HALAMAN UTAMA

Sakitkah Aku? : Kata doktor... (Part 2)

Sambungan dari Sakitkah Aku? : Darah di waktu pagi... (Part 1)

Aku diminta untuk duduk di atas kerusi roda untuk di bawa ke bilik pemerhatian AKUT. Sambil memegang plastik bagi memastikan aku batuk ke dalamnya agar darah tidak terkena baju. Dalam keadaan macam itu, aku cuba mengawal daripada terus batuk kerana bimbang banyak darah keluar. Tapi doktor kata, keluarkan je, tapi tak naklah banyak keluar darah. Ngerilah pulak

Sampai je kat bilik pemerhatian tu, aku diletakkan di katil untuk pemerhatian dan diletakkan beberapa wayar pada badanku untuk memeriksa denyutan jantung mungkin atau pernafasan pada ketika itu. Kemudian, diberikan oksigen ke hidungku. Sambil aku memakai penutup mulut. Aku baring untuk relax sementara menunggu doktor datang dengan keputusan pemeriksaan aku. Di dalam fikiranku bimbangkan kerja assignment yang belum siap lagi. Habislah kalau kena tahan wad malam ni. Aku pun tanyalah pada jururawat sama ada aku akan ditahan atau tidak. Dia pun menjawab dengan confidentnya mungkin aku akan ditahan beberapa hari. Mahu tak cuak aku. Berdoa jelah supaya aku tidak ditahan. 



Beberapa minit kemudian, aku didatangi seorang doktor perempuan yang membuat pemeriksaan sekali lagi. Soalan yang sama ditanyakan seperti doktor pertama tadi. Antaranya :-

1. Pernah tinggal dengan pesakit TIBI? jawabku Tidak.
2. Ada keluarga atau orang terdekat pernah kene TIBI? jawabku Tidak.
3. Badan pernah berpeluh masa tidur waktu malam? jawabku tak pasti sebab biasa tidur memang panas.
4. Pernah sesak nafas atau susah nak bernafas? jawabku pernahlah juga tapi sejak dari 7 tahun dulu la. Itu pun sekarang dah kurang dah.
5. Bila mula batuk keluar darah? jawabku semalam pagi masa tidur.
6. Berapa banyak darah keluar? jawabku ada lebih dari satu cawan la. Pagi masa tidur, tengah hari lepas makan lepas tu, petang tadi masa tunggu keputusan, paling banyak keluar darah masa batuk.

Itulah antara soalan yang ditanyakan. Aku pun rehat sekejap sementara menunggu keputusan yang masih belum keluar. Jam dah pukul 6 lebih. Berdebar-debar aku menunggu takut kena tahan dalam wad je. Masa itu baru beberapa orang doktor datang untuk melawat pesakit-pesakit yang berada dalam wad pemerhatian AKUT itu. Seorang doktor lelaki datang memberitahu yang keputusan aku akan diterangkan oleh seorang doktor nanti.

Selepas beberapa minit, beberapa orang doktor datang lagi dan melihat keadaan aku yang sudah nampak stabil. Seorang daripadanya mengatakan yang aku sudah stabil dan boleh balik hari ini juga. Aku lega sedikit sebab boleh juga balik. Kemudian, dia memberitahu yang aku berkemungkinan dijangkitiki TIBI dan mengingatkan bahawa penyakit ini boleh baik dengan syarat, kena makan ubat. Beliau menerangkan lagi bahawa virus ini boleh dibunuh dalam tempoh 6 bulan rawatan. Yang mana pesakit perlu membuat pemeriksaan dan pemantauan pada tarikh-tarikh yang tertentu bagi melihat perkembangan kesihatan.
Doktor juga mengingatkan bahawa berkemungkinan dalam 2-3 bulan aku akan berasa sihat dan boleh membuat pelbagai aktiviti. Tetapi jangan berhenti makan ubat kerana virus itu berkemungkinan masih lagi ada tetapi tidak aktif dalam tempoh tersebut. Dan bagi memastikan ianya dapat dibunuh sepenuhnya, perlulah mengambil ubat dalam masa 6 bulan. Jika tidak, ianya akan menjadi imun kepada ubat tersebut dan boleh menyerang bahagian lain seperti otak, tulang dan kawasan-kawasan lain. Dan jika ianya terjadi semula kali kedua dan menyerang tempat lain, seperti otak, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun dua dan perlu mengambil ubat antibiotik peringkat kedua yang mana lebih kuat daripada ubat peringkat pertama.

Perlu diketahui juga ubat untuk peringkat kedua ini tidak ditanggumg kosnya oleh kerajaan kerana hanya peringkat pertama sahaja yang akan ditanggung. Dengan penjelasan tersebut, aku pun faham bahawa penyakit TIBI boleh diubati dengan syarat mengikut nasihat dan panduan yang diberikan doktor. Dalam masa 2 minggu pertama  ini, aku diberikan cuti supaya berehat dan dikehendaki memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut tersebar kerana dalam tempoh itu ianya masih lagi aktif. Doktor menasihatkan aku juga supaya memberitahu orang yang berhampiran agar membuat pemeriksaan di hospital bagi memastikan mereka tiada dijangkiti TIBI.

Pada pukul 7.00pm lebih aku dibenarkan untuk keluar tanpa ada penjelasan selanjutnya dari doktor, tetapi jururawat sahaja. Aku kemudian diberikan kad temujanji pada hari esok untuk ke DOTS dan klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan lanjut. Hari itu, aku pulang dengan kesyukuran kerana tidak ditahan di wad. Walaubagaimanapun, aku perlu ke hospital keesokkan hari pula untuk pemeriksaan lanjut. (bersambung)


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Sokong alam sekitar? Jom ke EcoHome Show 2011

Assalamualaikum semua, sejak semalam pada 18 Mac 2011 telah berlangsungnya Eco Home Show 2011 di Sunway Pyramid Convention Centre sehingga esok 20 Mac 2011. Pameran ini bermula dari pukul 11.00 pagi sehinggalah pukul 9.00 malam. Pameran ini dianjurkan oleh AHA Marketing Sdn Bhd and GEC. Jadi untuk sesiapa yang ingin menambah pengetahuan dan merasakan ingin melakukan sesuatu untuk alam sekitar kita, bolehlah berkunjung ke Sunway Piramid dan melihat sendiri pameran yang dibuat oleh badan-badan yang menyumbangkan kepakaran dan perkhidmatan untuk menjaga alam sekitar kita.

Mungkin kita merasakan ianya tidak begitu popular atau pun kurang penting untuk diri sendiri, namun jika kita nilaikan semula, sumbangan yang sedikit untuk kita lebih prihatin kepada alam sekitarlah yang akan menjadikan masyarakat akan datang turut sama prihatin. Jika kita tidak mulakan, siapakah yang akan mulakan? Pendekatan dan pendedahan mengenai keprihatinan kita kepada alam sekitar perlu diberikan ruang agar kita bersama dapat merasakan kesannya kepada masyarakat.


Banyak yang boleh dilakukan dan dibudayakan di dalam masyarakat kita. Sebagai contoh kitar semula, penggunaan bahan yang boleh dikitar semula atau mesra alam, pengurangan penggunaan tenaga elektrik dan air dan juga sikap kita terhadapat hidupan lain perlulah dipraktikkan. Untuk mencapai negara maju, semua ini perlulah dipraktikkan di dalam masyarakat. Jika tidak, apa guna teknologi tanpa kita berinteraksi dengan baik terhadap alam sekitar itu sendiri.

Jadi, saya ingin menyampaikan bahawa pameran ECO Home and Living Product ini bertujuan untuk :-
  • Membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan juga penggunaan air.
  • Tidak menghasilkan sisa atau bahaya bahan yang boleh memberikan kesan yang buruk kepada alam sekitar.
  •  Pemprosesan kilang menggunakan kaedah mesra alam bagi menjamin kelangsungan alam.
  • Menghasilkan barangan menggunakan bahan kitar semula dan boleh digunakan semula dan dikitar semula.
  • Pameran mini-mock up "ECO-Home"
Itu adalah antara objektif pameran ini dijalankan. Namun, ini adalah sebahagian usaha untuk mendekati masyakat agar lebih mempunyai sensitiviti kepada alam sekitar. Banyak lagi yang akan dijalankan di masa-masa yang akan datang. Dan semua ini memerlukan sokongan daripada kita semua bagi menjadikan Bumi yang semakin terancam dengan aktiviti manusia itu sendiri dapat bertahan lebih lama kelangsungan hidupan dan ekologi yang ada pada masa kini.

Jika mahu dikatakan apakah faedah dan kelebihan yang kita boleh perlolehi adalah cukup berbaloi walaupun nampak seperti sangat kecil sumbangannya. Kita mampu :-
  • Mengurangkan penggunaan tenaga yang boleh membantu menjaga pencemaran bumi kita.
  • Mengurangkan kos pemprosesan bahan-bahan mentah kerana menggunakan bahan yang dikitar semula.
  • Membantu mengurangkan sampah yang dilupuskan di tapak-tapak pelupusan sampah yang kian berkurangan jumlahnya.
  • Membantu menjaga alam sekitar daripada pencemaran bahan kimia yang terbebas daripada penggunaan barang tersebut seperti polisterina yang boleh menghasilkan gas CFC yang mampu menyebabkan penipisan lapisan ozon Bumi.



    Bukan itu sahaja sebenarnya, banyak lagi yang boleh diperolehi manfaatnya walaupun sekecil tindakan kita. Kerana, jangan nanti, apabila berlaku bencana yang tidak diduga, kita mempersalahkan orang lain kerana tidak prihtin terhadap alam sekitar. Padahal, kita sendiri tidak peka dan tidak mengambil bahagian. Ini tidak bermakna juga, ianya adalah tanggungjawab sesetengah pihak sahaja, tetapi ianya adalah tanggungjawab semua. Oleh itu, carilah tempat yang boleh menambahkan kesedaran kita mengenai pentingnya kita prihatin dengan apa yang kita lakukan demi kemasalahatan ummah manusia hari ini dan masa depan. Insya-Allah.

    Sekian, Terima kasih.

    MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

    Ezreload, Topup melalui YM?

    Assalamualaikum, pernah topup melalui YM? Ezreloadlah tempatnya. Di sini, saya ingin berkongsikan suatu kaedah untuk tambah nilai bagi hanphone anda. Sebagai penjual topup, saya ingin berkongsikan kepada saudar pembaca yang berminat dan ingin menjadi penjual topup, saya cadangkan Ezreload sebagai sistem yang boleh diguna pakai. Untuk pengetahuan anda, saya telah pun menceburi perniagaan topup ini secara kecil-kecilan. Niat sebenar buat pertama kalinya sekadar untuk keperluan diri dan ingin membantu rakan-rakan mendapatkan topup tanpa kira masa. Tetapi kini, saya ingin berkongsikannya bersama anda.

    Saya bukanlah ingin meminta anda untuk menyertainya, tetapi sekadar untuk berkongsikan suatu kaedah topup yang pelbagai caranya dan mudah. Ezreload adalah kaedah topup yang kedua saya sertai. Kini sudah hampir enam bulan saya menggunkan perkhidmatannya. Sebelum ini, saya juga menggunakan sistem tambah nilai juga, tetapi ianya lebih pelbagai fungsinya. Nanti, di lain artikel, saya kongsikan kepada anda kerana ianya juga amat membantu urusan kita dikala sangat sibuk dengan hanya berurusan melalui handphone sahaja. Saya menggunakannya hampir dua tahun sebelum menggunakan Ezreload sebagai jualan khas Topup.

    Ezreload yang saya sertai ini, menggunakan sistem yang pada saya, lebih mudah. Mungkin saya tidak pernah mencuba kaedah-kaedah lain yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat lain. Tetapi, pada saya, setakat ini, sistem Ezreload ini memberikan kepuasan yang baik kepada saya. Apa yang berbeza dengan yang lain mungkin ianya boleh menggunakan sistem tambah nilai melalui YM dan juga SMS. Bagaimana ini boleh dilakukan? Saya akan berkongsikan secara ringkas kaedahnya.
    Mungkin juga tiada bezanya dengan cara yang ditawarkan syarikat-syarikat lain. Ezreload ini boleh disertai dengan dua bentuk. Satu yang mempunyai laman web dan yang kedua tiada laman web. Yang pertama, mempunyai laman web, ini membantu anda untuk memperolehi bayaran dengan setiap klik. Ianya juga mempunyai beberapa pakej yang boleh dipilih mengikut kemahuan anda. Yang kedua, tiada laman web, ini pendaftarannya murah sedikit berbanding yang mempunyai laman web.
    Jadi, bentuk penyertaan anda ke Ezreload sahaja yang berbeza iaitu mempunyai laman web dan tidak. Itu sahaja. Yang lain-lain, adalah sama. Selepas pengaktifan akaun, anda boleh mula mendaftarkan ID YM anda dengan FORMAT-FORMAT yang diberikan. Selepas penyertaan, anda akan diberikan maklumat FORMAT untuk rujukan bagi memudahkan urusan anda.
    Bagi saya, stepnya mudah sahaja :-
    1. Selepas pengaktifan akaun, akan dihantar maklumat akaun anda melalui Telefon yang didaftarkan.
    2. Simpan no ID ahli anda yang akan digunakan untuk penambahan modal.
    3. Boleh tambah modal dalam masa 24jam selepas pengaktifan akaun.
    4. Tambah modal boleh dibuat ke mana-mana akaun bank sama ada Maybank atau pun CIMB bank.
    5. Masukkan sejumlah wang ke mesin deposit mengikut no akaun yang akan diberikan.
    6. Hantarkan mesej dengan maklumat IDnama banknilaimasa 
    cth : N9XXXX cimb rm50 21:00 hantar ke no yang diberikan nanti.
    7. Anda akan dapat mesej yang memberi tahu modal anda dalam masa 2 minit jika tiada masalah.
    8. Anda boleh mula menjual topup untuk Celcom dari RM5-RM100, Maxis RM3-RM100, Digi RM10/RM30, Hot Ticket juga ada dan lain-lain seperti yang dilistkan pada blospot Ezreload yang akan dihantar pada anda alamatnya selepas pendaftaran.
    9. Mudah sahaja. Anda akan buat step yang sama untuk tambah modal.


    Anda boleh melihat semula semua transaksi yang anda telah buat di dalam akaun anda dengan log masuk ke laman web yang akan diberikan kelak. Anda boleh tanya saya jika tidak dapat mengakses laman tersebut nanti. Tetapi bagaimana anda boleh tahu untung anda? Mudah sahaja, silalah rujuk LAMAN INI untuk maklumat lanjut. Saya sekadar memberikan cadangan sahaja kepada anda. Jika berminat, silalah lihat LAMAN INI. Atau pun bolehlah emailkan pertanyaan kepada saya melalui emailfarid88-ezreload[at]yahoo.com, saya sedia membantu jika mahu penjelasan lanjut. Jika tidak, boleh terus ke laman tersebut. Insya-Allah, semua persoalan terjawab di situ.

    Sekian, Terima kasih,

    MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

    Mahukan bayaran? Ipanel boleh berikan.

    Assalamualaikum, saudara pembaca, mahukan bayaran? Ipanel boleh berikan. Saya ingin berkongsikan kepada anda satu laman sensawang yang mana akan memberikan anda bayaran. Di mana? Di laman sensawang Ipanel. Apakah yang perlu dilakukan dan bagaimana boleh mendapatkan bayaran? Baiklah. Mudah sahaja caranya. Saya akan kongsikan dengan anda apakah yang perlu dilakukan dan bagaimana anda boleh mendapatkan bayaran.

    Sebelum itu, Siapakah iPanelonline? Menurut petikan daripada laman tersebut, : -

    Pertama sekali, anda perlu ke laman tersebut di SINI. Kemudian, anda perlulah mendaftarkan diri di laman tersebut. Isikan butiran diri dan anda akan dapat satu email untuk pengaktifan akaun. Selepas pengaktifan akaun, anda telah menjadi ahli kepada IPanel dan apa yang anda perlu lakukan?


    Selepas menjadi ahli, anda perlulah menjawab servei-servei yang disediakan untuk membolehkan anda mendapatkan mata. Apa yang menarik, setiap servei akan diberikan mata walaupun anda tidak layak dengan sekurang-kurangnya 5 mata dengan syarat anda menjawab soalan tersebut. Tetapi, jika anda layak, anda akan diberikan mengikut mata yang ditawarkan seperti 300 mata, 500 mata, 600 mata dan sebagainya.


    Yang lebih menarik lagi, anda boleh mendapatkan wang anda dengan menebus sekurang-kurangnya 520 mata dengan RM 5.00. Bagaimana? Apa yang telah saya lakukan sebelum ini untuk mendapatkan atau menebus wang saya. Ia memerlukan akaun Paypal yang mana wang yang ditebus akan dimasukkan ke dalam akuan Paypal anda dengan syarat, anda membuka akaun Paypal anda.

    Nama saya tertera di nombor 4 telah dibayar Ipanel.

    Saya sendiri telah mencubanya dengan menebus RM5.00 dengan menggunakan akaun Paypal. Dan telah pun dimasukkan jumlah RM4.80 yang mana akan ditolak RM0.20 sebagai cas perkhidmatan ke dalam akaun Paypal saya.

    Contoh jumlah yang telah dimasukkan Ipanel kepada saya.

    Jadi, jika anda bercadang untuk mengeluarkan secara tunai, anda perlulah membuka akaun bank untuk mendapatkan kad debit atau kad kredit. Saya tidak pernah buat lagi dan belum pernah cuba. Jadi mungkin anda boleh tanyakan pada sesiapa yang pernah buat kad tersebut.

    Jadi, saya rasa anda sudah bolehlah rajin-rajinkan diri untuk melihat servei yang diberikan untuk mendapatkan mata. Tetapi perlu diingatkan, anda sebenarnya memerlukan sedikit masa untuk menjawab servei-servei tersebut. Sebab soalannya juga boleh tahan banyak. Jadi semoga berjaya mencuba mendapatkan sedikit duit poket dengan menjawab servei. Contoh servei seperti di bawah :-

     


    Jadi, jika anda ingin mencubanya, silalah ke laman tersebut di SINI. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan sedikit bayaran di alam maya.

    Untuk maklumat tambahan, saya tidak akan berkongsikan sesuatu yang belum pasti, kecuali dinyatakan. Insya-Allah, apa yang saya kongsikan tidak mempunyai unsur-unsur penipuan, melainkan ianya dapat membantu mempertingkatkan kualiti barangan atau pun produk di dalam pasaran akan datang.

    Setakat ini terdapat beberapa syarikat yang menawarkan sevei untuk mengetahui keperluan pengguna pada masa kini yang merangkumi pelbagai produk seperti kenderaan, makanan, peralatan elektronik, komputer, percutian, kewangan, iklan dan sebagainya. Namun, ini adalah satu-satunya yang dijumpai akan memberikan wang kepada ahli dengan serendah RM5. Setakat ini dahulu.
    Semoga berjaya. Saya akan berkongsikan lagi nanti maklumat lain bersama anda.
    Sekian, Terima kasih.

    MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

    Nuffnang