HALAMAN UTAMA

Gaji Siswazah di Malaysia Masih Rendah?

Assalamualaikum, saya hari ini melihat satu fakta yang mana agak benar apabila membandingkan dengan data yang saya lihat. Apabila saya melihat satu fakta yang membandingkan dengan gaji yang diperolehi oleh amah pada tahun 1970 dan siswazah pada tahun 2010.

Jika dilihat ianya tidak banyak berubah untuk 5 tahun kebelakangan ini. Namun, jika ianya dijadikan sandaran purata, maka kita dapat lihatkan hasilnya seperti dalam gambar rajah di bawah yang mana saya telah membuat beberapa rujukan untuk mendapat kefahaman berkaitan perkara ini. Dan akhirnya saya cuba membuat sedikit rumusan pada rajah Info Nilai Gaji dan Nilai Emas di Malaysia tahun 1970 dan 2010 untuk memudahkan sedikit kefahaman.


Sebagai mana nilai yang saya ambil untuk membuat kiraan. Saya menggunakan nilai USD pada tarikh 20 Januari 2013 untuk nilai tahun 1970 dan 2010. Oleh yang demikian, saya membandingkan harga mengikut ouns. Jika mengikut USD pada tahun 1970, harga emas adalah USD37, manakala pada tahun 2010, harga emas adalah USD1410. Boleh rujuk harga emas mengikut USD tahun 1970-2010 di sini.

Oleh yang demikian, saya membuat satu andaian di mana jika gaji amah yang bekerja di Malaysia pada tahun 1970 adalah RM 55, maka mereka akan membeli emas sebanyak lebih kurang 13.324 gram emas. Manakala jika gaji siswazah pada tahun 2010 adalah sebanyak RM 1,960, maka mereka akan dapat membeli emas sebanyak lebih kurang 13.182 gram emas.


Di sini kita boleh nampak perbezaan bahawa walaupun gaji kita lebih tinggi mengikut peredaran zaman semasa, namun dengan nilai gaji sebegitu, kita tidak mampu mendapatkan berat emas yang lebih banyak atau sebanyak berat emas yang dapat diperolehi dengan gaji amah yang lebih rendah itu.

Di sini menunjukkan, bahawa gaji amah adalah lebih tinggi berbanding dengan gaji siswazah sekarang jika dibandingkan dengan berat emas yang boleh diperolehi. Saya membuat sedikit kiraan dan mendapati jika gaji siswazah kita lebih kurang RM1,900 sememang masih rendah. Ini mungkin juga disebabkan faktor lain yang mempengaruhi kenaikkan harga emas dan juga penurunan nilai mata wang kita. 

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang