Assalamualaikum, anda pernah berkerja? Jika pernah, adakah anda membuat caruman KWSP untuk gaji anda? Jika ya, adakah anda telah semak semua penyata dan adakah anda pasti majikan anda juga telah mencarum untuk anda? Jika belum, tahukah anda cara mudah untuk menyemak penyata tersebut? 7 Langkah mudah semak penyata KWSP!
Kesemua persoalan ini adalah penting untuk yang mempunyai caruman dengan KWSP untuk simpanan anda daripada gaji bulanan anda. Saya mahu kongsikan bagaimana caruman ini boleh disemak secara dalam talian dan cara untuk memantau sama ada majikan anda telah pun membuat caruman tersebut untuk anda.
Jika tidak, anda boleh membuat laporan kepada pihak KWSP dengan membawa salinan slip gaji anda sebagai bukti caruman yang telah ditolak majikan anda untuk dimasukkan ke dalam akaun KWSP anda.
Bagaimana mahu menyemaknya? Baiklah, saya akan cadangan satu daripada langkah yang boleh anda lakukan untuk pertama kali mahu menyemak akaun KWSP anda secara dalam talian. Sebelum itu, pastikan anda mempunyai:-
1. Telefon
2. Akses Internet (untuk pendaftaran pertama)
Langkah-langkah Mudah:
- Buat panggilan ke Pusat Panggilan KWSP 03-8922 6000 (hanya waktu bekerja).
- Pilih permohonan i-Akaun.
- SMS akan dihantar ke nombor telefon anda mengandungi 6 Kod Pengaktifan (Sah sehingga 90 hari).
- Buka laman web https://secure.kwsp.gov.my/secured/member/login
- Kemudian pilih https://secure.kwsp.gov.my/secured/member/register?2
- Klik 'Setuju' kemudian, lengkapkan borang tersebut.
- Isikan beberapa soalan keselamatan untuk anda dan kemudian selesai dan anda boleh login untuk melihat penyata kewangan KWSP anda di dalam talian.
Sila lihat paparan yang akan anda lihat ketika membuka i-Akaun untuk penyata KWSP dalam talian.
Halaman Utama KWSP
Halaman sebelum Login (Klik Pengaktifan i-Akauan jika mahu pertama kali login)
Halaman yang anda perlu lihat apabila mahu mengaktifkan i-Akaun anda.
Penyata boleh dilihat dengan memilih tahun dalam pilihan seperti di bawah ini.
Semoga perkongsian ini akan membantu anda untuk menyelia dan memantau pembayaran yang dibuat majikan. Anda juga boleh melihat kedua-dua akaun KWSP dalam penyata ini.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan