HALAMAN UTAMA

Sejenis Makanan Dalam Yong Tau Fu Dikesan Ada DNA Babi?

http://adf.ly/gJUNW
Assalamualaikum, apabila membuka laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Perlis, saya ternampak satu artikel yang dikeluarkan pada Selasa, 09 Ogos 2011 03:08 dan telah dikemasikini pada Jumaat, 05 Julai 2013 16:36 mendedahkan penemuan DNA babi dalam satu produk makanan yang biasa dimasukkan dalam hidangan sajian Yong Tau Fu dan steamboat.

Saya pernah nampak produk ini, tetapi tak pasti adakah ianya daripada jenama ini atau pun jenama yang lain. Apa pun kita perlulah berwaspada dengan produk ini dan mengelakkan produk yang meragukan serta yang tiada logo halal JAKIM.


Berikut adalah kenyataan yang dipetik daripada laman web tersebut:



PENEMUAN DNA BABI DI DALAM PRODUK MAKANAN




Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah mendapat maklumat dari pihak berkuasa di pintu masuk sempadan Malaysia- Thailand mengenai sampel makanan, kategori ikan dan hasilannya yang mengandungi Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi iaitu produk Chikuwa (seasoned Fish Roll) dan Filament Fish Sticks yang berjenama Pasific Food Processing (PFP). Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk makanan tersebut agar ianya mendapat pengesahan halal yang diiktiraf oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 05 Julai 2013 16:36 )

Sumber: http://islam.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=133:penemuan-dna-babi-di-dalam-produk-makanan&catid=37:info-terkini 

Surat yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bertarikh 15 Mei 2013.

Hidangan yang biasa mengandungi makanan jenis ini:-






Semoga kita akan sentiasa lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang kita mahukan demi menjaga pemakanan kita yang baik dan halal serta bersih.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Terkini

Assalamualaikum, beberapa minggu ini seluruh negara masih lagi dilanda jerebu yang tidak menentu waktunya. Kadang kala malam sudah bebas jerebu, tetapi kembali berjerebu di waktu pagi. Apa pun masyarakt diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tahap kesihatan senantiasa berada dalam keadaan yang baik dan sihat.
Saya kongsikan tempat rujukan utama kita untuk mengetahu tahap kualiti udara atau pun indeks pencemaran (IPU) di seluruh Malaysia yang dicatatkan oleh Bahagian Alam Sekitar Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di sini.



Pemandangan daripada Hospital Kuala Lumpur pada pukul 8:00pagi 16 Mac 2014 menunjukkan KLCC ditutupi jerebu.

Contoh untuk perkembangan terkini hari ini 17 Mac 2014 adalah seperti berikut:

http://adf.ly/gGwYh



Beberapa perkara perlu difaham mengenai Sumber Laman Web Ini dan Maklumat Yang disampaikan:

Tempoh Kemaskini / Updating Duration

      IPU setiap jam dikira berdasarkan cerapan data dari stesen pengawasan kualiti
      udara automatik yang dikawal secara jarak jauh (remote). Proses cerapan
      memerlukan kitaran masa selama 1 jam yang lengkap sebelum bacaan IPU dipaparkan.
      Sebagai contoh, bacaan IPU pada jam 7 pagi hanya akan lengkap selepas 1 jam
      cerapan iaitu pada jam 8 pagi sebelum dapat dikemaskini di laman APIMS

Nota / Note
       *   =  Habuk Halus (PM10)               c =  Ozon (O3)
       a   =  Sulfur Dioksida (SO2)            d =  Karbon Monoksida (CO)
       b   =  Nitrogen Dioksida (NO2)          & =  Lebih daripada satu pencemar

Pengiraan IPU

      Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2,
      NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi
      diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya,
      kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar
      yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.

Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3)

      Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon
      adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah
      pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap
      yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi
      membentuk ozon di permukaan bumi.    
Semoga rujukan ini akan dijadikan panduan untuk aktiviti luar yang kita rancangkan pada masa-masa tertentu.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rakaman CCTV dan Gambar Perbuatan Khianat di Masjid Limbongan Terengganu 3/3/2014

Assalamualaikum, pada 3/3/2014 umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan satu perbuatan khianat di Masjid Limbongan, Terengganu. Penghinaan terhadap al-quran yang ditaburkan dan diletakkan di dalam tandas amatlah tidak boleh diterima.

Saya hanya dapat memaparkan tindakan al-quran yang disepahkan di dalam dan di luar masjid. Selebihnya boleh rujuk ke blog yang saya sertakan di bawah kerana tak sanggup nak memaparkan perbuatan tersebut di dalam blog ini.

Saya kongsikan gambar dan rakaman CCTV Berhubung kejadian khianat ini.




Sumber gambar: Blog petikan gambar tersebut dan gambar-gambar lain.


Berikut satu Rakaman CCTV masjid tersebut yang menunjukkan perbuatan khianat oleh pihak yang tidak dikenal pasti pada 3/3/2014 jam 23:27.


Laporan yang dipetik daripada sumber di Facebook di SINI:

        --------------------------------------Sumber dari SINI------------------------------------------

As salam YDH Tuan. Untuk makluman YDH Tuan. Bersabit Kg Raja Rpt: 1071/14, P/Penyiasat: Insp.Azira Bt Md Razak, 4/3/2014@0310hrs

Butir-butir Pengadu:

Nama: Engku Mi Bin Engku Hassan
Kp: 530105065037
Umur: 61
Kerja: Berniaga/KRT/SRS
Alamat: 1394 Kg Limbonhan 22200 Kg Raja Besut Trg

Ringkasan kes:

Pada 4/3/2014 jam lebih 1.30 pagi semasa pengadu sedang buat rondaan KRT/SRS di kawasan Kg Limbongan Kg Raja Besut Trg telah singgah di Masjid Kg Limbongan dapati dalam keadaan baik. Seterusnya pengadu buat rondaan dan singgah di rumah kediaman YB Mahadi Bin Musa yang terletak berhampiran. Pada 4/3/2014 jam l/kurang 2.30 pagi pengadu pergi semula ke kawasan Masjid Kg Limbongan Kg Raja telah dimaklumkan oleh anggota SRS yang membuat rondaan bermotorsikal mengatakan bahawa telah menjumpai Al-Quran dalam keadaan berselerak di depan tangga pintu masuk masjid, di dalam mangkuk tandas,dan di tempat solat. Terdapat juga barang-barang lain seperti kipas dinding dan pintu sliding tempat solat telah dirosakkan dan di pecahkan. Pengadu syaki perbuatan tersebut dikhianati oleh orang yang tidak dikenalpasti.

Hasil siasatan IO:

(1) temubual dan rakam percakapan pengadu.

(2) Hasil rakaman percakapan pengadu dapati pengadu tidak kenalpasti saspek yang melakukan perbuatan tersebut. Menurut pengadu tiada saksi yang nampak semasa kejadian berlaku.

(3) Ke tempat kejadian bersama Jurufoto Kpl/D Ramli Sulaiman iaitu Tempat kejadian adalah di Masjid Kg Limbongan Kg Raja Besut Trg. Tiada alat CCTV dipasang.

(4) Pohon bantuan Unit Forensik D10 IPK Trg untuk siasatan lanjut tempat kejadian di ketuai oleh Insp Shamendra.

(5) Arahkan CPJ/Detektif dapatkan maklumat lanjut dan kesan saspek yang disyaki.

Perkembangan lanjut akan dimaklum semula.

Terima kasih YDH Tuan


--------------------------------------Sumber dari SINI------------------------------------------

Selepas ini disarankan di Masjid atau surau di seluruh Malaysia, agar dapat memasang CCTV untuk memantau keselamatan dan keharmonian di tempat-tempat ibadah untuk memastikan setiap penghianatan dapat diselesaikan dengan baik.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang