Assalamualaikum, MashaAllah, Maha Suci Allah menciptakan sesuatu itu bukanlah sia-sia. Apendiks pada manusia yang dikatakan tiada fungsi telah dibuktikan oleh saintis Amerika mempunyai peranan yang sangat penting kepada sistem perkumuhan manusia.
Para penyelidik daripada Amerika mengatakan apendiks pada manusia adalah menjadi tempat atau pun sebuah rumah yang selamat untuk bakteria baik dan boleh menjadikan usus berfungsi semula selepas serangan yang menyebabkan penyakit kolera.
Kebanyakkan orang telah membuang katung kecil (apendiks) berlebihan mereka yang terkeluar daripada bahagian usus pertama dan beranggapan itu adalah lebih baik.
Saintis daripada Pusat Perubatan Universiti Duke di Utara Carolina (Duke University Medical Centre in North Carolina) berkata kesan daripada penyakit taun dan kolera, hanya bakteria baik yang berada di dalam apendiks akan dapat membantu pencernaan dengan membersihkan usus apabila memainkan peranannya sebagai satu fungsi yang tidak diketahui manusia akan kepentingannya.
Tetapi, Profesor Bill Parker berkata penemuan ini bukanlah bermakna kita akan mengharapkan fungsi apendiks ini 100%.
"Ianya sangat penting kepada kita untuk memahami bahawa apendiks juga boleh menjadi keradangan, disebabkan ianya mempunyai fungsi tersebut tidak bermakna ianya sepatutnya dikekalkan" katanya.
"Jadi ia bukanlah sesuatu yang menggembirakan tetapi kita tak mahu ianya menyebabkan kemudharatan yang lain, kita tidak mahu orang berkata "Oh, apendiks saya mempunyai fungsi, jadi saya tak perlu berjumpa dengan doktor dan saya akan cuba untuk mengharapkannya."".
Professor Madya di Jabatan Sains Perubatan di Universiti RMIT, Nicholas Vardaxis berkata teori yang dikemukakan saintis Universiti Duke adalah logik.
"Sebagai idea yang sangat menarik, ianya berkemungkinan akan menjadi tempat yang terbaik untuk sesetengah bakteria untuk berada di dalamnya dan menjadi tempat terakhir daripada yang lain." katanya.
"Masalahnya adalah jika kita perhatikan menerusi evolusi, skala evolusi yang paling tinggi adalah kita dan kebanyakkan haiwan omnivors, yang paling kecil dan kurang penting berlaku pada apendiks adalah manusia, dan ini adalah satu contoh terbaik mengenainya."
"Dalam situasi sebenar bakteria dalam apendiks terutamanya dalam usus kita adalah sama, jadi kita telah kehilangan kesemua bakteria yang khusus. Jadi saya tidak fikir ianya menjadi rumah yang selamat kepada bateria itu lagi, saya tidak fikir begitu. Ianya adalah hasil daripada sesuatu yang berlaku sebelumnya."
Apendiks Koala
Tidak seperti manusia, koala adalah popular kerana mempunyai apendiks paling panjang. Ia dipercayai untuk membantu penghadapan diet khas untuk pucuk daun. Professor Vardzxis berkata ianya tidak mungkin akan bertukar.
"Melainkan sudah tentu kita mempunyai perubahan besar dan kita akan dapati koala akan mati, dan kita akan lihat koala akan mula memakan benda yang lain pula, dan apabila ianya mula memakan sesuatu yang lain, dalam tempoh beribu tahun dalam generasi koala tersebut, sudah pasti apendiksnya juga akan mula memendek," katanya.
Professor Vardaxis berkata ianya boleh berlaku pada ketika itu, koala mungkin akan merasai kesan daripada apendiks dan berlaku mengikut perubahan masa.
Sumber:
http://www.abc.net.au/news/2007-10-10/scientists-discover-true-function-of-appendix-organ/693946
Sekian, Terima kasih.
Sumber:
http://www.abc.net.au/news/2007-10-10/scientists-discover-true-function-of-appendix-organ/693946
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan