HALAMAN UTAMA

Pegawai Bank Ambank Maut Ditembak Pengawal Sendiri?

Assalamualaikum, sedih dengan kejadian yang menyebabkan pegawai bank Ambank yang dikatakan telah ditembak oleh pengawal keselamatan sendiri di USJ 2 Sentral, Subang Jaya. Saya kongsikan berita yang dipetik daripada Facebook pada 23/10/2013 yang kongsikan maklumat ini di link ini.

Difahamkan mangsa seorang pegawai bank wanita yang berumur 37 tahun bersama empat pengawal bank berada di dalam bilik kebal dan dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang pada pukul 6.18 petang. Dan seorang suspek yang dikatakan berusia 37 tahun itu berasal daripada Sabah telah menembak mangsa dengan senjatanya di bahagian kepala dan telah berjaya melarikan diri dengan sejumlah wang menaiki sebuah motosikal.

Perkongsian ini sebagai peringatan kepada semua bahawa jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kira siapa, bak kata pepatah Melayu, "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi". Inilah dia yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi ini.

Video rakaman CCTV kejadian tembak di dalam bank Ambank USJ dikongsikan:-


"Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Norazita Abu Talib yang ditembak mati semasa rompakan di Ambank siang tadi. Semoga roh arwah ditempatkan bersama para solehin. Insya Allah. Sumber dipetik Di SINI."




Berikut adalah maklumat asal yang diberikan sumber:


Berita Asal

Slmt mlm tuan.kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa kerja sebagai operation officer ambank nama Norazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza u/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti kebal dan melarikan wang dlm jumlah yang tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.semasa kejadian seramai 5 staf termasuk saspek, laporan lanjut akan menyusul. tel saspek no. 01133070204.tk tuan
— bersama Zahid Hamidi dan 2 yang lain di USJ2.

CCTV yang merakamkan gambar suspek di bank Ambank USJ disebarkan.



Berikut juga dikatakan suspek yang telah menembak mati mangsa yang dikongsikan daripada Sumber Di sini:



Innalillahiwainnailaihira'jiun dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga Allah merahmati mangsa yang telah ditembak kejam.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang