Assalamualaikum, beberapa hari lalu (3 Julai 2013) mahu derma darahn di KLCC, tetapi doktor daripada Pusat Darah Negara kata, "Encik tak boleh derma darah". Itulah yang dikatakan. Tapi saya juga nasihatkan kepada anda janganlah derma darah dan lupakanlah hasrat murni anda. Saya serius bagi tahu, lupakan hasrat murni anda untuk menderma darah sekurang-kurangnya selama lima tahun. Mengapa?
Anda dilarang menderma darah selama lima tahun sekurang-kurangnya jika anda pernah mendapat jangkitan TIBI atau pun batuk kering atau pun tuberculosis. Anda perlu menunggu selama lima tahun selepas tarikh terakhir rawatan anda. Itulah nasibnya jika anda pernah menghidapi penyakit batuk kering.
Apa yang dimaklumkan oleh pihak PDN, sekiranya penderma itu mendapat tahu jangkitan TIBI tersebut melalui PDN, maka nama penderma akan disenarai hitamkan dalam sistem selama lima tahun dan dihalang daripada menderma darah. Tetapi, jika anda mendapat tahu jangkitan TIBI tersebut di hospital-hospital lain, mungkin nama anda tidak disenarai hitam dalam sistem PDN.
Namun, jika anda tidak mengetahui atau tidak memaklumkan dalam borang tersebut, berkemungkinan anda boleh menderma. Tapi apa boleh buat, dah la tak dapat menderma selama lima tahun, rasa macam geram pula dengan doktor tu tak tahu kenapa. Baru tahu yang pesakit TIBI yang sudah sembuh tak boleh menderma selama lima tahun selepas rawatan.
Saya rasa, doktor-doktor di luar sana kenalah sabar sikit beri penerangan kepada penderma yang datang, tak ada lah rasa kecewa nak datang menderma tiba-tiba baru tahu kata tak boleh derma. Biasalah, situasinya ketika saya diberi tahu tidak boleh menderma, saya tanyalah kenapa saya tak tahu selepas 2 kali menderma darah selepas setahun lebih habis rawatan. Doktor ni pun satu hal, nak bagi penerangan tu, tunjuklah pamplet ke, atau apa-apa yang yang menerangkan tempoh layak menderma selepas sesuatu rawatan.
Ini tidak, cakap sekadar cakap je. Tahulah doktor lebih tahu, tapi cubalah bagi hati penderma darah ni puas hati dan taklah rasa kecewa sangat. Ish, apa pun tak boleh. sabar je lah.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan