HALAMAN UTAMA

Rabu Tanpa Kata 86 (Wordless Wednesday) Cocus nucifera


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Selawat Qasidah Ya Hanana Dengan Lirik Sambut Maulidurrasul

Allah hummasolli A'la Muhammad, Salam Maudlidur Rasul. Kali ini saya dapat merasakan selawat Qasidah yang dialunkan dengan tajuk selawatnya Ya Hanana. Alhamdulillah, untuk mendapatkan pahala dan mendapatkan syafaat di hari kiamat nanti, marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja pada hari ulang tahun kelahiran baginda, namun pada setiap masa.

Allah berfirman dalam Al-Quran Al-Karim:-

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Al-Ahzaab 33:56)


Subhanallah, jadi marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat tak kira masa sepanjang hidup kita, inshaAllah. Dalam hadith Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

Sempena bulan kelahiran Rasulullah S.A.W, saya kongsikan satu Qasidah yang saya sering dengarkan Ya hanana. Boleh lihatnya di Youtube atau pun downloadkan versi lain dalam format MP3 di sini Ya Hanana.


Boleh simpan gambar ini sebagai panduan kita:-






Boleh juga salinkan setiap selawatnya di bawah:-

يَا هَنَانَا

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد  ۰۞۰  بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ۰۞۰  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله
يَا هَنَانَا

خُصَّ بِالسَّبْعِ المَثَانِى ۰۞۰  وَحَوَى لُطْفَ المَعَأنِى
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى ۰۞۰  وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
يَا هَنَانَا

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر ۰۞۰ لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
وَافتَخَرَت الُ مُضَر ۰۞۰  بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَامِ
يَا هَنَانَا

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا  ۰۞۰  وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا  ۰۞۰  سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
يَاهَنَانَا

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَامِ ۰۞۰ المُصطَفَى بَدرِالتَّمَامِ
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا ۰۞۰  يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَامِ
يَا هَنَانَا


Boleh juga copy maksud selawat ini:-

"Betapa Beruntungnya Kami"

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
Itulah anugerah dari Allah.
Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna,
Tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
Lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW),
Dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya,
Dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami,

Semoga qasidah ini memberikan kita peluang untuk terus ingat dan terus berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad sollallahua'laihiwassallam setiap masa.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 85 (Wordless Wednesday) Fitrah Lebah Buat Sarang Tinggi




Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Senarai Pakej Rebet RM200 Telefon Pintar Belia 2013

Assalamualaikum, sudahkah anda mendapatkan rebet RM200 untuk pembelian telefon pintar (smartphone) daripada 28 jenis yang telah diluluskan SKMM untuk ditawarkan kepada belia yang berumur 21 tahun sehingga 30 tahun dengan syarat pendapatan bulanan tidak melebihi RM 3,000. Ianya terbuka kepada semua belia termasuk mereka yang sudah bekerja dan juga para pelajar. 

Jadi, sudahkan anda mendapatkannya sekarang? Jika anda belum merancang untuk membeli telefon pintar tersebut, anda masih lagi boleh menangguhkan permohonan rebet RM200 tersebut sehinggalah hujung tahun 2013. Ini kerana setiap permohonan yang dibuat hanya akan sah dalam tempoh sebulan daripada tarikh permohonan dan anda hanya boleh memohon semula rebet tersebut selepas sebulan tamat tempoh rebet tersebut jika anda tidak menggunakannya lagi. 

Syarat-syarat kelayakan permohonan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200) 
  1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
  2. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan; 
  4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
  5. Satu telefon hanya untuk satu belia;

Oleh itu, saya kongsikan kepada anda beberapa promosi Pakej Komunikasi Belia (PKB) dan senarai telefon bimbit pintar yang ditawarkan beberapa syarikat telekomunikasi di Malaysia. Anda bolehlah memilih daripada senarai berikut untuk menggunakan rebet RM200 tersebut yang disediakan oleh pihak syarikat telekomunikasi yang dapat saya perolehi daripada laman web mereka.

CELCOM


MAXIS/HOTLINK



DIGI




UMOBILE



TUNE TALK




Semoga anda dapat memanfaatkan pemberian rebet RM200 ini untuk mendapatkan telefon bimbit pintar untuk memudahkan urusan harian anda. InshaAllah.

Untuk Rujukan anda, berikut jenis dan senarai telefon yang diluluskan:-


Jenis-jenis telefon:
1.   iPhone 5,
2.   Samsung Galaxy S3,
3.   Samsung Galaxy Mini 2
4.   Samsung Galaxy Y
5.   Samsung Galaxy Note 2
6.   Samsung Galaxy Ace Plus
7.   Samsung Galaxy S3 Mini
8.   Samsung Galaxy Note
9.   Samsung Galaxy Nexus
10. LG Optimus LE E400
11. HTC Desire C
12. HTC One X
13. HTC Wildfire S
14. HTC Desire X
15. HTC One S
16. Nokia Asha 311
17. Sony Xperia Tipo Single
18. Sony Xperia SL
19. Sony Xperia Ion
20. Sony Xperia S
21. Huawei Ascend P1
22. Windows Phone 8X By HTC
23. Ninetology Blackpearl 2 i9400
24. Ninetology Stealth 2 i9500
25. Palette i5300
26. ZTE Acqua
27. Buzz 4G Cloud Phone
28. Insight i9430

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Gaji Siswazah di Malaysia Masih Rendah?

Assalamualaikum, saya hari ini melihat satu fakta yang mana agak benar apabila membandingkan dengan data yang saya lihat. Apabila saya melihat satu fakta yang membandingkan dengan gaji yang diperolehi oleh amah pada tahun 1970 dan siswazah pada tahun 2010.

Jika dilihat ianya tidak banyak berubah untuk 5 tahun kebelakangan ini. Namun, jika ianya dijadikan sandaran purata, maka kita dapat lihatkan hasilnya seperti dalam gambar rajah di bawah yang mana saya telah membuat beberapa rujukan untuk mendapat kefahaman berkaitan perkara ini. Dan akhirnya saya cuba membuat sedikit rumusan pada rajah Info Nilai Gaji dan Nilai Emas di Malaysia tahun 1970 dan 2010 untuk memudahkan sedikit kefahaman.


Sebagai mana nilai yang saya ambil untuk membuat kiraan. Saya menggunakan nilai USD pada tarikh 20 Januari 2013 untuk nilai tahun 1970 dan 2010. Oleh yang demikian, saya membandingkan harga mengikut ouns. Jika mengikut USD pada tahun 1970, harga emas adalah USD37, manakala pada tahun 2010, harga emas adalah USD1410. Boleh rujuk harga emas mengikut USD tahun 1970-2010 di sini.

Oleh yang demikian, saya membuat satu andaian di mana jika gaji amah yang bekerja di Malaysia pada tahun 1970 adalah RM 55, maka mereka akan membeli emas sebanyak lebih kurang 13.324 gram emas. Manakala jika gaji siswazah pada tahun 2010 adalah sebanyak RM 1,960, maka mereka akan dapat membeli emas sebanyak lebih kurang 13.182 gram emas.


Di sini kita boleh nampak perbezaan bahawa walaupun gaji kita lebih tinggi mengikut peredaran zaman semasa, namun dengan nilai gaji sebegitu, kita tidak mampu mendapatkan berat emas yang lebih banyak atau sebanyak berat emas yang dapat diperolehi dengan gaji amah yang lebih rendah itu.

Di sini menunjukkan, bahawa gaji amah adalah lebih tinggi berbanding dengan gaji siswazah sekarang jika dibandingkan dengan berat emas yang boleh diperolehi. Saya membuat sedikit kiraan dan mendapati jika gaji siswazah kita lebih kurang RM1,900 sememang masih rendah. Ini mungkin juga disebabkan faktor lain yang mempengaruhi kenaikkan harga emas dan juga penurunan nilai mata wang kita. 

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

[LIVE] Isu Kalimah Allah Kupasan Dato' Dr Haron Din 18 Januari 2013

Assalamulaikum, hari ini akan diadakan Kuliah Maghrib Khas mengenai isu Kalimah Allah yang akan disampaikan oleh Dato' Dr. Haron Din bertempat di Dewan Solat Bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor yang akan bersiaran secara langsung sekitar 7.30 malam ini 18 Januari 2013.

Kepada sesiapa yang tidak dapat menghadiri kuliah tersebut, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kuliah tersebut secara langsung di sini yang dibawakan oleh Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) dan TV Selangor.


Live Video app for Facebook by Ustream



Atau boleh lihat melalui TV Selangor di bawah, InshaAllah, akan bermula siaran sekitar 7.30 malam nanti.






Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 84 (Wordless Wednesday) Ikuti Cerita Bukannya Sumber


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Langsung (LIVE) Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 #HKR112

Assalamualaikum, hari ini dijangkakan dan disasarkan 1 juta rakyat akan berhimpun di Kuala Lumpur berdekatan Stadium Merdeka sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat #HKR #KL112. Jadi, sesiapa yang tidak dapat bersama-sama di Kuala Lumpur, jangan risau. Kita masih lagi boleh mengikuti perhimpunan tersebut secara langsung dengan siaran video streaming yang dibuat oleh pihak mobtv.my dan juga tv Selangor. Oleh itu, jangan ketinggalan melihat perkembangan tersebut secara online.

Silalah saksikan siaran langsung tersebut di bawah atau terus ke link yang diberikan di bawah.

Siaran daripada LIVE STREAM 


Siaran Langsung Daripada TV Selangor 


Siaran Langsung daripada MobTV 

Saya kongsikan linknya di sini. LIVE #112KL Di sini...

Selain itu boleh saksikan juga di U Stream:-


TWITTER BERITA LANGSUNG #KL112 #112KL dan laporan Trafik


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Hadiah Tahun Baru 2013

Assalamualaikum, dapat juga hadiah tahun baru 2013. Walaupun tak semewah hadiahnya, namun, dapatlah mengembirakan hati di tahun baru. Hasil daripada menyertai pertandingan mudah yang dianjurkan. Saya berpeluang merebut peluang tersebut. Hasilnya adalah seperti yang di bawah. Saya suka kongsikan peluang kepada rakan-rakan tanpa ada kepentingan untuk manfaat bersama, terpulang pada anda mahu atau pun tidak.

Apa pun, pihak penganjur pertandingan seperti Says dot My dan juga Facebook Majalah PC telah memberikan hadiah tersebut melalui pos. Kedua-dua hadiah tersebut telah pun selamat sampai dalam minggu ini. Alhamdulillah. Terima kasih ye...






Perkongsian ringkas saya untuk rakan-rakan yang mahukan peluang hadiah, jangan segan bagi tahu saya ya. InshaAllah, saya kongsikan nanti.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada Undang-undang Halang Mahasiswa Sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112


Assalamualaikum, Sabtu ini 12 Januari 2013, satu Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang akan dijadual berlangsung sabtu ini dikatakan akan berkumpul di 8 lokasi berbeza yang diketuai beberapa pemimpin yang mewakili beberapa kumpulan yang menyertai himpunan tersebut dan kemudiannya akan bejalan secara aman ke lokasi berhimpun iaitu di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Antara yang dikatakan akan sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tersebut adalah:-

Setiapnya akan memakai baju yang berwarna dan melambangkan tuntutan yang mereka mahukan. Antara tuntutan yang diminta adalah:-
  • Menuntut Pilihanraya Adil dan Bersih
  • Bebaskan Tahanan ISA 
  • Memartabatkan Bahasa Ibunda
  • Menuntut Pendidikan Percuma
  • Selamatkan Kg Warisan dan Tradisi 
  • Selamatkan Alam Sekitar
  • Pulangkan Royalti Minyak 
  • Selamatkan FELDA 


Himpunan ini juga boleh disertai oleh mahasiswa sebagai mana respon Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di dalam Twitternya yang berbunyi apabila diajukan pandangan berkenaan mahasiswa/mahasiswi menyertai KL112, respon beliau "Terserah pada mereka". Selain itu beliau juga turut menyarankan agar perhimpunan tersebut tidak diganggu kerana mereka juga ada hak berhimpun dan mahu perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman seperti mana kita juga mahu berhimpun kata beliau.


Oleh yang demikian, segala perhimpunan yang dibuat, tiada siapa pun yang mahukan kekecohan dan keganasan. Rakyat berhimpun hanya membawa diri, minuman, garam dan tiada pun alat-alat untuk menimbulkan kekecohan melainkan ada pihak yang cuba melakukan provokasi.

Semua orang bebas menyatakan hasrat mereka. Baik dipihak kerajaan mahu pun pembangkang. Berikan ruang untuk sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang. Untuk maklumat terkini, bolehlah rujuk laman web yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan #KL112 ini. Antaranya di Twitter, Facebook dan blog-blog yang berkaitan.


Mungkin akan ada siaran langsung? Nanti saya cuba kongsikan jika ada.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 83 (Wordless Wednesday) Koleksi Batu Giling








Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Latihan Percuma Serta Elaun Untuk Graduan

Assalamualaikum, lepasan ijazah dan mencari kerja? masih menunggu? saya mahu kongsikan pengambilan graduan baru yang menunggu pekerjaan dengan Projek Peningkatan Kemahiran Graduan Untuk Tenaga Kerja Bertaraf Dunia (GCAP) yang dijalankan secara percuma. 

Berminat meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris? Peluang kerjaya? Di sini peluang terbuka bulan ini tahun 2013.







Adakah anda layak?

Ya! Jika anda merupakan graduan Malaysia dengan ijazah dan belum mendapat pekerjaan. Sukacita dimaklumkan bahawa GCAP akan dijalankan di seluruh Malaysia, maka bersedialah untuk lokasi latihan yang berdekatan dengan rumah anda. Tempat tinggal juga akan disediakan untuk sesetengah lokasi.

Elaun juga disediakan:
RM 600 (dengan penginapan) /
RM 800 (tanpa penginapan).

Sila hubungi atau emel kami untuk informasi yang lebih lanjut.

Siapakah penganjur GCAP?

Program GCAP disokong oleh Talent Corporation Malaysia Berhad di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri Malaysia. TalentCorp telah memilih MyPartners Sdn. Bhd. untuk mengendalikan program ini.




TEMUDUGA

Setiap Hari: Isnin - Jumaat; 10 pagi - 4 petang 9th Floor, Menara TA One, 22 Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur. (Bertentangan dengan KLCC)

Temuduga boleh diadakan di lokasi berikut. Hubungi kami untuk sessi temujanji anda.
SENARAI LOKASI

Masterskills College, Kota Bharu
PT 310, Seksyen 17, Bandar Kota Bharu, Kelantan
Sila bawa bersama: Kad Pengenalan salinan dan asal; Sijil Ijazah Sarjana Muda dan Transkrip; Resume dan Gambar Berukuran Pasport

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh komen dibawah, saya sedia membantu.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Jom Sokong "Responsible Blogging Wall of Pledge" 2013

Selamat Tahun Baru, adakah anda masih ingat lagi Review saya mengenai Ninetology? Jika masih ingat, saya mahu kongsikan kepada anda. Jika belum tahu lagi, jemputlah baca di sini mengenai Review Ninetology. Adakah anda tahu apakah itu "Wall of Pledge"?

Jika dipetik, ianya adalah seperti penerangan berikut:-

Let’s Shape A Sustainable Future Together

Responsible Blogging 2013 is a national campaign initiated by Crowdpot calling upon the entire online community in Malaysia to rally for and support an ethical climate in the blogosphere for our mutual benefit. We’d love for you to join us in our year-long rally – and show that you care.
Our goal - 1,000,000 engagements; 2000 Bloggers; 9 Brands. Stand up for Responsible Blogging, and all this, within 2013.
Wall of Pledge presented by Ninetology is the first initiative that aims to get 99,999 people to pledge for the support of Responsible Blogging. The 99,999 pledges is a culmulative part of our big goal of 1 million engagements.
That being said, for all of you who pledge will also be rewarded! Ninetology will give away a smart device to a lucky winner upon every 999 pledge. So act now!

Secara ringkasnya saya menerangkan bahawa syarikat ini menjalankan kempen Pledge yang mana disebutkan "Responsible Blogging 2013" iaitu kempen kebangsaan yang mana satu usaha yang dijalankan oleh Crowdpot dalam komuniti online di Malaysia bagi memberikan dan mendidik serta menjadikan penulisan blog ini sesuatu yang akan memberikan manfaat kepada semua pihak. 

Mereka sangat mengalu-alukan penyertaan semua blogger sepanjang usaha ini dan mereka menyasarkan untuk mencapai sasarannya 1 juta penglibatan pengguna, 2000 blogger, 9 jenama pada tahun 2013. Dan yang lebih menarik,  Ninetology akan memberikan peranti pintar kepada pemenang yang bertuah setiap 999 pledge yang dibuat. Jangan tunggu lagi. jom sertai dan sokong usaha murni ini!

Mari kita sokong kempen dengan pledge di Facebook mereka:-

Jom ke halaman ini (http://wallofpledge.responsibleblogging.my) untuk menyatakan sokongan kita semua.



Yang pada dahulunya baru 196 orang yang sudah menyertai pledge ini.




Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 82 (Wordless Wednesday) Varieti Lansium domesticum



Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang