Assalamualaikum, Sejak akhir-akhir ini, banyak jenama Malaysia diperkenalkan khususnya dalam bidang teknologi maklumat seperti laman-laman sensawang, aplikasi dan sebagainya. Kebanyakkannya adalah menggunakan jenama 1Malaysia. Tidak kisahlah itu, yang penting ianya memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia dan juga memberikan perkhidmatan yang terbaik. Jika ianya tidak memberikan manfaat, berkemungkinan ianya akan menjadi sesuatu yang akan diperkotak-katikan masyarakat luar yang menganggap produk Malaysia ini tidak ada kualiti. Jadi diharapkan semua perkara yang dibuat menggunakan jenama Malaysia perlulah memikirkan kualiti berbanding kuantiti.
Video daripada Youtube mengenai 1Tube.my :-
Berbalik kepada 1Tube, saudara pernah lihat 'Youtube' Malaysia ini? Saya dah lihat buat masa ini, mungkin ianya masih baru, tetapi ianya masih boleh pertingkatkan lagi. Sehingga 1 Mei 2011, setakat ini baru 2,525 buah video yang telah dimuat naik di dalamnya. 'View' yang tertinggi buat masa ini 14,896 pada satu video yang ditemui. Namun, berkemungkinan ianya akan meningkat daripada semasa ke semasa. Saya sendiri masih mahu mencuba menggunakannya apakah prestasinya juga sama seperti laman sensawang video yang lain.
Video daripada 1Tube.my mengenai 1Tube :-
Video daripada 1Tube.my mengenai 1Tube :-
Diharapkan ianya lebih baik dan lebih maju. Jika anda belum lihat dan mahu mencuba menggunakan perkhidmatan 1Tube ini, silalah lihat dan nilaikannya. Jika ianya menarik dan mesra pengguna, bolehlah kita gunakannya sebagai alternatif. Jika tidak, 1Tube perlu memperbaiki kelemahan yang ada. Tetapi ianya suatu usaha yang amat proaktif untuk Malaysia.
Berikut adalah Halaman Utamanya :-
Sekadar berkongsi untuk anda di alam maya.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan