Assalamualaikum, pembaca sekalian, rakyat Malaysia awal bulan April dikejutkan dengan pendedahan telur palsu di Pulau Pinang apabila terdapat laporan pengguna kepada Persatuan Pengguna. Namun, telur palsu ini bukanlah perkara baru. Mengikut kajian pembacaan saya dibeberapa laman sensawang, ianya telah wujud sejak tahun 2004 di China. Pendedahan pembuatan telur ini dibuat Berita Xinhua pada tahun 2004. Mula memasuki pasaram Korea pada 2007 dan ke Indonesia pada tahun 2008. Kini ia telah masuk ke pasaran Malaysia.
Oleh yang demikian, saya ingin mengingatkan, kita sebagai pengguna di Malaysia perlu sentiasa peka apa-apa perkara yang berkaitan dengan kepenggunaan yang telah berlaku di negara-negara jiran. Hal ini kerana besar kemungkinan kita juga akan menghadapi masalah yang sama. Saya juga perhatikan bahawa, kebanyakkannya adalah produk dari China. Jika dilihat, banyak produk China yang masuk ke pasaran Malaysia. Daripada sekecil-kecil produk sehinggalah sebesar-besar produk. Dari produk bukan makanan sehinggalah produk makanan.
Bukanlah kita tidak boleh menggunakan produk daripada negara China. Namun, perlu diingatkan juga bahawa kita perlu pastikan yang ianya telah mendapatkan kelulusan dan dijamin selamat oleh kementerian negara kita. Bukanlah kita hanya memilih barang tersebut kerana harganya yang murah, tetapi kualitinya itu yang penting. Cuba perhatikan semua produk China. Banyak yang tiruan, dan yang itulah kita perlu elakkan. Ini kerana produk tiruan ini kebiasaannya mempunyai kesan jangka masa panjang yang lebih bahaya.
Untuk kes telur palsu ini, saya ingin berkongsikan sedikit informasi yang saya perolehi daripada kajian pembacaan saya. Bagaimana kita dapat mengenal pasti sama ada telur itu palsu atau tidak? Ini antara tips yang saya perolehi :-
1. Telur kebiasaannya akan sedikit kasar dan berbentuk benjolan dan sedikit kotoran yang bukan daripada tahi ayam.
2. Terdapat lekuk-lekuk yang bentuknya tidak sama pada telur.
3. Jika digoncang, tiada bunyi udara di dalamnya.
4. Cangkerang telur itu boleh dikupas tanpa merosakkan lapisan putih dalam telur.
5. Jika dipecahkan, putih dan kuning telur tiada bau.
6. Di salah satu bahagian telur yang dipecahkan tiada rongga udara. (pada cangkerang)
7. Kuning telur itu agak kenyal dan sukar untuk dipecahkan.
8. Jika direbus, kuning telur tidak berbentuk bulat tetapi seperti meleper.
9. Kuning telurnya akan berada berdekatan dengan kulit berbanding dengan telur asli yang biasanya berada di tengah-tengah telur.
10. Rasa putih telurnya akan kenyal tidak seperti putih telur biasa.
Itu antara ciri-ciri telur palsu yang boleh dikenal pasti yang dijual. Menurut satu kenyataan seorang Professor di China Hong Kong, telur palsu ini boleh menyebabkan penyakit dementia (sakit mental) yang serius dan mengganggu pemikiran manusia dalam jangka masa yang panjang. Ini kerana di dalam telur tersebut mempunyai tawas yang mana jika diambil secara berterusan boleh memberikan kesan yang berbahaya kepada manusia. Bukan itu sahaja, malah ianya juga boleh memberikan kesan buruk kepada perut kita akibat daripada bahan kimia berbahaya yang digunakan.
Saya juga ingin berkongsikan cara pembuatannya seperti mana yang saya ketahui :-
Untuk membuat telur putih, beberapa jenis bahan, termasuk tawas, ianya dicampurkan - Kuning telur dibentuk pada acuan. Cecair 'ajaib' yang digunakan mengandungi kalsium khlorida juga digunakan - Cangkerang dibentuk dengan menuangkan parafin dan sejenis cairan pada telur lalu dibiarkan kering.
Pengguna sangat sukar untuk membezakan telur sebenar dan telur palsu. Ini adalah berita baik untuk pengusaha telur palsu mengeluarkan tidak kurang daripada 150 dolar Singapura untuk mengikuti kursus tiga hari cara menghasilkan telur tiruan. Seorang wartawan dari Majalah East Week dari Hong Kong mengikuti salah satu kursus tersebut.
Untuk menciptakan telur putih, instruktor - seorang wanita berusia 20 tahun menggunakan sejenis ramuan seperti agar-agar, bubuk yang tidak diketahui jenisnya, asam benzoid, bahan pengentalan dan juga tawas yang biasa digunakan untuk pembuatan dalam industri.
Untuk menghasilkan kuning telur, bubuk berwarna kuning cerah dicampur ke dalam air dan diaduk. Cairan itu kemudian dituangkan ke dalam acuan plastik yang berbentuk bulat dan dicampur dengan ‘cecair ajaib,’ yang mengandungi kalsium khlorida. Ini akan membentuk selaput tipis di luar ‘kuning telur,’ di dalam telur.
Oleh itu, telur tersebut dibentuk dengan bentuk acuannya. Selain itu, kulit telur juga dapat dibentuk. Parafin dan sejenis cairan putih yang tidak ketahui jenisnya juga dituang ke dalam telur palsu itu, lalu dibiarkan kering.
Sedikit Prosedur dalam bahasa Inggeris menunjukkan cara pembuatannya.
Saya juga sertakan beberapa video yang berkaitan dengan isu telur palsu ini.Antaranya :-
Sedikit rencana mengenai telur palsu.
Menunjukkan bertapa kenyalnya telur kuning di dalamnya selepas merebusnya.
Ini adalah sumber rujukan yang saya perolehi ketika melakukan sedikit kajian di beberapa laman sensawang. Mungkin banyak lagi maklumat yang boleh diperolehi jika kita mahu mengkaji lebih mendalam lagi mengenai perkara ini. Jadi saya juga sertakan beberapa rujukan yang telah saya rujuk dan beberapa laman-laman yang berkaitan.
Lagi pembuktian yang saya perolehi :-
Kita sebagai pengguna, saya menasihatkan agar janganlah kita hanya mementingkan harga barang yang murah, tetapi, perlu juga kualitinya yang sihat dan tidak membahayakan kesihatan. Adukan segera jika terdapat keraguan dalam produk yang kita gunakan agar kita tidak tertipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan keuntungan yang melampau. Insya-Allah. Kongsikan bersama.
Artikel daripada pelbagai sumber, kredit kepada tuan punya gambar. Terima kasih.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Rujukan :-
http://satria75.wordpress.com/2008/10/24/awas-telur-palsu/
http://us.metro.vivanews.com/news/read/5019-bpom_sita_40_ton_m_m_dan_snicker_s
http://sistershop.multiply.com/journal/item/13/Telur_Palsu_details..Lengkap_dengan_foto..hiiiii....seremmmm...HATI2
http://artikelkesehatan.onsugar.com/Ciri-Ciri-Telur-Palsu-14223609
http://arifzever.blogspot.com/2011/03/wow-cara-membuat-telur-palsu-made-in.html
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Ratusan_Telur_Dipercayai_Palsu_Dirampas.html
http://www.ek-ele.co.cc/2011/04/foto-pembuatan-telur-palsu-dari-china.html
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Ratusan_Telur_Dipercayai_Palsu_Dirampas.html
http://mfahmia2705.blogspot.com/2008/05/hoax-telur-palsu-tapi-tidak-heboh.html
http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Ratusan_Telur_Dipercayai_Palsu_Dirampas.html
http://mfahmia2705.blogspot.com/2008/05/hoax-telur-palsu-tapi-tidak-heboh.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan