HALAMAN UTAMA

Situasi Sambut Tahun 2014 Dengan #TURUN #RPDM31D

Assalamualaikum, #TURUN adalah satu Gerakan Turun Kos Sara Hidup. dan #RPDM31D pula panjangnya #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis Di KL. Sebagai seorang rakyat Malaysia sudah semestinya akan merasakan sedikit bebanan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat secara mendadak apabila bermulanya tahun 2014. Apakan daya, rakyat terpaksalah hadapai apa jua kemungkinan yang berlaku.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat ada yang rasa sangat terbeban, ada yang rasa sikit, ada yang rasa biasa-biasa sahaja dan ada yang tak kesah. Namun, hakikatnya, ada yang marah, ada yang bimbang, ada yang kecewa ada yang suka. Apa pun, saya yakin tak ada yang suka bila kos meningkat, hatta orang yang bergaji besar juga ada yang tak setuju, apa lagi yang bergaji kecil.

Apa pun rakyat pun ada hak nak suarakan bantahan, tak mungkinlah ada yang sengaja nak menghuru-harakan keadaan bukan? Apa yang dapat bila keadaan huru-hara? semua orang susah. Jadi, semoga himpunan TURUN ini memberikan satu mesej dan memberikan sedikit tindakan agar pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang lebih rasional dan lebih memberikan manfaat kepada rakyat.


Saya kongsikan situasi gambar daripada pelbagai sumber yang saya lihat menarik untuk menutup tahun 2013 ini.

SAMBUTAN TAHUN BARU DI PULAU PINANG LIVE





Gambar Sepanjang Jalan ke Dataran KLIK SINI...
Koleksi Gambar di Facebook KLIK SINI...
Video di SOGO KLIK SINI...
Video berdekatan Dataran KLIK SINI...
Koleksi Gambar Malaysiakini KLIK SINI...
Koleksi di Twitter KLIK SINI...
Koleksi TURUN di sini...
HALAMAN PENUH TURUN DI SINI...
Gambar berarak dari LOKASI JALAN RAJA LAUT...

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur




Embedded image permalink





Embedded image permalink

Embedded image permalink




Embedded image permalink

Embedded image permalink




Georgetown, Pulau Pinang



Embedded image permalink

Embedded image permalink



Alor Setar, Kedah





Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Bahaya Makan Ayam dan Pisang Goreng Rangup?

Assalamualaikum, semua orang suka makanan yang rangup seperti ayam gorang, bawang goreng, dan pisang goreng. Namun tahukah kita ianya punca mendapat kanser? Mengapa? Ianya akan menyebabkan punca mendapat kanser apabila ianya digoreng dengan campuran plastik. Sekian lama juga saya mendegar akan perkara ini. Sama ada benar atau pun tidak. Hanya dengar cakap-cakap dan khabar angin sahaja.

Kini saya telah terjumpa dengan satu rakaman siaran daripada negara jiran Indonesia berkaitan dengan "Ayam Crispy dan Gorengan Berplastik". Dalam dokumentari ini, dikisahkan bagaimana peniaga menggoreng ayam untuk lebih rangup dan tahan lama. Ianya semestinya dicampurkan dengan plastik ketika menggorengnya. Sebelum ini saya selalu dengar jangan makan bawang goreng kerana ia digoreng dengan plastik untuk pastikannya lebih tahan lama dan lebih rangup.

Walaupun, pembongkaran dan penyiasatan ini berlaku di luar negara, seharusnya kita juga jadikan panduan untuk memilih tempat makan yang tidak melakukan perkara ini untuk menjadikan makanan mereka lebih sedap dan memberikan racun kepada pelanggan yang memakan makanan mereka setiap hari.


Ada juga komen-komen daripada rakyat Malaysia sendiri yang mengakui ianya sememang ada berlaku di kedai-kedai di Malaysia yang menjual makanan bergorengan untuk menjadikan rasanya lebih sedap dan lebih rangup. Saya petik dan ambil beberapa komen yang mengakui pernah melihat sendiri perbuatan tukang masak ini mencampurkan plastik dalam minyak gorengan mereka.

Beberapa komen telah kongsikan pengalaman mereka melihat perkara ini berlaku juga di Malaysia.

Komen 1:
Admin, saya pernah tengok depan mata. Sebelum goreng pisang, akak tu masukkanplastik hijau dalam minyak panas lepas tu baru goreng pisang. Tapi masa tu saya budak sekolah lagi tak berapa faham kenapa buat macam tu, cuma pelik jer, tapi pisang goreng dia memang rangup la. Lepas masak dia jadi tepung rangup kulit licin tu.

Tapi kan, tekastur kulit tepung luar ayam goreng plastik ni sama je macam pisang goreng plastik yang saya pernah tengok depan mata tu. Kulit luar dia akan jadi macam licin tebal. "I think I don;t want to buy and eat this kind of fried chicken or pisang goreng anymore.

Komen 2:
Saya pernah tengok orang jual pisang goreng buat macam ni, dia guna minyak sekilo yang dalam plastik, lepas dia gunting minyak yang dalam plastik, last sekali plastik tu pun dia masukkan. Mula-mula heran kenapa dia tak keluarkan, ingatkan tak perasan, tapi tak semua peniaga yang buat macam ini, ada segelintir je yang tak jujur.

Komen 3:
Tempat saya ni pun ada satu warong pisang goreng buat macam itu, guna straw. Pernah try sekali je, rasanya lain, pastu ada pula orang cerita goreng dengan straw terus tak pernah beli lagi.

Komen 4:
Betul tu, di Sabah pun ada kedai tu guna minyak makan dalam plastik untuk menggoreng kueh pisang. Masa memanaskan minyak plastik tak dibuka malah langsung saja dimasukkan dalam kuali maka apabila kuali panas, plastik pun cair dan bersatu sebati dengan minyak makan. Hati-hati dengan gorengan pisang yang rangup semacam.

Komen 5:
2 Minggu lepas makan ikan dan seafood celup tepung di PCB Kota Bharu. Kedai tu guna minyak paket, nak tambah minyak tak payah gunting, masuk je plastik minyak tu dalam minyak panas. baki plastik tu dibuang. Sebahagian tu tentu cair dalam miyak masak.



Berikut sebuah Rancangan Televisyen di Indonesia (Seperti Rancangan AGEN HALAL di Astro OASIS) yang membongkar punca dan segelitir peniaga menggunakan plastik untuk merangupkan ayam goreng mereka.



Semoga maklumat ini dapat membantu dan mengingatkan kita agar lebih sentiasa berhati-hati lagi untuk makan di luar sana demi kesihatan kita jangka masa panjang.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Cadangan Plan Simpan Emas Untuk Pelajar IPT

Assalamualaikum, saya mahu kongsikan sedikit berkaitan simpanan emas ini diwaktu muda atau ketika masih belajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Saya sudah terlambat untuk mencuba pelan ini ketika belajar dahulu. Namun, saya mahu kongsikan dengan rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang mempunyai dan bercadang untuk menyimpan aset untuk masa yang akan datang.

Berikut satu pelan yang dikongsikan oleh mereka yang pernah melakukannya. Bolehlah dipraktikan jika merasakan ianya dapat dibuat atau pun diubah agar ianya sesuai dengan simpanan anda. Ini khususnya bagi mereka yang mempunyai pinjaman atau pun sumber kewangan tetap setiap semestar atau pun tahun.

PELAN SIMPANAN EMAS, KHAS UNTUK PELAJAR IPT*
*Tertakluk kepada kadar yuran IPT masing-masing. Kiraan dibuat secara anggaran.

Hutang PTPTN 4 tahun RM28,000

# Tahun pertama
Semester 1 & 2 dapat PTPTN RM3,500 x 2 = RM7,000
Kos 1 semester RM1300 x 2 = RM2600
Baki duit RM2,200 boleh beli 14.6g emas 999 (anggaran harga purata RM150/g)

# Tahun kedua
Semester 3 & 4 dapat PTPTN RM3,500 x 2 = RM7,000
Kos 1 semester RM1300 x 2 = RM2600
Baki duit RM2,200 boleh beli 14.6g emas 999 (anggaran harga purata RM150/g)

# Tahun ketiga
SSemester 5 & 6 dapat PTPTN RM3,500 x 2 = RM7,000
Kos 1 semester RM1300 x 2 = RM2600
Baki duit RM2,200 boleh beli 14.6g emas 999 (anggaran harga purata RM150/g)

# Tahun ke empat
Semester 7 & 8 dapat PTPTN RM3,500 x 2 = RM7,000
Kos 1 semester RM1300 x 2 = RM2600
Baki duit RM2,200 boleh beli 14.6g emas 999 (anggaran harga purata RM150/g)


Bila Tamat Pengajian anda mempunyai jumlah emas dengan berat
= 14.6g X 4 tahun = 58.4g (dengan anggaran harga emas tidak naik selama 4 tahun pengajian anda)


Terdapat 3 kemugkinan ke atas nilai emas anda pada 4 tahun akan datang

# Kemungkinan 1
Sekiranya tiada kenaikan harga emas selama 4 tahun pengajian anda nilai harga emas anda berkurang sedikit setelah di tolak susut nilai. Rugi sekiranya anda jual emas anda ketika itu. Tidak rugi jika tidak menjualnya kerana berat emas anda masih tidak berkurang.

# Kemungkinan 2
Sekiranya ada penurunan harga emas selama 4 tahun pengajian anda nilai harga emas anda berkurang lebih dari 'kemungkinan 1' setelah di tolak susut nilai. Rugi sekiranya anda jual emas anda ketika itu. Tidak rugi jika tidak menjualnya kerana berat emas anda masih tidak berkurang.

# Kemungkinan 3
Sekiranya harga emas naik sehingga RM400/g seperti yang diwar-warkan, nilai emas anda mungkin menjadi
= 58.4g X RM500/g = RM29,200 , cukup untuk anda bebaskan diri dari hutang PTPTN

Disediakan oleh : Abdul Rashid Basar

Semoga simpanan anda di awal waktu memberikan kelegaan dan mampu membantu anda dikala memerlukan wang di saat yang diperlukan kelak. InshaAllah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Buka Folder dan tutup Folder Guna Command Prompt (CMD)

Assalamualaikum, saya nak buka folder menggunakan command prompt CMD, tetapi lupa apakah kod yang perlu ditaip untuk membuka dan menutup folder tersebut. Tujuan nak buka dan tutup folder ini untuk gabungkan kesemua dokumen .csv dalam satu dokumen .exl dengan kod CMD juga.

Berikut kod mudah untuk buka dan tutup:

cd untuk buka folder (masuk file)
cd.. untuk tutup folder (patah balik)


Seperti yang ditunjukkan di bawah contoh buka dan tutup folder.


Kod lain yang mungkin berguna untuk rujukan anda semua adalah seperti di bawah:-

ADDUSERS - Memasukkan/ menambah user ke/dari file CSV.
ARP - Address Resolution Protocol
ASSOC Change - file extension associations
ASSOCIAT - One step file association
AT Schedule - Perintah untuk membuat shedule program (utk dijalankan kemudian waktu)
ATTRIB - Mengganti atribut file
BOOTCFG - Edit boot setting windows
BROWSTAT - Mencari info domain,browser dan PDC
CACLS - Mengganti/mengubah file permissions
CALL - Memanggil sebuah program batch
CD - Memindahkan ke sebuah folder tertentu.
CHANGE - Mengubah Properties pada Terminal Server
CHKDSK - Memeriksa dan memperbaiki file system
CHKNTFS - Memeriksa NTFS file system
CHOICE - Menerima input keyboard ke dalam sebuah batch file
CIPHER - Encrypt-Decrypt files/folders
CleanMgr - Membersihkan secara otomatis Temporary files, recycle bin
CLEARMEM - Membersihkan memory
CLIP - meng-Copy STDIN ke Windows clipboard.
CLS - Membersihkan CMD
CLUSTER - Windows Clustering
CMD - Membuka CMD/ command prompt
COLOR - Mengganti warna pada window CMD
COMP - Membandingkan isi dari 2 atau lebih file
COMPACT - kompres file/folder di dalam partisi NTFS
COMPRESS - kompres file individu di dalam partion NTFS
CON2PRT - Connect atau disconnect sebuah Printer
CONVERT - Convert FAT drive menjadi NTFS.
COPY - Copy 1 atau lebih file ke lokasi tertentu
CSVDE - Import/Export Active Directory data
DATE - Memaparkan/menetapkan tarikh
Dcomcnfg - DCOM Configuration Utility
DEFRAG - Defragment hard drive
DEL - Menghapus 1 atau lebih file
DELPROF - Menghapus User Profile NT
DELTREE - Menghapus sebuah folder beserta subfolder
DevCon - Device Manager Command Line Utility
DIR - Memaparkan daftar file/folder dari sebuah drive
DIRUSE - Memaparkan disk usage/kapasitas disk
DISKCOMP - Membandingkan isi dari 2 buah floppy disk
DISKCOPY - Copy isi dari sebuah floppy disk ke floppy disk lainnya
DNSSTAT - DNS Statistics
DOSKEY - Mengedit command line,recall commands,dan create macros
DSADD - Menambah user (computer, group..) ke dalam active directory
DSQUERY - Menambah item ke dalam active directory
DSMOD - Modify user (computer, group..) di dalam active directory
ECHO - Memaparkan message pada monitor
ERASE - Menghapus satu atau lebih file
EXIT - keluar dari window CMD
EXPAND - Uncompress file
EXTRACT - Uncompress CAB files
FC - Membandingkan 2 buah file
FDISK - Disk Format dan partition
FIND - Mencari sebuah text string di dalam sebuah file
FINDSTR - Mencari strings di dalam files
FOR /F -Loop command: untuk beberapa files sekaligus
FOR - Loop command: all options Files, Directory, List
FORFILES - Batch process multiple files
FORMAT - Memformat sebuah disk
FREEDISK - Memaparkan free disk space (dalam bytes)
FSUTIL - File and Volume utilities
FTP - File Transfer Protocol
FTYPE - Memaparkan/mengubah file types yg digunakan dalam file extension
GLOBAL - Memaparkan daftar anggota dalam global groups
GOTO - Mengarahkan sebuah program batch untuk melompat ke labelled line
HELP - Online Help
HFNETCHK - Network Security Hotfix Checker
IF - Conditionally perform a command (perintah bersyarat)
IPCONFIG - Configure IP
KILL - Menghapus program dari memory
LABEL - Memberi/mengubah label disk
LOCAL - Menampilkan daftar anggota local groups
LOGEVENT - Menulis text ke dalam NT event viewer.
LOGOFF - Keluar dari system / Mengeluarkan user dari system
LOGTIME - mencatat tarikh dan waktu dalam sebuah file
MAPISEND - Menghantar e-mail dari command line
MEM - Memaparkan memory usage
MD - Create new folders
MODE - Configure a system device
MOUNTVOL - Menetapkan Mount point dalam sebuah volume
MOVE - Memindahkan file dari sebuah folder ke folder lain
MOVEUSER - Menindahkan user dari sebuah domain ke domain lain
MSG - Menghantar message
MSIEXEC - Microsoft Windows Installer
MSINFO - Windows NT diagnostics
MSTSC - Terminal Server Connection (Remote Desktop Protocol)
MUNGE - Mencari dan Menganti text di dalam sebuah file (find & replace)
MV - Meng-copy file yang sedang/sementara digunakan
NET - Menetapkan network resources
NETDOM - Domain Manager
NETSH - Configure network protocols
NETSVC - Command-line Service Controller
NBTSTAT - Memaparkan networking statistics (NetBIOS over TCP/IP)
NETSTAT - Memaparkan networking statistics (TCP/IP)
NOW - Memaparkan current Date and Time
NSLOOKUP - Name server lookup
NTBACKUP - Backup folders
NTRIGHTS - Edit user account rights (bahagian akses yg diizinkan oleh admin)
PATH - Memaparkan atau mengatur search path untuk executable files
PATHPING - Mengesan route plus network latency dan packet loss
PAUSE - Menahan proses sebuah batch file dan menampilkan message
PERMS - Memaparkan permissions (bahagian akses) user
PERFMON - Performance Monitor
PING - Menguji (test) network connection
POPD - Restore previous value dari sebuah directory yang di-save oleh PUSHD
PORTQRY - Memaparkan status ports dan service
PRINT - Print text file
PRNCNFG - Memaparkan, mengatur, atau mengubah nama printer
PRNMNGR - Memaparkan, menghapus, atau menambah daftar printer; set default printer
PROMPT - Mengubah command prompt
PsExec - Menjalankan proses jarak jauh (remote)
PsFile - Menunjukkan file2 yang dibuka dari jarak jauh
PsGetSid - Menampilkan SID sebuah computer atau user
PsInfo - Memaparkan informasi dari sebuah system
PsKill - Menghentikan proses melalui process ID
PsList - Memaparkan detail informasi dari sebuah proses
PsLoggedOn - Who's logged on (memeriksa secara lokal atau melalui resource sharing)
PsLogList - Event log records
PsPasswd - Mengubah account password
PsService - Menampilkan dan mengubah services
PsShutdown - Shutdown atau reboot computer
PsSuspend - Suspend/menahan proces
PUSHD - Menyimpan/Save dan mengganti current directory
QGREP - Mencari kata/ayat di dalam file yg sesuai dgn line yg ditentukan.
RASDIAL - Menetapkan RAS connections
RASPHONE - Menetapkan RAS connections
RECOVER - Memulihkan/Recover damaged file dari sebuah disk defective (rusak).
REG - Membaca, menetap, atau menghapus registry keys dan values
REGEDIT - Mengimport/mengeksport registry settings
REGSVR32 - Register/unregister file DLL atau ocx
REGINI - Mengubah Registry Permissions
REM - mencatat comments (remarks) di dalam sebuah batch file
REN - mengubah nama file
REPLACE - Mengganti/Replace atau meng-update sebuah file dengan file line
RD - Delete folder
RDISK - Create Recovery Disk
RMTSHARE - Share folder atau printer
ROUTE - Memanipulasi network routing tables
RUNAS - Menjalankan sebuah program dgn menggunakan user account lain.
RUNDLL32 - Menjalankan sebuah DLL command (add/remove print connections)
SC - Service Control
SCHTASKS - Create or Edit Scheduled Tasks
SCLIST - Display NT Services
ScriptIt - Control GUI applications
SET - Display, set, atau remove environment variables
SETX - Set environment variables secara permanent
SHARE - Mendaftar atau edit sebuah file share atau print share
SHORTCUT - Create windows shortcut (.LNK file)
SHOWGRPS - Memaparkan daftar NT Workgroups atau user yang telah joined
SHOWMBRS - Memaparkan daftar Users yg merupakan member dari sebuah Workgroup
SHUTDOWN - Shutdown computer
SLEEP - Menunggu selama beberapa saat
SOON - Menjadual(schedule) sebuah command untuk beberapa waktu kemudian
SORT - Sort input
START - membuka sebuah window baru, untuk menjalankan program atau command tertentu
SU - Switch User
SUBINACL - Edit file & folder Permissions, Ownership serta Domain
SUBST - Menyesuaikan sebuah path dengan drive letter
SYSTEMINFO - Memaparkan daftar system configuration
TASKLIST - Memaparkan aplikasi dan service yang sedang berjalan
TIME - Memaparkan atau mengubah waktu pada system
TIMEOUT - Delay processing sebuah batch file
TITLE - Menentukan title window untuk sebuah session CMD.EXE
TOUCH - mengubah timestamps sebuah file
TRACERT - Mengesab route ke sebuah remote host
TREE - memaparkan grafik dari struktur folder
TYPE - Memaparkan isi dari sebuah text file
USRSTAT - Memaparkan daftar domain usernames dan last login
VER - Menampilkan version information
VERIFY - Memeriksa files yang telah ter-save
VOL - Memaparkan disk label
WHERE - Mencari dan memaparkan files di dalam sebuah directory tree
WHOAMI - Memaparkan current UserName dan current domain
WINDIFF - Membandingkan isi dari dua atau lebih file.
WINMSD - Windows system diagnostics
WINMSDP - Windows system diagnostics II
WMIC - WMI Commands
XCACLS - Mengubah file permissions (hak akses)
XCOPY - Copy files dan folders

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Isu Ayat Terakhir Rasulullah Sebelum Wafat, Ummati atau Rafiqal A'laa?

Assalamualaikum, satu penjelasan berkaitan dengan kisah ayat terakhir yang disebut Rasulullah s.a.w sebelum kewafatannya. Adakah "Ummati, ummati, ummati.." atau pun "Bal Rafiqil A'laa"?

Maka, isu ini telah pun cuba dijawab oleh Ustaz Muhammad Nazmi Karim yang menjelaskan mengenai perkara ini, beberapa kitab ditunjukkan dengan asas sebagai penjelasan beliau untuk menunjukkan beberapa rujukan bagi merungkai isu ini.

Di dalam rujukan beliau di dalam Kitab Durratul Nasihin (Bekal Juru Dakwah) yang dikarang ulama' bermazhab Hanafi. As-Syeikh Uthman bin Hassan bin Ahmad As Syakir Al Huburi Ulama kurun ke-13 Hijri.

Nas dipetik seperti di bawah:


Dalam rujukan Kitab Ihya' Ulumuddin, ditulis oleh Al-Imam Ghazali. Tidak menyatakan Ummati, ummati, ummati ayat terakhir baginda.

Kitab AlKamil Fil-Tarikh juga tidak menyatakan "Ummati, ummati, ummati" ayat terakhir baginda sebelum wafat. Tetapi "Bal Al-Rafiqal A'laa".


Kitab Fiqussirah Annabawiyah karangan Al-Allamah Almarhum Syeikh Muhammad Syeikh Ramadhan AlButi, juga menyebut ayat terakhir yang disebut Rasulullah s.a.w. ialah "Fi Rafiqil A'laa".

Kitab Siratul Rasulullah Rasulullah S.a.w. ditulis ulama kitab kontemporari juga menyebut bahawa "Bal Al-Rafiqal A'laa" ayat terakhir Rasulullah s.a.w.



Kitab Sirah Annabawiyah juga menyebut ayat yang sama "Bal Al-Rafiqal A'laa".

Kitab Sahih Muslim juga menyebut "Al-Rafiqal A'laa".



Kitab Fatul Bari Syarah Sahih Bukhari menyebut Hadith yang berkenaan Nabi s.a.w. wafat atas riba Saidina Ali ada mempunyai unsur Syiah.



Kitab Umdatul Qari menyatakan juga menyebut Hadith tersebut berkenaan Nabi s.a.w. wafat atas riba Saidina Ali mempunyai perawi Syiah, jangan kamu ambil hadith tersebut.



Berkenaan dengan persoalan adakah nabi pernah sebut "Ummati, ummati, ummati", jawapannya memang ada nabi pernah sebut. Di dalam kitab Syarah Almuisir Shahih Bukhari, telah memetik daripada Shahih Muslim, nabi telah membaca ayat Surah Ibrahim ayat 36, Surah Maidah, ayat 118, kemudian nabi menangis dan menyebut Ya Allah, Ummati, ummati, ummati. Maka Jibril memberi salam dan berkata Wahai Muhammad Allah mengirimkan salam kepada engkau dan Allah berkata kepada engkau, kami akan meredhakan engkau dan umat engkau dan kami tidak akan menyakitkan engkau Wahai Muhammad tentang umat engkau selama-lamanya.



Dalam Riyadussalihin juga menyebut nabi pernah menyebut "Ummati, Ya Rabbii, ummati, Ya Rabbii" ketika di padang mahsyar.



Kesimpulannya, ayat Ummati, ummati, ummati pernah disebutkan adalah ketika nabi hidup dan ketika nabi di padang mahsyar. Perkataan yang banyak disebut di dalam kitab juba menyatakan bahawa perkataan dan ayat yang disebut kali terakhir sebelum nabi wafat adalah "Bal Rafiqal A'laa" atau "Fi Rafiqil A'laa". Maka lebih baiklah kita mengambil jalan yang lebih selamat dan yang lebih Shahih dan lebih cermat dalam mengambil hadith sebagai rujukan kita. InshaAllah.

Anda boleh lihat penjelasan penuh di dalam video di bawah ini untuk lebih memahami penjelasan berkaitan isu ini.


Semoga disebarkan penjelasan ilmiah ini kepada semua. InshaAllah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

1 Juta Pengguna Dijangka Mengalami Gangguan Bekalan Air pada 17 Disember 2013 di Kuala Lumpur

Assalamualaikum, dimaklumkan gangguan dan ketiadaan bekalan air di beberapa lokasi di Kuala Lumpur telah diwar-warkan pihak SYABAS. SYABAS ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan kerja-kerja hentitugas tersebut adalah selama 13 jam iaitu bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam pada 17 Disember 2013. 

Dengan itu, gangguan bekalan air akan bermula jam 8.00 pagi pada 17 Disember 2013 apabila kerja dimulakan. Manakala tempoh pemulihan bekalan air pula dijangka bermula pada jam 9.00 malam, 17 Disember 2013 (Selasa) apabila kerja dijangka siap nanti dan berterusan sehingga 8.00 pagi, 22 Disember 2013 (Ahad). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A.


Berikut adalah kenyataan daripada pihak SYABAS berhubung perkara ini dan lokasi yang dijangkakan terlibat. 

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DISEBABKAN HENTITUGAS (SEPARA) SEMENTARA LOJI RAWATAN AIR (LRA) SUNGAI SELANGOR FASA 2 (SSP2) DI BAWAH KENDALIAN PUNCAK NIAGA SDN BHD (PNSB) PADA 17 DISEMBER 2013 PENTING! SEGERA

KENYATAAN MEDIA  12 DISEMBER 2013

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menerima  permohonan daripada pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 2 (SSP2), iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) bagi pihaknya melaksanakan hentitugas (separa) sementara loji untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama pada 17 Disember 2013 bersamaan hari Selasa.

Kerja-kerja yang dimaksudkan ialah kerja-kerja menaiktaraf papan suis bagi 33kV dan 6.6kV Alatubah ('Transformer') No.1 di Muka Sauk ('Intake'), pembaikan paip keluli ('mild steel') bersaiz 1400mm untuk paip 'Flow Splitter Stream C' dan penggantian ‘Sluice Valve’ bersaiz 950mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) iaitu pengepaman air bersih ke Kolam Imbangan Matang Pagar. Pihak kami dimaklumkan pengepaman ke Kolam Imbangan Bukit Mayong berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan. 

Tujuan utama kerja-kerja bagi menaiktaraf papan suis bagi 33kV dan 6.6kV Alatubah ('Transformer')  No.1 di Muka Sauk ('Intake') adalah untuk meningkatkan keupayaan tunggu sedia ('standby') dan memastikan Pam Air Mentah di Muka Sauk ('Intake')  dapat beroperasi dengan lebih baik dan lancar. Manakala untuk kerja-kerja penggantian ‘Sluice Valve’ bersaiz 950mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan paip keluli bergaris pusat 1400mm untuk paip 'Flow Splitter Stream C' amat diperlukan kerana kedua-dua aset ini telah menunjukkan tanda-tanda kemerosotan dari segi pengoperasiannya

Untuk makluman, pengepaman LRA SSP2 ke Kolam Imbangan Matang Pagar ini membekalkan air ke 4 buah Wilayah iaitu Wilayah Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, dan Klang/Shah Alam yang mana hentitugas (separa) ini akan menyebabkan gangguan bekalan air kepada lebih 217,694 akaun pengguna dan dianggarkan sebanyak satu (1) juta penduduk di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuklah kawasan-kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, INTAN, Kompleks Kerajaan Jalan Duta, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Suria KLCC dan kawasan lain-lain.

Pihak SYABAS juga ingin memaklumkan bahawa permintaan bekalan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terus meningkat manakala rezab kapasiti bekalan air daripada 34 buah loji-loji sediada telah menyusut hingga ke tahap kurang daripada 1% ini akan menyebabkan tiada lagi bekalan air alternatif ketika waktu kecemasan. Pihak SYABAS juga akan mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning semasa menghadapi hentitugas ini.   

SYABAS ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan kerja-kerja hentitugas tersebut adalah selama 13 jam iaitu bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam pada 17 Disember 2013. Dengan itu, gangguan bekalan air akan bermula jam 8.00 pagi pada 17 Disember 2013 apabila kerja dimulakan. Manakala tempoh pemulihan bekalan air pula dijangka bermula pada jam 9.00 malam, 17 Disember 2013 (Selasa) apabila kerja dijangka siap nanti dan berterusan sehingga 8.00 pagi, 22 Disember 2013 (Ahad). 

Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Pihak SYABAS akan membuat segala persediaan bagi mengurangkan kesan atau gangguan bekalan air kepada pengguna dengan memenuhkan semua kolam simpanan sebelum kerja hentitugas tersebut. Dengan itu, adalah dijangkakan ada sebahagian pengguna di senarai tersebut khasnya kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kolam air dan kawasan rendah mungkin akan terus mendapat bekalan air tanpa kesan gangguan bekalan air. 

Adalah dijangkakan juga kebanyakan kawasan akan mendapat pemulihan bekalan air dalam tempoh 24 jam selepas kerja hentitugas siap nanti.  Dengan itu, secara amnya, adalah dijangkakan tempoh masa yang diambil untuk keadaan bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat-peringkat bergantung kepada keadaan georafikal kawasan yang terlibat di mana kawasan yang jauh daripada sumber bekalan serta kawasan yang tinggi akan mendapat bekalan yang agak lama. 

Selain itu, situasi bekalan air semasa di mana rezab bekalan air yang tipis pada masa ini akan melambatkan tempoh pemulihan bekalan air. Pihak SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air terutamanya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya. Sebagai persediaan, semua pengguna adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut.Pihak SYABAS juga akan memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung status pemulihan bekalan air di kawasan yang terlibat.

Walaubagaimanapun, memandangkan gangguan bekalan air ini merupakan gangguan bekalan air berjadual dan notis awal telah dikeluarkan, dengan itu lori tangki tidak akan dibekalkan oleh SYABAS untuk tempoh gangguan bekalan air tersebut kecuali kepada pengguna kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat.  Sebagai langkah persediaan awal, pihak SYABAS telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta menyediakan 750 buah tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam tetapi tertakluk kepada kapasiti kemudahan sediada pada SYABAS.

Para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh hentitugas LRA SSP2 tersebut. Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Kuala Lumpur

Kawasan Bukit Kiara:
Kelab DiRaja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; INTAN; Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi  Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.

Sebahagian kawasan Bukit Damansara:
Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.

Kawasan Segambut:
Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; Keseluruhan kawasan Mount Kiara; Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta;

Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh:
Jalan   Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching & Taman Niaga Waris;

Kawasan Sentul:
Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan; Bandar Baru Sentul.

Kawasan Jalan Duta:
Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR;    Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum; Stadium Hoki.

Sebahagian kawasan Jalan Mahameru:
Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor Jalan Negeri Sembilan.

Kawasan Sri Hartamas:
Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara;Taman Duta Tropika; Hartamas Heights

Kawasan Bukit Sentul:
Jalan Kolam Air;Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.
Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf):
Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato’ Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa);

Sekitar kawasan KLCC:
Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.

Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2):
Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol;        Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Rusia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.

Sebahagian kawasan Kampung Baru:
Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1;Lorong Datuk Abdullah.

Semua kawasan-kawasan berikut:
Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin;Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.
Jumlah akaun : 63,408 akaun

Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara; Sunway SPK Harmoni 3.
Jumlah akaun : 22,274 akaun

Wilayah Petaling
Bandar Baru Sri Petaling;  Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18;    Seksyen 52; Taman Bukit Angkasa;Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi;  Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas; Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol;Taman Puchong Mesra Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya
Jumlah akaun: 98,084 akaun

Wilayah Klang/Shah Alam
Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera;Putra Height; Kampung Bukit Lanchong;  Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis;Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung  Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.
Jumlah akaun : 33,928 akaun

Jumlah Akaun Keseluruhan Akaun Yang Terlibat - 217,694


-tamat-

PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar
Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

[Jenayah] Bahaya Letak Beg Dalam Kereta?

Assalamualaikum, jenayah kini menjadi-jadi, saya kongsikan kejadian yang berlaku berdekatan kawasan saya Batu Caves yang mana keretanya menjadi mangsa samun di lampu isyarat. Saya kongsikan kejadian yang dipostkan di Facebook pengalaman keretanya dipecahkan ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Gaint Batu Caves, Selangor. Puncanya letak beg di kerusi hadapan kereta.

Dilla Mohd Sumber daripada Facebook perkongsikan pengalaman beliau:

Dalam perjalanan pulang ke rumah setiap hari, seperti biasa Auni akan menyanyi-nyanyi pelbagai 'nursery rhymes'. Saya sekali sekali menyampuk untuk membetulkan sebutannya. Nak dijadikan cerita, petang semalam kami terpaksa berhenti untuk isi minyak di stesen Petronas Batu Caves. Tak sempat nak keluar waktu tengahari untuk tujuan itu. Semasa berhenti di traffic light di hadapan Giant Batu Caves, tiba-tiba cermin sebelah depan kiri dihentak dengan kuat dan bertalu.

Saya tergamam dan termenjerit (tindakan reflex gitu). Auni mula menangis. Penjahat yang menghentak tu menyeluk ke dalam kereta melalui cermin untuk menarik beg sekolah Auni yang saya letakkan di atas seat depan ( Itu memang kesilapan besar saya). Mengingatkan dalam beg itu ada botol susu Auni, saya tarik semula beg tu. Bila tak berjaya mengambil beg tu selepas beberapa kali cubaan, penjahat tu memecut motorsikalnya dan berlalu. Mujur Auni duduk di dalam car seat di seat belakang. Jadi walaupun dia terperanjat dia masih 'seat still in her seat'.


Handbag dan bag laptop memang saya letakkan di dalam boot atau di bahagian bawah seat belakang (terlindung). Cuma beg sekolah Auni selalunya saya letakkan atas seat depan atau seat belakang. Kecuaian dan (kebodohan) saya di situ. Kalau dah namanya peragut, dia tak kira beg sekolah atau beg apa pun, yang penting ragut 1st, check later.





Alhamdulillah setakat ni, kami tengok Auni secara fizikalnya tiada kecederaan cuma saya ada sedikit luka-luka kecil. Saya tahu mungkin ada yang beranggapan, "If it happens to me, I'm going to run over the 'peragut'". Tapi kalau anda dalam keadaan saya dimana kereta saya berada di antara kereta-kereta lain, there's nothing much you can do. Even to swerve your car to hit the 'peragut' takes some effort and time.

Natijahnya: It can happen to anyone and usually when you are off guard. Semoga musibah yang menimpa kami ini menjadi pengajaran untuk rakan-rakan lain.

Pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah diadukan berkaitan kejadian ini yang dikatakan sering berlaku di lokasi berhampiran.



Semoga kisah ini menjadi peringatan kepada kita walaupun di mana sahaja berada jika memandu kereta.

Pengajaran:
  1. Tidak meletakkan beg atau pun sesuatu yang boleh menarik perhatian penjenayah untuk mengambilnya daripada kereta kita.
  2. Lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling kita.
Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Keputusan Pilihanraya Kampus (PRK) 2013 di 20 IPT Malaysia

Assalamualaikum, Pilihanraya Kampus (PRK) dikesemua 20 IPT di Malaysia sudah pun selesai dijalankan. Pemilihan yang berjalan untuk memilih wakil mahasiswa di IPT masing-masing pada 28 November 2013 yang lalu telah berjalan dengan lancar dan keputusan penuh sudah pun diperolehi dan diumumkan. 

Pemilihan yang boleh dikatakan hangat di beberapa IPT turut menjadi tumpuan warga mahasiswa di seluruh negara bagi pemilihan sesi 2013/2014.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan tersebut.


KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) 20 IPTA DI MALAYSIA SESI 2013/2014



CATATAN

1) Tiada Pilihanraya Kampus di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan MPP akan dilantik oleh Naib Canselor UPNM.

2) Pro-Mahasiswa menggunakan nama Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) di UKM, Mahasiswa Pendidik (MP) di UPSI, Transformasi Mahasiswa di UUM dan We Unite For Islam (WUFI) di UIAM.

3) Aspirasi menggunakan nama Penggerak Mahasiswa di UM, We Love UPSI (WLU) di UPSI dan Mahasiswa Putra di UPM.

4) Tiada badan Pro-Mahasiswa dan Aspirasi di USIM, UniMAP, UniMAS, UTeM, dan UiTM sebaliknya bertanding atas tiket Pro-Universiti atau individu.

5) Tiada badan Pro-Mahasiswa di UMP.

6) DEMOSIS adalah badan mahasiswa yang baru ditubuhkan di UMK Jeli, manakala HIJRAH adalah badan mahasiswa yang ditubuhkan di UUM dan IKRAM SISWA bertanding di UIAM.

Sumber dipetik daripada Fanpage FB Berita Universiti.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Bahaya Dedah Maklumat Kad Debit Anda Di Telefon


Assalamualaikum, adakah pihak bank akan membuat pengesahan kad debit anda melalui telefon? Adakah pihak seperti Maybank dan CIMB Bank akan meminta segala maklumat kad anda? Adalah tidak releven jika semua nombor yang ada pada kad kita pihak bank perlukan untuk pengesahan. 

Pada kefahaman saya, kebiasaan maklumat ini akan diminta oleh pihak yang ingin menolak wang dalam bank kita secara debit. Sebagai contoh pembayaran insuran, pembayaran bil dan pembayaran secara bulanan. Jika ketiga-tiga maklumat ini ada, maka, bila-bila masa sahaja wang simpanan anda akan ditolak.

Peringatan juga daripada Cybersecuriti Malaysia di laman Facebooknya:-



Kelmarin, seorang rakan saya telah menerima panggilan daripada satu private number yang mahu mengesahkan kad banknya, saya lihat dengan mudah sahaja beliau berikan segala maklumat kad beliau. Kemudian, bila saya beri tahu bahawa pihak bank tidak akan membuat penggilan untuk dapatkan maklumat kad debit kita kerana tiada tujuan pihak bank mahu berbuat demikian kerana mereka boleh meminta kita untuk pergi ke cawangan bank untuk membuat pengesahan jika perlu.


Akhirnya beliau telah membuat panggilan kepada pihak Maybank dan disahkan pihak Maybank tidak akan meminta maklumat tersebut daripada pelanggan mereka dan menasihati untuk dibatalkan kad debit tersebut untuk keselamatan kita. Jika tidak, duit anda tidak dijamin keselamatannya. 

Tidak lain, ini semua adalah SCAM seperti mana SCAM pada email yang mahu mengesahkan atau mengemaskini maklumat bank kita secara dalam talian. Sedangkan kita tidak pernah ada pun akaun untuk bank berkenaan.

Kalau kita dah berikan 3 jenis nombor yang ada pada kad tersebut, maka, saya nasihatkan batalkan sahaja kad tersebut, kerana bila-bila masa sahaja, duit anda mereka boleh tolak daripada kad tersebut.

Beringat sebelum kena, kalau dah kena, tak guna dah nak menyesal.

Saya nasihatkan kepada semua rakan-rakan yang mempunyai kad debit atau kad kredit ke... Jika anda dapat panggilan daripada private number atau apa-apa nombor untuk membuat pengesahan kad debit anda, silalah tidak mendedahkan numbor yang terdapat pada kad tersebut... 

Seperti contoh kes kad Maybank,

1. Elak berikan nombor kad tersebut, biasanya 4 nombor hadapan adalah sama untuk kebanyakkan kad sebagai contoh:

4283 XXXX XXXX dan anda diminta untuk berikan nombor selebihnya...

2. Tarikh expired kad, contoh: 05/14

3. Nombor belakang kad yang ada tiga angka sebagai contoh: 123.

Jika anda sudah terberikan maklumat ini, duit simpanan anda dalam bahaya.

P/S: Peringatan untuk rakan-rakan facebook.

Kongsikan kepada rakan-rakan jika anda rasakan perkara ini sangat penting.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Zoo Negara PERCUMA (bawah 12 tahun) 11-15 November 2013

Assalamualaikum, musim cuti sekolah sudah pun hampir tiba, tapi sebelum cuti sekolah, Zoo Negara Malaysia akan memberikan Tiket PERCUMA kepada semua kanak-kanak yang mahu masuk dengan syarat berumur 12 tahun dan ke bawah. Jadi tempoh tawaran ini adalah bermula daripada 11 November 2013 sehinggalah 15 November 2013. 

Tawaran PERCUMA ini adalah sempena menyambut ulang tahun ke-50 Zoo Negara. Dan jika mahu berkunjung dengan anak-anak anda perlulah masuk dalam tarikh yang ditetapkan tersebut ya. Mengapa mereka hanya berikan pada hari berkerja sahaja, saya tak tahu, yang saya tahu pihak Zoo Negara akan berikan Tiket PERCUMA. Jadi, saya war-warkan dan kongsikan kepada anda semua.



Tak tahu nak pergi ke Zoo Negara? Lihat sini petanya.

INFO PENGUNJUNG



Untuk Ke sana:

Alamat :
Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

Menaiki Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) :
- Berhenti di Stesen Wangsa Maju, Kelana Jaya Line
- Ambil teksi ke Zoo Negara

Menaiki Bas :
- Metrobus No 16 daripada Central Market, KL
- Rapid KL No U34 daripada Stesen Putra LRT, Wangsamaju, KL
- Rapid KL No U23 daripada Stesen Titiwangsa, KL

Selamat berkunjung ke Zoo Negara!

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Jolly Shandy, Malta, Jenama Nutri Malt, Anglia Shandy Haram Diminum

Assalamualaikum, masalah jenama minuman syarikat membuat arak yang telah mengeluarkan produk berjenama Jolly Shandy, Malta, Jenama Nutri Malt dan Anglia Shandy membuatkan masyarakat Malaysia jadi keliru dengan produk mereka. Hal ini amat dibimbangi apabila dengan mudahnya diletakkan, dicampurkan dan dijual bersama minuman yang biasa kita minum. Bagi yang peka dengan jenama dan halal haram mungkin boleh membezakan jenis minuman ini. Namun, bagaimana pula dengan yang masih kanak-kanak dan yang tidak mengetahuinya?

Satu posting dikongsikan yang menjadi kebimbangan masyarakat Islam di media sosial di sini Jolly Shandy Minuman Alkohol.

Jadi di sini saya kongsikan antara yang menjadi masalah kepada kita apabila minuman ini dijual dengan berleluasa di pasaran Malaysia termasuk di kedai-kedai runcit dan kedai serbaneka 24jam. Saya merujuk juga kepada pengalaman orang ramai yang memberikan komen dan juga kebimbangan di laman sosial yang mana menunjukkan kepincangan dan kemasalahatan penjualannya yang mengusarkan umat Islam di Malaysia.



Umat Islam di Malaysia yang peka dengan jenama air mimuman tersebut, bukan sahaja kepada pembeli, kepada pekerja Islam juga yang menjadi masalah.


Oleh yang demikian, anda juga boleh merujuk fatwa yang berkaitan dengan Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/alkohol-dalam-makanan-minuman-pewangi-dan-ubat-ubatan dan di bawah ini adalah kandungan fatwa tersebut:-

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
     
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
     
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyaialkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
     
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum
     
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuktujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
     
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dandiharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
     
Sumber rujukan minuman Jolly Shandy juga boleh dirujuk di sini: 


Jadi, jikalau anda rasakan perkara ini perlu disebarkan, silalah kongsikan kepada masyarakat akan perkara ini sebagai satu usaha kita mendidik masyarakat agar tidak terlalu menerima cara mereka menjual produk haram ini.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang