HALAMAN UTAMA

2011/2012 Tahun Untuk Kelawar?

Assalamualaikum semua pembaca, hari ini saya ingin berkongsikan sesuatu. Pernah tak tengok kelawar? Jika tidak, saya akan terangkan mengenainya secara ringkas nanti. Kepada pencinta alam semulajadi, saya ingin bertanya kepada anda, tahukah anda bahawa tahun 2011/2012 ialah tahun kelawar? Nampak pelik bukan, tetapi itulah yang telah diisytiharkan oleh Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Tentang Spesies Berhijrah (CMS) dan Perjanjian Kesepakatan Mengenai Pemulihan Populasi Kelawar Eropah (EUROBATS) serta Persatuan Zoo dan Akuarium Sedunia (WAZA).

Pihak ini telah menamakan tahun 2011 dan 2012 sebagai tahun kelawar. Sempena tahun kelawar ini pelbagai kempen telah dilaksanakan bagi memberi dan menyuntik kesedaran kepada masyarakat yang mungkin rata-ratanya tidak menyedari mengenai kepentingan spesies mamalia yang begitu unik ini.



Antaranya ialah kempen Sambutan Tahun Kelawar 2011/2012 yang dianjurkan oleh Zoo Negara selaku ahli WAZA dengan kerjasama Persatuan Animasi Malaysia (Animas). Kenyataan ini, saya telah petik daripada laman web IKIM.  Mungkin saudara pembaca kurang faham mengenai perkara ini. Saya akan terangkan serba sedikit mengenai kelawar.

Kelawar (Bat)

Kingdom :
Mamalia

Order :
Chiroptera

Suborder :
Kelawar makan buah (Megachiroptera)
Kelawar makan serangga (Microchiroptera)

Keterangan : Terdapat pelbagai jenis spesies dan famili kelawar.




Kepentingan kelawar dalam ekologi dan ekosistem alam semulajadi, antaranya ialah penyebar biji benih tumbuhan buah-buahan yang semulajadi dan penstabil kepada ekosistem alam sebagai pemakan serangga. Di dalam al-Quran Allah telah berfirman dalam surah Al-Qamar ayat 49 :-

[49] إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
 Yang bermaksud : Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan.
Di dalam ayat ini sudah jelas, Allah menjadikan sesuatu itu yang mempunyai fungsi kepada alam ini. Maka, dengan itu, setiap kejadiannya akan memberi manfaat kepada yang lainnya. Apa yang kita perolehi daripada kajian menunjukkan ianya sebagai penyebar biji benih dan juga penstabil ekosistem alam. Bayangkan jikanya tiada dan telah musnah akibat perbuatan manusia. Besar kemungkinan pelbagai masalah yang akan timbul dan ini semua akan memberi kesan jug akepada kehidupan manusia.

Para pembaca sekalian, Malaysia mempunyai diversiti kelawar yang paling tinggi di dunia. Terdapat 1111 spesies yang dikenali di seluruh dunia. Di Malaysia, 118 spesies boleh dijumpai dan menyimpan 10% daripada spesies kelawar dunia. Malaysia bukan sahaja menjadi pusat diversiti kelawar, malah menjadi negara untuk pemuliharaan kelawar antarabangsa.
Untuk pengetahuan saudara, 40% mamalia di Malaysia adalah terdiri daripada kelawar termasuk separuh daripadanya adalah mamalia di hutan hujan. Ekologi dan pembiakkan kelawar yang diketahui amatlah sedikit dan apa yang kita diketahui juga terdapat banyak spesies kelawar yang kini diancam kepupusan. Lebih daripada satu perempat spesies kelawar di Malaysia telah didaftarkan di dalam rekod senarai merah ("red-listed") oleh International Union for the Conservation of Nature (IUCN). Ini bermakna 34 spesies berada di dalam paras kepupusan yang sangat tinggi di masa akan datang. Bahagian Penyelidikan Pemuliharaan Kelawar Malaysia (MBCRU) sedang berusaha untuk memastikan spesies ini dapat dipelihara sebelum ianya hilang pada masa akan datang.

Kelawar dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kumpulan terbesar ialah pemakan buah dan kumpulan kecil ialah pemakan serangga. Kelawar buah seperti flying fox, biasanya mempunyai mata seakan-akan mata anak anjing, hidung yang mancung, beratnya boleh mencapai 1.5kg, biasanya akan bergantung pada pokok dan gua serta memakan nektar, polen, bunga dan pelbagai jenis buah.

Kelawar serangga pula biasanya lebih kecil dan beratnya hanya beberapa ratus gram sahaja dengan matanya seperti manik dan bahagian hidungnya bercantum dan berbentuk leper. Memakan pelbagai jenis serangga.

Di Malaysia tiada ditemui spesies kelawar yang menghisap darah. Juga tiada di negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Ianya dapat dijumpai di Amerika Selatan kerana terdapat tiga spesies yang menghisap darah manusia. Pemburuan, penerokaan hutan dan kehilangan habitat telah menganggu populasi kelawar khususnya spesies flying fox. Kelawar bersaiz besar ini biasanya akan bergantung pada pokok-pokok yang besar yang kanopinya terdedah.

Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar telah melaporkan bahawa tinjaun satelit menjumpai 1,500 kelongsong peluru dalam tempoh dua minggu. Tekanan aktiviti pemburuan ke atas kelawar flying fox di Sarawak telah menyebabkan kerajaan bertindak menghalang perdagangan komersial daging hidupan liar dan mengehadkan kebenaran penggunaan peluru setiap orang per bulan.

Projek pembangunan telah memusnahkan hutan dan mengganggu habitat asal kelawar. Pada 1999, kajian mendapati 40% kawasan yang mempunyai populasi kelawar didapati telah musnah. Di kawasan Perlindungan Hidupan Liar Krau didapati terdapat banyak kelawar serangga per kilometer persegi daripada kawasan lain di dunia. 53 spesies kelawar telah direkodkan dalam tiga kilometer persegi zon hutan primer.

2 spesies kelawar serangga dijumpai dalam bahagian lain di kawasan perlindungan tersebut. Ditambah pula dengan 11 spesies kelawar buah yang telah dikenal pasti menjadikan kesemuanya 66 spesies. Berkemungkinan juga kawasan tersebut adalah lokasi yang paling produktif bagi kelawar.

Perbezaan cara kelawar terbang telah menjelaskan sebab wujudnya kepelbagaian bentuk dan jenis sayap. Maklumat lanjut bolehlah ke laman web yang berkaitan dengan kelawar. Antaranya :-

Sebahagian fakta ringkas kelawar :-
  • Sepasukan pengkaji dari Malaysia, Indonesia, United Kingdom dan United States telah mengkaji lebih daripada 7,000 ekor kelawar.
  • Purata hayat kelawar 7 - 8 tahun.
  • Paling lama direkodkan 38 tahun.
  • Melahirkan anak seekor setahun.
Oleh yang demikian, serba sedikit maklumat mengenai kelawar ini diharap dapat memberikan para pembaca sedikit kefahaman mengenai kelawar yang mana sempena Tahun Kelawar ini, maskot yang dipilih ialah animasi kartun Keluang Man untuk kempen Tahun Kelawar. Berikut keratan akhbar ketika pelancarannya di Zoo Negara Januari lalu.

Keratan Akhbar Metro 16 Januari 2011
Semoga kita semakin perihatin terhadap ekosistem serta ekologi alam semulajadi kita.

Sumber :

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Kek Tidak HALAL? Betulkah?

Assalamualaikum, baru-baru ini JAKIM telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat DNA babi dalam produk makanan membuat kek yang digunakan oleh syarikat membuat kek. Oleh yang demikian, penarikan semula sijil halal oleh pihak JAKIM telah dilakukan. Berikut, adalah butir-butir yang dikeluarkan JAKIM di PORTAL HALAL MALAYSIA pada 3 Mei 2011 dan 12 Mei 2011.

Oleh yang demikian, pada pandangan saya, apabila pihak berwajib telah melakukan tanggungjawab mereka, maka wajib juga kita untuk mengambil sikap sensitif dan berhati-hati dalam pemakanan kita. Jika kita bersikap sambil lewa dan endah dan tidak endah serta bersikap enteng, maka kita umat Islam di Malaysia akan mudah diperkotak-katikan mereka yang sanggup mengambil keuntungan dengan cara yang tidak elok. 

Difahamkan, sijil yang diperolehi telah ditarik balik dan meminta agar syarikat tersebut menukarkan bahan-bahan yang mengandungi kandungan daripada sumber babi kepada sumber yang halal. Namun, buat masa ini, saya meminta agar umat Islam di Malaysia dapat mengelakkan daripada mengambil makanan yang mempunyai keraguan di dalamnya.  


Berikut adalah kenyataan yang dipetik daripada PORTAL HALAL MALAYSIA :-

Tarikh : 3 Mei 2011


Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.12/2011 yang diadakan pada 22 April 2011 telah memutuskan supaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd (No. Siri Sijil 010949-010966) ditarik balik berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat tersebut. Penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Lucky Food Processing Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut:

  1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
  2. mengemukakan resit pembelian produk baru;
  3. melakukan proses samak; dan
  4. mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
Pengirim:   admin   Tarikh:   03/05/2011   Capaian :   38590

Carian PRODUK dalam Portal HALAL MALAYSIA pada 22 Mei 2011 menunjukkan sebahagian daripada 64 produk syarikat tersebut adalah seperti berikut :-

1.  BEEF FRANK (ALL SIZES & ALL BRANDS)
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING,FLAV-O-RICH & SUPERB
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
2.  CHICKEN FRANK (CHEESE)
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
3.  (MINCED/SHREDDED/STRIPPED/CUBE/DICED) BEEF
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
4.  BEEF AIR DRIED
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
5.  BEEF BALL ITALIAN
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING & GOURMET CHEF
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
6.  BEEF BURGER PATTIES
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
7.  BEEF LYONER GREEN PEPPERCORN
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
8.  BEEF MEAT BALL (CHINESE STYLE)
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
9.  BEEF MORTADELLA
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
10.  BEEF PASTRAMI
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING & GOURMET CHEF
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
11.  BEEF PEPPERONI
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING & GOURMET CHEF
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
12.  BEEF SALAMI
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
13.  BEEF SANDWICH
BRAND: GOURMET CHEF & LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
14.  BEEF STEAK
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
15.  BEEF WIENER SAUSAGE (ALL SIZES)
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
16.  BLACK PEPPER STEAK
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
17.  BREAKFAST BEEF
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
18.  CHICKEN APPLE (HEALTY CHOICE)
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
19.  CHICKEN BOLOGNA
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING & GOURMET CHEF
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
20.  CHICKEN BOLOGNA PISTACHIO
BRAND: LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.
-LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/10/2011  LUCKY FOOD PROCESSING SDN. BHD.


 Tarikh : 12 Mei 2011



Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

  1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
  2. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );
  3. melakukan proses samak; dan
  4. mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
Pengirim:   admin   Tarikh:   12/05/2011   Capaian :   22372
Carian dalam PRODUK Portal HALAL MALAYSIA pada 22 Mei 2011 menunjukkan produk syarikat tersebut adalah seperti berikut :-

8.  TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
30/11/2011  PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
9.  TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
30/11/2011  PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
 
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Puratos pada 18 May 2011



Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, kita sebarkanlah untuk semua umat Islam di Malaysia. Setiap muslim perlulah menyampaikan apa yang kita ketahui. Selaras dengan sifat Nabi s.a.w., kita perlulah mencontohi baginda s.a.w. yang bersifat tabligh. Insya-Allah kita semua selamat.

Berikut pula kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebook Secret Recipe



Pada saya, kebenaran itulah yang kita cari, elakkan keraguan atau pun syakwasangka. Jika tidak, salah faham akan berterusan. Bagi mengelakkan ini berlaku, saya akan cuba sedaya upaya akan mengemaskini informasi yang berkaitan jika saya berkesempatan mencari dan menjumpainya. tetapi, ini adalah maklumat terkini pada 24 Mei 2011. Kenyataan daripada pihak-pihak tertentu akan saya kongsikan jika berkesempatan.

Bagi yang bukan muslim, perlulah difahami apakah takrif HALAL yang umat Islam gunakan. Bukan sahaja babi dan arak itu haram, tetapi apa-apa yang berkaitan dengannya juga adalah haram dalam konteks penggunaannya. Saya juga memetik takrif Halal yang diguna pakai oleh JAKIM di Malaysia seperti yang berikut :- 

Takrifan Halal

Takrifan
Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai:

Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf      
Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.

Hukum Syarak
Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki,
Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau
oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.

Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

a)bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;

b)tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;

c)tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan

d)tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Produk Makanan dan Minuman
Produk makanan dan minuman bermaksud barang-barang yang dibuat atau dihasilkan atau hasil atau penghasilan
atau pengeluaran yang melibatkan makanan dan minuman.

Barangan Gunaan
Barangan Gunaan bermaksud barang-barang bukan makanan dan minuman, seperti kosmetik, pakaian dan peralatan.

Premis Makanan
Premis Makanan bermaksud bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan makanan dan minuman termasuk restoran, medan selera, dapur komersial, kafetaria, kedai kek dan pastri, restoran makanan segera, kantin, restoran, kelab/hotel, kiosk, katerer dan lain-lain.

Rumah Sembelih
Rumah sembelih bermaksud tempat atau premis untuk menyembelih dan/atau memproses binatang .

Logo Halal
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:

Logo Halal Malaysia:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Jadi, diharapkan semua pihak dapat memahami dan memastikan pengiktirafan Halal yang difahami adalah  sama konsepnya dengan syarak Islam. Jika terdapat sebarang kemusykilan, bolehlah bertanya kepada badan dan pihak yang berautoriti. Bukan itu sahaja, kita perlulah sentiasa mengkaji dan meneliti tarikh kenyataan yang dikeluarkan agar kita sentiasa dikemaskini maklumat yang diperolehi adalah betul pada masa dan ketika membacanya. Janganlah kita tidak mengkaji berita yang diperolehi daripada pihak berwajib.

Oleh itu, maklumat yang saya dapat ketika menulis artikel ini, adalah betul pada 22 Mei 2011. Berkemungkinan juga ianya akan valid pada tempoh tertentu jika pihak berkaitan telah bertindak menukar dan beralih kepada sumber yang halal. Insya-Allah.

Antara Sijil HALAL syarikat lain yang telah ditarik balik :-

Bil Produk
Syarikat
1.  ALLURING EYELINER ( BLUE OCEAN )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
2.  ALLURING EYELINER ( BROWN TEAK )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
3.  ALLURING EYELINER ( CLASSIC BLACK )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
4.  ALLURING LIQUID EYELINER ( CLASSIC BLACK )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
5.  ALLURING LIQUID EYELINER ( ENDURING BROWN )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
6.  BLUSH COLOR (EARTHY SUNSET)
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
7.  BLUSH COLOR (GLOWING MIRACLE)
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
8.  BLUSH COLOR (GOLDEN BROWN)
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
9.  BLUSH COLOR (ROSY PINK)
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
10.  BODY CURVE - MANJAKANI LADY SECRET GEL
BRAND: LENO
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
17.   EYE COLOUR ( BRUNETTE BROWN )
BRAND: FOREST'SECRET   
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik                               
15/06/2012 
  OWI LAB (M) SDN BHD        
18.  EYE COLOUR ( GLITTERING PINK )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
19.  EYE COLOUR ( PURE IVORY )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
20.  EYE COLOUR ( SAPPHIRE BLUE )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
42.  JUICY LIP TREATMENT ( FRESH LIME )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
43.  JUICY LIP TREATMENT ( PINK GUAVA )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
44.  JUICY LIP TREATMENT ( SWEET MANGO )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
45.  JUICY SHIMMER LIP GLOSS ( DELIMA PEACH )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
46.  JUICY SHIMMER LIP GLOSS ( HONEY RED )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
47.  JUICY SHIMMER LIP GLOSS ( ROSE PINK )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
48.  LONG LAST NATURAL MOISTURE LIP COLOUR ( CHEERY CHERRY )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
49.  LONG LAST NATURAL MOISTURE LIP COLOUR ( CREAMY BROWN )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
50.  LONG LAST NATURAL MOISTURE LIP COLOUR ( FANTASTIC WORLD )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
51.  LONG LAST NATURAL MOISTURE LIP COLOUR ( NATURALLY PEACH )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
52.  LONG LAST NATURAL MOISTURE LIP COLOUR ( SCARLET RED )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
53.  LONG LAST NATURAL MOISTURE LIP COLOUR ( TIMELESS CRIMSON )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
54.  LONG LAST NATURAL MOISTURE LIP COLOUR ( VELVETY PURPLE )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
55.  LONG LAST SHIMMER MOISTURE LIP COLOUR ( ENERGETIC ORANGE )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
56.  LONG LAST SHIMMER MOISTURE LIP COLOUR ( PEARLISH BROWN )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
57.  LONG LAST SHIMMER MOISTURE LIP COLOUR ( PINKISH HEART )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
58.  LONG LAST SHIMMER MOISTURE LIP COLOUR ( SPIRITED PINK )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
59.  LONG LAST SHIMMER MOISTURE LIP COLOUR ( SUNNY SUN )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
62.  SHIMMER LOOSE POWDER ( BRUNETTE SAND )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik                                    
15/06/2012     OWI LAB (M) SDN BHD    
163.  SHIMMER LOOSE POWDER ( LIGHT SAND )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
164.  SHIMMER LOOSE POWDER ( NATURAL SAND )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
171.  WATERPROOF MASCARA ( CLASSIC BLACK )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
172.  WATERPROOF MASCARA ( ENDURING BROWN )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
173.  WHITE CARAMEL MOCHA
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 
15/02/2013  SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
174.  YOUTHFUL RADIANT FOUNDATION SPF 25 ( BRUNETTE EARTH )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
175.  YOUTHFUL RADIANT FOUNDATION SPF 25 ( LIGHT EARTH )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD
176.  YOUTHFUL RADIANT FOUNDATION SPF 25 ( NATURAL EARTH )
BRAND: FOREST'SECRET
-OWI LAB (M) SDN BHD 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
15/06/2012  OWI LAB (M) SDN BHD

Jika anda mahu semak atau pun mencari STATUS HALAL produk tertentu, silalah ke :-




Maklumat Tambahan mengenai masalah halal dari Negeri Johor daripada Jabatan Agama Johor bertarikh 18 Mei 2011:-



Produknya :-

Produk ini dikatakan digunakan untuk membuat Kek.

Selain itu, ada juga aduan yang kini sedang dimohon pengesahan halal Johor sehingga 22 Mei 2011 belum diberikan sijil halal oleh Jabatan Agama Johor.

Dipetik daripada Laman Jabatan Agama Johor

Monday, 14 February 2011 10:48
  ISU KLUANG RAIL COFFEE                                                                                                                             

-  Syarikat Kluang Rail Coffee bukan pemilik Sijil Pengesahan halal Johor.
-  Syarikat ini mempunyai beberapa cawangan di seluruh Negara, termasuklah 4 cawangan di negeri Johor, iaitu:
     a)    Stesen keretapi Kluang, 86000 Kluang, Johor.
     b)    No.33, Jalan Manggis, 86000 Kluang, Johor
     c)    No.21 & 22, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor.
     d)    L2-35, aras Lereng Bukit, Plaza Kotaraya, 80000 Johor Bahru.

-  Jabatan Agama Johor telah menerima aduan awam mengenai serbuk kopi Syarikat Kluang Rail Coffee yang dicampur dengan tulang babi.
-  Pada 19 Januari 2011 pemeriksaan premis telah dijalankan di premis beralamat
No.21 & 22, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor.
-  Beberapa sampel telah diambil termasuklah semua kopi serbuk dan uncang yang dikeluarkan oleh Syarikat Kluang Rail Coffee.
-  Sampel tersebut telah dihantar Ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.


Keputusan analisis Kopi – Kluang Rail Coffee

Semua sampel kopi Kluang Rail Coffee yang dianalisis Jabatan Kimia telah diterima oleh Jabatan Agama Johor dan keputusannya :

Serbuk kopi (dalam pek), serbuk (dalam balang) dan serbuk kopi uncang
Positif terdapat DNA Babi

Permohonan Halal Kluang Rail Coffee

-  Semua premis Kluang Rail Coffee telah membuat permohonan halal ke Jabatan Agama Johor pada April 2010 dan dalam proses tindakan.
   Jabatan Agama Johor akan memberi Sijil Pengesahan halal Johor sekiranya semua prosedur di bawah Garis Panduan Pensijilan Halal Johor   dipatuhi.
Last Updated on Wednesday, 18 May 2011 10:44

Carilah yang HALAL. Semoga maklumat ini dapat membantu anda untuk mencari yang halal di dalam pasaran Malaysia. Insya-Allah. Untuk maklumat terkini atau sebarang kemusykilan, silalah buat rujukan pada laman-laman yang berautoriti di Malaysia, untuk produk yang dibuat di Malaysia dan di negara tempat anda berada. Sebar-sebarkanlah perkara yang benar.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang