HALAMAN UTAMA

Jenayah Terancang Di Ampang Point 18 Julai 2013

Assalamualaikum, sudahkah anda membeli-belah untuk persiapan hari raya yang bakal menjelang nanti? Jika belum, sebelum anda mahu membuat persiapan dan mahu berkunjung ke pusat membeli-belah, saya mahu memberikan sedikit peringatan penting kepada anda semua. Sila pastikan anda tidak membawa barang-barang berharga di tempat awan khususnya di tempat membeli belah seperti Ipad, Tab, Wallet dan barangan berharga lain jika anda berseorangan.

Mengapa? Ini bagi mengelakkan anda diperdaya dengan taktik yang licik daripada mereka yang mahu mengambil atau mencuri barangan anda secara terancang. Jika anda berteman mungkin boleh lebih berhati-hati, dibimbangi kita terleka dengan beberapa perkara yang menarik perhatian kita dan pada ketika itulah JENAYAH sedang berlaku. Berikut adalah kejadian yang sangat licik di Ampang Point pada 18 Julai 2013 yang lalu.



Apabila diperhatikan terdapat seorang mangsa dan 4 orang suspek dalam kejadian yang dapat dilihat melalui CCTV di pusat membeli belah tersebut. Saksikanlah dan berhati-hati jika perhatian anda dialihkan ketika anda di tempat membeli-belah. Dibimbangi anda adalah mangsa seterusnya. Nauzubillahiminzalik.



Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang