Assalamualaikum, hari ini saya mahu kongsikan sesuatu yang biasa kita dengar mengenainya di internet. Dalam internet ini ada pelbagai manfaat yang jika kita bijak menggunakannya atau mengambil peluang, kita sememangnya bija. Tetapi, terdapat juga banyak penipuan antaranya ialah SCAM. Apakah itu SCAM? Baiklah secara ringkasnya saya ingin kongsikan.
Biasanya kita tidak rajin membaca artikel atau pun rencana panjang untuk mengentahui apakah itu SCAM. Betul? Mungkin tidak bagi sesetengah orang. Tapi mahu tidak mahu, kita perlu untuk mengetahui apakah itu SCAM bagi mengelakkan kita terjebak ataupun terperangkap dalam penipuan ini.
Lihatlah apakah jawapan yang diberikan Cybersafe Malaysia secara ringkasnya.
Diharapkan, kita faham secara dasarnya apakah itu SCAM. Insya-Allah perkongsian yang sedikit ini akan memberikan kita kefahaman dan sering mencari jawapan untuk sesuatu istilah yang biasa digunakan. Bagi mengelakkan kita tertipu dan terjebak, pastikan anda lihat beberapa butiran mengenai sesuatu perkara tersebut :-
Nama Syarikat,
Alamat syarikat,
No Telefon,
Testimonial,
Nama individu yang terlibat,
Siapakah rakan strategik syarikat,
Prestasi syarikat,
Rujukan media (akhbar),
Memahami apakah yang dilakukan,
Menghubungi secara terus pihak berkaitan untuk kepastian dan apa-apa yang anda rasakan perlu untuk keyakinan diri anda sendiri seperti melihat pendaftaran syarikat dan sebagainya. Insya-Allah, jika ianya semua lengkap dan telah disahkan pihak yang berwajib, anda bolehlah meneruskan hajat anda untuk mengetahui lebih lanjut perkara yang berkaitan.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan