HALAMAN UTAMA

Bagaimana Nak Dapatkan Fail Hilang Sebab Virus?

Assalamualaikum, hari ini saya mahu kongsikan bagaimana kita mahu dapatkan semula fail yang sudah hilang dalam PC atau External Hard disk atau pun pendrive. Semua orang mahukan semula fail-fail atau folder mereka semula jika telah hilang akibat daripada serangan virus. Mungkin ianya amat penting dan sangat diperlukan. Jadi, tak perlu risau, cubalah cara yang saya syorkan ini. Seorang rakan yang mengatakan bahawa failnya atau pun dokumen di dalam hard disknya telah hilang selepas menggunakan PC atau pun komputer lain telah diperolehi semula.

Saya dapati, external hard disknya telah diserang virus yang mana telah menduplikasikan fail-fail dalam hard disk tersebut menjadi fail shortcut yang mana akan menyebabkan fail asal disembunyikan dalam hardisk yang sama, tetapi hanya memaparkan fail shortcut sahaja. Jadi, bagaimana mahu kembalikan keadaan ini semula, ikut cara di bawah.

1. Pergi ke "START";
2. Klik "RUN";
3. Taipkan "cmd";
4. Apabila keluar tetingkap "C:\Windows\system32\cmd.exe" (Windows 7)
5. Taipkan "L:" (Mengikut nama kod hard disk anda) dan Enter.
6. Kemudian taipkan "attrib -s -h *.* /S /D" dan Enter.

Seperti ditunjukkan di bawah :-


Insya-Allah, fail-fail yang disorokkan virus tadi akan kembali semula seperti biasa. Jika tidak berjaya, bolehlah kongsikannya kepada saya. Mungkin, ada cara lain boleh kita sama-sama kongsikan.

Sekian, Terima kasih. 



MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

1 ulasan:

Unknown berkata...

tidak berjaya boss..

Nuffnang