HALAMAN UTAMA

Rabu Tanpa Kata 51 (Wordless Wednesday) 28 Mei 2012 Pukul 15:16PM Arah Kiblat




Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah. 


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Semak Kiblat Anda Petang Ini 28 Mei 2012!

Assalamualaikum, seperti yang kita sedia maklum, setiap tahun pada tarikh 28 Mei (pukul 5:16pm atau 17:16 waktu Malaysia) dan 16 Julai (pukul 5:28pm atau 17:28 waktu Malaysia) adalah tarikh dimana matahari akan berada tegak di atas ka'bah (12:16pm pada 28 Mei dan 12:28pm pada Julai waktu Mekah). Jadi hari ini, 28 Mei 2012 marilah kita semua yang mempunyai kelapangan menyemak semula arah kiblat di rumah, tempat kerja atau di mana-mana sahaja tempat yang biasa kita menunaikan solat.  Inilah peluang anda untuk menyemak arah kiblat hari ini dengan kaedah mudah yang diberikan seperti di bawah.

Berikut adalah FAQ yang dipetik daripada Falak-Online.Net untuk panduan saudara-saudari sekalian:- 

FAQ Istiwa' A'dzam - For The Non-Techies


Q: Bila ia berlaku ye?
A: Petang ni (28 Mei), jam 5.16 PM ;-)

Q: Masa tu, apa sebenarnya yang berlaku ek?
A: Masa tu, Matahari berada tepat atas Kaabah, maka, boleh guna kedudukan matahari kat langit masa tu untuk periksa arah kiblat kita

Q: Oooo.. ok. Tapi kenapa kena check ye? Arah kiblat berubah pasal gempa hari tu ke?
A: err… sebenarnya, Kaabah tetap ada di situ, arah Kiblat tetap di situ, cuma yang kena periksa balik ialah tandaan arah kiblat di rumah atau pejabat kita tu…

Q: Kenapa kena check?
A: Ye la, dalam masa setahun ni, macam-macam boleh berlaku, sejadah kita tu pun mungkin senget sikit ke, tandaan pensel yang kita letak dulu tu dah hilang ke, etc etc

Q: Begitu ke… ok. Boleh cerita sikit camne nak check?
A: Senang je, cari bayang-bayang objek tegak, contoh dinding rumah atau bangunan ke, atau pacak tiang tegak atas tanah ke, atau gantung tali dengan pemberat di bawah ke… tak kisah la, asalkan tegak. Lepas tu, pada jam 5.16 PM tu, dengan arah bayang-bayang objek tu. Kemudian buat garisan menghala ke ARAH matahari… jadi itulah arah kiblat kita..

Q: Gitu je caranya?
A: Ha'ah la… senang je..

Q:Tapi masa 5.16 tu saya tengah main bola, tak sempat nak check… huhuhuhu
A: Ehem… bukan susah pun nak check, tak sampai seminit dah boleh siap… lalalalala

Q: Ok. ok.. tapi tadi kawan saya kata, pagi tadi jam 5.16 dia check, tapi tak nampak matahari.. camne ye?
A: Siapa suruh check 5.16 Pagi…. saya kata 5.16 Petang!

Q: opsss..kantoi, ingat saja nak provoke… LOL!
A: &*^$#*&#^(@&

Q: Katakan 5.16 tu saya ter-miss, dengan nonton sinetron… baru terperasan jam 5.20 PM, boleh check lagi ke masa tu?
A: Boleh je, dalam 2-3 minit tak akan nampak perbezaan pun dengan mata.

Q: Ehh.. tahun ni kan tahun lompat… so bukan semalam ke check arah kiblat?
A: Beza 1-2 hari pun tak akan nampak beza dengan mata… melainkan kita guna alat macam teodolit yang kerjanya memang ukur pada ketepatan 0.001 darjah… bla bla bla…

Q: But what about other countries? What time will Istiwa' A'dzam occur?
A: pehhh… tiba-tiba speaking english la brader ni…ok, ok, untuk negara lain, ia tetap berlaku waktu yang sama… sebenarnya ia berlaku 28 Mei 2012, jam 12.15 PM WAKTU MEKAH. So, buat lah conversion dengan waktu tempatan. Jika kebetulan masa tu negara tu siang dan nampak matahari, boleh guna cara sama… kalau malam … tak dapek nak nolongnye!

Q: Boleh nampak dengan mata ke Transit Zuhrahni?
A: errr…. ni silap tajuk daaaa…….. kita bukak topik baru…
 
Anda juga boleh rujuk di FACEBOOK FALAK-ONLINE.NET

Anda juga boleh mendownload panduan menyemak arah Kiblat di sini. Atau lihat panduannya di bawah:-











Apa pun, saya harapkan saudara saudari dapat memanfaatkan panduan ini untuk menyemak arah kiblat di tempat masing-masing kerana fenomena ini akan memberikan pandu arah ke ka'bah untuk kita menunaikan kewajipan kita dalam menunaikan solat dan juga dalam urusan-urusan lain Insya-Allah.

Anda juga boleh mendownload panduan menyemak arah Kiblat di sini.

Sekian, Terima kasih. 

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Kuliah Ustaz Azhar Idrus (27 Mei 2012) LIVE!

Assalamualaikum, hari ini, 27 Mei 2012 Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) dengan tajuk 'ANAK KUNCI SYURGA' yang sedang disiarkan secara langsung bermula pukul 8.00 malam daripada Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, kini boleh disaksikan secara langsung di bawah. Ini adalah kuliah keduanya selepas kuliah pada awal Januari 2012. Insya-Allah, anda akan dapat saksikan secara langsung jika tiada gangguan teknikal. 

Sila Refresh jika terdapat gangguan teknikal. Anda perlu tunggu sehingga iklan tersebut habis dan insya-Alah, siaran akan bermula selepas beberapa saat.

SIARAN LANGSUNG USTAZ AZHAR IDRUS INI DISIARKAN PADA 27 MEI 2012 untuk Tajuk Seperti yang tertera di atas disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI) dengan tajuk Kuliahnya ialah 'ANAK KUNCI SYURGA'. Selamat Menonton.

LIVE KULIAH TELAH TAMAT PADA PUKUL 10:20 Malam pada 27 Mei 2012.

Broadcasting live with Ustream

Insya-Allah, akan berlangsung sehingga habis kuliah.






Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Konsert Artis Hijrah Secara Langsung 24 - 26 Mei 2012

Sempena Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2012, pada 24 sehingga 26 Mei 2012. Hari ini, Jumaat 25 Mei 2012, saksikanlah Konsert Artis Hijrah secara langsung melalui RTV Kelantan sekarang daripada Pantai Irama, Bachok, Kelantan. Antara artisnya ialah Ali XPDC dan Mel Wings. Saya bawakan kepada anda untuk malam ini secara langsung.



Tontonilah secara online sekarang Sah sehingga pukul 11.00 Malam (25 Mei 2012).

Free live streaming by Ustream


Semoga terhibur dengan konsert Live ini. Berikut poster Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2012.



Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 50 (Wordless Wednesday) Selamat Hari Guru 16 Mei 2012


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah. 

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Ayat Seribu Dinar Dalam Al-Quran

Assalamualaikum, hari ini sangat banyak hiburan yang sering melalaikan. Sehingga lagu-lagu yang popular diulang-ulang kali untuk dinyanyikan. Namun, berapa banyak lagu yang kita dengar membawa kepada kita mengingati Allah? Mungkin ada, dan mungkin juga tidak. Saya di sini sekadar ingin berkongsi satu lagu nyanyian kumpulan Hijjaz yang mana liriknya mengandungi sedikit maksud doa juga yang mana mengingatkan kita bahawa sesungguhnya jika kita sentiasa bertakwa kepada Allah, nescaya akan ada rezeki yang akan diberikan daripada Allah kepada hambanya dan insya-Allah setiap masalah itu akan ada jalan keluarnya kerana Allah itu Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Sebelum itu, saya kongsikan ayat seribu dinar yang diambil daripada surah ke 65 yang dinamakan Surah At-Talaq ayat 2-3 :-

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (2) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا(3) 0 
 

Maksudnya: dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3) 



Jika mahu simpankan ayat ini, silalah savekan gambar di bawah:-



Bacaannya adalah seperti berikut yang dibacakan oleh Syeikh Masyari Rasyid Al-Afaasi dan Terjemahan Dibaca Oleh Afiq Al-Jawi.



Berikut saya sertakan juga lagu yang mengambil maksud ayat surah Al-Talaq (2-3) sebagai lirik lagunya yang bertajuk Rintihan dinyanyikan oleh Kumpulan Hijjaz:- 



Berikut adalah lirik untuk lagu ini:-

 

Lyrics | Hijjaz lyrics - Rintihan lyrics
Tajuk Lagu: Rintihan
Nyanyian: Hijjaz

Biar berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku

Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman...
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima...

Namun ku percaya

Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya


Semoga anda dapat menghafaz ayat ini untuk diamalkan sebagai amalan sehari agar sentiasa dimurahkan rezeki yang tidak disangka-sangka dengan disertakan kerja yang bersungguh-sungguh dan juga usaha seharian anda. Insya-Allah dipermudahkan semua urusan.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Updates Twitter Guna Facebook Sahaja

Assalamualaikum, semakin lama, teknologi semakin canggih. Pada ketika itu, semua benda nak cepat. Nak kemaskini status Facebook dan Twitter pun nak cepat-cepat. Kalau boleh, sekali kemaskini, dua-dua laman sosial pun dikemaskini serentak. Tapi bagaimana? Mari saya kongsikan cara untuk mengemaskini status di Twitter hanya menggunakan Facebook sahaja. Kiranya dua dalam satulah (2 in 1) macam tu. Mudahkan? Jom lihat langkah-langkah mudah ini.

  1. Sila login Facebook anda.
  2. Kemudian, klik pada link ini https://www.facebook.com/twitter/. Anda akan dapat lihat seperti yang dipaparkan di bawah ini.


  3. Sahkan akaun twitter anda seperti di bawah ini.



  4. Kemudian, sila pilih mana-mana yang anda ingin kongsikan di Twitter anda. Mahu semua sekali atau pun mengikut kemahuan anda sendiri. Seperti di bawah ini.







  5. Akhirnya setting anda untuk kemaskini status Twitter daripada facebooksudah selesai selepas anda sahkan penggunaan aplikasi ini. 
  6. Contoh status yang dikemasikini seperti di bawah. Muncul serentak di kedua-dua laman sosial.



Selamat mencuba dan mengemaskini status menggunakan Facebook (FB) untuk Twitter anda juga. Aktiviti anda kini menjadi semakin mudah dengan aplikasi ini.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 49 (Wordless Wednesday) Amaran di Pantai Gold Coast Sepang


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Bil Elektrik Melambung? Sahkan Di Sini

Assalamualaikum, Anda pernah tahu berapa banyakkah penggunaan elekrik di rumah anda? Jika tidak, pernahkah anda tahu bahawa anda boleh semak penggunaan bil elektrik anda setiap bulan sehingga enam bulan lepas? Mari saya kongsikan kepada anda laman sensawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang memberikan anda peluang untuk menyemak penggunaan elektrik anda sehingga enam bulan lepas.

Berikut adalah halaman TNB yang boleh dilayari untuk mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian (online) daripada TNB. Ini antara perkhidmatan yang telah saya gunakan setakat ini. Jadi, bagaimana mahu menggunakan perkhidmatan ini? Sila ikut langkah-langkah yang disediakan oleh pihak TNB di Pendaftaran Akaun untuk mendaftar.





Apa pun, semoga anda dapat memanfaatkan dan menilai jumlah penggunaan elektrik anda sepanjang 6 bulan lepas. Mungkin boleh dikurangkan penggunaan elektrik kepada perkara yang perlu sahaja untuk mendapatkan penjimatan dan dapat juga mengurangkan bil setiap bulan disamping dapat menyokong kepada Bumi Hijau atau pun kempen 'Go Green' yang sentiasa berlangsung sepanjang masa.




 
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rebat penjimatan daripada Saveenergy untuk mendapatkan voucer pembelian yang telah ditawarkan untuk menggalakkan penggunaan barangan yang menjimat tenaga khususnya untuk peti ais dan juga penyaman udara.

 
Empat prinsip bagaimana dapat mengurangkan bil elektrik anda:
  1. Penggunaan tenaga elektrik yang efisyen.
  2. Penggunaan peralatan elektrik secara efisyen.
  3. Penyelenggaraan peralatan elektrik yang efisyen.
  4. Teknologi yang efisyen.

cfl light bulb
Pencahayaan
Gantikan bulb anda (60W, penggunaan 4 jam/hari) dengan bulb yang jimat tenaga.
Penjimatan sebulan (RM): RM 1.11
Penjimatan setahun (RM): RM 13.37
03 ekonPenyaman Udara
Pilih penyaman udara yang mempunyai 1HP (kuasa kuda) dengan load rating 850W over one with a rating of 950W untuk 6 jam sehari.
Penjimatan sebulan (RM): RM 4.00
Penjimatan setahun (RM): RM 48.00
08 mesin
Mesin Basuh
Kurangkan muatan setiap kali basuhan kepada 3 kali muatan penuh seminggu.
Penjimatan sebulan (RM): RM 3.08
Penjimatan setahun (RM): RM 37.00
01 peti
Peti Sejuk
Tetapkan suhu pada -18 Celcius berbanding -21 Celcius.
Penjimatan sebulan (RM): RM 1.09
Penjimatan setahun (RM): RM 13.08

Pilih penyejuk beku yang menegak (Choose a chest freezer over  an upright freezer).
Penjimatan sebulan (RM): RM 4.00
Penjimatan setahun (RM): RM 48.00
02 tv
Televisyen
Penggunaan dalam keadaan standby menggunakan sehingga 100kWh setahun bersamaan dengan RM22. Jadi, jangan lupa mematikan suis uatama untuk penjimatan tenaga yang optimum.

Penjimatan sebulan (RM): RM 1.82
Penjimatan setahun (RM): RM 21.80
Source: Energy Commission

Berikut juga antara pengiraan yang boleh dijadikan panduan anda:-



Semoga anda semua mendapat manfaat daripada perkongsian saya di sini. Isu kepenggunaan dan juga alam sekitar sentiasa diutamakan. Anda membuat pilihan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Ustaz Azhar Idrus Secara Langsung dari Kelantan 3 Mei 2012

Assalamualaikum, dengarkan secara langsung Ceramah Ustaz Azhar Idrus malam ini pada 3 Mei 2012. Selesai majlis Ilmu pada pukul 11.19 malam tadi. Alhamdulillah.

3 MEI 2012: Siaran Langsung Kuliah Ilmu bersama Ust Azhar Idrus di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sempena dengan Karnival Walk With Me boleh diikuti sekarang di bawah Ustream.tv oleh Kelantan TV. Lihat secara LIVE di bawah ini. Tunggu sehingga siaran ke udara di bawah ini. Terima kasih.

UNTUK KULIAH SECARA LANGSUNG PADA 27 MEI 2012, SILA KE KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS 27 MEI 2012 DARIPADA MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR.




SIARAN SUDAH OFFLINE PUKUL 11:19 MALAM 3 MEI 2012 SEBENTAR TADI 

Live Video app for Facebook by Ustream


Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus pada bulan Mei 2012:-


Semoga bermanfaat semuanya. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 48 (Wordless Wednesday) Penangan Pesta Buku 2012 PWTC


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang