HALAMAN UTAMA

HIV. Lelaki, Awas Tindakan Anda. (Bah 1)

Assalamualaikum, hari ini ada sesuatu yang menarik yang ingin saya kongsikan mengenai HIV. Saudara pembaca yang dihormati. Pernah dengar HIV kan? sudah tentu sudah (Jika belum lihat SINI). Jadi, saya ingin kongsikan mengenai suatu keadaan yang mana secara realitinya berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Kita bukan sahaja takut dengan penyakit HIV, tetapi juga kepada pesakitnya. Namun, kita tidak akan takut melainkan kita sendiri berhadapan dengan pesakit HIV, melihat kesengsaraan pesakit HIV secara dekat dan langsung, kita sendiri yang mendapat HIV atau kita sendiri yang akan  menguruskan pesakit HIV.

Tetapi,
1. Sejauh mana kita sedar dan tahu bagaimana HIV itu boleh diperolehi?
2. Mungkin juga kita yakin bahawa kita tidak akan mendapat HIV?
3. Adakah tindakan yang kita sering lakukan ini selamat selagi kita tidak berasa apa-apa yang pelik ke atas diri kita?
4. Tetapi, Apakah yang kita boleh buat jika mendapat HIV?

Masya-Allah, apa yang mungkin sudah biasa berlaku dalam masyarakat kita secara tersembunyi atau terbuka itulah yang menjadi penyumbangnya. Sangat bimbang jika ianya banyak berlaku dalam bangsa Melayu itu sendiri khususnya di negara Malaysia. Apabila zaman dan negara sudah mencecah setengah abad kemerdekaan dan kemajuan teknologi semakin pantas bergerak, pada saat itulah segala punca penyakit yang serius yang pada masa akan datang sedang menular dan menjadi barah dan parah.

Pada ketika itulah kita semua akan rasa tidak selesa dan sentiasa berada dalam ketakutan apabila setiap ruang yang kita pergi akan berjumpa dengan pesakit HIV. Ini tidak mustahilah akan berlaku jika, kita tidak sedar dan bertindak daripada sekarang.

Saudara pembaca sekalian, bukanlah kita mahu meminta keadaan ini berlaku, tetapi, ini sebagai suatu khidmat sosial kepada masyarakat untuk menerapkan kesedaran dan mencegah masyarakat agar tidak terus rosak dan secara tidak sedar telah menyuburkan barah yang sedang terjadi kini dan kesan kritikalnya akan dilihat pada masa yang akan datang.



Saya secara peribadinya amat takut untuk meneruskan kehidupan di zaman ini tatkala kemajuan teknologi bergerak maju dengan pantas dan sangat menggerunkan kini. Namun, setiap manusia yang hidup adalah khalifah Allah dan inilah tanggungjawab kita. Mahu atau tidak, berkerjalah kita seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kita seolah-olah akan mati esok hari. Kerana apa, kita hidup hanya untuk beribadah kepada Allah.

Ini sebahagian situasi penting yang mungkin berlaku setiap hari dalam negara kita.
Keadaan ini berlaku di Pusat Darah Negara (PDN) apabila sedang menderma darah. Anda lihat apakah yang akan menyebabkan HIV ini amat digeruni. Betapa serius dan bahayanya HIV ini kepada diri kita ialah apabila kita sendiri menghadapi dan mengalaminya.

- Seperti mana kes seorang lelaki melayu yang dinamakan sebagai HAMBA ALLAH sudah menderma darah di PDN. Namun, dalam pemeriksaan ke atas darah yang didermakannya itu mendapati bahawa beliau telah dijangkiti penyakit HIV seawal usianya 20-an pada tahun 2011.
- Bukan itu sahaja, ujian ke atas darah beliau juga didapati bahawa darahnya juga telah dijangkiti HIV jenis 1 (HIV type 1).
- Dan bukan itu sahaja, ujian darah juga menunjukkan bahawa beliau turut dijangkiti HIV jenis 2 (HIV type 2).
- Yang amat menyedihkan dan mengharukan lagi, beliau juga didapati mempunyai virus siflis pada peringkat 4 yang mana sudah berada pada tahap kritikal.
- Hamba Allah itu dilihat pulang dengan kesedihan dan apabila diperhatikan, beliau duduk termenung berseorangan di suatu sudut di luar PDN.
- Amat simpati tetapi, itulah hasil daripada tindakan beliau. Itulah fitrah, Allah tetap akan berikan apa yang diusahakan kita sama ada baik atau pun buruk. Kerana itu pilihan kita.
- Namun, jika kita lihat kesihatan beliau pada ketika itu adalah seperti normal sahaja dan kita sendiri pun tidak menyangka beliau mempunyai penyakit HIV. Hatta beliau sendiri pun terkejut dan tidak menyangka beliau mempunyai HIV. Inilah yang sangat membimbangkan kita.

Di sebalik fakta di atas, apa yang kita tahu mengenai kenyataan tersebut? Mengikut daripada apa yang dipelajari dan saya ketahui secara ringkasnya :-
- HIV mempunyai beberapa jenis (Type), HIV jenis 1 biasanya dihidapi di kawasan ASIA manakala HIV jenis 2 biasanya dihidapi oleh orang-orang di Afrika. (BERKAITAN)
- Penyakit Siflis akan menyerang dan akan memberikan kesan pada kemaluan lelaki.

Dan pengakuan juga mendapati dan boleh membuktikan punca HIV beliau ialah :-
- Mengaku bahawa melakukan hubungan seks songsang (homoseksual) dengan lelaki.
- Mengaku bahawa melakukan hubungan seks dengan lelaki berbangsa Afrika.
- Mengaku biasa melakukan hubungan seks dengan lelaki.


PERSOALAN PENTING, Apakah ini tidak berlaku dalam masyarakat kita atau kita tidak sedar atau kita tidak nampak atau kita buat-buat tak nampak atau kita sekadar tidak ambil kisah atau kita benar-benar tidak tahu menahu langsung?

Realiti masyarakat Melayu kini. Saya memberikan contoh untuk lelaki pada masa kini kerana bilangan lelaki kian sedikit berbanding perempuan. Oleh itu, antara yang saya pernah lihat secara kasar dalam perbincangan internet, artikel yang dikeluarkan dalam pelbagai laman blog, cerita-cerita benar dan juga berita-berita yang tersebar dan dikongsikan secara meluas. Amat menggerunkan tetapi inilah realitinya.

- Sememangnya wujud kanak-kanak lelaki yang berumur belasan tahun sudah biasa melakukan hubungan seks songsang seperti meliwat. Sama ada di sekolah atau di luar. Mungkin berpunca daripada sikap ingin tahu dan ingin mencuba. Pengaruh rakan-rakan sebaya dan pergaulan bebas juga punca. Sukar dibendung jika mereka suka sama suka. Mungkin ini banyak berlaku. Ini tidak mustahil kerana berita mengenainya pernah banyak juga dilaporkan.

- Wujudnya penderaan dan penganiayaan terhadap kanak-kanak lelaki sejak kecil lagi. Mungkin berlaku dan tidak mustahil kerana berita mengenainya pernah juga dilaporkan.

- Kanak-kanak lelaki didedahkan dengan bahan bacaan yang tidak sesuai yang boleh mendorong kepada melakukan aktiviti yang diluar tabi'i. Zaman teknologi teramat maju dan sangat menggerunkan. Sangat mudah diakses di mana-mana sahaja.

- Lelaki yang kecewa dengan hubungan dengan teman wanita. Perempuan juga adalah penyebabnya, namun lelakilah yang terlalu berharap sangat dan sebagai membalas dendam terhadap wanita dengan melakukan hubungan ini. Biasa dilaporkan dalam akhbar-akhbar dan artikel.

- Jalan mudah mendapatkan duit. Ada juga yang lebih rela mendapatkan duit daripada aktiviti maksiat ini. Amat menyedihkan kerana, ia menyumbang kepada kehancuran sistem masyarakat dan merosakkan akhlak dan menyuburkan perkara yang dilaknat Allah. Menyediakan ruang maksiat kepada orang lain.

- Lelaki yang berasakan nikmat dan terus-terusan melakukannya kerana tidak dibimbing keluarga atau pun keluarga yang mempunyai hubungan yang tidak baik. Merasakan aktiviti ini dapat menggembirakan hidupnya tanpa memikirkan maslah yang ada.

- Pendidikan agama yang lemah dan tidak mengamalkan secara menyeluruh suruhan agama dan memandang ringan hukum hakam agama. Tidak kisah halal, haram, dosa dan pahala.

- Penghayatan yang sangat lemah dan kurang berdoa dan kurang berusaha. Bukannya tiada orang yang memiliki dan mempelajari agama dengan mendalam terlibat. Ini juga berpunca tiada bimbingan dan dorongan kepada kebaikkan. Berita banyak juga melaporkan dalam media.

Banyak lagi situasi dan keadaan yang secara realitinya berlaku di Malaysia. Amat menyedikan dan membimbangkan jika tidak sedar akan tindak tanduk mereka itu adalah salah dan tidak diterima Allah. Mungkin ada yang benar dan sering berlaku, dan mungkin tidak benar dan jarang berlaku. Tetapi realitinya, anda yang nilaikan. (bersambung)


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang