HALAMAN UTAMA

Pendirian Imam Muda Astro OASIS Mengenai Isu Mesir dan Syria

Assalamualaikum, pada 27 Ogos 2013 lalu, para Imam Muda Astro Oasis Musim 1, 2 dan 3 telah membuat usrah dan membincangkan mengenai isu Mesir dan Syria. Dalam perbincangan mereka dalam usrah tersebut, maka beberapa pendirian telah disepakati dalam usrah tersebut. Maka satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan untuk menyatakan pendirian mereka berkaitan isu tersebut.


Kenyataan berikut dipetik daripada Facebook Suara Imam Muda yang dikeluarkan pada 8 malam 29 Ogos 2013. Boleh rujuk di bawah kenyataan yang dipetik:


KENYATAAN RASMI DAN PENDIRIAN PARA IMAM MUDA ASTRO OASIS DALAM ISU MESIR DAN SYRIA


Setelah perbincangan para Imam Muda Astro Oasis Musim 1, 2 dan 3 dalam usrah Imam Muda yang bertarikh 27 Ogos 2013 dalam isu Mesir dan Syria. Maka kami berpendirian bahawa:

1. Rasulullah SAW telah menegaskan didalam hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : “ Tolonglah saudara-saudara kamu yang menzalimi ataupun yang dizalimi. Maka seorang sahabat bertanya , kami akan menolong sekiranya dia dizalimi. Jika dia yang menzalimi bagaimana pula kami mahu menolongnya?. Jawab Rasulullah SAW, kamu menghalangnya dari melakukan kezaliman. Yang demikian adalah pertolongan kamu kepadanya. (Hadith riwayat Bukhari).


Oleh sebab itu dalam isu Mesir dan Syria ini, mempertahankan orang yang dizalimi adalah wajib kerana itu adalah hak mereka. Manakala menghenti, menghalang dan menegah kezaliman orang yang menzalimi juga wajib kerana membuat kezaliman bukanlah hak mereka.



2. Kami berpendirian bahawa General As Sisi, golongan perampas kuasa dan yang seangkatan dengannya tidak boleh diiktiraf sebagai kerajaan, Sultan, hakim, amir dan pemerintah yang sah dari sudut pandangan syarak kerana ianya belum dibentuk secara majoriti rakyat dalam pilihanraya yang sah dan ianya masih lagi dan proses penggulingan. 



Oleh sebab itu sebarang hujah dan hukum pemerintah atau sultan didalam Islam tidak boleh dikaitkan kepada As Sisi dan kuncu-kuncunya. Manakala mereka yang keluar menentang golongan ini tidak boleh dianggap sebagai golongan khawarij pada pandangan syarak kerana mereka mempertahankan Presiden Mursi iaitu sultan dan pemerintah yang sah pada syarak.


3. Kebangkitan rakyat di Mesir adalah suatu yang sah dari sudut syarak kerana kebangkitan mempertahankan hak dan menghentikan kezaliman. Manakala kebangkitan rakyat di Syria juga adalah sah dari sudut syarak kerana pertembungan akidah antara hak (Islam) dan batil (syiah nusairiah baathiniyyah ) dalam negara majoriti umat Islam, mempertahankan hak dan menghentikan kezaliman. Maka gerakan dan tindakan mereka adalah jihad yang membolehkan mereka mendapat anugerah syahid di jalan Allah SWT.

4. Pertembungan yang berlaku akhir-akhir ini adalah pertembungan antara Islam dan golongan yang sempurna pada mereka ciri-ciri munafik. Ia juga adalah pertembungan antara Islam dan kufur. Ianya adalah fitrah sunnatullah yang berlaku sejak zaman para nabi-nabi yang terdahulu walaupun berbeza plot episod ceritanya dan berlainan watak utamanya.

5. Teruskan berdoa untuk adik beradik dan saudara mara kita di Palestin, Syria, Mesir, Arakan Myanmar dan lain-lain negara umat Islam serta pastikan keterlibatan kita dalam program bantuan kepada negara-negara ini semampu yang boleh. InsyaAllah ada jawapan kita di hadapan Allah SWT kelak insyaAllah.

Sekian..Segala yang hak itu hanya pada Allah SWT.

Suara Imam Muda Astro Oasis 
Musim 1, 2 dan 3



Selain itu, dipetik juga kenyataan beberapa Imam Muda di dalam Facebook mereka seperti yang di bawah:

Statement IM Azhar:
Sahabat kita ramai terkorban di Mesir. Ada yang berkata, "itulah akibat kebodohan lawan pemimpin." Bodohkah kalau ikut cakap nabi kita? Bodohkah kalau lawan orang yang zalim? Bodohkah kalau menyokong pemimpin adil yang sah dipilih secara demokrasi?

Lebih teruk, ada ilmuan yang sanggup melabel rakyat Mesir sebagai Khawarij. Nasihat saya, tak payah lah mencari publisiti dengan kemarahan orang.

Saya mengajak teman2 utk terus menyokong rakyat Mesir dan Dr Morsi. Mereka orang yang benar. Mereka ikhlas. Sekarang mereka teraniaya. Bantulah mereka. Dengan apa saja. Sekurang-kurangnya DOA. - Imam Muda Azhar.





Sekadar berkongsi, apa pandangan mereka mengenai isu Mesir dan Syria yang kini mempunyai pelbagai pandangan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak mengikut kata mata diri mereka sendiri.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

49 Kongsi Gelap Haram Di Malaysia Ogos 2013

Assalamualaikum, rupa-rupanya terdapat 49 kumpulan kongsi gelap yang wujud di Malaysia mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh KDN. Berikut senarai 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh Malaysia yang telah dilaporkan PDRM dalam kenyataan akhbarnya.

Senarai yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia diambil daripada sumber PDRM. Sumber sini.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan laman web KDN. Sumber sini.

***************
 SENARAI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KONGSI GELAP


  1. Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
  2. Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  3. Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
  4. Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.
  5. Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
  6. Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.
  7. Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor)
  8. Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor)
  9. Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)
  10. Gee Ah Eng
  11. Loh Kuan
  12. Tiang Yee Tong
  13. Geng 21
  14. Ang Soon Thong
  15. Wah Kee
  16. Sio Sam Ong
  17. PNEH
  18. Hong Hong San
  19. Hai San
  20. Sin Ang Bin
  21. New Cell 20
  22. Jit It Hai
  23. Sio Koon Tong
  24. Gee Lam Kor
  25. Geng Leng Hor
  26. Geng 35
  27. Geng 303
  28. Geng Satu Hati
  29. Sabah ATAP (SABAH) 
  30. Hung Ann (SABAH) 
  31. Sui Yuk (SABAH) 
  32. Otai (SABAH) 
  33. Borneo Red EMP (SABAH) 
  34. Sarawak Ah Ngau (SARAWAK)
  35. Batu Tiga (SARAWAK)
  36. Ah Feng (SARAWAK)
  37. Batu 10 (SARAWAK)
  38. Sibu T (SARAWAK)
  39. Ah Seng (SARAWAK)
  40. Ah Chin (SARAWAK)
  41. Lee Lung (SARAWAK)
  42. Lo Han (SARAWAK)
  43. Sg Merah (SARAWAK)
  44. Sg Badut (SARAWAK)
  45. Ting Ching Lee (SARAWAK)
  46. Tua Cak Lee (SARAWAK)
  47. Teksi Station (SARAWAK)
  48. Pintu Merah (SARAWAK)
  49. Krokop (SARAWAK)

KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI: PEWARTAAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KONGSI GELAP DI MALAYSIA

(29 August 2013 - Kenyataan Media/Akhbar)

KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI :
PEWARTAAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KONGSI GELAP DI MALAYSIA

1.    YB Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan 49 buah Pertubuhan Kongsi Gelap di seluruh negara sebagai pertubuhan- pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui Pewartaan P.U. (A) 272/2013.

2.    Pertubuhan-Pertubuhan Kongsi Gelap ini merupakan pertubuhan yang menjalankan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap, huru-hara dan melakukan pembunuhan dengan cara menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya.



3.    Peruntukan di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], adalah berkaitan kuasa Menteri di dalam mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang.

“Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budi bicaranya yang mutlak dengan jalan perintah, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan, cawangan atau peringkat atau jenis pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana tempat di dalamnya, ketenteraman awam atau akhlak”.

4.    Dari segi implikasi pengisytiharan 49 pertubuhan kongsi gelap sebagai pertubuhan menyalahi undang- undang di bawah seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966:
  • a) Tiada seorang pun boleh menggunakan semula nama Pertubuhan yang menyalahi undang- undang untuk didaftarkan sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.
  • b) Segala akaun, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia; dan
  • c) Tiada seseorang pun boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap. Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. Sebagai contoh, seksyen 6 (2) dan 6 (3), seksyen 42 dan seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta seksyen 142 Kanun Keseksaan.
  • d) Tiada sesiapa pun boleh menggunakan semula tulisan, senarai anggota- anggota, panji- panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang- undang berdasarkan kepada peruntukan seksyen 52 (3), Akta Pertubuhan 1966;

5.    KDN dan agensi- agensinya iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran dan Pertubuhan Malaysia, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan terus memperhebatkan usaha memerangi kegiatan- kegiatan kongsi gelap dan jenis- jenis jenayah berat yang lain demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam. KDN juga bekerjasama erat dengan Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Badan- badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk semua pihak yang berkaitan bagi memperlihatkan keseriusan KDN dan PDRM untuk membanteras jenayah.

6.    Saya juga menyeru agar masyarakat turut memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan untuk membanteras jenayah dan pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap yang bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada.

Semoga maklumat ini memberikan kita pengetahuan mengenai kewujudan kongsi gelap dan nama serta simbol yang digunakan di kawasan dan negara kita.

Sekian, Terima kasih.


MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Gambar Kemalangan Bas Genting 21 Ogos 2013

Assalamualaikum, berikutan kejadian kemalangan ngeri bas Genting 21 Ogos 2013 lalu, bas yang telah terjunam ketika menuruni Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur sudah dapat dikeluarkan daripada lokasi kejadian oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia dan  beberapa agensi yang lain pada pukul 12:51 tengah hari 23 Ogos 2013. 

Berikut antara gambar Ops Genting Highland yang dikongsikan pihak Jabatan Bomba Penyelamat dan Penyelamat Malaysia di dalam halaman Facebook mereka. Diharapkan gambar-gambar yang dipaparkan ini akan memberikan peringatan kepada kita agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika berada di jalan raya terutamanya di tempat keadaan jalan yang berselekoh dan mempunyai cerun.



Gambar yang dikongsikan oleh pihak Jabatan Bomba:
















Semoga menjadi pengajaran untuk kita semua. Takziah juga kepada keluarga mangsa.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Kemalangan Genting Highlands Ragut 37 Nyawa

Assalamualaikum, terkini satu kemalangan maut melibatkan bas berhenti-henti Genting telah meragut 37 nyawa penumpang iaitu 24 lelaki dan 13 perempuan; 16 orang yang lain cedera 11 lelaki 5 wanita daripada 53 penumpang yang dikatakan menaiki bas yang hanya sepatutnya berkapasiti 44 orang sahaja berlaku pada 2:46 petang 21 Ogos 2013 mengikut sumber daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri SelangorTheStar dan MyMetro selepas operasi menyelamatkan mangsa dihentikan setakat malam tadi. Lokasi kemalangan maut dari Genting Highlands terhumban ke dalam gaung di kilometer 3 Jalan Karak-Genting.

Dikatakan bas terjunam ke dalam gaung sejauh 200 kaki dan tersangkut di atas pokok dengan seorang mangsa pertama berusia 20an berjaya dibawa keluar kira-kira 3:30 petang. Sehingga kini kesemua mayat mangsa telah dihantar ke beberapa buah hospital antaranya Hospital Selayang, Hospital Bentong dan Hospital Kuala Lumpur.

Beberapa senarai nama mangsa tidak rasmi daripada Hospital Selayang antaranya seperti dibawah:

Hospital Selayang:

Separa kritikal:
1. Raawnok Arefin (he), 14 (Bangladesh)
2. Nur Syamimi Ja'afar, 25 (Malaysia)
3. Nur Fathiah Ja'afar, 21 (Malaysia)
4. Rashidah Buyah, 50 (Bangladesh)
5. Andri Purwadi (he), 25 (Indonesia)

Kritikal:
1. Nurul Quraitul Aini, 19 (Malaysia)
2. Rezyan Arefin (he), 24 (Bangladesh)
3. Nur Fridil Gusman (he), 23, (Indonesia)

Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL:
1. Wong Teraphong, 63 (Thailand) 
2. Ali Haider Syed Haider , 46 (Bangladesh)
3. Saidah, 19 (Malaysia) 
4. Razif, 26 (Malaysia)
5. Tan Ming Shing, 26 (Malaysia)



Beberapa gambar daripada pelbagai sumber saya kongsikan dan segala kemasikin terkini juga boleh didapati daripada beberapa sumber yang disediakan untuk liputan. Setakat ini pihak penyelamat masih lagi memantau di kawasan sekitar bagi memastikan tiada mangsa yang tercampak keluar daripada bas tersebut ketika kejadian dengan bantuan anjing pengesan.




Sila lihat beberapa sumber di bawah untuk maklumat selanjutnya:
  1. Sumber Utusan Kemaskini secara LIVE gambar dan Video
  2. Gambar koleksi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  3. Sumber MyMetro Video menyelamat
  4. Sumber TheStar Video dan laporan
  5. Sumber Laporan TheMalayMailOnline

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban ekoran nahas ini.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

[JENAYAH] 3 Beradik Hilang di Ipoh #Culik 13 Ogos 2013

Assalamualaikum, sekali lagi kes penculikan berlaku kini di Ipoh Perak yang melibatkan 3 orang kanak-kanak berusia 11, 8 dan 6 tahun. Kali terakhir mereka dilihat adalah pada 2 petang pada 13 Ogos 2013. 
Laporan polis telah dibuat dan kini keluarga mangsa meminta bantuan orang ramai untuk mengesan kanak-kanak tersebut. Orang ramai serta #rakancop dan sesiapa yang mempunyai maklumat serta bantuan, bolehlah terus menghubungi pihak mereka yang berkenaan. Kejadian dilaporkan berlaku di Ipoh, Perak. 

Butiran  adalah seperti berikut:

Lokasi terakhir dijumpai di Taman Meru 2B, Ipoh Perak, 3 beradik bernama Syazwan 11 tahun, Syahir 8 tahun dan Syauratul 6 tahun. Anda boleh menghubungi pihak berikut di talian tertera:-

Azwa - 0122862404
Azril - 0192345676
Zainuddin - 0125206960






Dengan bantuan anda diharapkan dapat membantu meringankan kesulitan yang dihadapi mereka sekeluarga dan diharapkan dapat menyelamatkan kanak-kanak terbabit daripada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Saya mendoakan mereka dapat ditemui dengan segera dan selamat. InshaAllah.

15 Ogos 2013 Terkini daripada POLIS PERAK:

15 Ogos 2013 – Berikutan penemuan tiga kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Taman Meru Ipoh pada 13 Ogos lalu, Polis Perak mengadakan satu Sidang Media untuk menjelaskan perkembangan kes tersebut.

Dalam sidang media ini YDH Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Dato Paramasivam A/L Arunasalam berkata pada 13 Ogos 2013 jam 11.30 malam, Balai Polis Jelapang menerima satu laporan polis yang di buat oleh seorang ibu mengenai kehilangan tiga anaknya yang di tinggalkan di rumah bersama dua orang saudara. Mangsa yang pulang berkerja pada jam 6.30 petang pada hari yang sama mendapati ketiga-tiga anaknya dan kedua-dua saudaranya tiada di dalam rumah . Usaha menghubungi kedua-dua saudaranya gagal.

Berikutan kehilangan tersebut, pihak polis menggerakkan semua elemen rondaan dan memeliti rakaman CCTV di sekitar kawasan Meru untuk mengesan ketiga-tiga beradik tersebut. Usaha berterusan polis berhasil apabila menemui ketiga-tiga beradik tersebut di sebuah rumah yang didiami kedua-dua saudara mangsa di Rawang, Selangor pada 14 Ogos jam 8.30 malam. 

Kes telah disiasat di bawah Sek 361 Kanun Keseksaan atas kesalahan membawa keluar kanak-kanak tanpa pengetahuan/kebenaran penjaga yang sah, jika sabit kesalahan saspek boleh dihukum mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Pecah Rumah 8 Ogos 2013 Kg Banting Sabak Bernam

Assalamualaikum, jenayah sebenarnya sentiasa berada di sekeliling kita, bezanya menunggu dan menanti masa yang sesuai untuk terjadi. Oleh itu nasihat saya agar selepas ini jika kita mahu meninggalkan rumah, perlulah lebih berhati-hati dengan barangan yang berharga, tingkatkan keselamatan rumah anda agar menyusahkan dan melambatkan aktiviti jenayah yang ingin dilakukan oleh mereka 'tetamu' yang tidak diundang seperti yang berlaku dalam rakaman CCTV di bawah ini.

Jika anda mengenali suspek, bolehlah maklumkan kepada balai polis berhampiran. Dilaporkan dan dikongsikan video ini oleh mangsa. Suspek kejadian pecah rumah pada 8 Ogos 2013 raya pertama di Kampung Banting Sabak Bernam Selangor di hari raya pertama.


Dilaporkan barang hilang :

1. Laptop BenQ model Joybook berwarna putih2. Laptop Compaq berwarna kelabu3. Laptop Acer Aspire model 4736G (No Siri : LXPC1020039441BC4816014. PSVITA Wifi5. Canos DSLR EOS 40D, Tamron lens 17-50mm 2.8f, Flash Yong Nuo6. 2 units Yoobao Power Bank 13000mAH (Transformer)7. Sony Erricsson handphone

Suspek berbaju melayu maroon dan bersamping.Sekadar mewar-warkan video ini untuk dijadikan pedoman dan iktibar semua.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

'Hujan Meteor' Perseid 12 dan 13 Ogos 2013

Assalamualaikum, saya mahu kongsikan mengenai hujan meteor atau pun orang panggil tahi bintang atau pun pancuran meteor yang akan berlaku pada masa puncaknya pada malam 12 dan 13 Ogos 2013, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan antara pancuran meteor yang paling menarik sepanjang tahun ini iaitu pancuran meteor Perseid.  Pancuran meteor Perseid lebih menarik berbanding pancuran meteor lain kerana kadar peratusan yang tinggi ia akan menghasilkan pancuran yang terang dengan bilangan meteor yang banyak pada setiap tahun. Dijangkakan sebanyak 100 pancuran meteor dapat disaksikan dalam masa 1 jam pada tahun ini.

Pancuran meteor berlaku kerana Bumi melintasi laluan komet dan debu-debu komet ini terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi. Pancuran meteor Perseid berlaku kerana Bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleusl ebih kurang 26 km.  Apabila komet ini semakin menghampiri Matahari, ia juga turut melintasi orbit Bumi dan meninggalkan debu-debu komet tersebut sepanjang perjalanannya. Debu-debu inilah yang memasuki atmosfera Bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat pada malam-malam tersebut.

Waktu terbaik untuk melihat hujan meteor ini adalah selepas bulan terbenam pada jam 11:00 malam pada 12 Ogos dan jam 12:00 tengah malam pada 13 Ogos sehingga waktu subuh. Pemilihan lokasi mencerap juga penting seperti jauh dari kawasan yang diterangi lampu serta lapang dengan pemandangan langit yang luas. Walaupun hujan meteor ini seperti datang dari buruj Persues, ia boleh berlaku dimana-mana pada kawasan langit.

Lokasi pusat pancuran meteor Perseid bagi pencerap di Hemisfera Utara.


Zuhrah akan bersinar terang pada ufuk Baratselepas matahari terbenam pada kedua-dua hari tersebut. Dan jika anda mempunyaiteleskop, ambil juga peluang untuk mencerap Zuhal & Bulan sementaramenunggu keduanya terbenam sekitar jam 12:00 tengah malam. Pada jam 5:00 pagi pula, anda akan dapat melihat Marikh dan Musytari terbit dari ufuk Timur.

Bagi yang mahu lihat secara langsung Pancuran Meteor ini, anda boleh saksikan di sini bemula 12 Ogos 2013 (Sekarang). KLIK METEOR SECARA LANGSUNG DI SINI.



Sumber di bawah di petik daripada FalakOnline.


Sebelum itu, ini sedikit penerangan mengenai Apakah itu "Meteor Shower".


LIVE KEMUNCULAN METEOR (NASA)




Persoalan Mengenai Kemunculan METEOR PERSEIDS

TARIKH YANG SESUAI

Anda tidak perlu menunggu sehingga tarikh 11,12 dan 13 Ogos untuk mencuba memerhatikan kemunculan meteor Perseids ini. Anda sebenarnya sudah boleh mula mencerapnya seminggu lebih awal.
Rekod menunjukkan jumlah meteor yang akan muncul ini, bertambah secara perlahan-lahan menuju ke tarikh puncak 11,12,13 Ogos itu, dan selepas itu jumlahnya akan jatuh dengan mendadak.

WAKTU YANG SESUAI

Secara amnya, cuba mulakan cerapan anda selepas tengah malam. Jumlah meteor yang muncul pada waktu sebelum tengah malam selalunya sedikit. Ia akan mula bertambah dan semakin rancak apabila menjelang ke waktu Subuh.

RADIANT

Radiant atau titik asal munculnya meteor-meteor Perseids ini ialah daripada sebuah buruj bernama Perseus, yang terletak di langit sebelah utara.
Buruj Perseus akan terbit di ufuk sebelah Timur Laut, sekitar jam 2 pagi. Menjelang Subuh ia semakin tinggi dan mudah kelihatan.
(Rajah di bawah menunjukkan kedudukan dan rupabentuk buruj Perseus pada sekitar jam 5 pagi)
screen 2013-07-29 at 8.27.54 AM

CARA

Anda hanya perlu gunakan MATA sahaja untuk melihat meteor-meteor ini, kerana anda perlukan ruang atau medan penglihatan yang luas.
Simpanlah teleskop atau binokular di dalam rumah!



ARAH

Anda tidak perlu tumpukan pandangan ke arah buruj Perseus, kerana meteor-meteor ini akan muncul secara tiba-tiba dan di merata kawasan langit. Anda boleh tahu jika ia adalah sebenarnya asal daripada juraian Meteor Perseids, dengan mengunjurkan kembali laluan meteor yang dilihat itu ke ‘belakang’. Jika ia menunjukkan ke arah kawasan buruj Perseus, maka sahlah ia termasuk dalam kumpulan meteor tersebut.
Seeloknya, cuba fokus kepada satu kawasan langit sahaja. Anda tidak perlu kelam kabut mencari-cari meteor ini di seluruh langit, kerana ia cukup memenatkan! Tumpukan perhatian, contoh di kawasan langit barat, dan jangan hiraukan kawasan lain.

LOKASI MENCERAP

Mana-mana pun di Malaysia masih OK.
Anda perlu mencari kawasan yang lapang, seperti padang bola, untuk melihat meteor-meteor ini. Peluang untuk anda berjaya menjejak lintasan Perseids lebih tinggi di kawasan lapang, berbanding di beranda rumah!
Cuba cari kawasan yang tidak ada gangguan cahaya. Silauan lampu jalan atau dari rumah-rumah jiran akan mengganggu penglihatan meteor ini. Pastikan juga anda berada berjauhan dari kawasan bandar-bandar besar. Anda perlukan langit yang kelihatan gelap atau hitam kerana meteor-meteor yang akan muncul ini majoritinya agak kelam.
(Foto di bawah merupakan contoh langit yang terlampau cerah dan tidak sesuai untuk mencerap meteor. Sumber)
DCF 1.0

BEZA

Ramai yang mungkin keliru bagaimana rupa bentuk meteor berbanding dengan objek lain di langit.
  1. Meteor akan muncul sekelip mata, kadang-kadang 1/2 saat sahaja. Namun, ada juga yang bernasib baik dan dapat dilihat selama 2-3 saat. 
  2. Kapal terbang akan kelihatan bergerak perlahan-lahan dengan kerlipan lampu berwarna merah.
  3. Kunang-kunang atau kelip-kelip paling kerap dikatakan meteor. Selalunya ia akan berwarna kuning kehijauan, dan laluannya di langit tidak akan lurus (pasti akan bengkok ke sana sini).
Foto dibawah penuh dengan kunang-kunang, dan bukannya meteor! Perhatikan ‘laluannya’ di langit tidak lurus!Sumber
fireflies_1_hour_watching_meteor_upper_left_Jack_Fusco_Photogrpahy

ASTROFOTO

Jika anda berazam untuk merakam foto meteor Perseids ini, saya cadangkan gunalah lensa yang paling ‘wide’ yang anda miliki. Halakan ke kawasan langit yang paling gelap (tiada gangguan cahaya). Kemudian set waktu dedahan selama yang mungkin (contoh 30 saat). Gunalah intervalometer untuk merakamnya secara berulang-ulang kali.
Tidak ada jaminan anda akan dapat merakam kesemua meteor yang dapat dilihat dengan mata.  Merakam meteor menerusi kamera agak mencabar. Namun, anda patut bersyukur jika di antara beribu-ribu keping foto yang dirakam sepanjang malam itu, adalah sekeping dua yang mempunyai meteor di dalamnya!
Doa lebih sikit! :-)
Boleh rujuk artikel-artikel di bawah untuk cara merakam juraian meteor
(Foto di bawah merupakan contoh sebuah jurai meteor yang berjaya dirakam)
leonid-meteor-shower-mike-hankey-1

ASAL

Asal juraian meteor Perseids ini adalah dari saki baki habuk laluan sebuah komet yang bernama Komet Swift-Tuttle.
Apabila komet ini bergerak di angkasa lepas, ia akan meninggalkan banyak habuk dan debu di sepanjang laluannya. Setiap tahun bermula 17 Julai hingga 24 Ogos, Bumi akan bergerak melintasi kawasan yang berhabuk ini. Apabila habuk-habuk ini berlanggar dengan atmosfera bumi pada kelajuan 210,000 km sejam, ia akan terbakar dan menyala terang. Nyalaan inilah yang kita kenali sebagai meteor atau tahi bintang.

HARI RAYA

Ditakdirkan tarikh munculnya meteor Perseids ini selang beberapa hari sahaja selepas AidilFitri. Dijangkakan ramai yang berada di kampung halaman jauh dari bandar-bandar. Maka, gunalah peluang ini untuk berkongsi dan mencerap bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai.
Namun, apa yang pasti, jangan keliru meteor asli dengan meteor tiruan (mercun) !!

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang