Pagi 27 Oktober 2010, aku ke Klinik DOTS dan diberi ubat jenis fasa intensif pertama Tibi sebelum ke Chest Clinic PPUM untuk membuat pemeriksaan lanjut. Pagi lagi aku sudah menunggu untuk berjumpa Doktor. Lebih kurang empat jam aku menunggu di klinik kesihatan tersebut. Ketika berjumpa doktor, aku diminta untuk mengambil darah untuk beberapa ujian bagi mengesahkan penyakit aku. Pada ketika itu juga, soalan yang sama ditanyakan seperti yang sebelumnya.
Warna putih pada peparu tanda jangkitan. - Hiasan |
Maka, pada hari itu, bermulalah rawatan sebagai pesakit Tibi. Dengan memakan ubat intensif untuk fasa pertama, dan diteruskan dengan fasa kedua sehinggalah 6 bulan berikutnya. Tetapi, temu janji dengan doktor masih ada lagi untuk pemeriksaan selanjutnya di Chest Clinic dan juga di Eye Clinic. Temu janji ini bertujuan untuk pemeriksaan lanjut dan juga memastikan bahawa tiada kesan sampingan yang timbul akibat daripada ubat tersebut.
Seperti yang dimaklumkan, bahawa ubat Tibi ini boleh memberikan beberapa kesan sampingan yang ketara pada mata dan badan jika seseorang pesakit itu tidak sesuai dengan ubat tersebut atau elergic dengan ubat. Antaranya :-
1. Mata boleh menjadi rabun.
2. Mata boleh menjadi rabun warna.
3. Badan gatal-gatal.
4. Rasa kebas pada jari kaki.
5. Sakit pada sendi di kaki.
Tetapi, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasa berlaku, antaranya :-
1. Air kencing berwarna oren.
2. Badan gatal-gatal.
Jika ianya tidak teruk, dikira biasa. Tetapi, jika terlalu teruk, maka perlulah terus ke hospital dengan membawa buku temujanji dan buku kecil Tibi dengan segera. Namun, antara yang paling penting, jika berlaku perkara berikut, maka perlulah segera ke hospital. Antarannya :-
1. Mata Putih bertukar menjadi kuning (Juandice)
2. Jantung berdebar-debar (Palpitations)
3. Kulit mengalami ruam gatal yang teruk (Urticaria)
4. Bengkak anggota badan
Setakat aku mengambi ubat, Alhamdulillah, semuanya masih dalam keadaan baik dan tidaklah mendapat kesan sampingan yang serius, tetapi gatal-gatal dan sakit pada sendi-sendi kaki pada kadar yang tidak serius sahaja dan masih boleh dikawal. Kesan sampingan tersebut berlaku dalam tempoh lebih kurang dua bulan aku mengambil ubat, dan beransur hilang.
Pada ketika itu, dalam masa seminggu, kesihatan aku semakin baik dan pulih, dan batuk-batuk juga sudah beransur hilang. Namun, masih banyak temujanji dengan doktor untuk memastikan tiada kesan sampingan dan pemeriksaan pada darah adalah dalam keadaan yang baik.
Pada temujanji seterusnya, doktor juga meminta untuk aku menghantar sample kahak tetapi, dalam masa dua minggu, ianya sudah tidak dapat diperolehi lagi kerana ianya sudah pun hilang dalam tempoh seminggu daripada waktu aku ke hospital. Oleh itu, doktor meminta untuk dilakukan mountox test yang mana aku akan ke klinik DOTS untuk disuntik cecair yang akan dimasukkan ke bawah kulit dan dibiarkan selama 72 jam sebelum bacaan diambil. Ini juga adalah ujian untuk mengesahkan bahawa aku positif terkena Tibi.
Suntikan ini mengambil masa yang singkat sahaja dan boleh balik selepas suntikan. Tidak mengambil masa lama pun. Amat mudah dan tidak sakit. Cuma diminta tidak menyapu ubat pada tempat suntikan atau pun menggarunya. Selepas tempoh 72 jam, bacaan akan diambil dan akan diberikan pada doktor untuk dianalisa pada waktu temujanji nanti. Apa pun, dalam masa sebulan, aku sudah ke hospital dalam lima kali untuk membuat pemeriksaan seperti klinik mata, klinik kesihatan, mengambil sampel darah, membuat X-ray dan mengambil ubat Tibi.
Untuk bulan-bulan seterusnya, temujanji tetap ada tetapi hanya mengikut keperluan kesihatan kita yang dibuat doktor nanti. Aku akan sambungkan beberapa pengalaman sepanjang menjadi pesakit Tibi dalam bahagian lain nanti. Insya-Allah... (Bersambung)
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
4 ulasan:
Assalam..nak tanya..setelah diagnosis dgn penyakit tb..boleh ke seseorang tu berkerja seperti biasa? Perlu ke mengambil cuti?
Sepatutnya kena kuaranti 2 minggu dan perlu ambil ubat dalam tempoh tersebut, tapi kalau nak keje tak ada masalah, mulut dan hidung kena pakai mask. Bimbang ianya berjangkit kalau tak kuarantin. Dalam tempoh 2 minggu, virus tu akan dorman dalam badan.
kawan saya kan sampai kena bedah paru-paru sebab tibi..tu dah tahap kronik.
@Daud Mohamad, uish ta pernah dengar lagi kena bedah paru-paru.
Catat Ulasan