HALAMAN UTAMA

Bahaya Dedah Maklumat Kad Debit Anda Di Telefon


Assalamualaikum, adakah pihak bank akan membuat pengesahan kad debit anda melalui telefon? Adakah pihak seperti Maybank dan CIMB Bank akan meminta segala maklumat kad anda? Adalah tidak releven jika semua nombor yang ada pada kad kita pihak bank perlukan untuk pengesahan. 

Pada kefahaman saya, kebiasaan maklumat ini akan diminta oleh pihak yang ingin menolak wang dalam bank kita secara debit. Sebagai contoh pembayaran insuran, pembayaran bil dan pembayaran secara bulanan. Jika ketiga-tiga maklumat ini ada, maka, bila-bila masa sahaja wang simpanan anda akan ditolak.

Peringatan juga daripada Cybersecuriti Malaysia di laman Facebooknya:-



Kelmarin, seorang rakan saya telah menerima panggilan daripada satu private number yang mahu mengesahkan kad banknya, saya lihat dengan mudah sahaja beliau berikan segala maklumat kad beliau. Kemudian, bila saya beri tahu bahawa pihak bank tidak akan membuat penggilan untuk dapatkan maklumat kad debit kita kerana tiada tujuan pihak bank mahu berbuat demikian kerana mereka boleh meminta kita untuk pergi ke cawangan bank untuk membuat pengesahan jika perlu.


Akhirnya beliau telah membuat panggilan kepada pihak Maybank dan disahkan pihak Maybank tidak akan meminta maklumat tersebut daripada pelanggan mereka dan menasihati untuk dibatalkan kad debit tersebut untuk keselamatan kita. Jika tidak, duit anda tidak dijamin keselamatannya. 

Tidak lain, ini semua adalah SCAM seperti mana SCAM pada email yang mahu mengesahkan atau mengemaskini maklumat bank kita secara dalam talian. Sedangkan kita tidak pernah ada pun akaun untuk bank berkenaan.

Kalau kita dah berikan 3 jenis nombor yang ada pada kad tersebut, maka, saya nasihatkan batalkan sahaja kad tersebut, kerana bila-bila masa sahaja, duit anda mereka boleh tolak daripada kad tersebut.

Beringat sebelum kena, kalau dah kena, tak guna dah nak menyesal.

Saya nasihatkan kepada semua rakan-rakan yang mempunyai kad debit atau kad kredit ke... Jika anda dapat panggilan daripada private number atau apa-apa nombor untuk membuat pengesahan kad debit anda, silalah tidak mendedahkan numbor yang terdapat pada kad tersebut... 

Seperti contoh kes kad Maybank,

1. Elak berikan nombor kad tersebut, biasanya 4 nombor hadapan adalah sama untuk kebanyakkan kad sebagai contoh:

4283 XXXX XXXX dan anda diminta untuk berikan nombor selebihnya...

2. Tarikh expired kad, contoh: 05/14

3. Nombor belakang kad yang ada tiga angka sebagai contoh: 123.

Jika anda sudah terberikan maklumat ini, duit simpanan anda dalam bahaya.

P/S: Peringatan untuk rakan-rakan facebook.

Kongsikan kepada rakan-rakan jika anda rasakan perkara ini sangat penting.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang