HALAMAN UTAMA

Boleh ke, 'menyimen' motosikal? Serius ni!

Alhamdulillah, sudah lebih enam bulan bersama si CT. Adakah si CT telah berjaya memberikan kepuasan? Apakah yang diperolehi bersama si CT? Wah~ banyak ye persoalan bersama CT ni. Hehe... Tak mengapalah, saya sebagai seorang rakyat Malaysia berbangga dengan CT. "Ala, barang buatan Malaysia ni bukan berkualiti pun", "Tak baguslah barang Malaysia ni, amik yang ni la, bagus, tahan lama", "Malaysia ni tak reti buat barang yang bagus-bagus la". Begitulah antara kenyataan-kenyataan yang biasa dikeluarkan oleh segelintir rakyat Malaysia.

Kenyataan begitu sering kali kedengaran apabila ingin membeli produk buatan Malaysia. Namun, kadang-kala ada benarnya juga kenyataan tersebut, tetapi tidak semuanya begitu, dan ada juga perubahan yang telah dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan produk buatan Malaysia dapat terus bersaing dan setanding dengan produk luar negara. Pada saya, Malaysia pun apa kurang hebatnya dengan negara-negara lain. Sebenarnya, saya tidaklah berniat untuk berbincang mengenai produk Malaysia secara keseluruhannya. Tetapi, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak dengan apa yang saya dapat sepanjang bersama si CT110 ni.


Saya sebenarnya langsung tidak tahu apa-apa dalam dunia motosikal ni sebab pertama kali memiliki motosikal sendiri. Jadi, nak tak nak, kenalah ambil tahu sedikit sebanyak mengenai motosikal ni. Baru-baru ni, si CT WTJ ni ada masalah pada besi pemegang box. Oleh sebab kebimbangan dengan keadaannya yang mungkin boleh menjadi lebih teruk, saya menghantarkannya ke kedai untuk diperiksa masalah tersebut. Selepas diperiksa, diberitahu bahawa penyambung besi untuk pemegang skru box telah pun berlaku keretakan dan menyebabkan ianya tidak dapat menampung bebanan lagi.

Jadi, disyorkan supaya si CT ni, di'simen' (welding la) di tempat tersebut untuk membaiki pemegang tersebut supaya terus dapat menahan bebanan yang dibawa. Nak tak nak kena la buat juga, sebab box tu satu keperluan juga kan. Penyelesaian seterusnya bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berulang ialah dengan menukar besi pemegang box tersebut kepada yang pemegang box yang memegang pada besi absober supaya ianya lebih kuat untuk menahan bebanan. Apa pun, terpaksalah saya mengeluarkan sedikit kos bagi memastikan CT WTJ terus berada dalam keadaan yang baik.


 Masalah pada pemegang skru box.


 Keretakan sebelah kanan pemegang.


 Keretakan pada sebelah kiri pemegang.

 
 Keretakan yang disebabkan pemasangan box.
 

 Pandangan daripada bawah sebelah kanan pemegang.


Pandangan daripada bawah sebelah kiri pemegang.


Masalah ini, saya juga telah kemukakan kepada pihak Modenas untuk mendapatkan penjelasan mengenai pemegang skru bagi box pada produk mereka. Berikut ialah email yang saya hantar kepada pihak Modenas :-
______________________________________________________________

Feedback posted on 7/6/2010 1:51:06 PM:-
Remarks : Salam, saya ingin membuat aduan mengenai produk Modenas CT110
yang telah dibeli. Sebagai pengguna, saya sentiasa menyokong produk
Malaysia dan berbangga kerana model ini mempunyai reka bentuk yang sangat
menarik. Saya juga rasa berbangga untuk mempromosikan Motosikal produk
Modenas atas sebab kualitinya yang sangat baik.

Namun begitu, saya mula merasa ragu dan sengsi apabila mendapati beberapa
masalah yang mungkin akan timbul daripada produk ini. CT110 saya telah
mempunyai masalah selepas memasang box sebagai eksesori tambahan.

Saya mendapati penyokong box untuk CT110 tidak sesuai untuk digunakan
kerana kenipisan pada besi penyokong skru yang menyebabkannya mempunyai
keretakan yang dianggap serius kerana tidak dapat menampung box.

Untuk makluman, saya baru menggunakan box saiz medium dalam masa 5 bulan
tetapi tidak membawa muatan yang berat pun. Tetapi apabila diperiksa pada
penyokong besi selepas mendapati kelonggaran pada besi penyokong box, saya
mendapati pemegang skru tersebut telah retak hampir 60%.

Jadi sebagai pengguna CT110, saya berasakan amat terkejut juga, mengapa
ini boleh berlaku kerana belum sampai setahun pun memasang box. Yang
membuatkan lebih kecewa dan sedih apabila penjual ataupun pomen kedai pun
tidak yakin dengan produk keluaran Modenas kerana masalah kualiti.

Tidak hairanlah, mengapa apabila saya ingin membeli motosikal Modenas,
mereka tidak mencadangkan produk modenas. Kerana keadaan yang begitu rupa
yang sering berlaku masalah kepada produk Modenas. Jadi bagaimana, kita
sebagai pengguna produk Modenas mahu meyakinkan pengguna?

Bagi saya, Modenas boleh pergi jauh dengan meningkatkan tahap kualiti
produknya. Banyak perkara yang remeh perlu diambil perhatian supaya ianya
dapat bersaing dengan produk antarabangsa yang lain.

Di sini, saya ingin menyarankan supaya Modenas dapat memastikan kes
seperti ini dapat dikurangkan atau dielakkan daripada produk keluaran
untuk model-model yang akan datang.

Saya juga ingin meminta penjelasan, adakah ianya sememangnya direka untuk
motosikal yang tidak sesuai untuk memasang box? Jika ia, adakah standard
tersebut sesuai diaplikasikan dalam semua produk modenas yang mempunyai
harga yang murah? Bagaimanakah pula pembeli ingin yakin, jika terdapat
kekurangan yang menyebabkan mereka mempunyai masalah ketika
menggunakannya?

Jadi, jika ingin diulas lagi, memang banyak yang ingin diperkatakan.
Namun, harap pihak modenas dapat memberikan respon untuk mengatasi masalah
CT110 khususnya masalah box yang dipakai. Mengapa besi penyokong tersebut
terlalu nipis? Apa kata Modenas?

Sekian Terima Kasih.
Name : Farid bin Aspar
_______________________________________________________________


Tak sampai sehari email tersebut dihantar, pihak Modenas telah menghubungi saya dengan memberikan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Namun, saya telah terlebih dahulu menyelesaikan masalah tersebut. Jadi, apa yang dijelaskan pihak mereka, CT ni perlu kepada pemegang box yang di bahagian bawah untuk memastikan ianya lebih berada dalam keadaaan baik. Mungkin satu perkara yang pihak mereka terlepas pandang dengan reka bentuk CT.
Pada pandangan saya, motosikal tempatan juga perlu mempunyai satu ciri-ciri motosikal yang sangat fleksibel yang mana reka bentuknya perlulah tahan kepada keadaan yang biasa dilakukan oleh pengguna motosikal Malaysia. Oleh kerana, pelbagai latar belakang pengguna motosikal di Malaysia yang mungkin ingin menambah eksesori sebagai tambahan kepada motosikal mereka. Jadi, jika produk tersebut tidak fleksibel, maka ia akan memberikan masalah dan menyebabkan penggunaan motosikal akan menjadi terbatas penggunaannya kepada sesuatu kegunaan sahaja oleh kerana kelemahan yang ada.

Namun, dengan penjelasan dan respon yang diberikan pihak Modenas yang bersedia untuk menyelesaikan masalah yang timbul pada produk mereka, amat melegakan saya dan dalam masa yang sama, mereka perlu lebih teliti dengan kualiti produk yang dihasilkan. Jika mereka terus berusaha gigih dengan meningkatkan kualiti produk mereka, maka hasilnya akan lebih baik lagi pada masa akan datang. Insya-Allah.

Jadi, sebagai pengguna CT110, saya mengesyorkan juga kepada pengguna yang ingin memasang box agar menggunakan pemegang box seperti yang saya pakai sekarang. Hal ini, bagi mengelakkan masalah yang telah berlaku kepada saya tidak berlaku kepada anda. Kelemahan pada CT110 ini dapat diatasi dengan pemilihan pemegang besi yang lebih sesuai dengan reka bentuknya. Jika digunakan pemegang hanya pada besi penyokong dibelakang, kemungkinan ia akan menimbulkan masalah di masa yang akan datang kelak.

Keadaan selepas di'simen (dipatri/welding).


Besi pemegang baru yang dipasang memegang satu di bahagian tersebut.


Wajah pemegang box baru yang telah siap dipasang.


CT WTJ selepas dicuci.


Jadi, pada saya, setiap masalah atau kekurangan yang ada pada produk-produk Malaysia lebih baik dirujuk atau dimaklumkan kepada mereka. Sekurang-kurangnya, kita sebagai rakyat Malaysia juga bertanggungjawab dan perlu membantu untuk meningkatkan lagi kualiti produk Malaysia. Jika kita tidak bertindak untuk merujuk dan meminta penjelasan, berkemungkinan mereka tidak sedar atau terlepas pandang perkara ini. Mereka juga perlu bertindak proaktif bagi memastikan kualiti terus dipertingkatkan di masa akan datang. Siapa lagi yang akan menyokong produk Malaysia, jika bukan kita sendiri.

Saya akan sentiasa berada di belakang produk-produk buatan Malaysia selagi mana mereka mempunyai dasar yang akan sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada dan sentiasa mengutamakan kulaiti daripada kuantiti yang dihasilkan. Insya-Allah. Inilah salah satu cara untuk Malaysia mengukuhkan ekonomi sendiri daripada bergantung kepada negara-negara lain, seolah-olah kita memerlukan mereka untuk terus membangun dan maju. Kritikan tanpa tindakan kita sendiri, seolah-olah memberikan senjata kepada musuh, yang mana pada bila-bila masa sahaja mereka boleh 'membunuh' kita apabila mereka mempunyai kuasa barangan. Jadi Utamakanlah barangan Buatan Malaysia.

Jom Join :-

Sekian, Terima Kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Bila ada Mamee Sllrrrp! (Part 1)

Salam pembaca sekalian. Kali ini, sekadar berkongsikan suatu keadaan dimana, apabila kita lapar, Mamee Sllrrrp pun jalan da. Tak kiralah, sama ada siang atau malam atau pagi, asal ada je Mamee Sllrrrp, rembat sajalah. Heheee... Jadi, ringkas sahaja buat pertama kali ini. Dimana inilah keadaannya bila dah lapar sangat. Bahagian pertama. Layan rakaman spontan ini... Heheee...


Pengajaran di sini :
1. Kalau perut dah lapar, jangan tahan-tahan. Apa yang ada, kita makan.
2. Berhati-hati 'berurusan' dengan air panas, malang tidak berbau.
3. Nak makan lebih elok duduk baik-baik.
4. Kita perlu sentiasa berfikiran kreatif dalam apa keadaan sekali pun.

Sekian sahaja bahagian pertama, nantikan bahagian seterusnya...
Terima Kasih...

MINDA INSAN - Info ditambah, Minda Bercambah.

Kos Anda diiktiraf JPA?

Salam sejahtera semua pembaca sekalian, Adakah kos anda ambil atau yang anda belajar mendapat pengiktirafan daripada JPA? Jika tak pasti, pada kali ini saya ingin berkongsikan satu laman sensawang (Laman Web) yang membolehkan kita memastikan sama ada kos yang ditawarkan IPTA atau IPTS tersebut mendapat pengiktirafan atau tidak.

Terima kasih kepada saudara Mohd Ruzaini Rabi'i yang telah bersama berkongsi laman tersebut. Alhamdulillah, menurut Sistem Pengiktirafan Kelayakan (eSISRAF), 9 Kos Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam telah pun diiktiraf. Jadi, alhamdulillah.





 Semakan dibuat untuk Kos Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam.


Kepada Saudara pembaca yang ingin melihat atau menyemak kos yang diambil silalah ke laman web eSISRAF-Sistem Pengiktirafan Kelayakan.



Sekian, Terima Kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Teknik rompak Masjid Terbaru?

Setiap minggu ada sahaja 'chewing gum' (gula-gula getah) pada duit derma di dalam tabung masjid kata Seorang bendahari Masjid Damansara Damai. Beliau yang sentiasa memeriksa tabung-tabung di masjid berkenaan berasa sangat bimbang dengan keadaan sebegitu. Mana tidaknya, tabung yang disediakan untuk para penderma memberi sumbangan mereka sering kali menjadi mangsa kerakusan makhluk Allah yang tidak diketahui dari mana datangnya.

Saya juga ditunjukkan dengan gula-gula getah yang digunakan sebagai medium mengeluarkan wang daripada tabung tersebut. Gula-gula getah tersebut masih lagi melekat pada wang yang berada di dalam tabung tersebut. Sungguh mengujakan apabila melihat kaedah yang digunakan mereka yang seolah-olah telah mengetahui selok-belok mendapatkan wang daripada tabung-tabung masjid. Amat menyusahkan orang lain bila kiraan duit derma dikira dan ingin dibankkan. Kalau sudah melekat-lekat, bagaimana mahu mudahkan kerja? Kesian la pada bendahari masjid, kesian juga pegawai bank, sebab susah nak kira duit-duit yang melekat-lekat. Tak gitu?


Lihatlah, bagaimana gula-gula tersebut melekat pada wang derma. Menyusahkan bukan?

Bertapa susahnya ingin membersihkan wang yang telah melekat dengan gula-gula getah.

Menyukarkan proses pengiraan wang dan penyimpanan di bank.


Wang yang telah diambil daripada tabung masjid tersebut.


Apa yang dapat saya perhatikan, di masjid tersebut terdapat lebih kurang tujuh jenis tabung yang diletakkan dengan tujuan yang berlainan, termasuk tabung anak yatim. Walaupun, tabung ianya kecil, namun ianya tetap kepunyaan anak yatim.
"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)." Surah An-nisa' (Ayat 10).

Bukan sahaja harta anak yatim, tetapi juga harta orang ramai. Walaubagaimanapun, pihak masjid juga perlu juga memikirkan cara yang lebih efektif untuk memastikan perkara ini dapat dicegah dengan lebih berkesan. Mereka boleh juga mengubahsuai tabung berkenaan supaya taktik menggunakan gula-gula getah dapat diatasi. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah dengan membuat corong di bawah lubang tabung tersebut, agar dapat menyukarkan makhluk Allah tersebut untuk mengorek tabung tersebut.

Struktur dalam tabung yang perlu diubah suai bagi mengelakkan taktik ini tidak dapat digunakan lagi.

Saya sebenarnya tergerak hati untuk berkongsikan dengan saudara pembaca sekalian, iaitu bagaimanakah mereka dapat mengambil wang derma dengan teknik tersebut yang mana mungkin juga dilakukan di masjid atau surau di tempat saudara tinggal atau pun saudara sendiri pernah terjumpa dengan situasi ini. Hal ini, agar kita semua dapat mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada kecurian berlaku pada tabung derma kita.

Mungkin ada juga masjid-masjid atau surau-surau yang mempunyai cara yang lebih efektif, boleh juga dikongsikan bersama di sini. Insya-Allah untuk kebaikkan bersama dalam mencegah kecurian duit derma di masjid. Sebagai masyarakt yang prihatin juga, hendaklah kita juga berperanan membanteras mereka yang ingin melakukan jenayah ke atas harta orang ramai. Insya-Allah, ianya akan dipermudahkan Allah. Amin.

Sekian, Terima Kasih.

Lihat juga TEKNIK ROMPAKKAN MELALUI TELEFON

Info Ditambah, Minda Bercambah.

Duit MYR dari Youthsays Dibayar

Selepas hampir dua bulan meng'cash out' duit Malaysia Ringgit (MYR) daripada Laman Youthsays Malaysia, akhirnya pada petang 8 Julai 2010, duit tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya sebanyak MYR 63.00. Sebelum duit tersebut di bank-in ke akaun saya, dua email dihantar. Email pertama meminta untuk pengesahan cara pemberian intensif, sama ada melalui cek atau pun transfer ke dalam akaun bank anda. Manakala email kedua pula memberitahu bahawa, pemindahan wang ke akaun bank anda telah dilakukan dan selain daripada Maybank, akan mengambil masa dua hari berkerja untuk dimasukkan ke dalam akaun.



Email yang pertama :-



Email yang kedua :-



Jumlah yang telah dimasukkan ke dalam akaun saya :-


Walaubagaimanapun, ini bukan bermakna kita boleh sewenang-wenangnya menghantar iklan kepada orang lain secara yang melampau. Hal ini kerana ia boleh dianggap mengganggu orang lain dan boleh dilaporkan sebagai SPAM. Jika anda dilaporkan sebagai SPAM, anda boleh dihalang untuk mendapat MYR tersebut. Maka, sia-sialah usaha anda.

Untuk pengetahuan anda, saya telah hampir dua tahun menyertai Youthsays, yang dahulunya adalah Laman yang memberikan MYR kepada ahlinya dengan memberikan survey daripada syarikat-syarikat yang menawarkan sejumlah wang kepada respondennya. Daripada MYR 0.10 sehinggalah MYR 2.50 kalau tidak salah. Itu beberapa bulan yang lalu. Namun, pada awal tahun ini, YouthSays telah mengorak langkah dengan beberapa aplikasi yang baru untuk kegunaan ahli Youthsays.



Oleh itu, pelbagai iklan yang ditawarkan kepada ahli youthsays untuk dipromosikan dengan bayaran MYR 0.20 setiap unik klik. Oleh yang demikian, kini Youthsays memberikan lagi pelbagai langkah-langkah kepada ahlinya bagaimana mereka boleh mempromosikan iklan tersebut. Walaubagaimanapun, survey juga masih lagi ada untuk dijawab ahli-ahli yang layak mengikut kategori. Mereka yang menjawab survey ini akan dibayar dengan MYR yang berbeza mengikut survey.

Namun, perlu juga diberi perhatian, bahawa survey tersebut biasanya terhad kepada sejumlah responden sahaja. Oleh itu, siapa cepat dialah yang akan dapat. Survey tersebut biasanya akan dihantar melalui email dan perlu dijawab oleh segera. Bagi yang belum dan ingin mendaftar sebagai ahli Youthsays, anda amatlah dialu-alukan dengan menekan gambar berikut.Untuk pengetahuan, sehingga waktu saya menaip entri ini seramai 240 119 orang ahli telah menyertainya. Jadi sertailah sekarang.



Mudah sahaja, hanya memasukkan email anda, dan aktifkan melalui akaun email dan kemaskini profil anda, seterusnya pergi ke advertising untuk mempromosikan iklan tersebut. Perlu diingat, anda tidak dibenarkan melanggar peraturan dan syarat-syarat yang dikenakan ketika membuat promosi.   





Sekian itu dahulu, bagi yang telah meng'cash-out' nantikan sahaja email daripada pihak Youthsays kepada anda. Insha-Allah, ada. Satu lagi, perkara penting, pastikan juga anda sentiasa memeriksa bahagian SPAM, kerana takut-takut email untuk pengesahan itu dihantar ke kotak SPAM. Sebab, saya pun mendapat email tersebut didalam kotak SPAM. Jika anda abaikan email tersebut, Berkemungkinan, pemberian MYR kepda anda akan mempunyai masalah kerana tidak mendapat respon daripada anda.

UNTUK DAFTAR YOUTHSAYS KLIK SINI

BISNESS TOPUP... Tengok sekali ye...


Sekian, Terima Kasih.

MINDA INSAN : Info ditambah, Minda Bercambah.

Sedekah atau tolong?

Mendengar suara memberi salam, lantas aku membuka pintu. Terlihat seorang perempuan muda yang memperkenalkan dia ialah seorang pelajar IPT daripada salah sebuah Politeknik di Utara. Kemudian memberitahu bahawa dia mahu menjual barangan kraftangan yang bertujuan untuk melanjutkan pelajarannya di sana, seperti key-chain dan sebagainya. Jadi aku pun melihat barangannya yang dijual dengan harga RM10 untuk 3 barang.

Aku pun berkata dalam hati, nak beli RM10 dapat barang, nanti tak guna pulak barang-barang ni. "Takpelah dik, kejap ek", aku ke bilik mengambil sekeping not. Lalu aku menghulurkan not tersebut kepada perempuan yang berasal daripada Sarawak itu. Dia terpinga-pinga dan berkata "Apa ni?" melihat not RM5 yang aku hulurkan.  "Ambillah, saya bagi je", kataku. "Takpelah bang, abang simpan je la duit nie untuk adik-adik abang", katanya emosi sedikit dan pergi begitu sahaja dengan memberi salam.



Aku teringat juga seperti dalam sebuah cerita drama di televisyen yang mana seorang kanak-kanak menjual kuih, tetapi tidak menerima duit sahaja jika kuihnya tidak dibeli. Lantas, mereka yang mahu membantunya membeli kesemua kuih tersebut. Tapi, itu kuih, boleh makan kalau beli banyak. Tapi ni barang kraftangan, yang ada kat umah ni pon tak terpakai rasanya. Hehee...

Pelik bercampur hairan, niatku hendak membantu jer, taknak la beli barang, nanti membazir je. Aku pun faham la, dia bukan nak mintak sedekah. Tapi apalah salahnya, kalau aku nak membantu sahaja. Tak hina pun, kalau orang nak bagi bantuan, terima je la. Syukur, Alhamdulillah. Dan yang aku faham, seolah-olah dia mahu RM10 jer. RM 5 tak nak plak. Adehh~...

Selalu aku terfikir, apa salahnya kita membantu sedikit orang nak belajar kan. Tapi, yang aku terfikir pulak, kenapa tak mintak bantuan PTPTN ke, zakat ke, atau cuba cara lain? Tapi, mungkin mahu berdikari kot. Itulah, kalau betul-betul nak belajar, tentu ada jalan.

Yang aku teringat dan rasa lucu sedikit peristiwa ini ialah kata-katanya "Takpelah abang, abang simpan je duit tu untuk adik-adik abang nanti". Aik, apa kaitannya? Takkanlah adik aku nak guna RM5 je. Aku pun tak keje lagi kan... Adeh~... baik dia suruh aku guna wat makan kat kolej jer... Hehehee.. Punyalah aku rasa macam pelik je caranya. Tak mengapalah, pada aku, orang Malaysia ni, ramai je yang murah hati untuk membantu orang susah. Cuma kadang-kadang, orang lain pulak yang amik kesempatan dengan sifat pemurahnya rakyat Malaysia nie. Aku ni dah la tak boleh tengok orang susah. Adeh~

Perkara penting :
1. Untuk berjaya, banyak cara.
2. Bantulah orang yang perlu bantuan.
3. Banyakkan bersedekah dan menolong orang. Insha-Allah, akan dimurahkan rezeki.

Sekian, terima kasih.

MINDA INSAN : Info Ditambah, Minda Bercambah.

VIRUS ke? tolong... sesape tau...

Salam saudara. Pernahkah saudara mendapat satu yang saya kira virus yang sering dihantar melalui email-email, Yahoo messenger, dan macam-macam lagi yang berbentuk link? Saya sekadar ingin berkongsi. Virus ni sering mengganggu dan kadang-kala menghantarkan pula ke email-email pengguna yang lain tanpa kita sedari. Saya sering juga mendapat virus tersebut yang dihantar melalui YM dan email. Virus yang berbentuk link itu sangat mengusarkan saya sebagai pengguna email, YM dan lain-lain perkhidmatan internet. Hal ini kerana ianya mengganggu dan secara tidak langsung menyebabkan email kita 'menyepam' atau di'spam' olehnya.


Contoh-contoh email yang diterima :-






Adakah ianya virus atau dipanggil apa? Saya mengharapkan respon pembaca blog ini untuk membantu jika tahu bagaimana mahu menghilangkannya. Setakat ini, saya sebagai penerima email berbentuk itu sahaja. Tetapi, apa yang saya pernah lihat, ianya juga boleh menyebabkan email kita menghantar secara automatik ke semua list kenalan yang kita ada. Justeru, saya ingin membantu untuk membuang virus ini daripada kenalan yang telah mendapatnya dan mendapati email mereka sering menghantar virus tersebut secara automatik.



Masalah yang saya nampak :-
1. Menghantar link-link seperti google site, blogsany dan sebagainya.
2. Mengganggu peti email atau inbox email.
3. Menyebabkan email kita melakukan SPAM tanpa kita sedari.
4. Tidak tahu bagaimana hentikan email kita melakukan SPAM atau hantar link tersebut ke kenalan kita. 



  
Saya perlukan bantuan saudara :-
1. Memberikan respon kepada post ini dengan memberikan penyelesaian, bagaimana nak atasi masalah ini daripada terus berlarutan.
2. Berkongsi, apakah punca-puncanya dan bagaimana virus itu berfungsi secara jelas jika saudara tahu.


Minta jawapan dan respon pembaca budiman. Terima Kasih.


Sekian, Terima Kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

CoolUniPack bagi laptop hp?

Kesinambungan post dulu : Nak Laptop? Utk student je...

Alhamdulillah, sampai juga laptop hp unipack yang ditunggu-tunggu selepas pemasangan streamyx selama lebih kurang sepuluh hari pagi tadi. Pengesahan tempat dan tarikh penghantaran dibuat mereka sehari sebelum penghantaran. Sebuah van Tiong Nam telah datang membuat penghantaran sebelum solat Jumaat. Aku pun ambillah laptop tersebut yang berada dalam kotak hp mini berwarna hitam seberat 2.286Kg. Beberapa surat perlu diturunkan tandatangan untuk menunjukkan bahawa kita telah menerima laptop ini dan beberapa salinan diberikan kepada penerima.

Wah, menarik ni, tak sabar nak explore mini hp nie. Tengok la panduan die sebelum aku pasang laptop ni. Jenis model laptop nie ialah HP Mini 110-3004TU. Oh pakai windows 7 starter rupanya. Tapi permulaan start laptop tu, lama sedikit perlu tunggu apabila ia sedang diformatkan untuk yang pertama kalinya. Tanpa perlu memasukkan CD, sebab tiada ruang untuknya, aku perlu mengisi segala maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran laptop tersebut.


Ianya sungguh comel, apabila digunakan seperti laptop kebanyakkan orang gunakan sekarang. Maklumlah, untuk student, jadi kapasiti Ramnya 1Gig, hardisknya 220Gig. Bolehlah untuk memudahkan aku buat kerja, aku pun tak biasa lagi dengan laptop baru ni. Pertama kali aku buat selepas dapat online :-

1. Aku terus mendownload file Rar untuk memudahkan aku membuka program yang mempunyai format tersebut.
 2. Kedua, aku download file IDM 8.15 untuk memudahkan kerja-kerja mendownload selepas ini.
 3. Mendownload Avast untuk memastikan laptop ini dilindungi dengan perisian anti virus percuma.
 4. Mendownload Firefox, untuk menggunakan browser internet yang biasa aku gunakan.
 5. Kemudian, updates file-file add on seperti flash, java dan sebagainya untuk pastikan semua paparan internet boleh dibaca dengan baik ketika menggunkannya.
 6. Menginstall software yang biasa digunakan seperti Yahoo Messenger dan sebagainya.






Setakat ini, itu la yang aku dah buat. Aku nak buat backup untuk laptop ni, tapi tak faham sangat macam mana nak buat. Aku pun nak buat partition lebih sikit. Sebab die dh buat 3 partition. 2 partition yang ada adalah recovery (12.9GB) dan HP_TOOLS (99.1GB) dengan saiz yang memang ngam-ngam untuk file tersebut. Jadi sebab aku pun ragu-ragu nak pecahkan partition c tu, maka aku biarkanlah dulu. So, aku rasa setakat tu je la basic yang aku dah buat dengan laptop mini HP UniPack ni. Siapa-siapa ada cadangan atau pun tahu apa nak dibuat pada laptop baru ni, silalah tinggalkan komen ye, semoga dapat dikongsi bersama. Insya-Allah.

Semoga anda yang belum mohon atau sedang menunggu laptop tersebut dapat gambaran awal daripada saya. Walaupun saudara pembaca sudah ada, atau belum atau sudah tahu, saya sekadar berkongsilah apa yang ada pada laptop mini pakej student ni. Jadi, selamat memanfaatkannya untuk kemudahan pembelajaran kita. Walaupun kecil dan comel, tapi banyak kegunaanya bila dimanfaatkan sepenuhnya.

Sekian, informasi daripada saya.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Daftar Pemilih, Anda Dah Layak Mengundi?

Salam pembaca yang budiman. Dah daftar sebagai pemilih? Tau tak apa yang dikatakan daftar pemilih tu? Rasanya semua dah tahu kan. Khususnya pada anak muda yang telah mencapai usia 21 tahun. Semua  yang layak wajib daftar untuk memastikan kita boleh mengundi pada pilihanraya nanti. Saya pun dah daftar dah. Masa YOUTH 10 di PWTC bulan lepas. Bukan apa saudara, kita ni dah la tak minat politik sebab nampak macam-macam dalam politik bukan? (tapi aku minat gak pasal politik ni). Walaubagaimana sekali pun kita tak ambil tahu politik, saya serulah kepada mereka yang dah layak mendaftar, supaya teruslah mendaftar. Jangan tunggu lama-lama.

Saudara pembaca pun tahu kan. Malaysia ni, negara demokrasi yang memilih pemimpin dalam pilihanraya yang dilakukan setiap lebih kurang 5 tahun sekali. Jadi, kita kenalah pilih wakil kita selagi kita berada di Malaysia. Sebab, kalau bukan kita, sapa lagi? Mengikut survey yang dilakukan saya sendiri dalam laman Youthsays yang saya lakukan, mungkin masa saya buat polls, tak ramai lagi yang join YouthSays.



Jadi dalam 509 pengundi sahaja yang mengundi, didapati hanya 162 orang sahaja yang telah mendaftar iaitu sebanyak 31% sahaja. Manakala 249 orang belum mendaftar iaitu 48%. Dan 98 orang belum cukup umur iaitu sebanyak 19%. Alangkah sedikitnya yang sedar akan kepentingan untuk mendaftar.  Jika ianya mewakili belia Malaysia, amatlah mengecewakan. Tetapi saya yakin ini hanyalah jumlah minoriti sahaja yang tidak boleh dijadikan pengukur belia di Malaysia.


Namun begitu, Saudara sekalian, sebelum itu, tahukah anda, dimanakah kita boleh mendaftar sebagai pemilih? Antaranya ialah :-

5. Pasukan Outreach SPR

Rujukan : http://www.spr.gov.my/index_files/pendaftaran_pemilih/pendaftaran_pemilih.asp

Untuk pengetahuan, saya juga telah mendaftar dan caranya amat mudah dan senang apabila tiba di mana-mana kaunter pendaftaran yang kadang-kadang dibuka di tempat-tempat karnival atau festival atau pun program-program tertentu, Caranya ialah :-

1. Isi borang dan berikan Kad pengenalan untuk disemak dan dibuat salinan.
2. Tandatangan pada borang.
3. Dapatkan salinan untuk rujukan jika berlaku apa-apa masalah.

Apa yang dimaklumkan, kelulusan untuk diluludkan permohonan adalah selama 6 bulan. Lama tak? lama kan? Jadi dia minta untuk menyemak nama tersebut di laman web SPR lepas tempoh tersebut. Jadi, saudara perlu segeralah mendaftar untuk mengelakkan tidak layak mengundi pada pilihanraya yang terdekat nanti. Kepada yang belum layak, sabar ye. Sebab akan sampai masa anda daftar, cepat-cepatlah daftar. Jadi siapa-siapa yang ingin menyemak, sila ke SEMAK NAMA ANDA .

Saya sangat bimbang, mungkin sebab faktor berpolitik sekarang pemuda Malaysia hari ini tidak minat untuk mengambil bahagian dalam politik. Pada saya, kita perlulah sentiasa mengambil tahu masalah di dalam politik negara kita agar kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, lebih bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan di dalam kepimpinan negara. Kita wajib memilih wakil kita. Ini bagi memastikan tiada pihak luar yang akan masuk campur dalam hal politik negara kita.

Saudara pembaca sekalian. Tahukah anda apa keputusan pilihanraya 2008 di seluruh negara? Saya di sini suka untuk berkongsi agar kita dapat melihat suatu gambaran yang menyeluruh yang berkaitan dengan keputusan yang diperolehi oleh parti-parti politik ketika keputusannya diumumkan. Berikut adalah keputusan di peringkat DUN dan Negara. 


PETA KEPUTUSAN DEWAN RAKYAT


PETA KEPUTUSAN DUN


Menarik sungguh melihat taburan parti ini. Walau apa pun parti yang menang, kitalah penentunya. Namun, mereka tetap sayangkan Malaysia dan kitalah yang memilih mereka. Siapa yang layak, kitalah yang menilainya dengan mengambil tahu hal-hal dan perkara yang berlaku sekarang. Kitalah yang menyebabkan politik yang ada sekarang menjadi bersih atau kotor, atau apa sahaja. Kerana apa? Kerana kita sebagai pengundi, kita yang memilih mereka, sama ada mereka layak atau tidak, kita yang perlu menilai. Jadi, marilah sama-sama mendaftar untuk melayakkan kita mengundi di hari pengundian.

Saya suka bawakan serba sedikit maklumat mengenai parti politik yang terdapat di Malaysia yang di ambil daripada laman sensawang Pilihanraya Umum Malaysia


Saudara-saudara bolehlah menambah ilmu pengetahuan mengenai politik serba sedikit daripada info yang ada dan bolehlah merujuk mengenai corak pengundi yang mengundi pada setiap pilihanraya di Laman tersebut. Sebelum itu, saya ingin menwar-warkan juga INFORMASI yang di petik daripada laman web SPR :-

TAHUKAH ANDA ..      [ upload pada : 29 Jun 2010 ]
1. Apabila anda berpindah ke tempat lain dan membuat pertukaran alamat di dalam Mykad dengan JPN, ini tidak secara automatik akan menukarkan tempat anda mengundi. Anda perlu memohon dengan SPR untuk pertukaran alamat di dalam Daftar Pemilih ke tempat mengundi yang beru mengikut alamat baru di dalam Mykad anda.

TAHUKAH ANDA ..     [ upload pada : 24 Jun 2010 ]
1. Apabila anda mendaftar sebagai Pemilih, tempat atau kawasan Bahagian Pilihan Raya di mana anda akan mengundi ( Parlimen dan Negeri ) adalah ditentukan berdasarkan alamat di dalam Daftar Pemilih iaitu mengikut alamat di dalam Mykad anda.

TAHUKAH ANDA ..     [ upload pada : 21 Jun 2010 ]
1. SPR hanya memotong nama seseorang dari Daftar Pemilih berpunca dua faktor
a. Apabila menerima pengesahan kematian dari JPN
b. Menerima pengesahan sabitan kesalahan Mahkamah yang melibatkan hukuman penjara melebihi 1 tahun atau / dan denda melebihi RM2000.00

TAHUKAH ANDA ..     [ upload pada : 16 Jun 2010 ]
1. Nama Pemilih Berdaftar yang telah meninggal dunia tidak boleh dikeluarkan daripada Daftar Pemilih selagi pengesahan rasmi kematian tidak diterima dari Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ). Oleh itu, anda hendaklah memaklumkan kematian waris anda kepada JPN untuk dikeluarkan sijil kematian. Sijil penguburan yang dikeluarkan oleh Balai Polis tidak boleh digunakan SPR untuk memotong nama seseorang daripada Daftar Pemilih. Sjili kematian yang sah daripada JPN sahaj yang boleh diterima sebagai bukti kematian seseorang Pemilih Berdaftar.
 
TAHUKAH ANDA ..     [ upload pada : 11 Jun 2010 ]
1. Untuk mengundi dalam Pilihan Raya ( sama ada pilihan raya umum atau pun pilihan raya kecil ) anda hendaklah seorang PEMILIH BERDAFTAR. Anda perlu mendaftar sebagai Pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) supaya dapat hak mengundi dalam mengundi dalam pilihan raya.

2. Anda boleh mendaftar di tempat-tempat berikut :  
a. Pejabat-pejabat SPR di Putrajaya dan di setiap negeri di seluruh negara;
b. Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara;
c. Kaunter Pendaftaran Bergerak SPR;
d. Wakil-wakil Parti Politik yang dilantik SPR
e. Wakil-wakil jabatan/agensi kerajaan yang dilantik SPR

3. Kelayakan Untuk Anda Mendaftar :  
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur 21 tahun ke atas
c. Tidak hilang kelayakan di bawah undang-undang
d. Bawa Kad Pengenalan (Mykad) anda
e. Hadir sendiri semasa mendaftar

Sumber : http://www.spr.gov.my/

Saya menyeru sangat sebagai rakyat Malaysia, saya ingatkan, marilah sama-sama kita mendaftar jika belum, yang penting adalah pendaftaran, anda mengundi parti apa pun tiada siapa nak halang. Keputusan ditangan anda. Jangan tidak tahu satu undi anda amat bermakna untuk menetukan keputusan pilihanraya nanti. JOM mendaftar.

Maklumat menarik yang telah dirujuk penulis di laman berikut :-

MENDAFTARLAH SEBAGAI PENGUNDI SEKARANG JIKA ANDA SUDAH LAYAK.

Sekian, Terima Kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang