Assalamualaikum, akhir zaman ini, sangat banyak fitnah yang berlaku dan tersebar luas. Oleh yang demikian, Islam juga tidak terlepas daripada perkara ini. Terkadang, kita terlupa apa yang kita katakan itu tidak benar atau tidak tepat dan kadang kala boleh menyebabkan kita menghina Islam itu sendiri. Astagfirullahal a'zim, na'uzubillahiminzalik. Saya juga mengingatkan diri saya serta para blogger dan pembaca sekalian, berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita. Mungkin perbezaan pendapat akan menyebabkan kita berpecah dan mempertahankan pendapat dan fikiran masing-masing dengan mengetepikan akidah kita yang sama itu. Berhati-hatilah kerana sepatutnya kita bersama menyokong dan berusaha ke arah tersebut.
Namun, perlu diingat, jika kita dalam satu akidah yang sama, tidak perlulah kita menperlecehkan peratuaran dan ajaran akidah kita semata-mata mempertahankan undang-undang manusia. Mana lebih HEBAT? komputer atau manusia? Sudah tentulah manusia, jika tidak bagaimana komputer terhasil dan mana lebih HEBAT? Pencipta atau produk? Sudah tentulah jawapannya Pencipta.
Dalam al-Quran juga telah menyatakan tiada paksaan dalam beragama, terpulanglah kepada kita untuk memilihnya, namun perlu diingat, jika kita sudah Islam, wajib kita patuhi peraturannya bukan? Tiada paksaan dalam agama seperti yang difirmankan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 256 :-

ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ ﰏ ﰐ ﰑ ﰒ ﰓ ﰔ ﰕ ﰖ ﰗ ﰘ ﰙ ﰚ
Maksudnya {256} : Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), sesungguhnya telah
nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang
engkar kepada Taghut, dan ia beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia
telah berpegang kepada tali yang teguh, yang tidak akan putus. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Namun, sejauh mana kita beriman dengan kitab Allah? Apakah kita sering saja berbolak-balik dengan ketetapan Allah? Bagaimana kita rasa jika tetamu kita masuk ke rumah kita dan buat sesuka hati seperti di rumah mereka. Buang sampah merata, pakai kasut dalam bilik dan sebagainya. Sudah tentulah ada adabnya dan peraturannya walaupun bagi sesetengah orang, biasa sahaja pakai kasut dalam bilik.
Apa pun, semua orang sering tertanya-tanya mengenai satu perintah Allah iaitu hudud. Apakah itu hudud? Saya amat menyokong usaha kita untuk menerangkan apakah itu hudud mengikut kata mata Islam yang sebenar. Ulama' dan ahli agama Islam perlu lebih proaktif dalam usaha ini. Dalam zaman serba canggih ini, kita perlu mengorak langkah menyampaikan mesej Islam dan penerangan dengan lebih efektif melalui media massa dan elektronik. Mengapa?
Dengan mengikuti perkembangan ini, kebanyakkan mereka yang sering mendapat informasi di alam maya lebih mudah memahami dan mempelajari melalui penyampaian yang lebih kreatif dan efisyen. Saksikan dan cuba kita fahami bagaimana Hudud itu diterangkan menggikut bahasa mudah difahami kita semua. Insya-Allah, ini adalah satu usaha dan permulaan yang baik.
Walaubagaimanapun, untuk lebih memahami, janganlah kita bertanyakan kepada mereka yang tidak arif dan tidak memahami akan agama Islam itu sendiri. Seperti mana kita tanyakan mengenai apakah itu matematik kepada orang yang mahir sejarah. Bukan tidak boleh, tetapi, apakah kita yakin dia boleh memberikan jawapan yang betul?
Apa pun, fahami kemusykilan kita dengan bertanya kepada yang lebih arif. Dan janganlah bertaklid dengan apa yang diperkatakan seseorang melainkan kita memahaminya. Wallauha'lam.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan