Assalamualaikum, 16 Jun 2011 kita di Malaysia akan mengalami satu fenomena gerhana bulan yang mana ia dikatakan bulan akan mengalami gerhana penuh selama 100minit. Gerhana bulan ini yang akan bermula pada pukul 01:25pagi akan berakhir kira-kira pukul 07:01pagi. Ia yang mana akan melalui beberapa fasa ketika gerhana tersebut dapat dilihat di beberapa lokasi di Malaysia. Pelbagai agensi di pelbagai tempat menganjurkan acara untuk mencerap gerhana tersebut yang ada di antara program tersebut telah bermula seperti di Masjid Negara.
3 WEB LIVE KETIKA PENCERAPAN GERHANA
SIARAN LANGSUNG SAH SEHINGGA 7.00am 16 JUN 2011 SAHAJA
Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanyakerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana).
Konsep dan keterangan
Gerhana bulan hanya akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan akan memasuki bayang bumi dan menghilang.
Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang umbra bumi. Gerhana bulan penuh 16 Jun 2011 bermula dengan bulan memasuki bayang penumbra pada jam 1:25 pagi seterusnya bayang umbra pada jam 2:23 pagi. Tempoh berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 34 minit.
Selain gerhana bulan penuh pada 16 Jun 2011, terdapat juga gerhana bulan separa dan penumbra. Gerhana bulan separa (partial) berlaku apabila sebahagian bulan sahaja yang masuk ke dalam bayang umbra bumi dan sebahagian lagi berada dalam bayang penumbra bumi sepanjang fenomena berlaku.
Manakala gerhana bulan penumbra (penumbral) berlaku apabila bulan masuk ke dalam bayang penumbra bumi tetapi tidak masuk ke dalam bayang umbra bumi. Gerhana jenis ini sukar dikesan dengan mata kasar.
Cara cerapan : Mata kasar, binokular atau teleskop
|
Kedudukan Ketika Fenomena Gerhan Bulan. |
Saya juga ingin berkongsikan beberapa informasi yang telah dipetik daripada pelbagai agensi yang terlibat sempena fenomena gerhana bulan ini. Antaranya :-
Maklumat Laluan Gerhana Bulan Penuh Pada 16 Jun 2011
Masjid Putra, Putrajaya
Latitud: 2° 56′ 10″ U, Longitud: 101° 41′ 22″ T
ATURCARA MAJLIS SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
16 JUN 2011 DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
---------------------------------------------------------------
15 Jun 2011 (Rabu)
7.25 malam -Solat Maghrib
-Ceramah: Gerhana Bulan 16 Jun 2011
Oleh: YBhg. Prof.Dr. Zainol Abidin bin Ibrahim
9.00 malam -Solat Isyak
-Cerapan langit malam
16 Jun 2011 (Khamis)
12.00malam -Cerapan langit malam
1.25 pagi -Gerhana penumbra
2.23 pagi -Gerhana umbra
3.00 pagi -Solat gerhana
-Khutbah gerhana
4.30 pagi -Qiamullail
5.40 pagi -Solat Subuh
6.59 pagi -Gerhana tamat
-Bersurai
|
Proses Gerhana Yang Dijangkakan dapat dilihat di Perkarangan Masjid Putra Putrajaya. |
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama
Program Gerhana Bulan Penuh bertempat di
Perkarangan Luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada
16 Jun 2011 jam 1:00am hingga 7:00am.
Orang awam adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan. Orang awam boleh juga membawa teleskop sendiri untuk program ini. Bagi 1000 orang pengunjung terawal, akan diberikan sekotak Eclipse Mints, sumbangan daripada The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd..
Aturcara Program adalah seperti berikut:
1:00 a.m. – 7:00 a.m. Pencerapan Gerhana Bulan Penuh
Pencerapan Planet Musytari, Marikh dan Zuhrah
Sesi Astrofotografi
Taklimat Gerhana
Kuiz Gerhana
3:00 a.m. – 4:00 a.m. Solat Sunat Gerhana Berjemaah
7:00 a.m. Bersurai
Program Cerapan Dan Solat Sunat Gerhana Bulan
Tarikh : 16 Jun 2011M / 14 Rejab 1432H
Masa : 2:00 - 6:00 pagi
Tempat : Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil Putatan
CERAPAN GERHANA BULAN PENUH DI MASJID DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
15 JUN 2011 (RABU)
5.00 petang : Pameran Falak
7.33 malam : Solat Maghrib
8.49 malam : Solat Isyak
9.30 malam : Forum Khas "Kejadian Gerhana dan Kelebihan Bulan Rejab"
Ahli Panel : Ust Mohd Isa Abdul Rahman-Jab. Mufti Negeri Kedah
: Ust Mohd Faizal Bin Jani-Jab. Mufti Negeri Perak
11.30 malam : Cerapan Bulan Penuh dan Planet
16 Jun 2011 (KHAMIS)
3.30 pagi : Qiyamulail
4.00 pagi : Cerapan Gerhana Bulan Penuh dan
Solat Sunat dan khutbah Gerhana Bulan
5.42 pagi : Solat Subuh
Bersurai
Panduan Lain Ketika Fenomena Gerhana :-
PanduanGerhanaBulan
Gerhana Bulan Jun 2011
Kaedah Pencerapan oleh INSTUN
Dari Falak Online
Fasa-fasa Penting Gerhana
Berkaitan Gerhana Matahari
Ini sahaja yang sempat saya kongsikan sementara masih ada masa untuk anda semua melihat sendiri fenomena ini di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan anda. Insya-Allah, memberikan manfaat kepada anda apabila melihat kebesaran Allah ini.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.