HALAMAN UTAMA

[LIVE] MALAYSIA VS SINGAPURA ( 28 Julai 2011) - Pra-Kelayakan Piala Dunia 2014

Assalamualaikum, perlawanan di antara Malaysia dengan Singapura pada malam ini di Stadium Bukit Jalil bakal menyaksikan satu perlawanan timbal balik yang sangat penting bagi Malaysia untuk mara ke peringkat seterusnya. Malaysia pada perlawanan pertama menentang Singapura telah ketinggalan 2 jaringan gol dengan Malaysia 3, dan Singapura 5. Jadi, untuk melihat sama ada Malaysia mampu untuk meneruskan perjalanannya ke peringkat seterusnya dalam perlawanan pra-kelayakan Piala Dunia 2014 nanti, jika anda tiada televisyen, bolehlah saksikannya secara online di dalam Streaming di bawah.




atau pun saksikan di bawah

KLIK SINI

atau pun di bawah

KLIK SINI

Semoga perlawanan ini akan menunjukkan permainan yang menarik dan memberikan kepuasan kepada peminat bola sepak tempatan. Insya-Allah.




Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Doa Mudah Untuk Semua Majlis

Assalamualaikum, sering kali kita ke majlis-majlis atau pun program-program. Namun, kadang-kala kitalah antara orang yang perlu memainkan peranan penting dalam majlis tersebut. Mungkin kita akan diminta untuk membacakan doa bagi majlis tersebut. Kerana mungkin juga untuk memuliakan kita bagi mengetuai bacaan doa. Jadi, kadang-kala kita sering memikirkan apakah doa yang sesuai untuk majlis tersebut? Biasalah kadang-kadang tiada orang yang berani memikul tanggungjawab ini walaupun nampak mudah. Jadi, sebagai persediaan, saya juga ingin berkongsikan doa mudah yang boleh dan sesuai digunakan untuk semua majlis yang berbentuk ilmiah mungkin atau pun yang sewaktu dengannya.

Berikut adalah doa tersebut :-
------------------------------------------------------------------------------------

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم ، إِنَّكَ الْبَرُّ الْجَوَادُ الْكَرِيْم .

Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkalaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.

اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا رَحِيْم ..

Cucurilah rahmat dan rahimMu ke atas majlis

                                            (Sebutkan majlis anda di sini)                                           

yang diadakan pada hari Ini. Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya.

يَا فَعَّالُ لِمَا يُرِيْد..

Kami juga memohon perlindungan daripada Mu dari segala perkara yang boleh mencacat celakan majlis kami dan daripada segala perkara yang melalaikan kami dari berbuat taat kepada Mu. Kepada Mu jua kami serah segala urusan kami.

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَاِلَيْكَ اَنَبْنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْر. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم،
 وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن .


------------------------------------------------------------------------------------

Jika tidak dapat mengopykan doa tersebut, bolehlah downloadkan filenya di SINI. Insya-Allah, sama-sama memanfaatkannya dan sama-samalah kita sentiasa berdoa agar setiap program dan majlis yang kita sertai dimulakan dengan doa agar sentiasa mendapat rahmat dan diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T. Insya-Allah. Amin.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Trick mendownload? Tak perlu akaun premier?

Assalamualaikum, hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang saya belajar daripada Blog ini, dan saya telah pun cuba. Terbukti ianya berkesan untuk digunakan kepada yang suka sangat mendownload. Mungkin ramai juga yang gemar mencari tempat file sharing yang mudah dan percuma. Pendek cerita, boleh dowloand cepat, tanpa had masa menunggu. Yang paling mudah mediafire. Tapi kali ini, hotfile.com juga boleh digunakan dengan mudah. Bagaimana? Berikut contoh yang telah saya cuba sendiri menggunakan software percuma yang saya kongsikan di bawah. Caranya apabila anda mahu mendownload file daripada hotfile.com :-




1. Pergi pada halaman tersebut, atau apabila anda mahu mendownload sesuatu daripada laman tersebut,

2. Klikan file yang ingin di download, kebiasaanya anda akan lihat paparan seperti di bawah jika anda download untuk kali kedua atau lebih, 



3. Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Downloadkan Software ini, DI SINI

4. Kemudian, Running, Klik sahaja 'RUN'.



5. Sila copykan link URL di halaman hotfile yang ingin anda download,



6. Pastekan pada kawasan di bawah, kemudian Klik pada Get Premiun. Tunggu sehingga keluar Premium Link.

7. Klik pada link tersebut sebanyak 2 kali, anda akan dapati keluarlah arahan untuk download, jika guna IDM, akan dipaparkan seperti di bawah,



8. Jadi, anda bolehlah lakukan ini sebanyak mana yang anda suka tanpa ada had.




Jadi bolehlah downloadkan Software ini, DI SINI

Semoga anda dapat manfaatkan fungsi ini dengan sebaiknya. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 9 (Wordless Wednesday) Basikalku Sayang


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Fatwa Tokek, GM Food dan Alkohol Halal/Haram? Terkini 2011

Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsikan beberapa pengetahuan yang perlu kita ambil perhatian sebagai umat Islam di Malaysia mengenai beberapa isu yang wujud mengenai produk makanan yang terdapat di negara kita Malaysia. Jadi, kepada yang masih belum mengetahui apakah keputusan hasil muzakarah Majlis Fatwa Malaysia mengenai perkara tersebut, saya mempunyai hasil perbincangan 3 isu yang berkaitan dengan makanan khususnya hasil perbincangan Jun dan Julain 2011. Antaranya adalah seperti yang tersebut di bawah. Hasil perbincangan ini boleh digunakan kepada status Air minuman Barbican, CN Food dan cicak tokek. Insya-Allah. Semua fatwa di bawah dikeluarkan di laman web Portal Rasmi Fatwa Malaysia.
-------------------------------------------------------------------------------------

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Keputusan: 
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
     
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
     
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
     
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
     
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
     
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

-------------------------------------------------------------------------------------



 Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay)

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.

 -------------------------------------------------------------------------------------

Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food)

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, dari haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.
     
  2. Dalam hal ini Muzakarah berpandangan bahawa Islam menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib) iaitu halal, suci dan tidak memberi mudharat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudharat kepada manusia dan alam sekitar.
     
  3. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GM Food), penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang. Manakala penggunaan haiwan ternakan yang halal dibolehkan sekiranya haiwan tersebut disembelih mengikut kaedah syarak.
Rujukan :
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-memakan-makanan-terubahsuai-genetik-genetic-modified-food
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-memakan-dan-berubat-dengan-cicak-gekko-geckko-tokay
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/alkohol-dalam-makanan-minuman-pewangi-dan-ubat-ubatan

Saya berharap agar umat Islam di Malaysia dapat mengambil perhatian dan menjadikan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai panduan kita di Malaysia. Ini bukan sahaja membantu kita membuat pilihan penggunaan produk-produk makanan malah dapat memberitahu kita mengapakah sesuatu hukum dan fatwa itu dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan agar kita lebih memahami keputusan tersebut. Ini bertujuan menjaga kemaslahatan umat Islam di Malaysia khususnya. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

(LIVE) MALAYSIA VS CHELSEA - 21 Julai 2011

Assalamualaikum, lokasi perlawanan bola sepak hari ini akan berlangsung seperti sebelum ini di Stadium Bukit Jalil. Kepada yang tidak berkesempatan menyaksikan di stadium, atau tiada saluran langsung ASTRO, anda masih boleh menyaksikan perlawanan ini secara langsung melalui laman sensawang yang berikut tepat pada pukul 8:45 malam, apabila perlawanan akan berlangsung nanti. Jadi, diharapkan perlawanan ini akan memberikan aksi-aksi yang lebih menarik seperti perlawanan yang sebelum ini. 




Semoga pasukan bola sepak negara kita Malaysia dapat menunjukkan peningkatkan prestasi dalam setiap perlawanan yang akan berlangsung kelak. Insya-Allah.



Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 8 (Wordless wednesday) Selipar Dilarang


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.



Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

MALAYSIA VS LIVERPOOL (LIVE) - 16 Julai 2011

Assalamualaikum, petang ini sekali lagi Malaysia akan menentang pasukan bolasepak Eropah. Perlawanan di Stadium Bukit Jalil, yang bermula separuh masa pertama pada pukul 5:45pm tadi diserikan dengan Gol pertama Liverpol hasil sepakan penalti yang telah disempurnkan Cherles Adam minit ke 26. Malaysia kembali bangkit mengikat jaringan pada minit ke 42 dengan sepakan percuma yang disempurnakan oleh Safiq Rahim. Pada separuh masa pertama tamat dengan keputusan MAS 1 - 0 LIV.

Separuh masa kedua, KEPUTUSAN :-
(LIVE) MAS 3 - 6 LIV
Charlie Adam 26" (Penalti)
Safiq 42" (Sepakan percuma)
David Angot 67"
David Angot 69"
Liverpool 74"
Safee 78"
Safee 81"
Maxi 90"
Liverpool 93"
Jadi untuk menggelakkan anda terlepas aksi-aksi menarik Separuh masa kedua, saksikan STREAMING Perlawanan Malaysia menentang Liverpool di bawah. (SAH SEHINGGA 7:35pm 16 Julai 2011)





Jangan lupa berikan sokongan kepada pasukan kebangsaan kita untuk perlawanan yang seterusnya.

Untuk saksikan perlawanan sukan lain secara dalam talian, silalah ke :-

Firstrowsports 
Wii-cast.tv



Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 7 (Wordless Wednesday) Garcinia atroviridis


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Malaysia Vs Arsenal (13 Julai 2011) - Langsung

Assalamualaikum w.t.b, malam ini 13 Julai 2011, skuad Harimau Malaya akan bertemu Arsenal di Stadium Bukit Jalil. Memandangkan siaran langsung di kaca televisyen tiada, mungkin ada alternatif lain untuk menyaksikan perlawanan langsung tersebut. Jadi, saya sekadar berkongsikan beberapa laman yang menyediakan siaran langsung perlawanan bola sepak tersebut. Untuk tidak melepaskan peluang, silalah ke beberapa lama berikut untuk mendapatkan dan menyaksikan streaming video perlawanan bola sepak Malaysia menentang Arsenal. Streaming akan bermula 8:45 malam.

MALAYSIA LAWAN ARSENAL 24 JULAI 2012 LIVE



KEPUTUSAN PENUH 90" 3+
Perlawanan Malaysia Vs Arsenal
MAS 0 - 4 Arsenal
Arsenal 05"
Arsenal 35"
Arsenal 58"
Arsenal 90"


atau 



atau 


atau


Boleh juga cuba beberapa laman yang lain seperti berikut :-


Firstrowsports (Malaysia Vs Arsenal)


Player.arsenal (Malaysia-xi Vs Arsenal)


CreepyTV9


CreepyTV8


USA live Stream


Livevdo.tv


Oleoletv.com (Malaysia-vs-Arsenal)

Selamat Menonton. 

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 6 (Wordless Wednesday) Canon Ball


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Online Perlawanan Pra-Kelayakan Piala Dunia 2014 Malaysia Lawan Taiwan (3 Julai 2011)

Assalamualaikum, untuk memastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan timbal balik kedua bola pra-kelayakan piala dunia 2014 Malaysia lawan Taiwan pada 3 Julai 2011 di Stadium Perbandaran Taipei, lihat streaming perlawanan di sini secara online.

Keputusan pada ketika ini 
Separuh masa pertama (45" +2") kedua (90" +4")
Taiwan 0 - 1 Malaysia (Aidil Zafuan 07")
Taiwan 1 - 1 Malaysia (Taiwan 30") Penalti
Taiwan 1 - 2 Malaysia (Safiq rahim 39")
Taiwan 2 - 2 Malaysia (Taiwan 43")
Taiwan 3 - 2 Malaysia (Taiwan 74")

          
Streaming live video by Ustream





 
Sekian, terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang