Assalamualaikum, gerhana bulan penuh untuk kali kedua sedang berlangsung hari ini bermula 7:31pm tadi boleh dilihat di kawasan Asia Tenggara khususnya di Malaysia selepas berlaku gerhana bulan penuh pada Jun 2011 lalu. Namun kali ini ianya berlaku lebih awal iaitu selepas terbenamnya matahari. Mengikut kiraan, bulan akan ditutupi bayangan Bumi sepenuhnya selama 52 minit 16 saat untuk 12 Disember 2011 berbanding selama 100 minit pada 15 Jun 2011.
Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita mencerap di mana-mana lokasi yang menyediakan peralatan jika berkesempatan. Namun, anda boleh sahaja melihatnya dengan mata kasar dan tidak perlu menggunakan filem hitam untuk melihatnya kerana ianya gerhana bulan, bukan matahari.
Terdapat beberapa siaran langsung yang boleh disaksikan oleh saudara yang tidak berpeluang melihatnya di lokasi sekarang. Saya kongsikan di bawah untuk dikongsikan kepada anda.
Langsung daripada Planeterium Negara, Kuala Lumpur. Bermula pukul 8:30pm sehingga 11.00pm.
(Kredit : Angkasa Malaysia)
(Sumber : Angkasa Malaysia)
Di bawah disertakan siaran langsung saluran 1 daripada Ranau Sabah,
Semoga sedikit sebanyak para pembaca sekalian dapat melihat secara langsung daripada beberapa tempat yang menyediakan streaming online.
Sumber lain :
Facebook Malaysia Lunar Eclipse
Jabatan Mufti Negeri Sembilan
Falak-Online
Saya yang berada di kawasan Batu Muda di Kuala Lumpur, masih belum dapat melihat bulan pada 7:30pm tadi, namun, pada pukul 8:10, imej berikut dapat saya rakamkan dan kembali cerah beberapa minit kemudian.
PPR Batu Muda, Pukul 8:06pm 12 Disember 2011. |
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan