Assalamualaikum, masalah jenama minuman syarikat membuat arak yang telah mengeluarkan produk berjenama Jolly Shandy, Malta, Jenama Nutri Malt dan Anglia Shandy membuatkan masyarakat Malaysia jadi keliru dengan produk mereka. Hal ini amat dibimbangi apabila dengan mudahnya diletakkan, dicampurkan dan dijual bersama minuman yang biasa kita minum. Bagi yang peka dengan jenama dan halal haram mungkin boleh membezakan jenis minuman ini. Namun, bagaimana pula dengan yang masih kanak-kanak dan yang tidak mengetahuinya?
Satu posting dikongsikan yang menjadi kebimbangan masyarakat Islam di media sosial di sini Jolly Shandy Minuman Alkohol.
Satu posting dikongsikan yang menjadi kebimbangan masyarakat Islam di media sosial di sini Jolly Shandy Minuman Alkohol.
Jadi di sini saya kongsikan antara yang menjadi masalah kepada kita apabila minuman ini dijual dengan berleluasa di pasaran Malaysia termasuk di kedai-kedai runcit dan kedai serbaneka 24jam. Saya merujuk juga kepada pengalaman orang ramai yang memberikan komen dan juga kebimbangan di laman sosial yang mana menunjukkan kepincangan dan kemasalahatan penjualannya yang mengusarkan umat Islam di Malaysia.
Umat Islam di Malaysia yang peka dengan jenama air mimuman tersebut, bukan sahaja kepada pembeli, kepada pekerja Islam juga yang menjadi masalah.
Oleh yang demikian, anda juga boleh merujuk fatwa yang berkaitan dengan Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/alkohol-dalam-makanan-minuman-pewangi-dan-ubat-ubatan dan di bawah ini adalah kandungan fatwa tersebut:-
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
- Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
- Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
- Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyaialkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
- Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
- Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
- Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuktujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
- Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dandiharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
Sumber rujukan minuman Jolly Shandy juga boleh dirujuk di sini:
Jadi, jikalau anda rasakan perkara ini perlu disebarkan, silalah kongsikan kepada masyarakat akan perkara ini sebagai satu usaha kita mendidik masyarakat agar tidak terlalu menerima cara mereka menjual produk haram ini.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan