Asslamualaikum, pernah lihat tisu tandas? Sudah tentulah pernah. Jadi, pernah dengar barangan "Made in China"? Mesti pernah juga bukan. Percaya atau tidak, saya kongsikan bagaimanakah di China boleh menghasilkan produk mereka iaitu tisu tandas dengan keadaan persekitaran yang mungkin sukar dipercayai tetapi mereka boleh buat. Pada saya, di China tiada yang mustahil untuk mereka lakukan apa sahaja kerana mereka ada rahsia yang kita sendiri pun sudah tahu iaitu rajin, kreatif dan inovatif. Demi menyara hidup dengan membuat pelbagai produk sama ada produk asli atau pun tiruan, yang mana kadang-kala banyak juga dieksport dan dipasarkan di negara kita Malaysia. Jadi, saksikanlah panorama berikut yang diambil di kilang membuat tisu tandas di China.
Pada pandangan saya, mereka mempunyai kemahiran dan kerajinan yang cukup tinggi. Walaupun dengan keadaan seperti sebuah kilang buruk. Namun produknya adalah tisu. Agak-agak saudara, tisu yang "Made in China" ini ada tak dalam pasaran di Malaysia? Tak tahulah benda tu kan. Tapi kalau ada tisu tu, semua kita buat lap-lapkan. Tiada masalah pun pada tisu ni.
Cumanya, hari ini, kita boleh tahu bagaimana cara-cara mereka menghasilkan tisu tandas walaupun ini dibuat di China. Tetapi mari kita lihat pula video ini cara-cara membuat tisu tandas yang diambil daripada saluran Discovery Channel. Lebih kurang sama saja. Cuma bezanya dari segi video dan mereka menggunakan mesin yang lebih canggih dan kilang yang lebih bersih dan kemas. Sangat menarik.

Sumber :
Email-Menarik dan Youtube
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan