Assalamualaikum, hari ini bagaimana saya mahu kongsikan cara untuk unlock semula touch pad untuk laptop kita sekiranya terlock secara tidak sengaja? Mungkin sebelum ini kita tak sedar bahawa netbook atau laptop kita mempunyai lock untuk touch pad. Tetapi jika tanpa kita sedar, tertekan butang lock, bagaimana nak unlock semula?
Kebiasaanya, kebanyakkan laptop mempunyai butang lock yang sangat jelas pada atas touchpad atau pada keyboard. Namun, bagaimana jika ianya tiada? Inilah masalahnya bagi yang tidak tahu dimana letaknya butang tersebut.
Saya pun baru jumpa masalah seperti ini, maklumlah, tak ada laptop jenis touchpad seperti ini. Jadi, saya kongsikan masalah tadi dan bagaimana ianya terjadi pada :-
- Mini HP Laptop
- Pengguna tidak perasan bila touchpad tersebut dilock.
- Tidak tahu cara nak unlock touchpad tersebut.
Klik 2 kali pada kawasan atas sebelah kiri iaitu pada lampu untuk lock touch pad. |
Klik 2 kali pada lampu merah tersebut untuk unlock semula touch pad tadi. |
Semoga ini dapat membantu para pembaca yang mungkin belum pernah alami masalah ini.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan