HALAMAN UTAMA

Hospital Pun Guna Touch N Go? PPUM Perintis?

Assalamualaikum, kebanyakkan tempat sudah mula gunakan Touch N Go sebagai satu kaedah transaksi. Saya pun baru tahu di hospital universiti pun sudah terima Touch N Go sebagai cara pembayaran yang sangat mudah. Wah, ini sudah maju setapak ke hadapan dalam perkhimatan hospital. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) antara hospital yang telah menggunakan perkhidmatan ini dan mempemudahkan urusan pembayaran bil yang perlu dibuat. Tak perlu bawa wang lebih, tak perlu susah-susah nak cucuk duit di ATM.

Anda boleh bayar bil dengan kad Touch 'n Go untuk pembayaran di:-
  • Kaunter Bayaran Hasil GF
  • Kaunter Bayaran Tingkat 2
  • Klinik Perubatan 1
  • Klinik Perubatan 2
  • Radiologi
  • Klinik ANC
  • Trauma dan Kecemasan 
  • RUKA
  • Klinik ENT dan EYE
  • Farmasi
Tambahan pula, lagi mudah cara pembayaran, lagi cepat urusan. Tapi yang paling penting. Kena ada duitlah. Dan satu perkara yang paling penting adalah hanya menggunakan satu kad sahaja jika anda seperti saya, hanya menggunakan MyKad sebagai kad Touch n Go! Jika tidak menggunakan Mykad, anda perlu adalah kad Touch n Go sebagai tambahan.

Saya tunjukkan promosi yang telah dibuat pihak Touch N Go. 


Semoga urusan anda terus dipermudahkan. Gunakan kad Touch N Go hanya gunakan MYKAD dan kurangkan kad dalam wallet anda. Insya-Allah.



Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang