HALAMAN UTAMA

Himpunan Sejuta Umat Bantah Filem Menghina Nabi SAW 21 September 2012

Assalamualaikum, pada Jumaat 21 September 2012 ini, selepas solat Jumaat, beberapa kawasan di seluruh negara akan mengadakan satu bantahan terhadap pembikinan filem “Innocence of Islam” yang telah menghina Nabi Muhammad (S.A.W) Sollallahualaihiwassalam. Bantahan ini akan dilakukan dengan gabungan pelbagai badan di beberapa lokasi yang telah dirancang untuk menyatakan secara aman bantahan kita serta umat Islam di seluruh negara terhadap filem yang perilaku dan isi kandungannya dengan jelas telah menghina Nabi Muhammad SAW.


Terdapat beberapa lokasi yang akan dijangkakan akan menghimpunkan umat Islam antaranya adalah seperti berikut:-

Lokasi Berhimpun di KUALA LUMPUR
Himpunan berdekatan bangunan Tabung Haji dan berarak ke Keduatan Amerika Syarikat (US), selepas solat Jumaat.

Lokasi Berhimpun di JOHOR 
Himpunan tersebut akan diadakan di Masjid Taman Perling Johor Bahru, selepas solat Jumaat.

Lokasi Berhimpun di SARAWAK 
Semua Muslimin dan Muslimat sekitar Bandaraya Kuching di jemput untuk menghadiri "Demonstrasi dan Protes Aman '' kita akan di adakan di perkarangan/berdekatan Masjid bahagian Kuching, berdekatan dengan Brooke Dockyard dan "padang pasir' pada esok hari esok sebelum solat Jumaat jam 12 tengahari.




Jika, ada kelapangan masa, marilah sama-sama kita berhimpun menyatakan bantahan kita kepada kebiadapan mereka yang menghina Nabi Muhammad (S.A.W). Semoga dengan usaha ini, mereka sedar akan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang