HALAMAN UTAMA

Lirik, Terasa or what :-?

Tiga hari lepas, agak sedih juga selepas membaca laporan sebuah akhbar (20 Disember 2008) yang mana RTM telah mengharamkan penyiaran lagu yang ditulis liriknya oleh Dr. Mohd Asri Zainal Abidin sendiri. Akhbar tersebut melaporkan bahawa RTM mengharamkan lagu tersebut disiarkan kerana liriknya yang kasar dan tidak sesuai. Amatlah pelik apabila hanya liriknya dijadikan alasan. Pada fikiran saya, ia tidaklah seperti yang didakwa. Mengapa? adakah anda telah melihat liriknya yang dikatakan tidak sesuai itu? Lagu yang bertajuk 'Aku Bukan Musuh Harta' yang ditulis liriknya oleh bekas mufti Perlis yang kini berada di United Kingdom adalah salah satu daripada 8 lagu yang terdapat di dalam album 'Yang Benar Tetap Benar' nyanyian kumpulan Kopratasa. Antara liriknya yang dikatakan tidak sesuai ialah "Ya, telah kaya para pendusta, syarat mereka, lupa Yang Esa, harta rakyat, semua disebat, harta awam, semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan,".

Apalah yang ada pada lirik tersebut, melainkan makna yang begitu mendalam bagi semua pemimpin amnya dan pemimpin-pemimpin di negara Malaysia khususnya. Tidak lain, ia hanya memberikan peringatan kepada semua agar apa yang terkandung dalam lirik tersebut dapat dijadikan panduan mereka yang memegang title sebagai seorang pemimpin yang mentadbir sesuatu organisasi atau negara. Tetapi jika tidak, samalah mereka yang mendtadbir itu seperti apa yang dimaksudkan di dalam lirik tersebut. Para pembaca yang budiman, sepatutnya RTM yang mana adalah medium kerajaan patut malu dan memikirkan semula tindakan mereka. Mengapa? Kerana jika hendak dibandingkan, banyak lagi lirik-lirik lagu yang sepatutnya diharamkan terlebih dahulu kerana liriknya yang bersifat hiburan semata-mata dan mengandungi pula unsur-unsur negatif yang ditulis oleh orang yang tidak kita tidak tahu latar belakang mereka.



Namun, lirik yang sepatutnya kita cari ini, yang ditulis oleh ulama yang arif tentang agama diketepikan kerana mengandungi unsur-unsur yang mengingati tuhan dan cara menegur pemimpin melalui lagu. Tidak salah, kerana bukan lirik lagu tersebut menyatakan mana-mana individu yang terlibat. Pada saya mungkin pihak RTM mahu menjaga hati sesetengah para pemimpin sekarang dan meredhakan perkara-perkara yang mungkar yang berlaku di dalam kepimpinan negara. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku di dalam sebuah media kerajaan yang dikatakan membawa nama ISLAM.
Mengapakah teguran-teguran yang disampaikan melalui lagu-lagu diHARAMKAN? Apakah mereka mencari kebenaran atau kebebasan? Jika mencari kebebasan, saya tidak hairanlah ini berlaku kerana sudah tentu tidak ada prinsip kebenaran dalam memperjuangkan kebebasan. Namun, jika kebenaran yang dicari, mereka sepatutnya malu dengan tindakan sendiri yang mengaku sebagai seorang ISLAM yang BERIMAN yang mentadbir dan memegang tanggungjawab yang besar dalam mempengaruhi rakyat. Hiburan yang melampau dibiarkan disiarkan dicorong-corong radio dan ditayangkan di kaca televisyen, mereka langsung tidak ada perasaan malu, malah bangga dengan menghebah-hebahkannya di dalam televisyen dan di dada akhbar-akhbar. Adakah mereka sedar, akan kesannya hiburan yang melampau? Membuka aurat, aksi-aksi yang memualkan dan budaya-budaya barat. Adakah ini yang kita mahu bentuk untuk generasi Malaysia yang akan datang? Perlukah hiburan yang sebegini rupa di dalam sebuah negara Islam?

Saya teramat sedih, di kala pemimpin negara kita, Perdana Menteri Malaysia melaung-laungkan untuk membanteras rasuah di dalam kepimpinan negara, tetapi masih ada yang tidak menyokong, yang mana telah mengHARAMKAN salah satu promosi yang dapat membantu kita menjauhi dan membanteras rasuah melalui lagu. Apakah alasan mereka yang kukuh untuk mengHARAMkannya? Adakah lirik lagu tersebut tidak sesuai? Jika kita lihat lirik lagu tersebut, sedikit sebanyak boleh memberikan kesedaran secara tidak langsung dan jika ada rezeki kita akan mendapat hidayah daripada Allah, Insya-Allah.

Tetapi, jika mereka sendiri pihak RTM tidak sedar, amat rugilah kita sebagai rakyat Negara Islam Malaysia dengan jelas mempunyai penentang dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Apakah kita disuruh membuat amal sahaja, tetapi tidak perlu mencegah kemungkaran? Jika ia, ia telah menyimpang daripada ajaran al-quran dan hadith yang mana menjadi pokok ajaran ISLAM. Kita disuruh untuk menyeru kebenaran dan mencegah kemungkaran. Bukan menyeru kebaikkan sahaja tanpa menghalang kemungkaran daripada berlaku. Ajaran apakah ini?

Jadi, di mana yang dikatakan ISLAM dalam negara MALAYSIA? Sudah tentulah banyak, tetapi mengapakah mengikut sebahagian sahaja ajaran Islam? Adakah yang amar makruf sahaja cukup untuk kita memegang label sebagai negara ISLAM? Jika ia, adakah kita berpegang dengan ajaran ISLAM sepenuhnya? Jadi di mana nahi mungkarnya? sedangkan lirik yang mencegah kemungkaran telah diHARAMKAN, di mana lagi yang kita boleh harapkan? Jadi sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Untuk mendengar lagu ini (perlu pause atau stop player Radio nasyidfm di bahagian bawah sekali terlebih dahulu) :-





Aku Bukan Musuh Harta.wma - Kopratasa

Untuk lirik penuh lagu:-



Oleh itu, renung-renungkan, Jika ulama telah ditolak mentah-mentah dan digunapakai sebagai boneka. Apakah yang fungsi mereka dalam negara? Adakah mereka diperlukan sekadar mahu menyokong tindakan mereka sebagai pemimpin sahaja. Dan apabila ditegur ulama-ulama, para pemimpin memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dan tidak mengambil kira taraf ilmu agama mereka miliki yang sepatutnya menjadi panduan kepada para pemimpin dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam SEPENUHNYA. Berani sungguh mereka menolak pandangan ulama. Semoga Allah memberkati dan menyelamatkan kita sebagai umat Islam di negara ini dari segala musibah dan bala. Amin ya Rabbal alamin. Insya-Allah.

Berikut petikan berita berkaitan :-

Sumber:- mStar Online.
RTM gam lagu puisi Dr Asri 'Aku Bukan Musuh Harta'?
Oleh ZIEMAN

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu dari nukilan puisi Dr Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis tidak mendapat kelulusan dari pihak RTM untuk siaran.
Hal ini telah dimaklumkan oleh pihak pegawai perhubungan RTM kepada penerbit album Xifu Nasir semalam.
Lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa difahamkan tidak mendapat kelulusan kerana liriknya.
Xifu berkata, beliau sendiri tidak diberitahu secara khusus dan terperinci kenapa lagu itu tidak lulus.
“Mereka cuma memberitahu kerana masalah lirik sahaja,”jelas Xifu Nasir.
Menurut beliau, hanya stesen RTM saja yang tidak meluluskan lagu ini sedangkan di stesen lain sudahpun mendapat kelulusan sepenuhnya.
Lagu ini merupakan salah satu dari 8 buah lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album ‘Yang Benar Tetap Benar.’
Selain lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu title track ‘Yang Benar Tetap Benar’ juga masih belum lulus sepenuhnya kerana akan disemak semula disebabkan ahli panel tidak berapa arif tentang perkataan ‘makar’ yang digunakan dalam puisi tersebut.(’Makar’ adalah kalimah Arab dari Al Quran).
Ketika dihubungi hari ini, Dr Asri melahirkan rasa kemusykilannya kenapa liriknya digam.
“Saya hairan mengapa lirik saya ‘Aku Bukan Musuh Harta’ digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam,” jelas beliau dari kediamannya di Lampeter, United Kingdom.
“Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.
“Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu,” kata Dr Asri yang kini berada di UK untuk tempoh setahun bagi cuti sabatikalnya.
Katanya lagi,”Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan.”
Dr Asri, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang kesukaran pihak panel RTM memahami perkataan ‘makar’ di dalam puisi beliau yang bertajuk ‘Yang Benar Tetap Benar’ itu.
“Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian,” kata tokoh agama yang terkenal kerana kelantangannya melontarkan idea tentang apa saja berhubung isu agama, politik, sosial mahupun hiburan.
Lagu-lagu puisi lain yang dimuatkan dalam album yang sudahpun berada di pasaran sejak bulan lepas itu ialah Aku Rela, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Islam Di Cina dan Dunia Yang Beredar.
Kesemua lagu telah disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa, Dakmie dan band nasyid pertama di Malaysia iaitu Algebra.
Selain 8 buah lagu ini, album ini juga turut memuatkan puisi yang disampaikan oleh Dr Asri bertajuk, ‘Itulah Politik Namanya’ dan ‘Salah Menduga.’
Gabungan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Xifu Nasir, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain menjadikan album ini cukup istimewa dan unik.

Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.




Sekian, "INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH"

Rujukan :-
http://drmaza.com/home/?p=520
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/17/mstar_hiburan/20081216201229&sec=mstar_hiburan
http://ais-kosong.net/audio/aku-bukan-musuh-harta-kopratasa

Warna penutup dan kandungan air?

Biasa sekali kita melihat botol-botol air minuman di dalam banyak aktiviti luar seperti acara sukan, lawatan-lawatan, gotong-royong atau aktiviti-aktiviti yang memerlukan air sebagai penghilang dahaga. Walau bagaimanapun, berapa perihatinkah kita dengan isi kandungan di dalam air tersebut? Mungkin kita biasa mendengar persoalan-persoalan yang biasa dilemparkan mengenai air tersebut kepada yang berkaitan hatta kadang-kala kita sendiri, dan jawapan yang biasa diberikan "Syukurlah air ini pun orang dah bagi", atau "Asalkan dahaga aku hilang, sudahlah". Jawapan ini amat tepat sekali, dan bukan itu pointnya. Tetapi, sejauh manakah pengetahuan kita mengenai air botol ini. Sebagai pengguna kita wajib tahu apa yang kita gunakan, tidak banyak pun sedikit.

Tahukah saudara para pembaca sekalian, Pernahkan anda melihat penutup botol yang berwarna putih, biru, hijau dan sebagainya? Sudah tentu pernah bukan. Bagaimanakah kita dapat membezakan jenis air minuman yang kita beli? Khususnya untuk minuman sebagai penghilang dahaga. Apakah perbezaan yeng terdapat dalam minuman ini? Para pembaca yang dihormati, jangan tidak tahu pula air yang terdapat di dalam botol tersebut sebenarnya juga mempunyai identitinya yang tersendiri. Bagaimanakah kita dapat membezakan kandungannya melalui tutup botol tersebut?


Selepas pencarian yang saya telah buat melalui beberapa websites, pelbagai infomasi berkaitan perkara ini telah diperolehi. Oleh yang demikian secara ringkas pengguna harus tahu mengenal pasti perbezaan diantara air mineral semulajadi dan air minuman yang dibotolkan.

Air Mineral Semulajadi ialah air bawah tanah yang dikeluarkan untuk kegunaan minuman. Ia mengandungi pelbagai mineral seperti magnesium, kalsium, florida, sodium dan sulfat. Oleh yang demikian, air mineral semulajadi tersebut harus mematuhi standard yang disarankan oleh Bahagian 26, (Perintah 360A (7)), Akta Makanan 1985 (oleh Bahagian Keselamatan dan Kawalan Mutu Makanan).

Air minuman yang dibotol pula merupakan sumbaer bekalan air yang telah dirawat dan dibotolkan untuk kegunaan minuman. Sumber tersebut adalah daripada bekalan air paip, air larian permukaan atau air bawah tanah.

Cara paling mudah untuk membezakan kedua-dua jenis air di dalam botol tersebut ialah:

• Penutup botol air bagi Air Mineral Semulajadi adalah penutup berwarna.
• Penutup bagi air botol bagi Air Minuman di dalam botol ialah penutup berwarna putih sahaja.

Selain warna penutup botol, pengguna juga harus membaca dan memahami label pada botol tersebut dengan teliti.

Perbezaan Air Mineral Semulajadi (AMS) dengan Air Minuman Berbungkus (AMB)

Air Mineral Semulajadi (AMS)

☺ AMS hendaklah air tanah yang diperolehi untuk makanan manusia daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan dan lain-lain jalan keluar, dengan atau tanpa tambahan karbon dioksida

☺ Punca Air Mineral Semulajadi

Air tanah sahaja
Standard air mineral semulajadi mestilah mematuhi jadual Ke Dua Puluh Enam (Peraturan 360A (7) )dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Air mineral semulajadi mengandungi mineral seperti magnesium, kalsium, fluorida, natrium, sulfat dan sebagainya.
 
Air Minuman Berbungkus (AMB)

☺ AMB hendaklah air minuman diperlakukan selain dari pada air mineral semulajadi yang terkedap dalam botol atau
bungkusan-bungkusan lain dan dicadangkan untuk makanan manusia. Air minuman jenis ini hampir tidak mempunyai sebarang bahan mineral di dalamnya.
☺Punca Air Minuman Berbungkus
Air dari sistem bekalan air awam Air permukaan (sungai, kolam, tasik)Air tanah (telaga tiub, mata air)
Berikut adalah jenis-jenis rawatan ke atas air yang Hendak dijadikan air minuman :-
• Menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik atau klorin – penurasan
• Membuang / mengurangkan mineral – penyulingan,osmosis songsang, elektrodialisis, penukaran ion.
• Disinfeksi – menggunakan ozon atau sinaran ultraviolet.
• Menurunkan keliatan air- pelembut air, penukaran ion, osmosis songsang, penyulingan
Penurasan
Air akan melalui beberapa lapisan bahan yang akan menyebabkan bendasing tertapis dan meninggalkan air yang telah ditapis yang hampir 99.5% bebas kontaminasi.
Walaubagaimana pun masih ada kontaminasi yang mungkin wujud seperti agen yang mudah
untuk meluwap (volatile agents). Lapisan turasan yang tidak digunakan atau tidak diganti boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan alga.
Penuras karbon teraktif sering digunakan untuk menghilangkan rasa dan bau disamping menyerap lebihan klorin.
Osmosis balikan
Osmosis adalah pergerakan air dari kawasan berkepekatan rendah ( banyak air) ke kawasan berkepekatan tinggi (kurang air) melalui membran separa telap. Osmosis balikan adalah proses yang sebaliknya
dengan tenaga diperlukan untuk memindahkan air dari kawasan berpekatan tinggi ke kawasan yang rendah kepekatannya. Air yang melalui proses ini hampir tidak mempunyai sebarang kandungan mineral.
Penyulingan
Air suling dihasilkan dengan cara pendidihan air dan wap yang terhasil melalui proses pemeluwapan disejukkan. Proses ini boleh membunuh kuman dan bendasing dalam air. Air yang disuling hampir tidak mempunyai sebarang kandungan mineral atau kontaminasi dan mempunyai rasa “bland taste” kerana kandungan mineral terlarut yang memberi rasa telah tiada. Ia sesuai untuk golongan yang memerlukan air tanpa garam dalam sebarang rawatan perubatan yang diperlukan ( free sodium regime water).
Ozon
Secara semulajadi ozon terjadi apabila molekul oksigen bergabung melalui bantuan sinaran ultraviolet daripada matahari. Penggunaannya dalam rawatan bagi penghasilan air minuman berbungkus telah diluluskan semenjak 1982 oleh FDA. Ozon akan dilalukan ke atas air dan menghasilkan kekuatan lebih 3000 kali untuk membunuh kuman berbanding
klorin. Walaubagaimana pun ia boleh menerbitkan satu produk akhir yang agak bahaya iaitu bromoform sekiranya air mentah yang digunakan mengandungi banyak bromida seperti didalam sesetengah air tanah.
Sinaran ultraviolet
Sinaran UV juga dapat membunuh kuman dengan efektif. Sinaran ini boleh dihasilkan oleh lampu berwap merkuri atau berwap antimoni atau lampu UV yang dibalut oleh lapisan kuartza atau melalukan air melalui tiub teflon.
Keliatan air
Kebanyakan sumber air di Malaysia adalah lembut dan tidak perlu ditambah dengan bahan kimia lain untuk tujuan melembutkannya.
NASIHAT KEPADA PENGGUNA
Pengguna dinasihatkan supaya MENGAMALKAN MEMBACA LABEL ;
i. Untuk membezakan antara Air Mineral Semulajadi dengan Air Minuman Berbungkus
ii. Memastikan nombor kelulusan KKM tercatat pada label (contohnya (KKM-163/24/A/1)untuk AMS dan (KKM-163/52/A/1) untuk AMB) sebelum membeli mana-mana air minuman berbungkus.
SEKIAN, "INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH"




Rujukan web:
http://fsq.moh.gov.my/uploads/AMS0511.pdf
http://www.fomca.org.my/bmalay/tips.php?id=28
http://jknkl.moh.gov.my/uploads/risalahamsamb.pdf




'Karpal' dan 'Tangan' ?

'Karpal' dan 'Tangan'? Hahaha... Tahukah anda? Apa yang saya nak bawakan pada kali ini? Kali ini bukan pasal Karpal Sigh tau. Baiklah, para pembaca yang budiman, saya ingin berkongsi berkaitan dengan Sindrom Karpal / Sindrom Terowong Karpal. Sebenarnya, Sindrom ini berkait rapat dengan tangan kita. Tetapi, tahukah anda bagaimana seseorang itu boleh mendapat sindrom ini. Ingat sindrom ini boleh menyerang ANDA. Mengapa saya kata begitu. Pasti anda tahu mengapa, saya jangkakan para pembaca sudah sedia maklum akan perkara ini. Walaubagaimanapun, di sini saya akan bawakan dengan lebih lanjut perkara yang berkaitan dengan sindrom ini. 

Antara sebab yang saya katakan ANDA BERISIKO TINGGI adalah kerana ia biasanya menyerang mereka yang banyak melakukan kerja menggunakan tangan seperti komputer, menjahit, dan menulis.Oleh yang demikian, kesakitan biasanya bermula dari pergelangan tangan dan rasa kebas menular pada jari telunjuk, tengah dan ibu jari. Bagaimanapun, ada yang berasa kebas hingga ke lengan. Berikut adalah artikel penuh dan fakta yang berkaitan :-
Apa itu terowong karpal?

Ia sebenarnya satu ‘terowong’ yang terletak di pergelangan tangan kita. Lantai terowong ini membabitkan tulang kecil dan ligamen yang merentasi pergelangan tangan. Ligamen otot dari lengan yang menggerakkan jari akan melalui terowong ini dan dalam terowong ini juga ada saraf tengah yang memberi deria sentuh dan membolehkan tangan bergerak. Apabila saraf besar tertekan dalam pergelangan tangan masalah akan berlaku. Ini kerana saraf itu mengawal deria sentuh pada ibu jari, jari telunjuk dan hantu. Malah, ia juga mengawal otot pada pangkal ibu jari.


Terowong ini sebenarnya hanya muat-muat untuk menempatkan saraf median dan beberapa tendon. Sebarang aktiviti atau masalah (seperti artritis) yang menyempitkan terowong ini akan menyebabkan edaran darah ke saraf. Ini sebabnya kita akan berasa kebas dan sakit pada jari.Penyakit ini boleh dihidapi oleh semua orang tanpa peringkat umur, tetapi ia lebih kerap terjadi kepada kaum wanita dengan nisbah 3:1 berbanding lelaki. Walaupun penyakit ini tidak berbahaya, anda perlu merehatkan tangan anda apabila berasa kebas. Pada peringkat awal ia tidak menunjukkan pekara nyata, tetapi lama kelamaan pergelangan tangan boleh membengkak, hilang sensitiviti terhadap sentuhan, kebas dan terasa seperti dicucuk-cucuk.



Faktor risiko

Walaupun punca sebenar sindrom ini tidak diketahui, saintis percaya beberapa faktor risiko boleh menyebabkannya seperti:-

* Jantina dan Umur
* Obesiti
* Genetik
* Merokok

Antara cara yang boleh diambil untuk mengatasi sindrom ini ialah:-

* Elak melakukan pergerakan seperti menggenggam tangan terlalu kuat.
* Memakai kain pembalut pergelangan tangan untuk mengekalkan kedudukan asalnya ketika berehat, terutama pada waktu malam.
* Orang yang mengalami masalah retensi air dalam badan (termasuk pesakit kencing manis) boleh mengambil ubat diuretik jika pergelangan tangan menjadi bengkak.


Antara simptom Sindrom Terowong Karpal ialah:-

* Kebas dan sakit pada ibu jari, jari telunjuk dan tengah.
* Rasa kebas dan sakit boleh menular hingga ke lengan, terutama jika tanda awal tidak dihiraukan.
* Biasanya ia hanya berlaku pada sebelah tangan, terutama tangan yang banyak membuat kerja.
* Ia bukan masalah serius, kecuali jika sukar memegang barang.
BERIKUT adalah Gambaran untuk rawatan Sindrom ini







Cara-cara yang betul menggunakan keyboard dan kedudukan di depan komputer







Senaman ringkas untuk PERGELANGAN TANGAN










"INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH"

Rujukan web :-
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/
http://health-tipz.blogspot.com/2008/11/beware-of-karpal-sindrom-for-computer.html
http://www.minclinic.ru

Info Halal JAKIM :-/

Para pembaca yang dihormati, kali ini saya ingin membicarakan mengenai halal JAKIM, yang mana ia adalah sebagai panduan bagi Muslim di Malaysia untuk mengenal pasti status makanan yang disediakan. Walaubagaimanapun, segelintir masyarakat Muslim mengambil remeh akan perkara ini dan tidak sensitif dengan status halal makanan tersebut. Namun begitu ia seharusnya tidak berlaku jika mereka benar-benar tahu akan kesan kepada diri mereka terutamanya pada hati yang sentiasa memandu dalam setiap tindakan kita.

Jika ini berlaku, maka tidak hairanlah saya katakan bahawa baru-baru ini selepas bulan puasa seorang daripada pengurus bar di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur mengadu bahawa barnya mengalami kerugian pada bulan puasa kerana tiada pelanggan yang kebanyakkannya ialah daripada golongan Melayu yang dikatakan Muslim. Kita boleh lihat bahawa mereka sememangnya mengambil enteng soal hukum-hakam agama. Jika ini berlaku, maka apakah tindakan yang yang perlu diambil untuk mencegahnya? Sememangnya bagi kita mudah untuk menyatakan bahawa tutup sahaja tempat-tempat tersebut atau mengharamkan terus penjualannya di Malaysia. Tetapi bagi pemimpin negara, banyak faktor yang perlu diambil kira untuk melaksanakannya kerana negara kita yang berbilang bangsa dan agama.


Namun, bukan itu yang saya ingin sampaikan kepada para pembaca. Itu hanya sekadar maklumat sahaja. Pada kali ini, saya ingin berkongsi beberapa maklumat dan informasi yang diperolehi daripada JAKIM. Ini adalah sebagai panduan untuk kita memilih kedai-kedai yang telah disahkan halal oleh badan berwajib antaranya JAKIM. Oleh itu diharap dapatlah dijadikan panduan kita semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah dengan sikap sensitiviti kita sebagai umat Islam dalam memilih sumber makanan. Berikut adalah maklumat yang diperolehi hasil dari pencarian saya di portal halal JAKIM :-

Antara PREMIS MAKANAN YANG MEMPUNYAI SIJIL HALAL


  • A&W
  • KENNY ROGERS ROASTERS
  • Starbucks Coffee
  • BURGER KING
  • MCDONALD'S
  • HARTZ CHICKEN
  • KEDAI AYAMAS
  • KFC
  • Kyros Kebab
  • PIZZA HUT
  • RASA AYAMAS
  • SECRET RECIPE CAKES & CAFE
  • Shakey's
  • THE CHICKEN RICE SHOP
  • The Baker's Cottage
  • THE COFFEE BEAN & TEA LEAF



  • PREMIS MAKANAN yang telah TAMAT TEMPOH


  • Nando's Chickenland


  • Premis Makanan Digantung Sijil HALAL


  • Grand Palace Hotel



  • Tidak semua syarikat dan premis makanan disiarkan pada artikel ini. Untuk Maklumat terkini status halal sila ke atau
    DIREKTORI HALAL JAKIM atau PORTAL HALAL JAKIM

    Sekian. INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH.

    Syuhada' Bali.

    Baru-baru ini, tiga orang yang didakwa mengebom Bali telah pun menjalani hukuman yang dijatuhkan kepada mereka. Walaubagaimanapun, mereka sememangnya dianggap sebagai syuhada' yang telah mengebom tempat maksiat yang terdapat Indonesia. Namun begitu, kebanyakkan kita masih tidak lagi mengerti mengapakah pengeboman ini terjadi. Sampai bilakah pemimpin-pemimpin negara Islam akan sedar dan membenarkan negara yang ditadbir mereka bersepah dengan pusat-pusat maksiat. Walhal negara mereka telah dilabelkan sebagai negara Islam dan bagaimana mereka boleh meredhakan aktiviti-aktiviti kemaksiatan berlaku di dalam negara mereka.

    Mereka sebagai pemimpin seharusnya sedar akan tanggungjawab mereka untuk mencegah kemungkaran ini. Jika tidak, kemungkinan rakyat sendiri akan mencegahnya melalui saluran yang mampu mereka lakukan. Oleh itu, tidak boleh hanya dipersalahkan kepada rakyat yang hanya ingin menegakkan kebenaran dengan menghapuskan kemungkaran yang berlaku disekitar mereka. Ini ekoran sikap pemerintah sendiri yang tidak sensitif dengan ajaran agama. Dan tidak hairanlah jika berlaku sesuatu yang mengancam tempat-tempat maksiat tersebut. Kerana itulah sebenarnya tanggungjawab yang besar sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah apabila melihat kemungkaran. Justeru saksikanlah wajah-wajah syuhada' ini yang diambil daripada beberapa laman web.




    Sekian, untuk tatapan para pembaca dan buat renungan kita bersama. Takbir! Allahuakbar!

    'INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH'

    Siapa Naib Canselor UM yang baru? :-/

    Para pembaca sekalian, tahukah kita siapa yang menjadi Naib Canselor Universiti Malaya bermula 8 November 2008, selepas Datuk Rafiah Salim? Mungkin ada di antara para pembaca sudah mengetahui siapakah yang telah dilantik menjadi Naib Canselor yang ke-10 Universiti Malaya. Untuk pengetahuan semua para pembaca beliau ialah Ybhg. Datuk Profesor Dr. Ghauth Jasmon merupakan Naib Canselor Universiti Malaya yang terkini. Berikut serba sedikit biodata beliau. Beliau telah menggantikan Datuk Rafiah Salim berikutan keengganan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menyambung kontrak Rafiah. Sebelum itu, Ghauth Jasmon merupakan presiden Universiti Multimedia.

    Prof. Ghauth Jasmon telah menamatkan pengajian beliau dengan Ijazah Kelas Pertama Kejuruteraan Elektrik pada 1979 dan ijazah kedoktoran dalam Kejuruteraan Sistem Kuasa pada 1982 dari Universiti London.


    Kerjaya akademiknya bermula sebagai pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, University of Malaya pada 1982. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik pada 1986 hingga 1988. Melalui kajian, penerbitan dan perundingan, Prof. Ghauth telah dinaikkan kepada Profesor Madya pada 1989 dan Profesor pada 1992. Pada tahun yang sama, beliau telah dilantik sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan dan memegang jawatan itu hingga Ogos 1995. Ketika beliau memegang jawatan dekan, beliau memperkenalkan Program Pembangunan Alam Sekitar yang melibatkan Ijazah dalam Kejuruteraan, Ukur Bahan dan Tanah dan beberapa ijazah Kejuruteraan yang baru seperti Bahan, Telekomunikasi, Perkilangan dan Persekitaran. Prof. Ghauth telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) pada Ogos 1995.

    Prof. Ghauth kemudiannya dijemput oleh Telekom Malaysia untuk mengasas dan membina Universiti Telekom (universiti swasta pertama di Malaysia) pada Oktober 1996 dan bertugas sebagai Presiden pada Disember 1996. Pada Mac 1997, kerajaan meminta beliau untuk membina Universiti Multimedia (MMU) di Koridor Raya Multimedia (MSC), Cyberjaya. MMU di MSC telah dicadangkan kerajan untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan ICT sepertimana peranan Universiti Stanford di Lembah Silikon. Menjelang Jun 2007, MMU telah mempunyai 22,000 pelajar, 1,600 pekerja, 7 fakulti dan satu Pusat Asasi. MMU juga mempunyai 3800 pelajar antarabangsa dari 81 negara, kakitangan akademik dari 30 buah negara dan bekerjasama dengan banyak syarikat serta agensi luar negara.

    Prof. Ghauth menamatkan perkhidmatannya sebagai Presiden MMU pada penghujung bulan Disember 2007 dan mengambil jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kolej Antarabangsa Unity (UCI). Beliau mengambil jawatan tersebut kerana beliau telah ditawarkan untuk mengarahkan penukaran UCI menjadi universiti swasta, yang dijangka berakhir pada penghujung 2008. Universiti baru itu bakal terletak di tengah-tengah Petaling Jaya dan beliau ingin membentuk universiti bandar ini menjadi institusi berteknologi tinggi bertaraf dunia. (sumber: wikipedia)

    'INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH'

    Tambang KTMB KL - IPOH RM 1?

    Apabila membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini, 2 Disember 2008, aku terkejut apabila dinyatakan bermula semalam 1 Disember 2008 sehingga 31 Disember 2008, perjalanan daripada KL-IPOH dan IPOH-KL hanya RM1. Walaubagaimanapun, ia hanya terhad kepada 400 tiket sahaja sehari. Perjalanan pertama bermula dari pukul 5 pagi dan terakhir pukul 9 malam daripada kedua-dua hala. Tiket hanya ditawarkan 100 keping setiap perjalanan dan hanya boleh didapati di kaunter Stesen Kuala Lumpur Sentral dan Ipoh sahaja. Promosi yang dikatakan percubaan untuk perjalanan tersebut hanya boleh diguna pakai untuk kelas ekonomi sahaja.

    Ini adalah suatu usaha yang boleh diberikan pujian kerana usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna yang berkerja di Kuala Lumpur tetapi tinggal di Ipoh atau pun sebaliknya. Hal ini sebenarnya dapat meningkatkan jumlah pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam terutamanya yang berkerja pada jarak yang jauh.



    Namun begitu, tempoh percubaan ini sepatutnya pihak KTMB dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan dapat memastikan perancangan perjalanan adalah sistematik dan efisyen dengan waktu pengguna perkhidmatan. Tidak sepatutnya perkhidmatan yang disediakan sekadar ala kadar sahaja kerana masih dalam tempoh percubaan. Oleh sebab itu, pihak KTMB perlu memanfaatkan segala komen dan cadangan pengguna perkhidmatan dengan sebaiknya.

    Pada pandangan saya waktu dan tempoh perjalanan adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan selain kemudahan asas ketika menggunakan kemudahan tersebut. Sebarang kelewatan atau pun masalah perlulah dimaklumkan segera kepada pengguna dengan segera. Hal ini kerana kita boleh melihat sendiri perkhidmatan KTMB Komuter yang sangat tidak menepati masa dan sering berlaku keterlewatan yang tidak dimaklumkan kepada penumpang. Hal ini menyukarkan penumpang untuk menyusun jadual waktu mereka yang sememangnya padat dengan urusan masing-masing.

    Perkara ini sepatutnya menjadi perkara utama untuk menjadi pertimbangan pihak KTMB dalam memastikan ianya disusun semula secara sistematik. Mutu perkhidmatan yang sedia ada juga perlu kepada pembaikan yang menyeluruh agar jadual ketibaan dan pelepasan tren menepati masa dan tidak berlaku kelewatan. Oleh itu, saya menyarankan kepada pengguna perkhidmatan ini perlulah menjadi mata kepada pihak KTMB agar segala kekurangan dan masalah untuk perkhidmatan tren KL-IPOH dan IPOH-KL nanti dapat disuarakan dan diberikan cadangan untuk memantapkan lagi sistem perkhidmatan pengangkutan yang sedia ada khususnya perkhidmatan kereta api di Malaysia.

    Info ditambah Minda bercambah.

    Suka makan 'mee segera'? :)

    Adakah anda tahu bagaimana cara yang betul untuk menyediakan mee segera? Perkara ini bukanlah suatu gurauan, tetapi satu info yang perlu kita ketahui bersama demi kesihatan kita. Para pembaca sendiri boleh menilai apakah sebabnya saya katakan begitu. Di sini hanya akan diberitahu cara-cara yang betul untuk menyediakan mee segera tanpa membahayakan kesihatan kita.

    Kebiasaannya, kita akan memasak mee di dalam air dan terus mencampurkannya dengan perencah atau perasa dan biarkan sehingga ia masak dan siap sedia untuk dimakan.


    INI BUKANLAH CARA YANG BETUL UNTUK MENYEDIAKAN MEE SEGERA TANPA MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

    MENGAPA dikatakan ianya tidak betul? Antara sebab-sebabnya ialah :-

    1. Air yang mendidih bersama-sama serbuk perencah yang biasanya mengandungi MSG (perasa tambahan), ini akan menyebabkan perubahan kepada struktur molekulnya dan menjadikannya toksik.

    2. Perkara lain yang tidak disedari kita ialah mee segera sebenarnya disaluti dengan lilin dan ia akan mengambil masa dalam 4 hingga 5 hari untuk badan membuang lilin tersebut selepas kita mengambilnya.

    Oleh sebab itu, CARA-CARA YANG BETUL UNTUK MENGHINDARKAN LILIN TERSEBUT, ialah :-

    1. Didihkan mee tersebut dalam air.
    2. Apabila masak, buangkan air didihan tersebut yang mengandungi lilin.
    3. Didihkan air yang lain dan masukkan semula mee ke dalam air panas tersebut.
    4. Ketika mee masih panas, masukkan serbuk perencah ke dalamnya.
    5. Jika tidak perlukan kuah, masukkan perencah tersebut selepas mee tersebut ditoskan.

    Oleh itu, kita perlulah tahu bagaimana untuk mencegah sesuatu yang boleh membahayakan kesihatan kita. Sebarkanlah kaedah untuk memasak mee segera ini kepada sesiapa sahaja yang sering makan mee segera terutamanya kepada pelajar-pelajar khususnya yang tinggal di asrama atau kolej atau rumah sewa atau di mana sahaja. Cubalah kita amalkan cara-cara tersebut setiap kali untuk mengambil mee segera. Walaupun kita tahu mee segera mempunyai keburukkannya, tetapi perlulah mencari alternatif untuk mengurangkan risiko tersebut.

    Disini bukanlah untuk mencari keburukkan ataupun salah kepada makanan tersebut, tetapi sebagai pengguna perlulah kita bijak untuk mengetahui semua langkah-langkah atau tindakan yang disarankan kepada kita untuk menimbang segala bentuk tindakan di dalam mengambil sesuatu sajian makanan.

    Pada pendapat saya berpada-padalah untuk mengambil apa sahaja makanan segera asalkan kita tahu risiko baik dan buruk makanan tersebut kepada diri sendiri. Wallahualam.
    Sekian, Info ditambah, Minda bercambah.

    'Kebaikan' CocaCola? Fikir-fikirkan

    Artikel dipetik sepenuhnya daripada email yang dihantar kepada saya :-

    Cubalah try dan buktikan secara saintifik.
    Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click. 10 kebaikan air Coke Cola satu_duo menulis - " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

    Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau lebuhraya, adakah mereka guna?
    Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
    ____________ _________ _________ _________ _______

    1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
    ____________ _________ _________ _________ _______

    2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
    ____________ _________ _________ _________ _______


    3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

    ____________ _________ _________ _________ _______


    4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
    ____________ _________ _________ _________ _______

    5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
    ____________ _________ _________ _________ _______

    6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
    ____________ _________ _________ _________ _______

    7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
    ____________ _________ _________ _________ _______

    8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
    ni!

    Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

    Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

    Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
    ____________ _________ _________ _________ _______

    9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.

    Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

    Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

    Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
    ____________ _________ _________ _________ _______

    10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
    ____________ _________ _________ _________ _______
    ____________ _________ _________ _________ _______

    Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

    Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.

    Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah. Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak?

    Nuffnang