HALAMAN UTAMA

Rungkaian Hadith Ramadhan...

Assalamualaikum, sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1430 Hijrah, sedikit perkongsian ilmu untuk saudara pembaca sekalian. Seringkali disampaikan kepada kita pelbagai jenis tazkirah, nasihat dan hadith. Di sini ingin dikongsikan sesuatu yang pada saya amat penting untuk diketahui saudara muslimin dan muslimat sekalian. Memetik artikel daripada sebuah forum yang sedikit sebanyak merungkai persoalan dan kemusykilan umat Muslimin sekalian.

Bukan tidak pernah terfikir untuk mencari sumber asal, namun apakan daya, kelemasan dengan urusan dunia menyebabkan kadang-kala diri kita tidak mampu untuk menguraikan simpulan yang dibuat oleh mereka yang sama ada sedar atau tidak telah mendustakan kata-kata Rasulullah s.a.w. Malah kita beri pula kepada orang lain untuk menggunakan simpulan itu yang jelas mereka tidak tahu untuk menguraikannya. Na'uzubillahiminzalik. Oleh itu, silalah fahami huraian simpulan berikut dengan artikel yang dipetik daripada sebuah forum :-




Syeikh Masri/abu usamah dah jawab pjg lebar..juga ade contoh kepelbagaian matan yg mana org ramai x berapa peduli nak amik tau kesahihannya

ana tlg paste kat cni:

Assalammualaikum

Sila hentikan penyebaran hadis palsu yang telah warga Friendster sebarkan!!!!

Hadis yang disebarkan berbunyi bergini:

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

*****Hadis ini telah dipalsukan buktinya diterangkan dibawah*****
RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين

Maksud hadis:

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]

Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana.....

Dalil Pertama
Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka.
[ Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam).]

Dalil Kedua
Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadis tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta.
[ Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu ‘anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.]
Semoga kita dapat keberkatan dalam menyebarkan msg ini...... Wassalam...

(petikan daripada :-http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=1077/highlight=puasa.html)

-Minda Insan :- Pointnya jangan kita mendustakan sesuatu itu kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. walaupun ianya difikirkan logik. Namun, pastikanlah sumber asalnya sebelum diberikan atau disampaikan kepada orang lain. Berilah simpulan yang telah diuraikan sama ada kita sendiri yang menguraikannya atau pun yang mahir dan arif (ulama') dengan mengikut kaedah yang betul agar dapat dimanfaatkan bersama. Salam Ramadhan untuk semua. Info ditambah, Minda Bercambah...

Nuffnang