Assalamualaikum, satu penjelasan berkaitan dengan kisah ayat terakhir yang disebut Rasulullah s.a.w sebelum kewafatannya. Adakah "Ummati, ummati, ummati.." atau pun "Bal Rafiqil A'laa"?
Maka, isu ini telah pun cuba dijawab oleh Ustaz Muhammad Nazmi Karim yang menjelaskan mengenai perkara ini, beberapa kitab ditunjukkan dengan asas sebagai penjelasan beliau untuk menunjukkan beberapa rujukan bagi merungkai isu ini.
Di dalam rujukan beliau di dalam Kitab Durratul Nasihin (Bekal Juru Dakwah) yang dikarang ulama' bermazhab Hanafi. As-Syeikh Uthman bin Hassan bin Ahmad As Syakir Al Huburi Ulama kurun ke-13 Hijri.
Nas dipetik seperti di bawah:
Dalam rujukan Kitab Ihya' Ulumuddin, ditulis oleh Al-Imam Ghazali. Tidak menyatakan Ummati, ummati, ummati ayat terakhir baginda.
Kitab AlKamil Fil-Tarikh juga tidak menyatakan "Ummati, ummati, ummati" ayat terakhir baginda sebelum wafat. Tetapi "Bal Al-Rafiqal A'laa".
Kitab Fiqussirah Annabawiyah karangan Al-Allamah Almarhum Syeikh Muhammad Syeikh Ramadhan AlButi, juga menyebut ayat terakhir yang disebut Rasulullah s.a.w. ialah "Fi Rafiqil A'laa".
Kitab Siratul Rasulullah Rasulullah S.a.w. ditulis ulama kitab kontemporari juga menyebut bahawa "Bal Al-Rafiqal A'laa" ayat terakhir Rasulullah s.a.w.
Kitab Sirah Annabawiyah juga menyebut ayat yang sama "Bal Al-Rafiqal A'laa".
Kitab Sahih Muslim juga menyebut "Al-Rafiqal A'laa".
Kitab Fatul Bari Syarah Sahih Bukhari menyebut Hadith yang berkenaan Nabi s.a.w. wafat atas riba Saidina Ali ada mempunyai unsur Syiah.
Kitab Umdatul Qari menyatakan juga menyebut Hadith tersebut berkenaan Nabi s.a.w. wafat atas riba Saidina Ali mempunyai perawi Syiah, jangan kamu ambil hadith tersebut.
Berkenaan dengan persoalan adakah nabi pernah sebut "Ummati, ummati, ummati", jawapannya memang ada nabi pernah sebut. Di dalam kitab Syarah Almuisir Shahih Bukhari, telah memetik daripada Shahih Muslim, nabi telah membaca ayat Surah Ibrahim ayat 36, Surah Maidah, ayat 118, kemudian nabi menangis dan menyebut Ya Allah, Ummati, ummati, ummati. Maka Jibril memberi salam dan berkata Wahai Muhammad Allah mengirimkan salam kepada engkau dan Allah berkata kepada engkau, kami akan meredhakan engkau dan umat engkau dan kami tidak akan menyakitkan engkau Wahai Muhammad tentang umat engkau selama-lamanya.
Dalam Riyadussalihin juga menyebut nabi pernah menyebut "Ummati, Ya Rabbii, ummati, Ya Rabbii" ketika di padang mahsyar.
Kesimpulannya, ayat Ummati, ummati, ummati pernah disebutkan adalah ketika nabi hidup dan ketika nabi di padang mahsyar. Perkataan yang banyak disebut di dalam kitab juba menyatakan bahawa perkataan dan ayat yang disebut kali terakhir sebelum nabi wafat adalah "Bal Rafiqal A'laa" atau "Fi Rafiqil A'laa". Maka lebih baiklah kita mengambil jalan yang lebih selamat dan yang lebih Shahih dan lebih cermat dalam mengambil hadith sebagai rujukan kita. InshaAllah.
Anda boleh lihat penjelasan penuh di dalam video di bawah ini untuk lebih memahami penjelasan berkaitan isu ini.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan