sedang dalam proses pewartaan. Garis panduan pelaksanaannya akan dikeluarkan oleh Bahagian Cukai Dalam Negeri, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia.

Oleh yang demikian, berikut adalah respon pihak Giant pada 15 Mei 2013.





Oleh yang demikian, kita sedia maklum GST ini iaitu Government Service Tax telah dinaikkan daripada 5% kepada 6% bermula pada tahun Januari 2011 lalu. Oleh yang demikian, sahlah pihak Giant sebenarnya hanya mengenakan cukai untuk cukai kerajaan yang mana gambar yang tersebar adalah daripada bahagian RTE (Ready To Eat) di Giant yang mengenakan sebanyak 6% di beberapa cawangannya yang berkaitan dalam perlaksanaan cukai tersebut.

Sekadar berkongsi maklumat dan penjelasan pihak Giant. Apalagi, anda berbelanja, andalah yang perlu bayar cukai perkhidmatan tersebut. Cukai yang dibayar akan dibayar kepada kerajaan setiap dua bulan sekali mengikut apa yang dinyatakan pihak Giant seperti di atas.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Cara Hentikan SPAM di Facebook?

Assalamualaikum, buat sekian kalinya Facebook kini kembali menerima mesej-mesej dalam inbox yang mana dihantar secara diam. Ini boleh dikatakan sebagai SPAM. Saya dapati ianya mula menyerang sejak akhir-akhir ini. Tapi bagaimana cara untuk menghentikannya? Bagaimana nak menghentikan SPAM tersebut atau membuangnya atau mematikannya?

Sudah pasti ramai yang runsing kerana ianya sedikit sebanyak menyemakkan dan mengganggu peti simpanan mesej kita (inbox) dan juga rakan-rakan kita apabila mesej tersebut dihantar tanpa pengetahuan kita sendiri.



Berikut adalah cara mudah untuk menghentikannya, klik pada "setting":-
  1. Anda perlu "clearkan history".
  2. Anda perlu "clearkan cache".
  3. Anda perlu "clearkan cookies".
  4. Dan lebih baik jika anda tukarkan password akaun Facebook anda.

Buat seperti yang berikut (contoh: pada browser Chrome):



Semoga cara-cara ini dapat membantu anda untuk kembali menggunakan Facebook dalam keadaan selesa.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Potongan Bawang Menjadi Toksik Tidak Benar

Assalamualaikum, 'potongan bawang berbahaya?' apabila terbaca satu kenyataan yang menyatakan bahawa jika memotong bawang dan membiarkannya akan menjadikan bawang tersebut bertoksik dan berbahaya kepada perut. Adakah ini benar? Saya terus mendapatkan maklumat untuk mendapatkan kesahihan perkara ini. Untuk mengelakkan perkongsian tanpa fakta kajian saintifik, saya membuat sedikit pencarian sumber yang berautoriti.

Selepas melihat beberapa sumber berkaitan kenyataan tersebut, ianya didapati tidak benar sama sekali kerana tiada satu pun kajian yang telah membuktikan akan perkara ini. Malah ianya telah dijawab oleh Dr Ruth MacDonald, Pengerusi dan Profesor Jabatan Sains Makanan & Pemakanan Manusia, Iowa State University. Menurut beliau, ianya adalah suatu yang tidak benar, namun terdapat beberapa perkara yang boleh dikaitan dengan persoalan ini.

Saya kongsikan apa yang beliau perkatakan mengenai pertanyaan berkaitan isu ini.

Isu pertama ialah apa-apa makanan berkaitan tumbuhan semula jadi akan mempunyai bakteria di dalamnya, melainkan jika ia telah diproses menggunakan haba atau penyinaran. Bakteria boleh datang daripada tempat penanamannya dan semasa pengendaliannya di kedai atau rumah anda. Jika anda menyimpan sayur-sayuran pada suhu bilik ia akhirnya akan rosak dan reput akibat daripada proses gabungan pertumbuhan bakteria dan pecahan dinding sel. Keadaan ini akan memungkinkan kelihatan seperti sayur-sayuran ini 'menarik' bakteria tetapi sebenarnya bakteria telah menggandakan bilangannya dalam proses pereputan yang berlaku. Kadar kerosakan akan bergantung kepada tahap kehadiran bakteria, jenis bakteria, suhu, oksigen dan cahaya, serta struktur sayuran tersebut.


Isu kedua adalah berkenaan bawang yang telah dipotong akan menarik bakteria. Apabila anda memotong sayuran ianya menyebabkan dinding sel terganggu, air dan cecair yang dikeluarkan ini mungkin mengandungi nutrien yang akan meningkatkan pertumbuhan bakteria. Jadi, jika terdapat bakteria hadir pada permukaan yang dipotong akan menyediakan persekitaran sesuai untuk pembiakkannya. Meletakkan bawang atau sayur-sayuran di dalam peti sejuk biasanya akan melambatkan pertumbuhan bakteria, tetapi ianya tidak menghalang sesetengahnya daripada berlaku (dan sesetengah bakteria sebenarnya tumbuh dengan baik pada suhu penyejukan). Jadi mana-mana sayur-sayuran, yang dipotong atau tidak, mungkin mempunyai bakteria yang akan menyebabkan kerosakan akhirnya, walaupun disimpan dalam peti sejuk.



Bakteria biasanya tidak 'bergerak' dengan sendiri - mereka tidak terbang atau merangkak dari satu tempat ke tempat lain. Ianya dibawa melalui sentuhan - apabila anda mengambil sayur-sayuran, bakteria dari tangan anda akan dipindahkan ke permukaan sayuran. Atau apabila anda meletakkannya di atas kaunter atau memotongnya dengan pisau, bakteria boleh dipindahkan dari kaunter atau pisau ke atas sayur-sayuran.

Sesetengah bakteria boleh menjadi bawaan udara tetapi ia tidak boleh mengarahkan penerbangannya dalam apa jua cara - ianya hanya boleh berada pada sayur-sayuran jika udara yang membawanya kepada sayur-sayuran. Jadi kenyataan bahawa bawang 'menarik' bakteria tidak benar dan tiada kajian saintifik.

Isu ketiga ialah sama ada bawang yang dipotong akan menarik jenis tertentu bakteria patogenik. Sekali lagi, bakteria tidak dapat memilih di mana ianya akan mendarat. Walau bagaimanapun persekitaran tersebut akan menentukan sama ada ianya dapat hidup atau tidak. Jadi, pada permukaan apa pun jika mengandungi nutrien yang cukup, suhu dan tahap oksigen yang diperlukan untuk ia berkembang, maka ia akan berkembang. Jika mana-mana daripada keperluan tersebut itu tidak mencukupi, maka ia tidak akan berkembang. Oleh itu, jika bakteria patogenik yang hadir pada sayur-sayuran, dan syarat-syarat untuk pertumbuhan mencukupi maka bakteria akan dapat membiak.



Jadi apakah yang perlu dilakukan untuk mencegah penyakit daripada sayur-sayuran?

Di kedai: 

  • Pilihlah sayur-sayuran yang masih segar dan tidak mempunyai tempat lembut atau lebam dan hendaklah mengendalikan mereka dengan cermat.


Di rumah: 

  • Cucilah sayur-sayuran dengan air sejuk, gunakan berus lembut jika anda mahu - dan kering.
  • Menyimpannya di tempat sejuk dan kering, atau dalam peti sejuk.
  • Apabila anda mengendalikan sayur-sayuran, basuh tangan anda terlebih dahulu, menggunakan peralatan yang bersih dan papan memotong, dan mengelakkan pencemaran silang terutama dengan daging mentah atau telur.
  • Segera membungkus dengan plastik atau dimasukkan ke dalam bekas tertutup untuk mengelakkan kehilangan kelembapan dan menyimpan di dalam peti sejuk - Penggunaan dalam masa 2-3 hari.
  • Jika terdapat lebam, mempunyai cecair keruh di sekeliling mereka, berlendir atau mempunyai bau - buangkan sahaja.


Semoga perkongsian ini menjawab segala persoalan yang diutarakan dan kemusyikan akan kesahihan berkaitan kenyataan tersebut.


Sumber: 


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang