HALAMAN UTAMA

Anda Rakyat Malaysia? "Undilah"

Assalamualaikum, seperti biasa saya ingin bercakap mengenai tanggungjawab kita semua yang lahir di Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia. Pilihanraya Umum Malaysia sudah hampir tiba. Jika tidak tahun ini, pasti tahun depan. Walaupun tarikhnya belum ditentukan lagi, namun apa yang anda perlu lakukan, anda mesti lakukan. Bagi yang belum mendaftar sebagai pengundi, segeralah mendaftar di tempat-tempat seperti di pejabat pos hari ini juga kerana ianya mudah dan sekejap sahaja.

Jadi, di sini ada satu video untuk mengajak anda mengundi. Tapi sebelum mengundi, anda perlu mendaftar. Jadi, daftarlah. Dan saksikanlah Video arahan Pete Teo ini bersama pelbagai sukarelawan dengan menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik BN dan Pakatan Rakyat, tempatan dan ahli sukan yang menjayakan video ini.


Selain itu, anda juga mesti mahu melihat latar belakang mengenai Undilah ini bukan? Jadi, saya berikan kepada anda untuk anda sendiri melihat dan mendapatkan maklumat lanjut daripada laman tersebut.


Kita seharusnya memandang berat perkara ini, walaupun satu undi, jika semua orang berfikiran bahawa undi mereka tidak penting, bayangkan jika yang layak mendaftar 30,000 orang dan yang telah mendaftar pula sebanyak 20,000 orang dan yang beranggapan begitu katakanlah 10,000 orang tidak mengundi dan hanya 5,000 orang yang mengundi. Jadi apakah signifikan atau kepentingan 25% undian tersebut? 

Undilah


Tiada autoritilah hasil undian tersebut nanti. Jadi, jangan buang masa, pergi mendaftar dan jika sudah mendaftar pastikan anda keluar untuk mengundi di hari pengundian nanti ye.



Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang