HALAMAN UTAMA

Apa Rahsia Tahi Kucing?

Salam semua pembaca, tahukah saudara rahsia tahi kucing? Dalam firman Allah surah Al-Anbiya' ayat 16 :-

ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ
Maksudnya : Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.
Si kucing yang comel.

Dalam ayat ini, jelaslah Allah itu maha kuasa dan segala ciptaannya mempunyai fungsi dan hikmah tertentu yang tersembunyi yang perlu dikaji dan dicari apakah itu rahsianya. Dalam pengetahuan saya sewaktu mempelajari pelbagai ilmu Allah, diberikan suatu info atau pun ilmu yang mana, jika kita tidak mencarinya, kita tidak akan dapat.
Sidang pembaca sekalian, Minda Insan kali ini membawakan rahsia tahi kucing untuk manfaat manusia. Bukanlah saya mengatakan bahawa tahi kucing itu memberikan kita manfaat. Tetapi, pernahkah kita terfikir atau pun terlintas di fikiran kita di manakah sepatutnya si kucing ini membuang tahinya? Nampak seperti perkara yang mengarut untuk dibincangkan. Tetapi, pernahkah kita terfikir? 




Mungkin ada dalam kalangan kita pernah terfikir. Tetapi, bagaimanakah mereka yang tidak tahu rahsia ini? Baiklah sidang pembaca sekalian. Untuk pengetahuan kita bersama, kucing lazimnya akan membuang najisnya di atas tanah, lalu ditimbuskannya bukan? Maksud saya, secara fitrah haiwan itu. Jadi, di sinilah kita perlu perhatikan. Bagaimana si kucing ini boleh menjadikannya sebagai suatu kebiasaan sifatnya? sudah tentulah jawapannya ialah fitrah dan Allah telah menetapkan dan mengarahkan supaya ia bertindak sedemikian sehinggalah bila-bila melainkan atas tindakan manusia.

Tahi yang pada fitrahnya akan ditimbus si kucing.

Jadi, apakah yang saya ingin bawakan? Para pembaca sekalian. Di sini, Allah memberikan suatu mesej kepada manusia yang memikirkannya. Mengapa tahinya ditimbus di dalam tanah? Mengapa tidak dibiarkan? Jika kita perhatikan, walaupun di mana si kucing ini membuangkan najisnya, sama ada di atas simen atau pun di atas rumput, perkara yang tidak boleh ditinggalkannya ialah menguis pada sekeliling tahinya supaya ianya tertimbus, walaupun pada hakikatnya tiada tanah di situ.

Mengikut kajian yang dibuat, kucing ini mempunyai sejenis mikrob yang mana boleh membawa penyakit kepada manusia jika ia tersebar kepada manusia melalui medium-medium seperti najisnya dimakan oleh binatang ternakan. Mikrob ini boleh membawa kepada kebutaan. Jadi, saudara-saudara sekalian, ketahuilah bahawa sifat kucing itu adalah tanggungjwab kucing itu untuk memastikan najisnya tidak dimakan oleh haiwan lain. Maka, ditimbuslah najisnya itu.

Fitrahnya kucing membuang najis di atas tanah.
Begitulah rahsia tahi kucing yang sebenarnya perlu ditimbus untuk mengelakkan mudharat kepada manusia itu sendiri. Untuk pengetahuan, tanahlah sebenarnya memainkan peranan untuk membunuh parasit atau mikrob yang berbahaya. Dan Insya-Allah, saya akan berkongsikannya pada masa yang akan datang.

Semoga ilmu yang kita ada mendapat keberkatan daripada Allah untuk menambahkan keimanan dan mendekatkan diri kepadaNya Insya-Allah. Sekian buat masa ini.

Terima Kasih.

MINDA INSAN-Info Ditambah, Minda bercambah.


Spesies katak terkecil dunia di Sarawak?

Michrophyla nepenthicola di hujung mata pensel.
Salam para pembaca Minda Insan yang dirahmati sekalian. Sedang berada dalam kuliah, seorang pensyarah telah menyampaikan mengenai suatu info. Jadi pada kali ini, saya ingin berkongsikan mengenai satu penemuan yang terkini hasil kajian yang dibuat oleh beberapa penyelidik daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang mana baru-baru ini. Kajian mereka di kawasan hutan Borneo telah menemui suatu penemuan yang amat menakjubkan di kawasan Dunia Lama iaitu spesies katak bersaiz kacang pea. Dikenali sebagai spesies Microphyla nepenthicola seperti dalam gambar.

Katak ini telah ditemui di dalam dan kawasan sekitar tumbuhan spesies periuk kera di Taman Negara Kubah, Sarawak iaitu di kawasan hutan hujan tropika Malaysia yang berada di dalam kepulauan Borneo yang mana terletaknya Brunei, Indonesia dan Malaysia. Spesies baru ini yang telah diumumkan pada Rabu 25 Ogos 2010 lalu, dipercayai ianya tidak pernah dijumpai manusia lebih daripada beberapa abad.




Lihatlah saiz sebenar katak ini jika dibandingkan dengan saiz duit syiling.
Indraneil Das seorang penyelidik dalam bidang herpetologi Universiti Malaysia Sarawak yang menemuinya menyebut bahawa spesies katak ini disangkakan adalah peringkat juvanil (remaja) bagi spesies lain. Namun, sangkaannya itu tidak tepat kerana ia telahpun menjadi dewasa pada peringkat tersebut dalam penemuan terbarunya dalam mikrospesies ini.

Simbiosis dengan spesies periuk kera.
Saintis juga menyatakan bahawa, spesies katak bersaiz pea ini mendapat nama daripada tumbuhan di mana amfibia ini dapat hidup iaitu Nepenthes ampullaria spesies periuk kera yang berbentuk globe dan tumbuh di kawasan hutan hujan yang berkeadaan redup. Pada waktu senja, biasanya katak jantan akan berkumpul di kawasan berdekatan periuk kera dan mengeluarkan bunyi untuk memikat katak betina, yang mana keadaan ini boleh berlarutan sehingga beberapa jam lamanya.

Menurutnya saintis, mereka yakin bahawa katak tersebut adalah spesies baru kerana hanya katak dewasa sahaja yang boleh mengeluarkan bunyi dan ianya bukanlah daripada katak remaja daripada spesies lain seperti yang disangkakan pada awalnya.

Berudu yang bersaiz kecil bagi spesies baru ini hidup di dalam periuk kera di Borneo. Katak betina akan menghasilkan telurnya di bahagian tumbuhan dan berudu akan hidup di dalam air yang terperangkap di dalam periuk kera tersebut.

Berudu hidup di dalam periuk kera.
Bagi spesies baru ini, merujuk kepada kumpulan katak yang kecil dipanggil 'microphylids'. Secara kasarnya, 30 spesies 'microphylids' diketahui dan kebanyakkannya spesies kecil Asian adalah katak pokok. 'Microphylids' dewasa biasanya memakan serangga yang masih berada dalam peringkat kecil, lalat kecil atau serangga yang sangat kecil seperti semut.

Saintis juga telah mengukur saiz katak peringkat remaja Microphyla nepenthicola yang mana masih belum mempunyai ekor. Kebanyakkan katak dan amfibia di seluruh dunia telah pupus akibat kehilangan habitat, penyakit dan perubahan iklim. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada spesies baru ini akan terancam, tetapi habitat hutan hujan ini sedang mengalami penerokaan untuk mendapatkan kayu dan penanaman kelapa sawit.
Anak katak yang diukur saiznya.

Saya juga perpendapat, sebenarnya dunia kita ini masih lagi mempunyai pelbagai spesies hidupan yang masih belum kita temui terutamanya di kawasan hutan yang masih belum diterokai atau diganggu ekosistemnya sehingga ke hari ini. Allah juga telah menjadikan kepelbagaian spesies ini untuk kita sebagai makhluk yang berakal di bumi ini supaya memikirkan  setiap kejadiannya. Namun, pada ketika ini juga sebenarnya banyak juga kajian dan penyelidikan berkaitan hidupan yang ada khususnya dalam alam flora dan fauna yang mana menyumbang kepada kepelbagaian hidupan di bumi ini.

Sekian, perkongsian buat masa ini untuk semua para pembaca sekalian. Insya-Allah, saya akan sentiasa berkongsikan info-info menarik mengenai alam hidupan flora dan fauna yang dikaji para saintis di seluruh dunia. Terima kasih.


MINDA INSAN - Info ditambah, Minda bercambah.

Rujukan :
http://www.mapress.com/zootaxa/2010/f/z02571p052f.pdf
http://news.nationalgeographic.com/news/2010/08/photogalleries/100825-new-species-pea-size-frog-science-pictures/#/borneo-tiny-pea-sized-frog-pitcher-plant_25010_600x450.jpg
http://news.nationalgeographic.com/news/2010/08/photogalleries/100825-new-species-pea-size-frog-science-pictures/#/borneo-tiny-pea-sized-frog-tadpoles-pitcher-plant_25012_600x450.jpg
http://news.nationalgeographic.com/news/2010/08/photogalleries/100825-new-species-pea-size-frog-science-pictures/#/borneo-tiny-pea-sized-frog-tadpole-ruler_25011_600x450.jpg

Bila ada Mamee Sllrrrp! (Part akhir)

Pergh... Nak tengok bagaimana Mamee Sllrrrp boleh dinikmati walaupun telah kembang? hehee... Rezeki jangan ditolak...



Alhamdulillah... kenyang juga dengan Mamee Sllrrrp nie...

Pengajaran :
1. Kalau lapar tu, nak cepat makan, pilihlah Mamee sllrrrp. Macam-macam perasa ada.
2. Kalau dah kenyang tu, syukurlah... Alhamdullilah...
3. Tapi jangan lupa basuh bekas tu, nanti tak dapat nak makan Mamee Sllrrrp lagi, sebab bekas tak ada... hehee.. :D

Bil Cool UniPack Julai dan Ogos 2010

Salam semua para pembaca Minda Insan yang dikasihi. Pada kali ini, saya tidak lupa untuk memberitahu kemaskini terkini info mengenai pakej Cool UniPack yang telah dilanggan bermula 22 Jun 2010 pengaktifannya. Dengan pakej minimum 386kps, kini telah masuk bulan ketiga pakej ini dilanggan. Jadi, seperti yang dijanjikan dahulu, saya ingin menunjukkan bil bulanan yang telah diterima seperti yang tertera di bawah :-





Bil pertama yang dikeluarkan pada 23 Julai 2010



Bil kedua yang dikeluarkan pada 24 Ogos 2010



Bagaimanapun, berikut adalah adjusment yang dilakukan untuk bil-bil tersebut :-


Jadi, mengikut bil tersebut, saya hanya perlu membayar RM38 setiap bulan untuk pakej asas Cool UniPack yang dilanggan. Bil yang pertama, menunjukkan saya perlu membayar sebanyak RM76. Bil ini mencakupi bayaran untuk bulan pertama dan kedua masing-masing untuk bulan 7 dan bulan 8. Oleh itu, untuk bulan berikutnya, setiap bulan akan dikenakan bayaran sebanyak RM38 bermula bil bulan september. 

Di sini, saya juga ingin memberitahu bahawa, pengguna Cool Unipack ini tiada langsung dikenakan sebarang bayaran lain melainkan hanya dikenakan RM38, iaitu bermula daripada pengaktifan akaun (pemasangan streamyx) sehinggalah ke bulan seterusnya. Segala pemasangan, pendaftaran atau bayaran permulaan Tidak dikenakan. Itulah info yang saya perolehi dan telah pun saya lalui proses-proses tersebut tanpa sebarang masalah setakat ini.

Untuk pengetahuan para pembaca, bil ini juga boleh didapati di laman web TMbill. Ini bagi memudahkan urusan-urusan berkaitan dengan streamyx dan sebagainya. Saudara pembaca juga boleh mendapatkan panduan-panduan streamyx di laman ini. Semoga, info yang saya sampaikan ini dapat membantu sedikit sebanyak persoalan para pembaca sekalian. Insya-Allah. Sampai di sini dahulu info mengenai Streamyx Cool UniPack yang dapat saya kongsikan bersama-sama. Sekian, terima kasih.

MINDA INSAN- Info ditambah, Minda bercambah.

Bila ada Mamee Sllrrrp! (part2)

Hah... nie masa Mamee Sllrrrp dah masak... So, sampai kembang la plak mamee nie, dah macam mamee goreng pulak... Tapi nak buat macam mana, teruskan je la... Haha... simple video diambil...



Pengajaran :
1. Nak masak mamee tu, jangan tinggal lama-lama.
2. Kalau dah kembang tu, makan je la.


Ok... saksikan part 3 nanti. Mula merasakan keenakkannya.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang