HALAMAN UTAMA

Bunuh Lipas Berkesan?


Assalamualaikum, saudara pembaca sekalian, kalau kita duduk rumah, tak sah kalau tak ada serangga yang mengganggu kenteteraman kita tinggal di rumah. Biasalah, serangga ini ada pelbagai jenis seperti tikus, lipas, semut, anai-anai dan sebagainya yang biasanya sebagai indikator untuk menunjukkan sama ada kediaman kita bersih atau tidak. Namun demikian, kadang-kala bukan berpunca daripada dalam rumah kita, mungkin juga daripada persekitaran luar rumah kita.

Hari ini, saya ingin kongsikan apa yang saya lakukan. Saya telah cuba sebelum ini untuk membunuh lipas, atau dikenali sebagai Periplaneta americana dan cara ini didapati berkesan membantu untuk membunuh lipas. Bagaimana lipas ini boleh datang? berkemungkinan juga lipas ini datang daripada saluran paip rumah kita yang terbuka dan keadaan memberi peluang untuk lipas tersebut masuk dan mengganggu kita. Serangga ini bukan sahaja tidak menyenangkan kita malah berkemungkinan akan membawa penyakit kepada kita.


Jadi, anda boleh mencuba menggunakan racun yang akan menyebabkan keracunan dan kematian kepada lipas tersebut. Apa yang saya lakukan adalah seperti yang di bawah.

Racun yang terdapat dalam benda ini akan boleh bertahan selama 3 bulan. Mampu mengurangkan populasi lipas. Boleh diletakkan di kawasan yang biasanya lipas bersembunyi. Insya-Allah berjaya membunuh lipas.

Telur lipas yang biasanya melekat pada dinding atau bucu-bucu, atau juga dalam bekas-bekas kayu yang lembab dan panas. Cuba lihat di sudut-sudut atau dalam laci-laci di dapur atau dalam rak-rak kasut.

Lipas yang ditemui mati selepas memakan umpan racun di dalam bekas hitam tersebut. Anda boleh lihat kesannya pada hari pertama dan seterusnya jika rumah anda banyak lipas.

Sedikit paparan bagaimana keadaan lipas selepas termakan racun tersebut yang saya jumpai.

Jadi, terdapat pelbagai jenama yang anda boleh dapatkannya di pasaran. Semuanya mempunyai fungsi yang sama. Dapat membantu mengurangkan populasi lipas yang mendiami rumah kita. Sebab kadang-kala kita tak perasan, lipas tu dah membiak dalam rumah kita. Bagaimana kita nak tahu? Anda boleh lihat bentuk telurnya seperti gambar di atas. Apa pun tindakan kita, pastikan kita sentiasa membersihkan kawasan rumah kita bagi mengelakkan menjadi tarikan kepada serangga perosak tersebut. Wallauhu a'lam.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang