HALAMAN UTAMA

Negara Maju, Negara Berhutang?

Assalamualaikum, saya terfikir sejenak, apabila melihat  hutang-hutang daripada pelbagai negara yang ditunjukkan di dalam laman web The Economist yang mana memaparkan nilai hutang negara-negara di seluruh dunia. Apa yang saya fikirkan, jika negara maju, hutang mestilah sedikit, tetapi apabila melihat kepada realiti data yang ditunjukkan, tidak menggambarkan sedemikan rupa. Kebanyakkan negara-negara maju seperti di Eropah, Amerika dan beberapa negara lain mempunyai nilai hutang yang tinggi termasuklah negara jiran Singapura.

Saya bukanlah seorang yang berlatar belakangkan bidang ekonomi, tetapi sebagai orang awam, kita mungkin terfikir dan tertanya-tanya mengapa negara-negara maju mempunyai hutang yang lebih banyak? Mungkinkah disebabkan negara maju mempunyai pelaburan yang lebih besar dan mempunyai kemungkinan menanggung kerugian? Saya pun tak pasti. Adakah negara yang ingin maju hendaklah mempunyai hutang yang tinggi? Tak mungkinlah. Apa pun, silalah ke laman tersebut yang mana sumber sebenarnya adalah daripada The Economist Intelligence Unit. Anda boleh menyemak hutang negara-negara di seluruh dunia yang datanya mungkin disediakan di laman tersebut.

Mengikut data yang saya lihat pada 10/10/2011 pada pukul 8.40pm, adalah seperti berikut :-


Pada saya, mungkin negara yang mempunyai populasi rakyat yang besar mempunyai kadar hutang yang lebih kurang berbanding dengan negara yang mempunyai rakyat yang sedikit. Sesiapa yang boleh berkongsi mengenai perkara ini, silalah kongsikan. Saya juga ingin cuba memahami akan perkara ini dan bagaimana ia boleh terjadi sedemikian rupa. Hal ini adalah untuk menambah pengetahuan saya dalam bidang ekonomi.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang