Beberapa bulan telah pun berlalu, aku masih lagi mengambil ubat tibi pada fasa intensif pertama. Daripada ubat yang telah digabungkan kepadalah ubat yang berasingan. Jika ubat yang telah digabungkan hanya perlu ambil dalam bilangan yang sedikit kerana sudah digabungkan untuk beberapa jenis ubat. Alhamdulillah, aku tidak mengalami apa-apa masalah ketika mengambil ubat. Cuma sedikit kesan sampingan yang biasa dan terkawal. Tetapi, pada masa yang sama, setiap beberapa minggu kena ambil ubat di Klinik DOTS, itu memang mahu atau tidak, mesti ambil.
Sehinggalah aku perlu berjumpa dengan doktor lagi untuk pemeriksaan lanjut. Apabila sampai hujung fasa pertama, aku telah dikurangkan beberapa jenis ubat yang mana perlu diambil pada fasa pertama intensif. Ubat-ubat ini pun masih lagi jenis yang sama, cuma dosnya berbeza kerana telah dikurangkan.
Seperti biasalah, temujanji dengan doktor tidak boleh dielak untuk memastikan tahap kesihatan aku terkawal. Tetapi, setiap temujanji mesti lebih daripada tiga jam menunggu. Datanglah awal sebab beranggapan datang cepat, balik cepat. Rupa-rupanya, anggapan itu silap. Aku masih ingat lagi, dah banyak kali aku datang awal, tapi masa pendaftaran dalam kad tertulis pukul 11am, aku datang pukul 9am. Dah sah-sah cepat 2 jam. Apa lagi, jururawat tu pun bagi tau, lain kali kalau temujanji pukul 11am, datang pukul 11am, sebab tak payah nak tunggu lama-lama. Baru aku tahu, memang dia akan ikut masa dalam kad. Lepas ni, memang macam tu lah aku nak buat.
Seperti biasa, kadang-kala jumpa doktor yang ok, yang senyap, yang sibuk dan pelbagai lagi. Aku masuk banyak bilik doktor, dah jumpa pelbagai stail. Tapi aku tak tahulah, ini yang aku alami sendiri. Ada doktor, yang kita masuk, cuma tanya apa masalah atau soalan lain? lepas tu, tengok analisis kemudian kata ok, lepas tu boleh keluar. Ada pula yang tanya macam-macam, ada masalah atau tak, ada tak hari yang tak makan ubat dan macam-macam lagilah. Ada yang bagus, ada yang kurang bagus. Tapi majoritinya baguslah. Kalau tak, macam mana nak rawat pesakit. Yang muslim tu, ada jugalah yang mulakan dengan Basmallah sebelum buat sesuatu, alhamdulillah, yakin aku bila dia buat rawatan.
Tapi biasalah, kekadang, siap bakal-bakal doktor pun tengah dengar lecture dalam bilik hospital tu pun ada. Sebab nampak macam tengah nak exam agaknya diorang ni. Sebab bersungguh je dengar. Kekadang aku yang kat situ pun diorang dah macam tak nampak. Ya la, aku pon terfikir salah masuk bilik ke aku ni?. Macam-macam ragam doktor dan pesakit kalau masuk hospital ni.
Berbalik pertukaran intensif tadi, aku mula makan ubat fasa intensif kedua dan berterusan selama 8 minggu kalau tak salah. Kemudian, jumpa doktor untuk tengok X-Ray buat kali kedua dan kali ketiga ketika minggu untuk berhenti ambil ubat. Jadi, jumlah X-Ray aku dalam tempoh 6 bulan dah 3 kali X-Ray. Dan sehinggalah minggu terakhir, aku makan ubat, diberikan satu kad lagi untuk buat X-ray selepas 3 bulan berhenti makan ubat. Jadi pemantauan doktor secara keseluruhan lebih kurang 9 bulanlah.
Peringkat-peringkat pemeriksaan dah bagus, cuma masalahnya pesakit yang mahu menjalani rawatanlah. Kalau tak betul-betul, rasa malas untuk berjumpa dan mendapat nasihat doktor, susahlah sikit. Kalau tak ikut sekarang, akan datang lagi payah. Jadi, nantikan apa rumusan mengenai rawatan keseluruhan penyakit TIBI ini dan apakah kesudahan keseluruhan rawatan yang aku terima di hospital PPUM ni. Insya-Allah, aku akan kongsikan lagi sikit nanti. (bersambung)
Sakitkah Aku? : Darah di waktu pagi (Part 1)
Sakitkah Aku? : Kata Doktor... (Part 2)
Sakitkah Aku? : Pemeriksaan Lanjut... (Part 3)
Sakitkah Aku? : Kata Doktor... (Part 2)
Sakitkah Aku? : Pemeriksaan Lanjut... (Part 3)
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan