Assalamualaikum, para pembaca sekalian, perkongsian kali ini mengenai dadah. Sebenarnya manusia adalah terlalu hebat jika dibandingkan dengan teknologi. Lihatlah bagaimana manusia terlalu kreatif dan terlalu hebat menggunakan akal fikiran untuk mencari jalan bagaimana mahu menyeludup dadah ke merata dunia. Namun, saya tidak terkejut jika sesuatu yang dibuat adalah tidak masuk akal atau pun diluar batasan manusia. Mengapa? Sudah tentu kerana tekanan. Dengan hanya tekanan, manusia boleh buat apa sahaja.
|
Satu lapisan beg plastik hitam digunakan untuk membalut bungkusan dadah yang dilekatkan di paha. |
|
PAINTING CONCEALMENT : Sindiket menggunakan taktik menyembunyikan dadah
di dalam lukisan dengan memasukkannya antara lukisan dengan bingkai
gambar. |
Gambar-gambar tersebut sumber daripada
Facebook Polis Diraja Malaysia pada saya adalah sebahagian sahaja, mungkin terdapat banyak lagi tatik yang mereka gunakan untuk dadah. Jika sebagai manusia normal mungkin agak tidak boleh diterima akal cara tersebut. Tetapi bagi yang sudah tidak berakal waras, apa pun mereka boleh lakukan. Kebijaksanaan sahaja yang dapat mendorong dan membawa mereka lebih jauh dalam aktiviti tidak sihat ini.
Jika dilihat, sampai macam itu sekali tekanan yang mereka hadapi sehingga sanggup menggadai nyawa dan juga memperjudikan nasib hidup dan mati mereka. Berdosalah mereka kerana memudharatkan diri sendiri. Bukan sahaja dadah itu membahayakan nyawa, malah cara yang digunakan itu juga sangat dilarang di dalam Islam. Allah juga maha pengampun jika mereka segera kembali dan memohon ampun dan kembali kepada Allah. Firman-Nya dalam surah
Ali Imran ayat 135 :-
ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ
{135} Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau
menganiayai diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun
akan dosa mereka dan tiada yang mengampunkan dosa melainkan Allah, dan
mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji mereka itu, sedangkan mereka
mengetahui.
Oleh yang demikian saudara, saya mengingatkan diri saya dan para pembaca sekalian, ingatlah bahawa Islam sentiasa menjaga kemaslahatan umatnya melainkan mereka yang melampau-lampau.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan