HALAMAN UTAMA

Lecehnya berkhidmat di Malaysia?

Salam kepada pembaca budiman, sering kali kita mendengar pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara tidak mahu pulang berkhidamt di Malaysia bukan? Sesekali pernah juga terdengar sembang-sembang mereka yang bergelar doktor atau pun sesiapa sahaja. Apakah yang menyebabkan mereka tidak mahu pulang ke Malaysia? Mungkin antara faktor-faktor ini benar atau pun tidak, tak tahulah. Saya sekadar berkongsikan perbincangan ringkas mereka sahaja.

Bukannya negara kita tak cukup doktor katanya, tapi mereka yang nak berkhidmat dengan hospital kerajaan yang kurang. Betulkah? tak tahulah. Mengapalah jadi macam ni ye... Katanya, doktor-doktor yang dah berkhidmat lama di luar negara sampai ada yang sudah jadi pakar bedah bertahun lamanya pun ingin berkhidmat di tanah air. Tetapi kadang-kala hasrat mereka nie disusahkan di tempat sendiri.

Ye la. katanya, sedangkan kalau berkhidmat di negara orang lain dah bertahun-tahun jadi pakar, lepas tu pulang ke tanah air sebab rindu nk berkhidmat di Malaysia kene pula buat ujian untuk mengesahkan kelayakan mereka sebagai doktor untuk mendapat tauliah. Tapi kalau mereka tidak bertauliah atau tak layak, takkan la boleh jadi pakar di negara orang bertahun-tahun? seperti pakar bedah atau pun pakar-pakar lain. Ye la, mana taknya, kata kekurangan doktor untuk berkhidmat di hospital-hospital kerajaan. Tapi bila panggil mereka balik ke negara sendiri, macam-macam perkara yang melecehkan perlu dibuat. Sedangkan mereka dah diiktiraf oleh negara luar sampai mereka boleh jadi pakar.

Tak kiralah, doktor ke bukan. Tapi mereka nie bincangkan profession kedoktoran la. Betul juga la kan. Mereka kene la berkhidmat di tanah air sendiri. Tapi bila sampai di negara sendiri, seolah-olah mereka baru lagi dalam bidang kedoktoran. Macam mana kan. Tapi tak tau la sejauh mana kebenarannya. Mungkin para pembaca yang lebih mengetahui boleh berkongsi bersama saya. Mungkin juga faktor gaji yang tak setimpal juga jadi faktor. Ye la, dah belajar susah payah dan dalam masa yang lama, tapi gaji masih lagi rendah. Tambahan pula kerjanya banyak kene cover pesakit-pesakit kan.

Tak tahu la sejauh mana doktor-doktor di Malaysia ni mengalami masalah kerja mereka. Sebab saya pun bukanlah tahu sangat, tetapi sekadar terfikir bagaimana jika benar ianya berlaku dan adakah ianya akan berterusan? Tetapi bagaimana pula dengan profession yang lain? Saya juga terfikir mengenai orang-orang yang lebih arif dalam bab agama atau mufti-mufti, ulama'-ulama' yang sudah terkenal dan telah lama dikenali.

Bagaimana pula tugasan mereka dan tanggungjawab mereka untuk meneruskan dakwah ataupun mengajarkan ilmu? Mereka juga bukanlah tidak dikenali. Tetapi sudah terkenal juga saya kira dalam kalangan masyarakat. Bukanlah untuk merujuk kepada Ustaz Asri pensyarah USM yang pernah menjadi mufti perlis semata-mata. Tetapi pendakwah-pendakwah lain yang mungkin telah dikenali lama. Bagaimanakah keberkesanan prosedur ini membantu untuk mengembangkan dakwah Islamiah kepada masyarakat melalui ceramah-ceramah.

Bukanlah untuk mempertikaikan atau menyalahkan mana-mana pihak. Tetapi sekadar memberikan cetusan minda supaya berfikir, bagaimanakah kita boleh memperhalusi prosedur atau kaedah yang sedia ada supaya lebih logik dan memudahkan usaha-usha dakwah berjalan dengan lebih berkesan dan cantik. Pada pandangan saya, apa yang salah tetap salah jika ianya jelas tertulis. Tetapi, ianya perlu ditegur dengan baik dan dalam masa yang sama memberikan masa dan memudahkan perjalanan dalam usaha yang murni.

Bagaimana juga sesuatu perkara itu kadang-kala dimanipulasikan dengan salah untuk kepentingan sesetengah pihak? Kita kadang-kala memilih dan memerlukan mereka untuk berkhidmat, tetapi dalam masa yang sama, kita menyekat mereka yang lebih layak untuk menggalas tugas tersebut. Sukar juga sebenarnya untuk mendapatkan mereka yang berkhidmat dengan tulus ikhlas dan bertanggungjawab. Jadi bagaimana? adakah benar Malaysia ini suka memperlecehkan sesuatu yang tidak perlu? Hanya mereka yang pernah melaluinya dan mempunyai pengalaman sahaja tahu apakah kebenarannya.

Jadi kepada para pembaca yang sudi perkongsi pengalaman atau pandangan, silalah... Amat dialu-alukan untuk mencari kesahihan situasi ini. Sama ada memang berlaku atau sekadar terlepas pandang.

Sekian... Terima kasih...

MINDA INSAN - INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH...

Benarkah Kalimah Allah pada Jenama Crocs?

Salam pembaca yang dirahmati, kali ini sedar atau tidak, kalimah Allah sering dijumpai dimana-mana, tak kiralah secara semulajadi atau pun secara buatan makhluk sendiri. Perkara ini telah lama disedari dan banyak gambar-gambar yang diambil yang menunjukkan tulisan, lakaran, bentuk, imej, bayangan dan sebagainya. Sekadar untuk info saudara pembaca sekalian. Walaupun sudah pernah mendengarnya, saya ingin sekali lagi memberi tahu agar kita lebih berhati-hati. Saudara pembaca mesti pernah dengar jenama yang kian popular pada
masa kini iaitu croc.






Sedarkah saudara bahawa jenama Croc ini mempunyai logo yang menunjukkan seakan-akan lakaran kalimah Allah. Apakah ianya sengaja dicipta atau pun secara kebetulan? Wallahualam. Perhatikanlah logo yang mempunyai lakaran kalimah Allah tersebut. Nilaikanlah, sama ada ianya sengaja direka atau pun tidak, dan apakah tindakan kita jika melihat perkara ini? Berdiam diri? Bertindak? Apakah tindakan kita? Mungkinkah dengan mudah kita merelakan ianya terus berterusan?

Apa pun yang kita fikirkan, ketahuilah bahawa kalimah Allah ini sememangnya suatu yang sangat mulia dan perlu dipelihara kesuciannya. Saya sekadatr untuk memberitahu bahawa terdapat lakaran pada logo tersebut supaya kita lebih peka dan berhati-hati. Jika kita mempunyai kasut tersebut, mungkinlah lebih baik kita membuang logonya jika hendak terus gunakan kasut tersebut. Ini untuk memastikan bahawa kalimah allah tidak terus dihina oleh umat Islam sendiri dengan kelicikan musuh-musuh Islam.

Apa pun, saya akan terus berkongsi gambar-gambar yang didapati di mana-mana yang dengan jelas atau pun tidak menghina kalimah mulia tersebut. Insya-Allah. Semua ini adalah satu jalan yang sememangnya akan menguatkan lagi ikatan antara muslim di seluruh dunia agar terus bersatu dengan pegangan yang satu iaitu Islam.



Sekian, Terima kasih, wassalam.


Minda Insan - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Zoo Negara Kini (part 2)

Akhirnya tergerak jugalah nak gi zoo hari Selasa. Apa lagi, aku pon cari la siapa-siapa yang nak join. Ade je yang respon nak join. Tapi aku memang yakin 96% la, yang nak gi tu tak akan jadi last-last minit. Jadi nak buat macam mana, aku pun pagi Selasa bergeraklah aku ke sana. Pukul 8pagi sampai dan masuk la aku ke gate 3. So aku call la bahagian pendidikan yang terima volunteer tu dalam pukul 8.10 pagi, nak tanya balik. Then, dia bagi tau, tunggu kat bawah tu, nanti ada la staff yang akan turun. So tunggu la aku kat bawah tu. Aku nampak la ada 2 orang pelancong yang aku rasa dia pon wat volunteer gak. So, aku nampak la seseorang tengah briefing kat dia. Then dah lama gak aku tunggu. Diorang pon dh bergerak gi wat keje kot.


Duduk la aku dekat dengan stage dekat situ. Aku pun dengar la perbualan yang kata ada satu kumpulan volunteer 30 orang lambat sampai sebab tersangkut kat jalan Duta, so, dia kata tak dapat terima dan batalkan la yang 30 orang tu. Aku pun pelik gak, dah pukul bape kat situ aku tercongok macam orang yang takde hala tuju. Apa lagi, aku pun call la bahagian tu, then dia kata dia dah tak dapat terima aku sebab aku lambat.


Uish, pelik nie, aku sorang-sorang tunggu kat situ dah lebih setengah jam dia leh kata aku lambat lak. Tak puas hati nie, aku pun bagi tau la kat dia yang aku dah datang awal. Then dia kata memang dah tak boleh terima sebab orang dah buat kerja kul 9 pagi. Ok takpe, aku pon kaye nak buat esok pulak. Then die kata ok, aku tanya "esok kalau datang awal pastu takde orang paggil gak cmne?". Then die pun bagi la nombor yang perlu aku call esok. So, ok la, Tengok esok macam mana lak.


Aku pun duduk la kejap kat situ, takkan nak balik camtu je kan. Apa lagi, dah pukul 9 pagi, aku pon masuk la kawasan zoo tu. Haha, selamba je la kan. Dah aku datang takkan nak balik macam tu je, mana boleh. Hehe... berjalan la aku ke setiap pelusuk zoo tu sampai la pukul 12pm. Aku pun keluar la kul 12pm. Then tetiba gak tu tanya, "Eh, awal balik." Alamak ape nak jawab nie. hehe.. sebab aku mana wat keje arinie. Aku pun kate la, "diorang kata dah takde keje, so balik awal la." Haha, cuak gak, ye la... masuk zoo free kan. Hehe... Tapi takde hal la... Memang betul pun. Bukan salah aku, salah diorang la... Aku pun balik la, dengan cuak campur puas hati gak la.


So, aku pun balik la, start je motor, aku pon jalan la nak keluar dari zoo. Tetiba, Ya, Allah, terkejut aku... Tercabut helmet aku kebelakang. Dengan aku sekali terlepas dari CT aku. Adeh~ tersangkut aku kat tali nylon yang dipasang kat kawasan paking kereta. Habis la CT aku~ :( Terus aku bangun dapatkan cik CT. Aku tengok die xde pape. aku angkat. Then datang la orang yang jaga paking tu, dia kata "Kenapa bawa laju? ikut la nak panah. Jalan elok dah ada." Adeh, aku pun kata la, semalam bukak je jalan nie. Tak puas hati betul. Ye la... mana la nampak kalau betul pun die letak tali kat situ. Aku rasa orang lain yang tak nampak pon akan ikut jalan situ. Bayangkan la, jalan tu jauh, nak pusing balik, kalaupun tali tu xde, ramai dah orang ikut situ.
Ish3... Takpe la... aku pun xde pape, seluar koyak sikit, then luka la sket, CT aku tu blh tahan la, xcedera mana pun. Ekzos dgn handle yg tahan die jatuh. Aku pun balik la, dengan leher yang sakit sebab terkene tali tu. Ish3... Takpe, esok tengok cmne lak...



Gambar di sebelah : Korang nampak tali antara 2 tiang tu? Sini la tempat kejadian tu... =(

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah

Bayi siapa? Masa depan mereka? (part 2)


Begitulah ayat yang memberitahu bahawa kita dijadikan dalam tiga kegelapan. Masya-Allah. Allahuakbar. Segala kejadian itu datang daripada Allah. Baik dan buruk semuanya daripada Allah. Tetapi, manusialah yang mencorakkannya. Allah kata kun fayakun, maka jadilah ia. Saudara pembaca sekalian, hati ini rasa sangat gerun dan geram apabila mendengar atau melihat perkara zina ini disebut dan dianggap sesuatu yang biasa dan sebagai suka-suka atau pun hiburan. Masya-Allah. (Ya Allah, jauhkanlah aku daripada terjerumus ke lembah maksiat yang engkau murkai itu, teguhkan iman aku untuk menepis segala godaan yang datang kepadaku, Ya Allah. Hanya padaMu aku memohon perlindungan. Amin). Sebelum saya meneruskan kata-kata saksikanlah beberapa lagi gambar yang sangat menyanyat hati ini.





Sanggupkah jika kita dikerumuni semut? Jadi apa yang anda rasa, itulah yang bayi ini rasakan.


Ya Allah, saudara pembaca, sudah sempurna jasad ini, sudah jelas anggota badannya, mengapakah kita mem'buat'nya jika kita mahu membunuhnya?

Sanggupkah anda membunuh?

Masya-Allah... Tubuh kecil yang tidak berupaya. 

Nampak matanya? mungkin ini salah satu peringkat pengguguran. 

Lihatlah insan kerdil ini, hasil kenikmatan berzina.

Saudara pembaca sekalian, mungkin kita tidak pernah terfikir untuk melihat jasad-jasad sempurna seorng manusia yang sangat dimuliakan ini. Mengapakah kita membunuh mereka? apakah salah mereka? Kemungkinan pembunuhan jasad-jasad kecil ini dilakukan oleh mereka yang mempunyai hubungan yang sah juga tidak dinafikan, tetapi prioriti untuk berlaku kepada pasangan yang tidak sah hubungan pernikahan atau ikatan adalah lebih tinggi. Akal manusia sering mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Maka, inilah jalan yang diambil, kerana apa? tidak mahu menanggung malu, tidak mahu mempunyai anak tidak sah taraf. Tetapi, sejauh mana mereka untuk mencari jalan supaya ikatan itu sah? 

Apakah yang dimahukan oleh pasangan-pasangan yang membuat anak tidak sah ini? Kepuasan seks? Keseronokkan berhibur? bukti kesetiaan? bukti kasih-sayang? Apakah ini jalan yang betul untuk kesemua itu? Kenapa tidak dibuktikan dengan membuat hubungan yang sah? Adalah lebih baik dan sangat disokong oleh sesiapa sahaja yang berfikiran waras dan berpegangan agama yang tinggi. Apa yang sepatutnya dilakukan mereka? Lihatlah wajah jasad-jasad malang ini untuk memahami siapakah mereka dan dari manakah asal usul mereka? siapa bapa dan ibu mereka? mereka diperlukan didunia ini atau tidak?

>Lihatlah saiz bayi ini yang sebesar sebuku sabun. Siapalah bapanya?

"Kenapa aku tidak diterima di dunia ini?" jika bayi ini boleh berkata-kata.

Apakah manusia zaman ini melahirkan sampah? akukah sampah?

Oh ibu~ mengapa aku dibiarkan begini? Di manakah ayah? Sungaikah tempat aku hidup? oh~

Mungkinkah aku berasal daripada batu? Adakah ibu bapaku batu? 

Cuba anda lihat, tanpa hubungan yang sah pun, belum tentu kasih-sayang itu dibuktikan benar atau dapat dikekalkan mereka yang perfikiran kolot dan cetek. Mungkinkah mereka tidak pernah terfikir? Tetapi kasihan juga kepada pasangan yang berzina ini. Tiada siapa pernah menegur anda? Atau anda sendiri yang menolaknya? Nikahlah, itu yang selamat. Saya percaya, masyarakat melayu kini sukar untuk membenarkan anak-anak mereka untuk berkahwin selagi belum dapat perkerjaan dan belum habis untuk belajar. Biasa sangat alasan ini. Apa yang mereka takut ialah macam mana nak menyara dan menanggung isteri dan keluarga. Itu sudah semestinya betul. Tetapi, kita boleh atasi dengan bantuan saudara-mara, ahli keluarga, badan-badan kerajaan dan swasta dan masyarakat. Itu cukup mudah dicakap bukan? 

Walaubagaimanapun, cuba fikir sejenak. Jika anak-anak yang ingin berkahwin dihalang dengan alasan tersebut, apa yang akan berlaku? jika mereka sudah hilang punca dan melakukan perzinaan (Na'uzubillahiminzalik). Siapa salah? mereka sudah tentulah bersalah. Tetapi mereka sudah cuba untuk mengikut jalan yang betul. tetapi kita pulak suruh diorang ikut jalan lain. Tu yang jadi lain, mati tengah jalan ke? karam dilautan ke?. Kalau mereka dah ada depan pintu untuk ke gerbang perkahwinan tu, bukakan je la. Benarkan mereka masuk. Supaya tidak berlaku maksiat yang memberikan kesan lebih buruk dan hina.

Cuba bayangkan, masalah sudah tentu akan ada di mana-mana. Tetapi, yang mana satu yang anda pilih? Sebab, mahu tak mahu masalah tu akan anda hadapi. Yang pertama masalah yang datang daripada perkara yang baik. Anda boleh la mintak pertolongan orang lain tanpa terhina, walaupun malu. Orang pun akan faham situasi anda dan anda hanya ada satu malu sahaja iaitu tidak mampu. Nak buat macam mana, dah tak murah rezeki kan. Kalau dapat bayi pun tak segan nak minta orang jagakan, yang penting keturunan sah dan tidaklah dihina dan tidak berdosa pula.

Yang kedua, masalah yang datang daripada perkara buruk. Iaitu zina. Anda sudahlah berzina. Ada masalah pulak tu. Lepas tu, ada anak pula. Anda bolegh minta tolong orang tetapi dengan hina dan malulah. Orang akan pandang hina sebab anda telah melakukan perkara yang paling hina dan maksiat yang besar. Anda berdosa pula sebab membuat anak yang tiada bapa yang sah. Maka, bayi itu tiada bapa dan tiada keturunan. Macam mana masyarakat akan datang? Anda buat masalah berterusan di masa akan datang bila, anak itu sudah dewasa. Sukarkan untuk berkahwin, mendapatkan harta pusaka dan sebagainya. Kehidupannya mungkin akan terus dihina.

Jadi bagaimana? sekadar untuk anda berfikir. Permudahkanlah hubungan pasangan anak anda. Murah rezeki untuk orang yang berkahwin. Tetapi, mesti anda akan persoalkan kenapa banyak pasanagan lepas kahwin banyak masalah. Betul kan? Itu semua memang benar. Wahai saudara pembaca sekalian, kita kena yakin kepada Allah dan kene la ikut apa yang Islam suruh barulah boleh dapat berkat. Macam kita kerja la juga. Kalau tak ikut peraturan atau tugasan-tugasan yang diberikan dan ditetapkan, mana mungkin kita akan dapat hasilnya yang baik. Bukan begitu?

Mengapa sampai macam ni sekali aku disambut di dunia?

Apakah dunia ini penuh dengan kezaliman? Lihatlah kepalaku. Dimana kepalaku? aduh~

Apakah aku seperti kucing atau anjing? rumahku di tempat sampah? mungkinkah ibu bapaku juga tinggal di tempat sampah?

Aduh~ cuba saudara pembaca bayangkan yang saudara terbaring berbogel begitu dengan tali pusat masih ada. Sanggup? tapi bayi ini sanggup kerana terpaksa. Masya-Allah.


Baiklah saudara sekalian. Fikirkanlah. Apakah patut nikah atau hubungan yang hala itu dihalang atau disekat semata-mata bimbang masalah yang datang daripada perkara yang baik? atau masalah datang daripada perkara yang buruk. Mana yang anda sanggup menahan malu? mana yang lebih teruk. Jadi, saya tinggalkan dulu penulisan yang serba kekurangan ini dengan gambar yang terakhir dan nota untuk semua daripada ibu seorang bayi yang ditinggalkan.

Aku ditinggalkan ibuku. Ambillah aku...

Nota yang ditinggalkan bertulis "Assalamualaikum... Sebagai hamba Allah, saya tahu perkara ini DOSA BESAR, tapi apakan daya saya... Hanya satu saya pinta, tolonglah saya uruskan pengkebumian arwah anak anak saya dengan sempurna... Berharaplah saya agar tidak diperbesarkan hal ini... Saya benar-benar insaf dan bertaubat atas segalanya... Jadi berbesarlah hati saya sekiranya tuan atau puan sudi menguruskan. Hanya disini sajalah saya rasa tempat yang sesuai... moga-mogaAllah membalas budi baik tuan dan puan... anak ini bernama Nur Ain Atikah bte Abdullah. Dilahirkan pada 20/12/2006 jam 1.45pg dan meninggal pada tarikh yang sama jam lebih kurang 4.30 pagi... wassalam... " 
Masya-Allah-Allah... Saudara pembaca sekalian...
>Sekian dahulu buat masa ini.
-MINDA INSAN-
Info ditambah, Minda Bercambah

Zoo Negara Kini (part 1)



Semangat untuk menjadi sukarelawan di Zoo Negara semakin kuat. Setelah niat yang dibuat enam bulan lalu tidak kesampaian kerana tak berkesempatan. Namun diusahakan juga biarlah tertunai. Oleh itu, aku pergilah ke Zoo Negara petang Jumaat 21 Mei 2010. Mencari lokasinya terlebih dahulu. Tak la sukar mana, tapi ye la kan, sedang tercari-cari. Rupa-rupanya di sebelah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Berpusing-pusinglah aku diluar kawasan zoo cari pintu masuk. Walaupun kat depan tu dah terpampang pintu gerbang untuk masuk. Macam tak yakin, mana nak yakin, uzur je rupanya. Tak kisah la. Aku tanya guard yang jaga pintu masuk FINAS, dia kata memang kat depan ni la pintu masuk. OK, aku masuk la sampai ke dalam. Sunyi sepi je. Sebab dah petang kot, hari Jumaat pulak tu. Ok, terus aku paking CT kat tempat letak kereta dekat dengan rumah TNB. Aku pun tanya la orang yang jaga kaunter kad keahlian zoo kot. Tak pasti la aku, then di pun bagi no telefon bahagian pendidikan zoo.



Aku pun terus la buat call. Tanya la macam mana nak jadi volunteer. Dia pun bagi tahu, kene download borang yang inividu dari websites zoo negara. Isi dan bawa borang tu masa datang nak buat kerja. Masuk pukul 8pagi. Jadi excited la nak try kan. Maka berkira-kiralah aku untuk fikirkan bila nak buat. Maka, termenunglah aku mencari semangat. Sebab kene bagi tahu dulu berapa orang nak pergi dan bila nak buat. Ahha~... aku sedang menantikan penetapan tarikhnya... hurm...

Myfriends2u.com pesaing Facebook?




Salam pembaca budiman sekalian. Beberapa hari lalu Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan satu laman sosial yang telah dibangunkan oleh rakyat tempatan. Dah pernah dengar laman myfriends2u.com? Seperti yang diwar-warkan ianya bakal menjadi pesaing untuk Facebook. Tahniah kepada anak tempatan kerana telah berusaha untuk membangunkan satu laman sosial alternatif kepada rakyat Malaysia. Namun begitu, ianya masih lagi baru kerana telah dilancarkan pada 15 Mei 2010, Sabtu lepas.

Saya telah pun mendaftar untuk melihat sendiri bagaimanakah ianya dapat menarik jiwa masyarakat Malaysia untuk menggunakkannya. Jadi pada pandangan saya, laman myfriends2u.com ini masih lagi menarik, walaubagaimanapun kemungkinan ianya masih baru jadi mungkin akan terdapat penyelenggaran akan dijalankan dari semasa ke semasa. Dari aspek wajah laman tersebut, ianya agak menarik.
Namun begitu, masih terlalu awal untuk dinilai, wajah interface myfriends2u mungkin akan diperbaik untuk memastikan ianya dapat menarik lebih pengguna rakyat Malaysia. Pada saya, laman ini hanya lebih kepada golongan belia, hal ini kerana didapati untuk mendaftar juga terdapat dua jenis keahlian, sama ada ahli biasa atau pun belia. Di sini saya melihat, ianya akan menjadikan laman ini sukar mendapat tarikan seluruh golongan peringkat umur di Malaysia. Lebih baik ianya tiada pendaftaran yang perlu membezakan keahlian mereka. Namun ianya dapat digantikan dengan aplikasi yang membolehkan golongan belia dikumpul di dalam laman tersebut pada suatu aplikasi khas. Pada saya ia akan nampak lebih menarik.


Dalam membina sistem ini, saya juga tidak menafikan ianya mengambil masa yang lama dan sukar untuk membina sesuatu yang amat berbeza dengan fungsi laman yang lain. Tetapi, saya sangat percaya dan yakin bahawa anak tempatan Malaysia boleh untuk melakukannya. Bagi aplikasi yang terdapat di dalam laman ini, setakat yang saya telah 'explore', ianya mempunyai keperluan yang boleh dimanfaatkan pengguna laman secara efisyen. Penambahbaikkan masih lagi perlu bagi memberikan yang terbaik untuk pengguna.

Terdapat juga kumpulan-kumpulan yang boleh disertai dan diwujudkan sebagai mana laman-laman sosial yang lain. Setakat ini saya belum pasti secara menyeluruh bagaimana ianya berfungsi apabila digunakan sepenuhnya. Pada saya tidak mustahil myfriends2u boleh menjadi pesaing kepada Facebook. Hal ini kerana, facebook juga mengambil masa beberapa tahun untuk menjadi popular dan terkenal. Laman ini pada pandangan saya ianya hanya boleh dinilai sebaik sahaja ianya mendapat penyertaan daripada seluruh masyarakat Malaysia yang ingin mencuba keberkesanan sistem yang diguna pakai untuk laman ini.

Pada saya, pengguna lebih suka sesuatu yang menjadi suatu media bagi mereka sebagai pengguna, seperti info-nfo terkini rakan-rakan, kumpulan atau sesuatu yang menjadikan mereka rasa lebih berinformasi dan mempunyai pengetahuan terkini mengenai segala perkembangan yang berlaku di tempat-tempat lain. Tetapi menjadikan pengguna lebih bosan apabila maklumat terkini tidak dipaparkan secara terus.

Menjadi kelemahan sesuatu laman itu apabila aplikasinya menyusahkan pengguna dan sukar digunakan. Namun begitu di dalam Myfriends2u ini terdapat beberapa ekstra aplikasi yang mungkin dapat membantu para pengguna khususnya belia untuk mencari pekerjaan. Ia suatau manfaat secara tidak langsung kepada pengguna. Dari sudut penggunaan bahasa pula, sepatutnya laman myfriends2u dapat menggunakan bahasa melayu juga sebagai bahasa yang dapat melambangkan kebanggaan kita dengan kewujudan laman ini. Hal ini kerana laman yang bukan dibangunkan oleh kita pun memberikan perkhidamatan di dalam bahasa Melayu. Jadi bagaimana? bersama-samalah kita segera mengatasi kelemahan ini.

Menjadi keutamaan pengguna apabila maklumat peribadinya diberikan dan menjadi kerahsiaan pengendali laman. Laman yang telah dibangunkan oleh orang Islam ini secara langsung dapat mengelakkan kita memberikan maklumat kita kepada laman-laman yang dibangunkan oleh mereka yang bukan Islam yang boleh memanipulasikan maklumat tersebut untuk kepentingan mereka.

Oleh itu, untuk memastikan bahawa laman ini betul-betul dapat bersaing, berilah peluang untuk mereka menilai keberkesanan dan kelebihan laman mereka berbanding dengan laman-laman yang lain. Demikianlah pandangan saya mengenai myfriends2u pada waktu yang terlalu awal untuk memberikan komen dan penilaian mengenainya.

Berikut perbandingan interface wall bagi kedua-dua laman berikut. Mungkin banyak perbezaan, tetapi masih boleh dipertingkatkan lagi kecanggihannya di masa akan datang. Jadi apa kata anda? =)

INTERFACE FACEBOOK















INTERFACE MYFRIENDS2U

















CUBA DAN DAFTARKAN AKAUN ANDA DI MYFRIENDS2U.com

Sekian, MINDA INSAN
INFO DITAMBAH MINDA BERCAMBAH

Radio Online alternatif? (kemasikini)

Salam kepada sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, dewasa ini banyak stesen-stesen radio yang memberikan hiburan kepada kita untuk pelbagai kumpulan sasaran. Tidak ketinggalan juga pendengar-pendengar radio yang inginkan kelainan untuk halwa telinga mereka. Saya ingin mencadangkan kepada peminat-peminat nasyid, anda bolehlah mencuba untuk menggunakan salah satu siaran radio alternatif yang boleh diakses dimana-mana sahaja, tetapi ianya hanya hanya boleh didengari di atas talian sahaja (online).



Anda pernah mendengar radio NasyidFm? saya pasti ramai di antara kita pernah mendengar Radio NasyidFM. Oleh itu, secara ringkas, saya petik latar belakang NasyidFM daripada Sumber Nasyid FM.


---------------------Maklumat ini DIKEMASKINI pada 19 April 2011 ---------------------


Sebelum itu, pernah dengar lagu atau lirik ini :-

LIRIK LAGU TEMA NASYIDFM

Kita Berkumpul Disini
Wadah Hiburan Terkini
Quran Sunnah Jadikan Panduan
Akhlak Budi Ikutan

**Ya Allah Satukan Hati Kami
Menyirami Nur Cahaya Illahi
Agar Subur Tumbuh Mekar Mewangi
Segar Disirami
Ya Allah Berkati Usaha Kami
Dalam Menempuh Onak Berduri
Biarkan Kami Hidup Berjuang
Dan Mati Sebagai Syahid (ulang**)


Lirik Lagu Tema Nasyifm. Bermakna juga liriknya. Kalau mahu dengarkan lagunya, silalah ke
Radio Online NasyidFm


Maklumat Terbaru yang dikemaskini dan malumat diambil daripada Facebook RadioNasyidFM :- 

NasyidFM merupakan sebuah Stesen Radio Online Islamik No. 1 di Malaysia yang dibangunkan mulai 1 December 2006. NasyidFM bernaung dibawah naungan syarikat NasyidFM Media Network yg menjadi tunjang dalam setiap urusan dan aktiviti yang dianjurkan oleh NasyidFM.

NasyidFM yg menggunakan slogan "Wadah Hiburan Terkini" bermula dari bawah dan kini mengorak langkah dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti komuniti dan juga terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan industri hiburan nasyid tanah air.

NasyidFM juga bukan hanya boleh di dengari di Malaysia sahaja, tetapi NasyidFM boleh di dengari di seluruh pelusuk dunia, yang mana rata-rata pendengar NasyidFM adalah datangnya dari ;-

- Malaysia
- Indonesia
- Brunei
- Singapura
- Mesir
- Jordan
- Korea
- India
- Thailand
- Russia
- Ireland

dan banyak lagi negara yg mendengarkan NasyidFM.

Dengan berlandaskan syariat Islam, NasyidFM menggunakan teknologi dan kepakaran yang ada dalam menyampaikan mesej dakwah dalam bentuk hiburan dan teknologi. Selain itu NasyidFM juga giat dalam bekerjasama dengan penasyid-penasyid tanah air dalam menghasilkan album dan membantu mereka dalam bidang pemasaran.

NasyidFM juga giat menganjurkan aktiviti-aktiviti bersama pendengar dan peminat nasyid tanah air, antara aktiviti yang telah berjaya di jayakan oleh NasyidFM ialah ;-

- Gathering SantaiBowl NasyidFM
- Bowling Persahabatan NasyidFM Zon Utara
- Jom Ifthar Ramadhan NasyidFM
- Ziarah Aidilfitri NasyidFM ke Utara
- Sambutan Aidilfitri Bersama NasyidFM

NasyidFM juga turut bekerjasama dengan badan-badan organisasi dalam menjayakan konsert nasyid yg dianjurkan sama ada di IPT-IPT atau di mana sahaja. Antara konsert yg telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama NasyidFM ialah ;-

- Konsert Untukmu Palestin ( UKM )
- Konsert Malar Segar 2010 ( USIM )
- Konsert Amal Nur Kasih Al-Quds ( KUIS )
- Konsert Amal Nazrey Johani Tour De Tahfiz ( KUIS )
- Konsert Antara Dunia ( GAMIS )

Selangkah demi selangkah akhirnya NasyidFM kini mula bergiat aktif dalam membantu perkembangan ekonomi muslim dalam mewujudkan eBazaar NasyidFM yg bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan muslim dalam memasarkan produk secara global dan online dan sekaligus dpt membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Semoga dengan kehadiran NasyidFM di industri hiburan berbentuk dakwah dan berlandaskan syariat islam ini dapat menyemarakkan cabang dakwah yg pada dahulunya telah diperjuangkan oleh Rasulullah SAW dan kini diteruskan dan diamanahkan kepada kita dalam menyampaikan dakwah islam ke serata dunia.

Salam ukhuwah dari NasyidFM

NasyidFM ~ "Wadah Hiburan Terkini"

---------------------Maklumat ini  Dikemaskini pada 19 April 2011 ---------------------

--------------MAKLUMAT DI BAWAH DIAMBIL PADA 10 MEI 2010--------------

Latar Belakang NasyidFM :

NasyidFM, sebuah organisasi virtual yang ditubuhkan pada 1 Disember 2006 oleh saudara Mohd Yusrin Saparin dan Muhammad Firdaus Zamri. Organisasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu penubuhan sebuah Badan Komuniti Internet oleh saudara Mohd Yusrin Saparin dan penubuhan Medium Dakwah Menerusi Radio oleh saudara Muhammad Firdaus Zamri. Pada awalnya, penubuhan organisasi radio bermula dengan perkataan "Nasyeed" atau "Nasyid" kemudian disusuli dengan FM sebagai sebuah ikon radio. Digabungkan "Nasyid" dan "FM" maka tertubuhlah sebuah nama organisasi "NasyidFM".

Matlamat utama penubuhan organisasi ini ialah, sebagai peranan mewujudkan sebuah "Perlabuhan Utama" untuk pendakwah yang datang dari golongan pendakwah Islam, sama ada dari pihak artis nasyid, mahupun ilmuan yang berpendidikan agama Islam bertaraf professional dengan niat yang ikhlas untuk berdakwah dan juga mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain.

Berdasarkan tema "Wadah Hiburan Terkini" yang membawa maksud, sebuah saluran dan landasan baru kepada pihak pendakwah media elektronik dalam menyampaikan peringatan berbentuk nasihat keagamaan dan kerohanian, secara tidak langsung dapat membimbing dan mendidik masyarakat. Tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja, kewujudan organisasi ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum, warganegara, mahupun agama yang mana sedikit sebanyak dapat membuka ruang kepada masyarakat yang bukan beragama Islam untuk mengenali agama Islam.

Aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan oleh organisasi ini tidak tertumpu pada medium "maya" semata-mata bahkan juga menjalankan aktiviti tersebut secara realiti seperti saluran hiburan berbentuk konsert, ceramah di surau atau masjid, perbincangan menerusi forum dan diskusi, pertemuan di antara para penggiat seni menerusi perjumpaan tahunan yang mana secara tidak langsung,segala aktiviti yang diadakan dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang sudah sedia terjalin di alam maya.

Setelah setahun penubuhan NasyidFM, organisasi ini terus mengorak langkah dengan menubuhkan portal komuniti "Nasyid & Friends". Matlamat utama penubuhan portal komuniti ini selaras dengan matlamat utama organisasi NasyidFM iaitu mengeratkan ukhuwah disamping meningkatkan lagi aktiviti keagamaan dan kerohanian di alam maya. Servis interaktif yang disediakan di dalam portal tersebut adalah percuma seperti ruangan sembang, diskusi, forum, blog, peti undian, galeri gambar, aturcara aktiviti dan juga perkembangan terkini artis nasyid samada di Malaysia mahupun luar Negara.
Selain itu, siapakah staf-staf NAsyidFM?

Kesemua staff NasyidFM berkhidmat secara sukarela dan masing-masing berada di tempat yang berlainan seperti Perlis, Selangor, Singapura, Mesir dan lain-lain. Konsep bekerja jarak jauh yang diamalkan ini seperti saling berkomunikasi, berbincang dalam melaksanakan sebarang tugas dan juga menyelesaikan masalah dapat membentuk satu hubungan kekeluargaan dan kerja berpasukan yang dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama mereka. Setiap staff memiliki ciri-ciri yang tersendiri berdasarkan pengalaman dan kreativiti masing-masing.
SEJARAH DAN FAKTA RINGKAS NASYIDFM :-

1. Permulaannya, saudara Mohd Yusrin Saparin mencari seorang yang berkepimpinan dan berbakat dalam mengendalikan organisasi juga mempunyai minat untuk menyalurkan sumbangan ke arah kebaikan dan mempunyai usaha membentuk komuniti kemasyarakatan di rangkaian internet.

2. Saudara Muhammad Firdaus Zamri mencetuskan idea membentuk komuniti Radio berunsurkan ketuhanan dan kerohanian melalui “Nasyid" maka terhasil lah NasyidFM dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.

4. Bergerak dengan beberapa orang tenaga “Disk-Jockey” atau “DJ” dari semenanjung, seperti DJ Firdausz selaku ketua, DJ Hazwan dan beberapa orang DJ lain yang terlibat termasuk penglibatan sukarelawan lain mengikut bahagian tertentu yang disediakan dalam organisasi NasyidFM.

5. NasyidFM ditubuhkan pada 31 disember 2006 secara tidak rasmi dengan jumlah pendengar dari 10 orang sehingga mencecah 100 orang.

6. Disember 2007, secara rasminya NasyidFM Entertainment didaftarkan secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

7. 13 Disember 2008, laman komuniti “Nasyid & friends” dirasmikan sempena majlis gathering NasyidFM yang pertama di Shah Alam.

Siapakah Tulang Belakang NasyidFM?

1. Yong Bahitah Enterprise (Disember 2006 hingga Disember 2008)
Pembekal utama web rasmi NasyidFM dan badan utama dalam menyelenggara segala keperluan teknikal NasyidFM dalam bahagian pembangunan Web dan Perlabuhan Web.

2. NasyidFM (Disember 2006 hingga kini)
Pembekal utama, kawalan maklumat, aktiviti program dan menyelenggara Radio NasyidFM.

3. Rawanaz Studiosz (Ogos 2008 hingga Januari 2010)
Penaja rasmi NasyidFM yang pertama untuk bahagian radio, termasuk penyelenggaraan sepenuhnya, kawalan maklumat dan aktiviti program oleh NasyidFM.

4. Exstudios Enterprise (Disember 2008 hingga kini)
Pembekal utama web rasmi NasyidFM, dan menyelenggara sepenuhnya bahagian-bahagian teknikal web NasyidFM.

Maka, berikut adalah websites rasmi NAsyidFM yang boleh diakses :-

http://www.nasyidfm.net {24 Disember 2006}
http://www.nasyidfm.net.my {27 Disember 2007}
http://www.nasyidfm.my {7 Julai 2008} dilancarkan {4 Disember 2008}
http://www.nasyid.fm {26 September 2009}





--------------MAKLUMAT DI ATAS DIAMBIL PADA 10 MEI 2010--------------

Laman Rasmi NasyidFM yang terkini (Updates 19 April 2011) :- NasyidFM Online

Facebook NasyidFM (Updates 19 April 2011) :- NasyidFM

UNTUK MENDAPATKAN KOD BAR RADIO NASYID FM, 

SILA DAPATKAN (Updates 19 April 2011) DISINI

Semoga perkongsian ini, dapat memberi hiburan alternatif kepada para pembaca yang budiman, Insya-Allah.

Sekian, MINDA INSAN,
INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH. =)

Nuffnang