Subahanallah, begitulah kuasa dan kehebatan Allah mengatasi kuasa dan teknologi manusia apabila dikatakan pihak NASA juga tidak dapat mengesan akan kehadiran meteor ini.
Dikatakan pada 15/02/2013, serpihan meteor ini telah menghentam satu lokasi di Rusia dan dipetik daripada
laporan BBC lebih daripada 900 orang cedera akibat daripada terkena serpihan kaca bangunan dan serpihan batu bangunan yang pecah.
Pengesahan daripada pihak berwajib Rusia mengenai kejadian sebenar akan kejadian ini. Beberapa rakaman daripada warga Rusia kini sedang banyak dikongsikan di Youtube khususnya.
Sumber terkini dipetik daripada Sumber ANGKASA:-
METEOR ‘RUSSIA’ VS ASTEROID 2012 DA14
Jumaat
15 Februari 2013, sebuah meteor kecil telah memasuki atmosfera bumi di
ruang angkasa Rusia pada jam 9.30 pagi waktu tempatan di Chelyabinsk dan
meletup. Menurut laporan daripada pertubuhan-pertubuhan berita dan
pihak berkuasa Rusia, sekitar 1000 orang menerima kecederaan kecil
akibat daripada terkena serpihan kaca tingkap yang pecah hasil daripada
gelombang kejutan akibat letupan meteor tersebut. Maklumat awal yang
dikeluarkan oleh NASA menunjukkan bahawa objek ini tidak berkaitan
dengan asteroid 2012 DA14, yang melintasi hampir dengan Bumi awal pagi
hari ini.

Meteor
ini adalah yang terbesar yang dilaporkan sejak tahun 1908, ketika
meteor menghentam Tunguska, Siberia. Analisis awal saintis NASA
menganggarkan saiz objek ini sebelum memasuki atmosfera berdiameter
kira-kira 15 meter dan mempunyai jisim kira-kira 7,000 tan. Ia memasuki
atmosfera pada kelajuan kira-kira 18 kilometer sesaat dan memecah
kira-kira pada ketinggian 20-25 km di atas permukaan Bumi. Masa
hentaman adalah pada 11:20:26 waktu Malaysia pada 15 Februari 2013.
Ia
adalah lebih besar daripada meteor yang merentasi Indonesia pada 8
Oktober 2009. Meteor ini iaitu kira-kira satu pertiga diameter asteroid
2012 DA14 asteroid adalah terang daripada matahari dengan jejak
cahayanya boleh dilihat selama kira-kira 30 saat. Ini hanyalah anggaran
awal dan maklumat setepatnya boleh disemak apabila lebih banyak data
diperolehi.
Sementara itu, penelitian awal hasil pencerapan
terhadap asteroid 2012 DA14 yang menghampiri Bumi pada awal pagi ini (16
Februari 2013) yang dilakukan dari Observatori Negara Langkawi masih
belum menunjukkan hasil kenampakan asteroid tersebut. Perolehan data
cerapan dan imej yang kurang baik kerana faktor cuaca, pergerakan
asteroid yang sangat laju serta keterbatasan instrumentasi dan kepakaran
membataskan kenampakan asteroid ini. Walau bagaimanapun, analisa data
dan imej cerapan akan terus dilakukan bagi mengesahkan status sebenar
kenampakan asteroid 2012 DA14 ini dari Langkawi.
Gambar di di bawah menunjukkan asteroid 2012 DA14 yang dirakamkan dari Samford Valley Observatory, Brisbane, Australia.
Maklumat Pencerapan Langkawi National Observatory:
Observer : Karzaman Ahmad
Instrumentasi : Teleskop RCOS 20” dan CCD STL 1001E
Masa Cerapan : 2013.02.16, 00:00-06:00
Sumber :
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI),
16 Februari 2013 - 1000 MYT
BERITA TERKINI MENGENAI JATUHAN METEOR DI RUSIA
Berdasarkan sumber dari NASA daripada analisa awal telah mengesahkan seperti yang dijangka iaitu jatuhan meteor di Rusia dan asteroid 2012 DA14 adalah dua isu yang berbeza. Ini disahkan melalui trajektori jatuhan meteor di Rusia (arah trajektori dari utara ke selatan) yang berbeza sama sekali dengan trajetori 2012 DA14 (arah trajektori dari selatan ke utara).
Selain daripada itu, mengikut laporan dari Pejabat Program Near-Earth Object, NASA menyatakan jika tahap kerosakan di Rusia dapat dikenalpasti dan disahkan, maka saiz asteroid itu akan dapat diramalkan. Mengikut laporan awal menyatakan kemungkinan saiz meteor itu ialah beberapa meter sebelum terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Selain daripada itu, ia terlalu awal untuk menyatakan tenaga yang terhasil kesan daripada letupan di atmosfera tersebut atau parameter atau saiz sebenar meteor tersebut.
BERITA TERKINI MENGENAI ASTEROID 2012DA14
Tepat jam 0325 pagi nanti, 16 Feb 2013, asteroid 2012DA14, akan berada di kedudukan terdekat dengan bumi iaitu pada ketinggian 27,700km iaitu merupakan asteroid yang pernah terdekat mendekati bumi dalam 15 tahun yang lepas. Ini menjadikan orbit asteroid ini lebih dekat daripada orbit satelit komunikasi dan penyiaran yang berada pada ketinggian 36,000km dari aras bumi(orbit geo-segerak).
Namun disahkan setakat ini berdasarkan penganalisaan data, asteroid ini tidak akan berlanggar dengan sebarang satelit di orbit mahupun Bumi. Sehubungan dengan itu, asteroid ini tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan gangguan kepada bumi dan sistem-sistem teknologi di Bumi.
Observatori Negara Langkawi (ONL) memaklumkan penjejakan asteroid itu telah dimulakan di ONL. Kelajuan asteroid itu yang tinggi menyukarkan ia dijejak secara berterusan serta menghalang usaha pengimejan yang hendak dibuat. Ini ditambah lagi dengan langit yang mendung di Pulau Langkawi sekarang ini. Namun, ANGKASA melalui ONL terus memantau pergerakan dan orbit asteroid tersebut.
Sekian, terima kasih
Sumber
Mhd Fairos bin Asillam
Koordinator Observatori Negara Langkawi, Agensi Angkasa Negara
0230, 16 Februari 2012
Dipetik daripada makluman ANGKASA Malaysia:
Hujan Meteor telah memasuki atmosfera Timur Rusia, Chelyabinsk (Region of Ural)
pada 15 Februari 2013 jam 1125 waktu tempatan menyebabkan letupan yang
kuat di atmosfera (lebih kurang 100km dari aras bumi), memecahkan
tingkap bangunan dan menyebabkan lebih 100 orang tercedera disebabkan
oleh terkena serpihan kaca dari tingkap yang pecah mengikut maklumat
rasmi dari pegawai Rusia. Dijangka juga serpihan meteor ini (meteorit)
akan dijumpai di kawan persekitaran.
Namun disahkan disini
juga, letupan itu bukan disebabkan asteroid 2012DA 14 yang berada
28000km (jarak paling dekat dengan Bumi) pada 16 Febuari 2013 jam 0300
(Waktu Malaysia).
Walaupun begitu, sehingga kini belum terdapat maklumat yang lebih sahih mengenai perkara tersebut di atas.
ANGKASA akan melaporkan perkara ini secara berterusan apabila mendapat laporan terkini daripada Rusia
Sumber:
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)15, Feb 2013 jam 1700
Berikut adalah video di mana menunjukkan fenomena alam yang berlaku di Rusia pada 15 Februari 2013.
Jika ada makluman lanjut atau pun maklumat terkini, saya akan kongsikan kepada anda semua. InshaAllah.
Kenyataan NASA mengenai kejadian di Rusia ini boleh di
baca di sini:-
Editor's Note: NASA statement on Russian meteor:
"According to NASA scientists, the trajectory of the Russian
meteorite was significantly different than the trajectory of the
asteroid 2012 DA14, making it a completely unrelated object. Information
is still being collected about the Russian meteorite and analysis is
preliminary at this point. In videos of the meteor, it is seen to pass
from left to right in front of the rising sun, which means it was
traveling from north to south. Asteroid DA14's trajectory is in the
opposite direction, from south to north."
_______________________________
Small near-Earth asteroid 2012 DA14 will pass very close to Earth on
February 15, so close that it will pass inside the ring of
geosynchronous weather and communications satellites. NASA's Near-Earth
Object Program Office can accurately predict the asteroid's path with
the observations obtained, and it is therefore known that there is no
chance that the asteroid might be on a collision course with Earth.
Nevertheless, the flyby will provide a unique opportunity for
researchers to study a near-Earth object up close. Here are the facts
about the safe flyby of Earth of asteroid 2012 DA14 -- a record close
approach for a known object of this size.
Sumber dipetik daripada
laman web NASA.
Antara gambar kesan daripada kejadian meteor ini di Rusia.
Sumbernya:
http://rt.com/news/meteorite-crash-urals-chelyabinsk-283/
Jika anda mahu lihat satu fenomena yang sedang berlaku sekarang yang mungkin juga ada kaitan dengan kejadian di Rusia ini. Saksikanlah secara langsung daripada NASA berkaitan dengan fenomena Asteroid 2012 DA14 yang ketika saya menulis ini ianya sedang berada di Murrumbateman Observatory, Australia :-
Live video from your Android device on Ustream
Sekian dahulu perkongsian saya mengenai Meteor di Rusia dan fenomena berkaitan asteroid 2012 DA14 yang berlaku pada 15 Februari 2013.
Imej yang dapat dirakamkan di Malaysia. Boleh rujuk di
laman sensawang Falak Online di sini. Segala maklumat lanjut saya akan kongsikan InshaAllah.
Sekian, Terima kasih..
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.