HALAMAN UTAMA

Duit Hari Raya Daripada Kanada? Serius, Ini Betul!

Assalamualaikum, Alhamdulillah pukul 10:45 pagi tadi (29 Ogos 2011) posmen telah hantarkan satu surat daripada Kanada. Sudah dijangkakan surat apakah itu. Sememangnya berisi hasil usaha titik peluh sendiri. Duit Raya! Jauh daripada Kanada dipostkan 2 minggu lalu pada hari lahir aku. Baiklah bagaimana mahu mendapatkannya? Aku sering saja ingin berkongsi dengan rakan-rakan. Tetapi apakan daya, dunia maya, susah untuk dipercaya.

Bagi aku, rakan-rakan bukanlah untuk kita ambil kesempatan, tetapi untuk buat kebajikan. Apa yang aku kongsikan, insya-Allah ada kebaikkan. Tetapi jika tidak, aku sendiri tidak akan sarankan. Apa pun, bagaimana aku dapatkan 'duit raya' ini jauh daripada Eropah? Akan aku kongsikan. Insya-Allah anda boleh cuba sendiri nanti. Berikut adalah surat yang saya terima bersama dengan cek.






Surat ini menyatakan 'ucapan hari raya' sebagai penghargaan kerana penyertaan dalam Globaltestmarket :-


Jumlah nilai cek yang saya perolehi daripada mereka seabagi 'duit raya' :-


Seperti yang dikatakan aku dapat 'duit raya' daripada alamat Kanada. Ini Betul! Kerana surat tersebut beralamat daripada sana. Tetapi beribu pejabat di United States. Global Test Market adalah yang saya maksudkan. Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin tidak. Apa pun, sebelum itu saya ingin memaklumkan bahawa tempoh saya sudah sertai ahli syarikat ini lebih daripada dua tahun. Lama bukan? Sudah tentulah bukan mudah untuk mendapatkan hasilnya dan memerlukan kesabaran dan ketenangan dalam mendapatkan hasilnya.

Apa yang aku buat untuk dapatkan 'duit raya'? Aku cuma perlu jawab servei sahaja yang bernilai beberapa puluh setiap servei bergantung pada kelayakkan kita menjawab. Ada yang 65 mata, ada yang 35 mata dan bergantung pada kesukaran soal selidik tersebut. Biasalah ia akan mengambil sedikit masa untuk menjawab soalan tersebut. Tetapi menarik juga kerana kita boleh mengetahui secara tidak langsung produk-produk dalam pasaran dunia.

Pada awal bulan ini (Ogos 2011) aku telah mencapai mata 1000 untuk membolehkan ianya ditunaikan melalui cek dan dihantar kepada aku. Dan pada pertengahan Ogos 2011 cek dipostkan dan mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk sampai.


Dan nilainya sebanyak RM 146.07 tertulis pada cek tersebut. Jadi apa pun aku sediakan sedikit review untuk laman tersebut untuk anda rujuk dan cuba jika berminat. Aku tak akan dapat apa-apa pun jika anda mendaftar sebab aku sekadar mahu berkongsi sahaja.

Untuk makluman, syarikat ini adalah syarikat Global yang berada dalam lebih daripada 40 buah negara. Oleh sebab itu, Bahasa Melayu juga disediakan dalam urusan mereka.

Paparan GlobalTestMarket :-


Soal selidik mengenai anda juga perlu dilengkapkan untuk memaksimumkan penerimaan soal selidik :-


Ganjaran yang lepas boleh dilihat di sini :-


Untuk nasihat juga, anda perlu sering lihat pada kotak atau box SPAM di dalam email anda kerana bimbang anda terelepas soal selidik yang dihantar kepada anda yang kadang-kala termasuk ke dalam kotak SPAM. Sekian sahajalah perkongsian ringkas sebelum raya. Selamat mencuba dan selamat berjaya.





Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang