HALAMAN UTAMA

Rabu Tanpa Kata 64 (Wordless Wednesday) Muda Si Beruang Madu Jinak







Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. 

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Laporan Lalulintas di Lebuhraya TERKINI

Assalamualaikum, salam Eidulfitri buat semua rakan blogger dan pembaca sekalian. Pada musim perayaan ini, ramai di antara kita yang pulang ke kampung halaman. Namun, sering kali kita terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanan pergi dan pulang. Oleh yang demikian, saya mahu kongsikan beberapa tempat dan sumber maklumat untuk anda mendapatkan laporan trafik yang terkini dan boleh kita perolehi maklumat berkaitan kelancaran trafik di jalan raya atau lebuh raya utama di Malaysia.

Beberapa laman web dan juga beberapa laporan trafik boleh diperolehi melalui sumber yang saya berikan seperti di bawah. Antaranya, untuk mendapatkan laporan di beberapa lebuh raya di Malaysia, anda boleh ke laman web lembaga lebuh raya Malaysia untuk melihat status lebuh raya Malaysia. Dengan penyediaan beberapa sumber berikut, diharapkan, para pemandu dapat merancang perjalanan agar dapat mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalulintas.


Imej bergambar keadaan di lebuh raya di seluruh Malaysia disediakan oleh lembaga lebuh raya Malaysia.
KLIK SINI untuk ke laman web laporan tersebut seperti yang di bawah:-


Imej bergambar terkini keadaan di jalan raya sekitar Kuala Lumpur.
KLIK SINI untuk ke laman web laporan trafik di sekitar Kuala Lumpur seperti di bawah:-







Anda juga boleh mengikuti beberapa Twitter untuk kemaskini laporan trafik di seluruh negara seperti senarai di bawah:-

TWITTER PLUS TRAFIK
TWITTER KL TRAFIK




Semoga perjalanan anda semua dipermudahkan dan selamat tiba ke lokasi yang dituju. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 63 (Wordless Wednesday) Meriam Batang Kelapa Sungai Air Tawar





Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. 

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tunai Zakat Fitrah Segera!

Assalamualaikum, dah bayar bayar fitrah ke? Kalau belum, tahukah anda, siapa yang diWAJIBkan membayar zakat Fitrah? Saya kongsikan bersama anda untuk makluman kerana mungkin kita tak perasan atau tak tahu, jadi, marilah sama-sama kita ketahui apa yang perlu kita ketahui sebagai seorang muslim yang wajib menunaikan rukun Islam keempat ini. Menunaikan zakat. Insya-Allah, saya kongsikan sedikit apa yang saya tahu.

Sedikit Persoalan Mengenai Zakat

Pembayaran untuk keluarga di KL, tetapi beliau menetap di Sabah?
Sah zakatnya. Walaubagaimanapun lebih afdhal dibuat di tempat tinggal.

Qadha Zakat Fitrah? 
Tiada qadha zakat fitrah. Sekiranya dibayar selepas waktu yang ditentukan syarak, ianya dianggap sebagai sedekah.

Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat 
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

 

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim 

Kadar Fitrah


Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.


Waktu Menunaikan Zakat Fitrah


Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

WILAYAH PERSEKUTUAN (Pusat Pungutan Zakat)

 

http://www.zakat.com.my/components/com_fpss/images/xKaunter_Ramadhan.jpg.pagespeed.ic.hTUrfKqU7a.jpg

SELANGOR (Lembaga Zakat Selangor)

Kalau belum tunai zakat fitrah, boleh tunaikan juga melalui online di:-


Atau pun secara SMS dengan cara berikut:-

Pembayaran zakat melalui Perbankan SMS, hanya disediakan oleh BIMB sahaja melalui kemudahan bankislam.SMS. Melalui kemudahan bankislam.SMS sekaligus menjadikannya satu alternatif Perbankan yang lengkap dan komprehensif. Dengan bankislam.SMS membolehkan anda mengakses perkhidmatan pembayaran zakat yang disediakan menerusi mana-mana rangkaian perkhidmatan telefon bimbit – 012, 013, 016, 017 atau 019.
Langkah-Langkah Untuk Perkhidmatan bankislam.SMS :
  • Langkah A

    Daftar untuk mendapatkan perkhidmatan bankislam.SMS di rangkaian ATM Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
  • Langkah B

    Tukarkan PIN SMS pertama yang diterima di telefon bimbit anda.
  • Langkah C

    Lakukan urusan perbankan anda.
NOTA
  • Kemudahan bankislam. SMS terbuka kepada pemegang-pemegang kad ATM Bank Islam (Smart Card) sahaja.
  • Mestilah mendaftar dengan mana-mana cawangan BIMB.
  • Kod penerima bayaran (Payee Code) akan diberikan kepada pelanggan untuk memudahkan urusan pembayaran.
  • Cara pembayaran zakat menggunakan bankislam.SMS

UNTUK NEGERI-NEGERI LAIN:-

KEDAH (Jabatan Zakat Negeri Kedah)

Pembayaran dengan menggunakan SMS di Negeri Kedah:-

 









Mulai 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadan 1433, semua umat Islam yang ingin membayar Zakat Fitrah kepada MAIDAM bolehlah membayar melalui khidmat SMS bagi perkhidmatan telefon CELCOM dan MAXIS.
Sila taipkan arahan berikut mengikut syarikat telekomunikasi masing-masing :
1. Celcom

Taip FITRAH [Jarak] TERENGGANU dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
2. Maxis
Taip FITRAH [Jarak] TERENGGANU dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya

Perhatian :
1. Untuk makluman, apabila selesai membayar zakat fitrah melalui sms, pelanggan akan menerima sms yang menyatakan bayaran telah diterima dan LAMAN WEB yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi yang perlu digunakan untuk mengemaskini alamat dan melihat maklumat bayaran adalah sebagaimana berikut :

http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/


http://www.maxis.com.my/personal/latest/MZakat/

2. Maklumat nama, alamat, NoKP dan telefon pelanggan akan dimasukkan ke sistem zakat selepas diterima bayaran daripada Celcom/Maxis dalam tempoh 30 hari selepas berakhir bulan Ramadan.

3. Pelanggan boleh hadir ke kaunter zakat MAIDAM untuk mendapatkan resit/penyata bayaran zakat fitrah tersebut.

JOHOR (Majlis Agama Islam Negeri Johor)

Pembayaran boleh dilakukan dengan :

1. Datang sendiri ke kaunter zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor di semua Pejabat Agama Daerah.


2. Melalui pos (cek / kiriman wang / wang pos / Bank draf ) atas nama

    Jawatankuasa Zakat Dan Fitrah Negeri Johor.

3. Agen-agen kutipan zakat MAIJ.
4. Skim Potongan Gaji Bulanan
  • Kakitangan Kerajaan (Kod AG 4380, Kod Negeri 2509)
  • Kakitangan Swasta (Majikan)
5. Kaunter bergerak / sementara yang dibuka dari semasa ke semasa di negeri Johor.
    Kami juga bersedia ke tempat Tuan/Puan untuk tujuan penerangan, pengiraan dan kutipan zakat.

NEGERI SEMBILAN (Pusat Zakat Negeri Sembilan)

1) Datang sendiri ke kaunter zakat PZNS yang berhampiran.
  • Tunai
  • Cek (atas nama Pusat Zakat Negeri Sembilan)
  • Kad ATM(Bankard)
  • Kad Kredit perbankan Islam
2) Melalui kiriman pos(cek/kiriman wang/bank draf) atas nama Pusat Zakat Negeri Sembilan.
3) Potongan Gaji untuk kakitangan kerajaan dan swasta.
4) Di kaunter bank-bank :
  • Bank Islam
  • Agro Bank
  • Maybank
  • Bank Simpanan Nasional
  • Bank Muamalat
  • Hong Leong Bank
  • Bank Rakyat
  • Pos Malaysia
5) Kaunter bergerak sementara yang dibuka dari semasa ke semasa di Negeri Sembilan.
6) Internet Banking.
  • Bankislam
  • RHB Bank
  • MayBank
  • AmBank Group
  • Public Bank
  • Pos Malaysia
  • CIMB Bank
  • HSBC Bank
  • Hong Leong Bank
  • Affin Bank
  • Standard Chartered Bank
7) Melalui SMS (Bank Islam).
8) Melalui Mesin ATM.
  • Bank Islam
  • Public Bank
9) Phone Banking (Maybank).
10) Melalui Kad Kredit.
  • Bank Islam (Kad kredit Bank Islam)
  • Maybank (Kad kredit Ikhwan)
  • Bank Rakyat (Kad kredit i-Rakyat)
  • Ambank (Kad kredit Al-Taflif)
  • HSBC Bank (Kad kredit Amanah)
  • RHB Bank (Kad kredit RHB Islamik)
  • CIMB Bank (Kad kredit CIMB Islamik)
  • BSN (Kad kredit Al-Aiman)
11) Melalui Amil Masjid Bertauliah.

NEGERI-NEGERI LAIN 

Sila rujuk laman web pusat zakat berikut:-

Jadi, selamat menunaikan zakat fitrah kepada semua umat Islam, bayar sebelum solat sunat hari raya baru afdhal. Sekarang ni dah macam-macam medium dah. Sangat mudah. Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir Batin semua.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 62 (Wordless Wednesday) Penentuan Raya Syawal Malaysia


Kredit to Shahrin Ahmad (FalakOnline.net)


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

14 Ogos 2012 Hari Internet 'Blackout' Malaysia?


Assalamualaikum, hari ini 14 Ogos 2012 adalah Hari Internet blackout di Malaysia apabila seksyen 114A dikuatkuasakan. Hari ini, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia mengumumkan hasratnya untuk melancarkan Hari Internet Blackout pada 14 Ogos 2012.

Ia merupakan sebahagian daripada kempen menentang Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 2012 yang diwartakan pada 31 Julai lalu. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet. Hari Internet Blackout ini mengambil contoh usaha yang dilakukan aktivis-aktivis di Amerika Syarikat dan New Zealand untuk memperjuangkan kebebasan berinternet di negara masing-masing.


Untuk tempoh 24 jam, para pengguna Internet yang berkunjung ke laman-laman web yang mengambil bahagian akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut. CIJ menyeru para pengguna Internet di Malaysia untuk menyertai kempen ini dengan memaparkan paparan yang direka khas tersebut pada laman web serta blog mereka.

Pengguna Facebook dan juga Twitter juga digalakkan menukar gambar profil dan avatar dengan warna hitam atau gambar yang boleh dimuat turun melalui CIJ. Pegawai Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas, Masjaliza Hamzah berkata objektif pelaksanaan kempen tersebut ialah untuk menggesa Kerajaan untuk menarik semula pindaan terbabit yang dipercayai telah diluluskan secara tergesa-gesa di parlimen empat bulan lalu.

Sebelum ini, pemerhati media tersebut telah melancarkan e-petisyen untuk menggesa pihak Kerajaan menarik semula Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 kerana pindaan tersebut dikatakan mengancam kebebasan berinternet dan mengandaikan kesalahan di pihak tertuduh tanpa dibuktikan kesalahannya terlebih dahulu. Petisyen yang ditandatangani oleh lebih daripada 3300 pengguna Internet tersebut kemudiannya diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew di parlimen.

CIJ juga telah menganjurkan forum terbuka bertajuk ‘Seksyen 114A: Pencegahan Jenayah atau Tapisan Internet?’ untuk membincangkan kesan-kesan pindaan terbabit. Pindaan kedua terhadap Akta Keterangan itu telah menarik perhatian ramai pihak termasuk para peguam dan juga pemilik restoran yang menyedia kemudahan Wi-Fi.

Seksyen 114A bukan sahaja mengandaikan kesalahan di pihak tertuduh, bahkan juga menjadikan individu-individu yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan Internet seperti ruang forum, blog dan pengehosan web bertanggungjawab terhadap segala bahan yang terkandung dalam perkhidmatan mereka.

Di bawah pindaan terbaru ini, seseorang pengguna Internet yang akaun atau komputernya digodam dianggap bertanggungjawab terhadap segala bahan yang dimuat naik atau turun oleh penggodam.

Kempen untuk Hari Internet Blackout ini telah menerima sambutan yang positif daripada kalangan pengguna Internet. Laman-laman web popular seperti laman jual beli lelong.com.my, komuniti forum cari.com.my, dan portal hiburan gua.com.my telah menyatakan hasrat untuk menyertai kempen ini.

Selain itu, laman berita seperti Malaysiakini, Harakahdaily, Free Malaysia Today, The Nut Graph dan Digital News Asia turut sama menunjukkan minat. Blogger seperti Niki Cheong dan Nat Tan juga akan turut serta dalam kempen ini. Pengguna Internet yang ingin mengambil bahagian boleh menghubungi CIJ melalui emel cijmalaysia@gmail.com atau telefon di talian 03-4024 9840.

Untuk keterangan lanjut sila berkunjung ke blog rasmi kempen di www.stop114a.wordpress.com atau laman Facebook di https://www.facebook.com/evidenceamendmentact. SUMBER



Apa itu Seksyen 114A?

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan pada 31 Julai 2012. Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas untuk bertindak terhadap bahan-bahan ‘berbahaya’ di internet. Pindaan tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet.

Pindaan terbaru ini meletakkan kebertanggungjawaban kepada pemilik atau penyelaras blog, forum yang membolehkan orang lain menyiarkan komen; pembekal internet dan pembekal webhosting serta mereka yang memiliki komputer atau alat untuk menyiarkan bahan secara online.

Sebagai contoh sekiranya ada apa-apa kenyataan fitnah yang boleh dijejak kembali kepada kata laluan anda, atau alat elektronik anda, bahkan rangkaian internet rumah anda; Seksyen 114A memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah seperti yang menjadi amalan kehakiman selama ini di seluruh dunia.

Justeru pindaan gila ini secara tidak adil memindahkan beban bukti kepada pengguna internet yang mungkin didakwa secara salah, untuk sebarang kenyataan fitnah atau menghasut yang terbit daripada rangkaian internetnya. Malah pentadbir forum-forum juga boleh dikenakan tindakan untuk kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman forum mereka.

Apa yang lebih buruk ialah seandainya rangkaian internet seseorang digodam dan digunakan untuk menyiarkan bahan-bahan tersebut.


Inilah yang bakal berlaku…

Bayangkan seorang nenek yang sendirian di rumah, hanya guna internet untuk buka YouTube buat belajar memasak atau mengait; tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk polis. Mengapa? Kerana ada kenyataan yang menghasut diterbitkan dari rangkaian WiFi rumahnya yang digodam orang.

Jadi pindaan sebegini ini adalah gila dan tidak masuk akal. Undang-undang begini adalah undang-undang bobrok dan zalim yang mengekang kebebasan bersuara rakyat jelata.

Pemerintah yang mengekang kebebasan rakyat bersuara dan mengkritik ini adalah pemerintah yang selayaknya dihumbankan ke jurang paling dalam apabila selesai sahaja Pilihanraya Umum akan datang.

Kesannya nanti, orang akan takut untuk bersuara dan tidak lagi berani mengkritik. Malah blog-blog juga akan terpaksa menapis komen-komen dengan lebih tegas. Apa dia garis pemisah antara fitnah, hasut dengan ayat-ayat kritikan dan penegasan untuk mencabar pemerintah yang menzalimi rakyatnya? Ini semua hanya berhak ditafsirkan oleh pemerintah sendiri.

Maka akan takutlah sekalian hamba rakyat untuk mempersoal tindakan pemerintah. Akan tutuplah WiFi percuma di tempat-tempat lepak awam, risau rangkaian internetnya nanti digunakan untuk menulis ayat-ayat bahaya yang menggugat pemerintah. Di mana lagi kami semua nak lepak minum the tarik nanti kalau sudah tak ada WiFi percuma?


Jadi, saya juga menyokong usaha ini demi memastikan setiap undang-undang berlaku adil untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan internet walaupun di mana sahaja. Sama ada pemilik WiFi atau pun pengguna internet.

Bagaimana Seksyen ini berkuatkuasa?



Sokong di sini:-
http://cijmalaysia.org/campaigns/
https://www.facebook.com/evidenceamendmentact
http://stop114a.wordpress.com/resources/

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Kesan Game Kepada Alam Sekitar?

Assalamualaikum. Fakta menarik! WOW sangat menakjubkan, permainan (games) dan konsul mencemarkan alam sekitar secara serius? Berikut adalah antara fakta yang diperolehi.

Enam bilion pound permainan dan konsol telah dijual, dan jika kesemua permainan dan konsol yang dihasilkan oleh Nintendo akan berakhir di tapak pelupusan sampah, beratnya adalah menyamai dengan 5,555 buah patung Liberty. Itu baru dua jenis maklumat yang digambarkan oleh infographic mengenai kesan alam yang disebabkan oleh permainan video.


Infographic yang diterbitkan oleh Big Fish Games on Visual.ly menggunakan maklumat daripada beberapa sumber juga menyediakan beberapa fakta dan angka-angka mengenai permainan (games) secara umum, sebagai contoh, kini terdapat lebih banyak permainan video yang dihasilkan berbanding dengan kewujudan manusia. Ianya turut memberikan kesan alam sekitar apabila ia datang kepada perkakasan permainan video - plastik yang digunakan untuk membuat kebanyakan permainan dan konsol tidak boleh mengurai, menurut kepada infographic.

Terdapat juga bahagian positif, bagaimanapun. Melalui muat turun, pemain boleh bermain permainan mereka tanpa menyumbang kepada pembaziran. Sebagai contoh, jika semua permainan telah dimuat turun dan bukannya daripada produk yang dihasilkan, yang mana akan dapat menjimatkan 2.4 billion gelen minyak mentah.

Jadi, kurangkan beli permainan konsul dan jagalah alam sekitar anda.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Berhari Raya Dengan Diskaun Tol 2012

Assalamualaikum,menjelang hari raya Eidulfitri 2012 nanti, beberapa lebuhraya di Malaysia akan memberikan diskaun kepada beberapa kelas untuk pengguna lebuhraya mereka di antara 15 dan 23 Ogos 2012.

Antara lebuhraya terbabit, Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah, ELITE, Lebuh Raya Butterworth - Kulim, BKE dan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Lebuh Raya PLUS Kelas 1  : 30% (15,16 dan 22, 23 Ogos 2012)
Lebuh Raya Pantai Timur : 10% - 37.5% (18, 19, 20, dan 21 Ogos 2012)
Lebuh Raya lain                 : 10%-30% (18, 19, 20, 21 dan 31 Ogos 2012)

Lebuh Raya Maju, MEX                        : PERCUMA 31 Ogos 2012
Lebuh Raya Damansara Puchong, LDP : PERCUMA 31 Ogos 2012



Untuk lebih lanjut, spesifikasi diberi seperti di bawah:-



Semoga anda dapat merancang perjalanan anda di musim perayaan dan perlu dingatkan bahawa had laju kenderaan di jalan persekutuan telah diturunkan daripada 90km/j kepada 80km/j untuk jalan persekutuan manakala daripada 80km/j kepada 70km/j untuk jalan negeri sempena musim perayaan tahun ini yang telah bermula pada 8 Ogos 2012 sehingga 9 September 2012. Elakkan daripada terkena perangkap had laju di beberapa lokasi di seluruh jalan raya di Malaysia.

Berikut jadual yang disarankan pihak PLUS kepada anda untuk merancang perjalanan suapaya lebih lancar:-



Jadi, selamat pulang ke kampung dan berhati-hati di jalan raya. Rancang perjalanan anda agar raya anda lebih bermakna.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Kemuncak Juraian Meteor Perseid 12 dan 13 Ogos 2012

Assalamualaikum, bermula esok malam sehingga 12 dan 13 Ogos 2012, telah dimaklumkan bahawa kemuncak juraian meteor Perseid dapat dilihat. Untuk rakyat Malaysia pula, anda boleh menyaksikan sendiri juraian meteor di langit pada waktu malam di kawasan yang cerah dengan keadaan cuaca yang baik. Berikut adalah siaran media yang diperolehi daripada laman sensawang ANGKASA.

Berikut antara petikan tersebut:
SIARAN MEDIA 

Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan Hujan Meteor Perseid Kuala Lumpur, 9 Ogos – Masyarakat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan juraian hujan meteor Perseid bermula 23 Julai hingga 22 Ogos ini. Dianggarkan sejumlah 60 juraian meteor akan dapat dilihat pada masa kemuncaknya iaitu bermula dari awal pagi 12 hingga 13 Ogos ini. Titik meteor Perseid ini adalah daripada buruj Perseus yang berada di langit Malaysia sejak Julai hingga Mac tahun hadapan. Walau bagaimanapun, hujan meteor ini hanya boleh dilihat di kawasan-kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam tersebut.. Bagi menyaksikan sendiri hujan meteor ini, pandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 / 4301 .

Sebelum itu, sedikit penerangan mengenai meteor perseids pada 12-13 Ogos 2012 dalam video di bawah yang boleh diperoleh di laman sensawang NASA:


Berikut pula antara Soalan Biasa Yang Ditanya (FAQ) yang dipetik daripada laman web FALAKONLINE:-

Juraian Meteor Perseids akan berlaku pada 11,12 dan 13 Ogos 2012 ini.  Berikut merupakan sesi soal jawab yang ditanya oleh wartawan FO kepada saya tempoh hari… ;-)

Bila meteor ini akan muncul?
Secara asasnya ia dah mula muncul, tetapi kemuncaknya ialah pada 12/13 Ogos nanti.
Berapa jumlah meteor yang boleh dilihat?

Meteor Perseids ini selalunya memiliki rekod kemunculan yang baik, dengan kadar 50 meteor sejam boleh dilihat. Ada juga yang mengatakan ia boleh naik sehingga 60-70 meteor sejam

Betul ke ni?
Err… betul la… tak kan nak tipu bulan posa ni..! Kalau nak tahu lebih terperinci, boleh rujuk ke web International Meteor Organization ini.

Ok,ok.. apa cara kita nak tengok meteor ni?
Cara yang betul ialah, guna MATA je. Tak perlu teleskop, tak perlu binocular. Hanya mata menjadi teman anda.

Lagi satu, seeloknya carilah tikar atau kerusi malas, dan baring sambil pandang ke arah langit. Posisi ini lebih selesa dan kita tak akan sakit tengkuk nanti! Tapi awas, jangan terlalu selesa sampai tertidur pulak!



(Gambar hiasan: Cara melihat meteor yang betul (berbaring), dan yang tak berapa nak betul (yang bro sebelah kiri tu confirm akan sakit tengkuk! ;-)

Arah mana nak tengok?
Meteor Perseids ini sebenarnya akan kelihatan ‘muncul’ dari arah buruj Perseus, sebuah buruj di kawasan langit utara. Namun, ia boleh dilihat merata-rata di langit. Kita tak boleh nak agak di kawasan mana yang muncul. Kita hanya perlu tumpu dan focus kepada satu kawasan je.

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan buruj Perseus yang akan kelihatan dari Malaysia pada sekitar jam 2 pagi.  Perhatikan buruj itu masih lagi agak rendah di ufuk Timur Laut, dan baru sahaja terbit. Anak panah menunjukkan laluan atau pergerakan meteor Perseids yang akan dilihat apabila ia merentasi langit.



Jadi, kena tengok arah timur laut ke?
Tak.  Berdasarkan pengalaman saya mengejar meteor ni, jangan tumpukan sangat ke arah buruj tu. Cuba tumpukan ke kawasan lain, contoh di arah bertentangan ke, di atas kepala ke.
Waktu bila sesuai untuk tengok kemunculan meteor ni?
Selalunya waktu yang paling bagus ialah selepas tengah malam, menuju ke Subuh. Namun, untuk meteor Perseids kali ni, Bulan akan terbit sekitar 2.30 pagi (Kuala Lumpur) pada awal pagi 12 Ogos nanti. Maka, seeloknya cubalah lihat sebelum Bulan terbit.

Kenapa kalau Bulan ada tak boleh tengok meteor?
Bukannya tak boleh tengok meteor, tapi cahaya sinaran Bulan itu akan menyebabkan langit menjadi terang. Bila langit terang, cahaya meteor-meteor ini akan tenggelam dan menyukarkan untuk kita melihatnya.

Bagaimana rupa meteor tu nanti?
Meteor itu akan muncul sekejap aje. Hanya 1-2 saat. Kadangkala jika bernasib baik kita akan dapat lihat yang agak besar dan lebih terang, serta kemunculannya boleh bertahan sehingga 4-5 saat.

Foto di bawah diambil oleh fotographer Harris McHorror, di Kota Kinabalu pada 5 Ogos lepas. Ia merupakan satu contoh baik bagaimana rupa sebuah meteor yang dapat dirakam menerusi kamera.


(Photo credit Harris McHorror)

Dari KL boleh tengok ke?
Meteor-meteor ini kebanyakkannya agak kelam kecerahannya. Maka sebaiknya, pergi keluar dari KL atau kawasan yang banyak cahaya, dan cari kawasan yang langitnya gelap, contoh di kawasan kampung dan tepi pantai, atau tengah-tengah hutan.

Di Kampung Baru boleh nampak?
Adoii.. Kampung Baru tu tengah-tengah KL la bang, jirannya KLCC, memang confirm tak boleh nampak!

Lagi satu, boleh ambik gambar ke?
Meteor-meteor boleh diambil dengan menggunakan kamera DSLR, dan menggunakan lens wide-angle. Halakan di mana-mana kawasan langit, kemudian set-kan waktu dedahannya selama yang mungkin,  contoh 30 saat ke. Kalau ada remote shutter control, lebih baik kerana boleh set BULB mode pada DSLR dan boleh ikut suka kita nak berapa lama nak buka shutter kamera tu.

Namun, hasilnya juga bergantung kepada nasib. Walaupun meteor-meteor ni mudah dilihat dengan mata, namun cahayanya masih agak kelam untuk ditangkap oleh kamera kita.

Walaupun begitu, tak salah kalau nak cuba.

Wallahualam.

Kredit: FalakOnline

Sekian, Terima kasih. 

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 61 (Wordless Wednesday) Meriam Versi Paip




Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. 

Sekian, Terima kasih. 

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 60 (Wordless Wednesday) Burung Pipit











Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. 

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang