HALAMAN UTAMA

Tiada Undang-undang Halang Mahasiswa Sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112


Assalamualaikum, Sabtu ini 12 Januari 2013, satu Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang akan dijadual berlangsung sabtu ini dikatakan akan berkumpul di 8 lokasi berbeza yang diketuai beberapa pemimpin yang mewakili beberapa kumpulan yang menyertai himpunan tersebut dan kemudiannya akan bejalan secara aman ke lokasi berhimpun iaitu di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Antara yang dikatakan akan sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tersebut adalah:-

Setiapnya akan memakai baju yang berwarna dan melambangkan tuntutan yang mereka mahukan. Antara tuntutan yang diminta adalah:-
  • Menuntut Pilihanraya Adil dan Bersih
  • Bebaskan Tahanan ISA 
  • Memartabatkan Bahasa Ibunda
  • Menuntut Pendidikan Percuma
  • Selamatkan Kg Warisan dan Tradisi 
  • Selamatkan Alam Sekitar
  • Pulangkan Royalti Minyak 
  • Selamatkan FELDA 


Himpunan ini juga boleh disertai oleh mahasiswa sebagai mana respon Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di dalam Twitternya yang berbunyi apabila diajukan pandangan berkenaan mahasiswa/mahasiswi menyertai KL112, respon beliau "Terserah pada mereka". Selain itu beliau juga turut menyarankan agar perhimpunan tersebut tidak diganggu kerana mereka juga ada hak berhimpun dan mahu perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman seperti mana kita juga mahu berhimpun kata beliau.


Oleh yang demikian, segala perhimpunan yang dibuat, tiada siapa pun yang mahukan kekecohan dan keganasan. Rakyat berhimpun hanya membawa diri, minuman, garam dan tiada pun alat-alat untuk menimbulkan kekecohan melainkan ada pihak yang cuba melakukan provokasi.

Semua orang bebas menyatakan hasrat mereka. Baik dipihak kerajaan mahu pun pembangkang. Berikan ruang untuk sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang. Untuk maklumat terkini, bolehlah rujuk laman web yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan #KL112 ini. Antaranya di Twitter, Facebook dan blog-blog yang berkaitan.


Mungkin akan ada siaran langsung? Nanti saya cuba kongsikan jika ada.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang