Assalamualaikum, anda mempunyai telefon Pintar? Saya mahu kongsikan aplikasi yang sangat berguna untuk selamatkan anda ketika dalam bahaya jenayah. Aplikasi tersebut dinamakan MyDistress. Apakah fungsinya? Secara mudahnya, apabila berlaku salah satu rintangan ketika meminta bantuan itu sebenarnya adalah halangan komunikasi.
- Ketika berada di luar, kadang kala kita tidak pasti lokasi kita berada.Hal ini menimbulkan masalah ketika bantuan hendak dihantar.
- Apabila berlakunya situasi seperti penculikan, di mana anda tidak dapat bercakap atau menunjukkan isyarat, anda akan gagal untuk memaklumkan kepada pasukan penyelamat dengan berkesan.
- Ketika dalam keadaan cemas,komunikasi seringkali menjadi tidak jelas lantaran trauma yang di hadapi.
Namun begitu,dengan menggunakan MyDistress, anda dapat memaklumkan kepada pasukan penyelamat, dengan hanya satu klik.
Tetapi,Kenapa MyDistress Hari ini, jika kita ingin mendapatkan bantuan pihak polis, kita perlu mendail 999 untuk memberikan maklumat dan lokasi. Selalunya, keadaan menjadi sukar untuk memberitahu lokasi kerana berada dalam keadaan yang tertekan atau ketidakpastian tentang lokasi kejadian.
Dalam keadaan yang terdesak, sukar untuk kita bercakap untuk meminta bantuan kerana bimbang akan keselamatan diri.
Justeru, satu penyelesaian diperlukan untuk memudahkan proses ini dan menentukan lokasi dengan tepat.
Tekan HELP dengan bertanggungjawab berwibawa
Apabila berada di luar bangunan, dalam keadaan yang terancam dan perlukan bantuan kecemasan, gunakan PERSONAL ALERT untuk mendapatkan bantuan.
PERSONAL ALERT dapat mengesan pergerakan anda.
Apabila berada di dalam bangunan, gunakan PRESET LOCATION ALERT untuk mendaftarkan lokasi anda yang mungkin terdedah kepada bahaya.
Jika anda tidak berada di lokasi pratetap anda, dan bantuan diperlukan pada lokasi yang telah ditetapkan, PRESET LOCATION ALERT akan mengeluarkan isyarat bahawa bantuan yang diperlukan adalah di lokasi pratetap dan bukan di lokasi semasa anda.
Mari Kita Lihat Bagaimana Senario yang boleh menggunakan Aplikasi MyDistress ini:-
Apabila berada di luar bangunan, dalam keadaan yang terancam dan perlukan bantuan kecemasan, gunakan PERSONAL ALERT untuk mendapatkan bantuan. |
PERSONAL ALERT dapat mengesan pergerakan anda. |
Apabila berada di dalam bangunan, gunakan PRESET LOCATION ALERT untuk mendaftarkan lokasi anda yang mungkin terdedah kepada bahaya. |
Cara Untuk Muat Turun
- Muat Turun Aplikasi MyDistress
- Buka pelayar internet di dalam telefon anda,dan taip alamat dan Download mengikut jenis perisian yang anda gunakan di sini http://mydistress.net/muat-turun.html
- Pilih jenis Panduan mengikut OS Telefon Bimbit yang anda gunakan sama ada iPhone/Android atau Blackberry/J2ME dengan klik gambar di bawah:-
Soalan Lazim Mengenai MyDistress.
- Bagaimanakah jika saya mempunyai 2 telefon?
- Anda boleh mendaftarkan
MyDistress untuk kedua-dua telefon tersebut kerana perkhidmatan ini
terikat kepada nombor telefon yang didaftarkan.
- Bagaimanakah jika saya menukar telefon tetapi masih
menggunakan Kad SIM yang sama.
- Daftarkan MyDistress
menggunakan telefon baru anda dengan Kad SIM yang sama kerana
perkhidmatan ini terikat dengan nombor telefon anda.
- Bagaimanakah jika saya kehilangan telefon dan
mendapatkan telefon yang baru beserta Kad SIM yang baru tetapi nombor
telefon yang sama?
- Daftarkan MyDistress
menggunakan telefon yang baru anda dengan Kad SIM yang baru kerana
perkhidmatan ini terikat dengan nombor telefon anda.
- Bagaimanakah jika saya menamatkan penggunaan nombor
lama saya dan memasukkan Kad SIM yang baru?
- Hantarkan email kepada
info@mydistress.net dan nyatakan bahawa anda telah bertukar kepada
nombor telefon yang baru untuk mengemaskini maklumat anda.
- Adakah semua pergerakan saya dikesan oleh pihak polis?
- Tidak, kami menghormati
privasi anda dan kami tidak akan mengesan lokasi / pergerakan anda jika
anda tidak menghidupkan MyDistress.
- Jika saya kehilangan telefon saya, bolehkah ia dikesan?
- Tidak, kami tidak boleh
mengesan telefon anda yang hilang sebagaimana kami tidak mengesan lokasi
anda melainkan MyDistress dihidupkan.
- Bagaimanakah jika telefon saya kehabisan bateri?
- Jika anda kehabisan bateri,
anda tidak akan dapat menghidupkan aplikasi MyDistress.
- Jika anda kehabisan bateri
dalam keadaan SOS, kami hanya mengesan lokasi terakhir anda sebelum
bateri tersebut habis.
- Dalam situasi apakah saya boleh menggunakan MyDistress?
- Penggunaan My Distress hanya
semasa kecemasan. Kecemasan adalah apabila berlakunya jenayah, seseorang
yang disyaki melakukan jenayah ada berdekatan, seseorang cedera, diugut
atau dalam bahaya.
- Mengapa saya perlu untuk memberikan gambar saya?
(Pengguna iPhone & Android sahaja)
- Dengan memberikan gambar, ia
dapat membantu anggota polis yang dihantar ke lokasi untuk mengenalpasti
anda dengan lebih mudah.
- Bagaimanakah jika saya tidak mempunyai akaun email?
- Jika anda tidak mempunyai
akaun emel, sila berikan nama anda di ruangan email dalam profil
aplikasi.
- Apakah yang akan berlaku jika saya tidak mempunyai
sambungan ke rangkaian apabila saya menekan SOS MyDistress?
- Anda hanya perlu menekan ON
SOS sekali sahaja, MyDistress akan terus menghantar isyarat dan akan
disambung secara automatik apabila anda mendapat sambungan ke rangkaian.
- Apakah tindakan yang perlu saya lakukan apabila pihak
polis tiba di tempat saya?
- Apabila pihak polis tiba
untuk membantu anda, tamatkan permintaan SOS dengan "OFF SOS"
untuk menamatkan MyDistress.
- Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk perkhidmatan
ini?
- Yuran perkhidmatan sebanyak
RM2/bulan berkuatkuasa pada Jan 2012.
- Caj syarikat telekomunikasi
mungkin dikenakan pada penggunaan data.
- PDRM tidak menerima sebarang
keuntungan dari MyDistress, segala caj yang dikenakan akan disalurkan
untuk penyelenggaraan sistem dan penambahbaikan MyDistress.
- Akan akan berlaku jika saya tidak berada di dalam
kawasan Selangor
- Buat masa ini, MyDistress
hanya disokong di dalam kawasan Selangor memandangkan ini adalah
inisiatif PDRM Selangor. Jika anda di luar kawasan Selangor, isyarat
MyDistress tidak dapat disalurkan dan anda akan melihat mesej ralat.
- Bolehkah saya mendaftarkan harta benda yang bukan di
dalam kawasan Selangor?
- Tidak, anda hanya boleh
mendaftar untuk harta benda di dalam kawasan Selangor sahaja.
- 16. Jika saya tidak berada di dalam kawasan Selangor
tetapi harta benda saya di dalam kawasan Selangor,adakah saya masih boleh
menggunakan MyDistress untuk menghantar isyarat kecemasan?
- Ya, asalkan lokasi yang
memerlukan bantuan tersebut berada di dalam kawasan Selangor, kami akan
menghantar bantuan Polis ke lokasi tersebut.
- Bolehkah MyDistress mengesan saya jika saya berada di
dalam bangunan?
- Untuk kegunaan di dalam
bangunan, kami mencadangkan supaya anda menggunakan 'Preset Location
Alert' dengan membuat ketetapan lokasi anda kerana Cip GPS di dalam
sesetengah telefon bimbit adalah kurang baik.
- Bolehkah MyDistress mengesan di tingkat berapakah
lokasi saya di dalam sebuah bangunan tinggi?
- Tidak. Perkhidmatan sedia ada
sekarang hanya dapat mengesan koordinat longitude dan latitude sahaja.
Anda perlu memasukkan maklumat di tingkat berapa anda berada dalam
"Preset Location Alert" untuk bangunan tinggi.
- Bagaimanakah jika saya menghidupkan SOS MyDistress
secara tidak sengaja?
- Batalkan dengan menekan
butang "Off SOS" dengan serta merta.
- Bagaimanakah hendak membatalkan MyDistress?
- Tekan butang "Off
SOS" untuk membatalkan.
- Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan kembali
perkhidmatan ini sekiranya perkhidmatan saya digantung?
- Anda perlu membuat rayuan
kepada pihak PDRM melalui info@mydistress.net untuk mengaktifkan
semula akaun anda.
Sumber: http://mydistress.net/
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.