HALAMAN UTAMA

Cadangan Plan Simpan Emas Untuk Pelajar IPT

Assalamualaikum, saya mahu kongsikan sedikit berkaitan simpanan emas ini diwaktu muda atau ketika masih belajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Saya sudah terlambat untuk mencuba pelan ini ketika belajar dahulu. Namun, saya mahu kongsikan dengan rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang mempunyai dan bercadang untuk menyimpan aset untuk masa yang akan datang.

Berikut satu pelan yang dikongsikan oleh mereka yang pernah melakukannya. Bolehlah dipraktikan jika merasakan ianya dapat dibuat atau pun diubah agar ianya sesuai dengan simpanan anda. Ini khususnya bagi mereka yang mempunyai pinjaman atau pun sumber kewangan tetap setiap semestar atau pun tahun.

PELAN SIMPANAN EMAS, KHAS UNTUK PELAJAR IPT*
*Tertakluk kepada kadar yuran IPT masing-masing. Kiraan dibuat secara anggaran.

Hutang PTPTN 4 tahun RM28,000

# Tahun pertama
Semester 1 & 2 dapat PTPTN RM3,500 x 2 = RM7,000
Kos 1 semester RM1300 x 2 = RM2600
Baki duit RM2,200 boleh beli 14.6g emas 999 (anggaran harga purata RM150/g)

# Tahun kedua
Semester 3 & 4 dapat PTPTN RM3,500 x 2 = RM7,000
Kos 1 semester RM1300 x 2 = RM2600
Baki duit RM2,200 boleh beli 14.6g emas 999 (anggaran harga purata RM150/g)

# Tahun ketiga
SSemester 5 & 6 dapat PTPTN RM3,500 x 2 = RM7,000
Kos 1 semester RM1300 x 2 = RM2600
Baki duit RM2,200 boleh beli 14.6g emas 999 (anggaran harga purata RM150/g)

# Tahun ke empat
Semester 7 & 8 dapat PTPTN RM3,500 x 2 = RM7,000
Kos 1 semester RM1300 x 2 = RM2600
Baki duit RM2,200 boleh beli 14.6g emas 999 (anggaran harga purata RM150/g)


Bila Tamat Pengajian anda mempunyai jumlah emas dengan berat
= 14.6g X 4 tahun = 58.4g (dengan anggaran harga emas tidak naik selama 4 tahun pengajian anda)


Terdapat 3 kemugkinan ke atas nilai emas anda pada 4 tahun akan datang

# Kemungkinan 1
Sekiranya tiada kenaikan harga emas selama 4 tahun pengajian anda nilai harga emas anda berkurang sedikit setelah di tolak susut nilai. Rugi sekiranya anda jual emas anda ketika itu. Tidak rugi jika tidak menjualnya kerana berat emas anda masih tidak berkurang.

# Kemungkinan 2
Sekiranya ada penurunan harga emas selama 4 tahun pengajian anda nilai harga emas anda berkurang lebih dari 'kemungkinan 1' setelah di tolak susut nilai. Rugi sekiranya anda jual emas anda ketika itu. Tidak rugi jika tidak menjualnya kerana berat emas anda masih tidak berkurang.

# Kemungkinan 3
Sekiranya harga emas naik sehingga RM400/g seperti yang diwar-warkan, nilai emas anda mungkin menjadi
= 58.4g X RM500/g = RM29,200 , cukup untuk anda bebaskan diri dari hutang PTPTN

Disediakan oleh : Abdul Rashid Basar

Semoga simpanan anda di awal waktu memberikan kelegaan dan mampu membantu anda dikala memerlukan wang di saat yang diperlukan kelak. InshaAllah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang