Aku diminta untuk duduk di atas kerusi roda untuk di bawa ke bilik pemerhatian AKUT. Sambil memegang plastik bagi memastikan aku batuk ke dalamnya agar darah tidak terkena baju. Dalam keadaan macam itu, aku cuba mengawal daripada terus batuk kerana bimbang banyak darah keluar. Tapi doktor kata, keluarkan je, tapi tak naklah banyak keluar darah. Ngerilah pulak.
Sampai je kat bilik pemerhatian tu, aku diletakkan di katil untuk pemerhatian dan diletakkan beberapa wayar pada badanku untuk memeriksa denyutan jantung mungkin atau pernafasan pada ketika itu. Kemudian, diberikan oksigen ke hidungku. Sambil aku memakai penutup mulut. Aku baring untuk relax sementara menunggu doktor datang dengan keputusan pemeriksaan aku. Di dalam fikiranku bimbangkan kerja assignment yang belum siap lagi. Habislah kalau kena tahan wad malam ni. Aku pun tanyalah pada jururawat sama ada aku akan ditahan atau tidak. Dia pun menjawab dengan confidentnya mungkin aku akan ditahan beberapa hari. Mahu tak cuak aku. Berdoa jelah supaya aku tidak ditahan.
Beberapa minit kemudian, aku didatangi seorang doktor perempuan yang membuat pemeriksaan sekali lagi. Soalan yang sama ditanyakan seperti doktor pertama tadi. Antaranya :-
1. Pernah tinggal dengan pesakit TIBI? jawabku Tidak.
2. Ada keluarga atau orang terdekat pernah kene TIBI? jawabku Tidak.
3. Badan pernah berpeluh masa tidur waktu malam? jawabku tak pasti sebab biasa tidur memang panas.
4. Pernah sesak nafas atau susah nak bernafas? jawabku pernahlah juga tapi sejak dari 7 tahun dulu la. Itu pun sekarang dah kurang dah.
5. Bila mula batuk keluar darah? jawabku semalam pagi masa tidur.
6. Berapa banyak darah keluar? jawabku ada lebih dari satu cawan la. Pagi masa tidur, tengah hari lepas makan lepas tu, petang tadi masa tunggu keputusan, paling banyak keluar darah masa batuk.
Itulah antara soalan yang ditanyakan. Aku pun rehat sekejap sementara menunggu keputusan yang masih belum keluar. Jam dah pukul 6 lebih. Berdebar-debar aku menunggu takut kena tahan dalam wad je. Masa itu baru beberapa orang doktor datang untuk melawat pesakit-pesakit yang berada dalam wad pemerhatian AKUT itu. Seorang doktor lelaki datang memberitahu yang keputusan aku akan diterangkan oleh seorang doktor nanti.
Selepas beberapa minit, beberapa orang doktor datang lagi dan melihat keadaan aku yang sudah nampak stabil. Seorang daripadanya mengatakan yang aku sudah stabil dan boleh balik hari ini juga. Aku lega sedikit sebab boleh juga balik. Kemudian, dia memberitahu yang aku berkemungkinan dijangkitiki TIBI dan mengingatkan bahawa penyakit ini boleh baik dengan syarat, kena makan ubat. Beliau menerangkan lagi bahawa virus ini boleh dibunuh dalam tempoh 6 bulan rawatan. Yang mana pesakit perlu membuat pemeriksaan dan pemantauan pada tarikh-tarikh yang tertentu bagi melihat perkembangan kesihatan.
Doktor juga mengingatkan bahawa berkemungkinan dalam 2-3 bulan aku akan berasa sihat dan boleh membuat pelbagai aktiviti. Tetapi jangan berhenti makan ubat kerana virus itu berkemungkinan masih lagi ada tetapi tidak aktif dalam tempoh tersebut. Dan bagi memastikan ianya dapat dibunuh sepenuhnya, perlulah mengambil ubat dalam masa 6 bulan. Jika tidak, ianya akan menjadi imun kepada ubat tersebut dan boleh menyerang bahagian lain seperti otak, tulang dan kawasan-kawasan lain. Dan jika ianya terjadi semula kali kedua dan menyerang tempat lain, seperti otak, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun dua dan perlu mengambil ubat antibiotik peringkat kedua yang mana lebih kuat daripada ubat peringkat pertama.
Perlu diketahui juga ubat untuk peringkat kedua ini tidak ditanggumg kosnya oleh kerajaan kerana hanya peringkat pertama sahaja yang akan ditanggung. Dengan penjelasan tersebut, aku pun faham bahawa penyakit TIBI boleh diubati dengan syarat mengikut nasihat dan panduan yang diberikan doktor. Dalam masa 2 minggu pertama ini, aku diberikan cuti supaya berehat dan dikehendaki memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut tersebar kerana dalam tempoh itu ianya masih lagi aktif. Doktor menasihatkan aku juga supaya memberitahu orang yang berhampiran agar membuat pemeriksaan di hospital bagi memastikan mereka tiada dijangkiti TIBI.
Perlu diketahui juga ubat untuk peringkat kedua ini tidak ditanggumg kosnya oleh kerajaan kerana hanya peringkat pertama sahaja yang akan ditanggung. Dengan penjelasan tersebut, aku pun faham bahawa penyakit TIBI boleh diubati dengan syarat mengikut nasihat dan panduan yang diberikan doktor. Dalam masa 2 minggu pertama ini, aku diberikan cuti supaya berehat dan dikehendaki memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut tersebar kerana dalam tempoh itu ianya masih lagi aktif. Doktor menasihatkan aku juga supaya memberitahu orang yang berhampiran agar membuat pemeriksaan di hospital bagi memastikan mereka tiada dijangkiti TIBI.
Pada pukul 7.00pm lebih aku dibenarkan untuk keluar tanpa ada penjelasan selanjutnya dari doktor, tetapi jururawat sahaja. Aku kemudian diberikan kad temujanji pada hari esok untuk ke DOTS dan klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan lanjut. Hari itu, aku pulang dengan kesyukuran kerana tidak ditahan di wad. Walaubagaimanapun, aku perlu ke hospital keesokkan hari pula untuk pemeriksaan lanjut. (bersambung)
Sakitkah Aku? : Darah di waktu pagi (Part 1)
Sakitkah Aku? : Kata Doktor... (Part 2)
Sakitkah Aku? : Pemeriksaan Lanjut... (Part 3)
Sakitkah Aku? : Kata Doktor... (Part 2)
Sakitkah Aku? : Pemeriksaan Lanjut... (Part 3)
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan